Scroll to top

Sunday, July 27, 2014

Raikan Aidil Fitri Cara Nabi



Panduan Amalan Sunat Aidilfitri

Solat

1. Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

2. Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )

Tuesday, July 15, 2014

Guru ejen perpaduan


Guru yang menjadi ibu bapa kedua para pelajar di sekolah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk jati diri para pelajar ke arah hidup bersama dengan masyarakat dengan pelbagai kaum dan agama. Dalam setiap subjek yang diajar boleh diterapkan unsur-unsur saling bertolak ansur dan bantu membantu di samping hormat menghormati budaya dan cara hidup kaum lain di negara kita yang unik ini.

Sehubungan itu, semua guru perlu menitikberatkan aspek pembinaan perpaduan dan integrasi, pembangunan negara. Di samping itu memberi sumbangan perkhidmatan kepada pembinaan sosio masyarakat dan secara langsung dapat meninggikan martabat dan taraf guru di mata masyarakat yang menghadapi situasi makin mencabar sekarang.

Justeru, tugas guru bukan hanya terbatas sebagai agen pendidik di dalam kelas tetapi juga sebagai agen perpaduan dan integrasi dalam memupuk semangat cintakan tanah air ini.

Sunday, July 13, 2014

PBS mesra pelajar


PBS yang telah dikaji semula nampaknya berjalan dengan lancar sehingga kini namun untuk mendapat penjelasan lebih jelas kita ikuti temubual yang dibuat oleh UTUSAN  dengan Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad (gambar) berpendapat, sistem tersebut tidak sepatutnya dihukum sebelum dilaksanakan. Kepada Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, beliau berkongsi pandangan dari pelbagai sudut berhubung pelaksanaan sistem tersebut.

Mengenai pelaksanaan PBS yang dianggap terlalu awal atau terlewat telah diulas oleh PROF. ANUAR iaitu salah satu tujuan utama pendidikan ialah membangunkan negara dan masyarakat. Kita harus faham semua negara maju mempunyai dua ciri utama penilaian dalam sistem pendidikan mereka. Pertama, penilaian mereka bersifat holistik, berteraskan pembangunan insan dan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan. Kedua, guru sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian. Sistem penilaian berpusat sudah tidak sesuai jika kita ingin melihat progress pendidikan individu. Penilaian berpusat lebih sesuai untuk menilai kemampuan pencapaian pelajar pada peringkat akhir sahaja.

Teks penuh seperti berikut,

Pelaksanaan PBS, PT3


Setelah menerima banyak kritikan dan keluhan rasa yang diluahkan oleh semua lapisan masyarakat maka PBS telah dipermudahkan demi kebaikan semua pihak terutama murid-mirid dan guru-guru. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sistem pendidikan kita sering dikritik kononnya tidak cukