Scroll to top

Saturday, March 29, 2014

Seorang anggota polis maut dengan kesan tembakan di kepala

Anggota polis maut ditembak di kepala
28-03-2014 11:03



KULAIJAYA: Seorang anggota polis maut dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di Hutan Bandar Kulaijaya, di sini, petang tadi.

MH370 terbang lebih laju dan tidak mampu terbang sejauh yang diandaikan sebelum ini

Lebih dekat dengan darat

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) Jumaat, mendedahkan data satelit terbaru yang menunjukkan pesawat Malaysia Airlines MH370 terbang lebih laju daripada yang disangka, menggunakan lebih bahan api dan tidak di laluan yang diandaikan sebelum ini iaitu kira-kira 2,500 kilometer (km) di barat daya Perth.

Malah, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media mengesahkan perkara itu dan berkata: "Maklumat baru menunjukkan bahawa MH370 terbang lebih laju dan ini bermakna pesawat ini menggunakan lebih banyak minyak dan tidak mampu terbang sejauh yang diandaikan sebelum ini.

Friday, March 28, 2014

Hanya doa dan kata-kata semangat buat Maizura Othman

MH370: "Ujian hebat untuk orang yang hebat," pengguna Facebook
Arfa Yunus| Kemas kini: Mac 28, 2014


KUALA LUMPUR: Hanya doa dan kata-kata semangat sahaja yang mampu diberikan rakyat Malaysia kepadaIntan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara pesawat MH370, Hazrin Mohamed Hasnan.

Laporanberita Astro AWANI mengenai Intan terus mendapat perhatian ramai yang sedih serta terharu mendengar kisahnya.

Bukan sahaja warga Malaysia, malah rakyat negara jiran turut meninggalkan komen memberi kata-kata semangat kepada beliau menerusi akaun Facebook Astro AWANI.

Dua cahaya matanya, Iman dan Muhammad sahajalah yang menjadi pendorong buat Intan yang kini sedang mengandungkan anak ketiganya.


Thursday, March 27, 2014

Menjelang 2015 kerajaan optimis capai 3.5 juta pekerja mahir


Kerajaan optimis capai 3.5 juta pekerja mahir 2015
27 Mac 2014

Kejayaan PBS kini ditentukan oleh guru


Guru penentu kejayaan PBS
2014/03/24 - 02:57:26 AM Belalang Jalan Riong

Ramai guru menarik nafas lega berikutan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini. Isu beban kerja yang dihadapi guru apabila PBS dilaksanakan dapat diselesaikan dengan pengurangan 80 peratus beban guru.

Dengan penambahbaikan itu, tiada lagi halangan untuk menjayakan PBS di semua sekolah rendah dan menengah, mulai 1 April ini. Kini semuanya bergantung kepada komitmen serta keikhlasan guru menjayakan penilaian baru itu. Anggaplah ia satu lagi amanah yang mesti ditunaikan bagi menjamin pencapaian anak bangsa dan meningkatkan mutu pendidikan negara.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GurupenentukejayaanPBS/Article/

Peningkatan prestasi akademik melalui peranan guru

Peranan guru penting tingkatkan prestasi akademik




SEBAHAGIAN daripada 164 pengetua sekolah menengah yang terpilih menerima tajaan Tutor SPM mendengar taklimat tatacara penggunaannya di Hotel Riverfront, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Wednesday, March 26, 2014

MyLesen, JPJ beri potongan harga 50 peratus


JPJ akan lancar program MyLesen, beri potongan harga 50 peratus
2014/03/26 - 08:57:38 AM

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan program MyLesen yang memberi potongan harga mencecah 50 peratus bagi setiap permohonan serta ujian mendapatkan lesen motosikal, Mei ini.

Mufti Selangor saran keluarga penumpang MH370 sabar di atas musibah berlaku

Keluarga penumpang dinasihat reda
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Mac 2014



Tamyes

SHAH ALAM - Setiap sesuatu yang berlaku dan akan berlaku semuanya dalam ketentuan ALLAH, justeru sebagai hamba-Nya perlu terima dengan setulus hati serta sabar di atas musibah berlaku.

Mutu pendidikan Malaysia jatuh merudum?

Mutu pendidikan Malaysia lebih membimbangkan, kata pakar ekonomi Bank Dunia
OLEH MD IZWAN
MARCH 25, 2014



Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, Mac 25, 2014.

Teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370?

MH370: Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder?



Tuan2 boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.

Tuesday, March 25, 2014

Kekecohan oleh keluarga mangsa MH370 di kawal polis

Gambar kekecohan baru-baru ini di Hotel Sama-sama Sepang

50 polis kawal keluarga mangsa
24 Mac 2014

BEIJING - CHINA. Seramai 50 pegawai polis dikerah ke Hotel Lido di sini selepas kekecohan tercetus sejurus Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak membuat sidang akhbar pada jam 9.45 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur .

Wujud cadangan Wan Azizah MB Selangor

Anwar Akui Wujud Perbincangan Jadikan Wan Azizah MB Selangor
Monday, 24 March 2014 Written By Moderator


Monday, March 24, 2014

Bayi seberat 6.26 kilogram di China

Bayi Pramatang 6.26 Kilogram Dilahirkan
Saturday, 22 March 2014 Written By Moderator


'Langkah Penyejukan' dalam sektor hartanah


Pembeli hartanah berhati-hati berikutan ‘langkah penyejukan’
Posted: 2:28 pm, March 24, 2014 by editor


KUALA LUMPUR, 24 Mac: Penduduk Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan ‘langkah penyejukan’ baharu dalam sektor hartanah, menyebabkan mereka berhati-hati sama ada mahu membeli atau melabur.

Tiada rekod yang mahu murtad

Tiada permohonan keluar dari agama Islam direkodkan
Posted: 6:07 pm, March 24, 2014 by editor


KUALA LUMPUR, 24 Mac: Tiada sebarang rekod dicatat mengenai permohonan daripada masyarakat Islam, termasuk saudara baharu yang ingin keluar daripada agama Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

PRK Balingian bermula pengundian awal esok


Pengundian awal PRK Balingian esok

MUKAH 24 Mac - Pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian melibatkan 133 pengundi berdaftar akan dilaksanakan esok di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah.

Tawaran Biasiswa Untuk Lepasan SPM

Kotak hitam mudah dicari

Masih boleh dicari jika bateri habis
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Mac 2014

Kotak hitam merekod situasi penerbangan serta mengukur kestabilan pesawat.

SHAH ALAM - Kotak hitam masih boleh dicari walaupun tiada isyarat dipancarkan selepas kehabisan bateri.

Pakar teknologi penerbangan udara, Ir Abu Hanifah Abdullah berkata, kapal tertentu yang mempunyai kepakaran mengesan kotak hitam tetap boleh menemui peralatan itu berdasarkan cirinya yang tahan lasak dan tidak mudah rosak.

“Pencarian kotak hitam dibuat berdasarkan isyarat dipancarkan. Jika kehabisan bateri, kotak hitam yang berwarna oren memudahkan kapal yang mencarinya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/masih-boleh-dicari-jika-bateri-habis-1.263258

MH370 : Pengajarannya


Pengajaran daripada MH370
RIDHUAN TEE ABDULLAH
24 Mac 2014

PERJALANAN menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.

Calon BN Chew Mei Fun ucap tahniah

Chew: Tahniah Azizah, laksanakan manifesto


Calon BN Chew Mei Fun mengucapkan tahniah kepada lawannya Datuk Seri Wan Azizah atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini.

MH114 dirempuh kumpulan itik

Pesawat MAS MH114 dirempuh kumpulan itik
23 Mac 2014



NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.

Sunday, March 23, 2014

Ibu yakin anaknya selamat dalam kehilangan MH370

MH370: "Naluri saya kuat mengatakan dia selamat," kata ibu penumpang
Astro Awani| Kemas kini: Mac 23, 2014


Normah Jaafar ibu kepada Mohd Khairul Amri, penumpang pesawat MH370

KUALA LUMPUR:Ibu penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Normah Jaafar yakin dengan kata-kata nalurinya bahawa anak kesayangannya, Mohd Khairul Amri berada dalam keadaan yang baik dan akan pulang dengan selamat.

Operasi fokus pencarian secara visual


MH370: Operasi fokus pencarian secara visual

KUALA LUMPUR 23 Mac - Operasi di selatan Lautan Hindi hari ini untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, melibatkan usaha mencari secara visual objek yang dikenal pasti satelit China pada 18 Mac.

Pengurus Besar Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young berkata, walaupun usaha itu mengambil banyak masa dan menyulitkan, namun ia akan tetap diteruskan.

"Kami merancang untuk meneruskan usaha mencari secara visual objek yang telah dikenal pasti di dalam imej visual berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Canberra, Australia yang disiarkan secara langsung oleh CNN hari ini. - BERNAMA

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140323/dn_40/MH370-Operasi-fokus-pencarian-secara-visual

Keunikan batang pokok durian

Pokok durian terbelah jadi perhatian
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mac 2014

Zulkifli melihat keadaan batang pokok itu yang seakan sampan.

BALING - Sebatang pokok durian yang terbelah di bahagian batangnya menjadi tumpuan ramai untuk melihat keunikan batang pokok itu.

MRSM Tun Ghafar Baba MRSM Terbaik

MRSM Tun Ghafar Baba ulangi pencapaian tahun lalu


Annuar Musa bersama pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara selepas sidang akhbar mengenai pencapaian MRSM dalam SPM di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MUHAMMAD NAQUIB ZUBIR (PELATIH IKBN PERETAK)

KUALA LUMPUR 20 Mac - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba di Jasin, Melaka mengulangi pencapaian tahun lalu apabila muncul yang terbaik daripada 48 MRSM di seluruh negara dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Panas siang malam


Panas siang, panas malam
TOK PERAK
23 Februari 2014

*RUMPUT sudah kuning kekeringan. Padang dan taman awam yang dulu hijau, kini bagaikan hamparan tidak bermaya. Pokok-pokok pun banyak layu dengan daun-daun mula berguguran.

Banyak tanah dan kawasan pertanian, terutama sawah padi, gersang dan merkah kekeringan. Jangankan tumbuhan pertanian, semut dan lipas pun tidak berani hinggap di atasnya.

Takuti bala Allah SWT


Bala apabila kita leka
TOK PERAK
23 Mac 2014

*SETAKAT Jumaat semuanya masih dalam teka-teki. Tetapi sudah ada harapan bahawa pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, mungkin dikesan dan ditemui dalam masa terdekat ini.

Seperti dilaporkan seluruh dunia, imej satelit dari Australia berjaya mengesan dua objek terapung di selatan perairan Lautan Hindi, dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang ghaib itu.

17 Kesalahan Berkaitan Solat



SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Sidang Media TPM tentang PBS




KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PRK N25 DUN Kajang hari ini





PRK Kajang: Polis jamin keselamatan pengundi
MAR 22, 2014 HARAKAHDAILY

Bayangan dalam air didakwa MH370

Lagi Gambar Dakwa Temui MH370
Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 10:32 AM
Oleh: MSTAR


Imej yang diperoleh menerusi rakaman satelit mendakwa bayangan dalam air adalah pesawat MH370.

Saturday, March 22, 2014

Kanser peti suara buat perokok

Rokok penyebab kanser peti suara
Oleh NOOR SYAHIDATOOL
AQMA MOHD. NOOR


GOLONGAN lelaki lebih mudah mengalami kanser peti suara disebabkan tabiat merokok.

Grafik pencarian MH370 di Lautan Hindi



sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/infografik?info=INFO56


Friday, March 21, 2014

KISAS kekal prestasi enam tahun berturut-turut

KISAS sekolah terbaik STPM
2014/03/20 - 04:59:21 AM 
Oleh Rosniza Mohd Taha dan Basir Zahrom

Mohd Noh (kiri) menyampaikan Anugerah Sekolah Terbaik kepada Abdullah di Auditorium MPM di Selayang, semalam. Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif I MPM, Mohd Fauzi Mohd Kassim (dua dari kiri).- Foto BERNAMA

Kolej Islam kekal prestasi enam tahun berturut-turut

Wednesday, March 19, 2014

Keputusan SPM dan STPM 2013


Keputusan STPM diumum hari ini, SPM esok

Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 akan dikeluarkan hari ini manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan diumumkan esok.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan medianya semalam, menjelaskan calon STPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari manakala calon SPM boleh berbuat demikian selepas jam 10 pagi.

“Calon STPM juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip STPM RESULT dan menghantar ke 15888 atau secara dalam talian dengan melayari www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari, hari ini.

Kementerian turut menyediakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888 yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi esok dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 26 Mac ini.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeputusanSTPMdiumumhariini_SPMesok/Article/index_html

Sunday, March 16, 2014

Kebajikan guru diberi keutamaan


Kebajikan guru dan prasarana pendidikan diutamakan
16 Mac 2014

SANDAKAN - Kebajikan guru dan penyediaan prasarana pendidikan akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut beliau kerajaan negeri dan pusat menyedari keperluan dua aspek itu dalam meningkatkan kualiti pendidikan dengan tumpuan tidak hanya diberikan kepada penyediaan prasarana tetapi pada masa sama kebajikan guru turut diberi keutamaan.

MH370 apa misterinya?

Selepas seminggu dan beberapa petunjuk, apa yang kita tahu dan tidak mengenai MH370


MARCH 15, 2014

Ia masih lagi menjadi misi pencarian yang terbesar – melibatkan beberapa dozen pesawat dan kapal laut di lautan luas dan ribuan lagi menggunakan carian internet melalui imej carian terkini satelit – namun pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih gagal ditemui.

Saturday, March 15, 2014

al-Quran sentiasa dihati

Semat al-Quran dalam diri
14 Mac 2014

Memahami tiap bait ayat al-Quran untuk disematkan dalam hati.

BAGI orang -orang yang dalam dirinya sudah terpahat ayat-ayat ALLAH SWT pasti sudah ada sebuah kebahagiaan tersendiri. Bagi mereka, persoalan di atas sudah tidak memberi apa-apa ukuran untuk sebuah kebahagiaan.

Mereka tetap menjadi orang-orang yang bersyukur terhadap apa yang terjadi dalam hidupnya. Andai ada musibah yang menimpanya, ia akan beristighfar. Andai nikmat yang diperolehnya, pasti ucapan yang keluar di bibir adalah ucap syukur Alhamdulillah.

Friday, March 14, 2014

AS guna P-8A Poseidon cari MH370


Pesawat P-8A Poseidon, kapal USS Kidd jejak MH370
MAR 14, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Tentera laut Amerika Syarikat menggerakkan beberapa aset mereka dalam usaha menjejak pesawat MH370 khususnya di kawasan Laut Hindi.

Mutu guru ditingkatkan


Tangani segera isu mutu guru: TPM
2014/03/14 - 05:32:24 AM 
Oleh Ridzuan Yop dan Faizatul Farhana Farush Khan

Tanjung Malim: Kualiti guru adalah isu yang harus ditangani segera sekiranya matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 meletakkan negara dalam kelompok satu pertiga teratas antara sistem pendidikan terbaik dunia mahu dicapai.

Tuesday, March 4, 2014

Guru Besar ada kuasa tutup sekolah jika jerebu teruk


Jerebu: Guru besar, pengetua boleh tutup sekolah - TPM
2014/03/04

PUTRAJAYA: Semua guru besar dan pengetua sekolah mempunyai kuasa untuk menutup sekolah sekiranya bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan masing-masing melebihi 200.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mereka hanya perlu melaporkan penutupan sekolah kepada Pegawai Pendidikan Daerah tanpa perlu memaklumkan kepada kementerian.

"Langkah ini bagi memastikan murid atau pelajar sekolah tidak terdedah kepada masalah kesihatan serius sekiranya keadaan jerebu semakin buruk," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-67 di sini sebentar tadi.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jerebu_Gurubesar_pengetuabolehtutupsekolah-TPM/Article/?bh

Monday, March 3, 2014

PROSES SOKONGAN DAN PENGESAHAN SECARA DALAM TALIAN OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI PERMOHONAN KURSUS PEMBANGUNGAN KOMPETENSI TAHUN 2014

01 March 2014
Sukacita dimaklumkan, proses sokongan bagi permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru bagi tahun 2014 boleh dilaksanakan bermula 1 Mac 2014 sehingga 8 Mac 2014. Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgAdmin untuk proses sokongan secara dalam talian. Bagi ID Pengguna dan kata laluan, sila rujuk kepada pegawai latihan di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

sumber : Bahagian Pendidikan Guru

Bersantai sambil ambil gambar punca sesak teruk atas JKPP

Pengguna Dilarang Berhenti Di Atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Oleh ROYCE TAN

Seorang pegawai sedang memantau keadaan trafik di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. 
—fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Pemandu, termasuk penunggang motosikal tidak dibenarkan menunggu atau berhenti di mana-mana bahagian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mengambil gambar.

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com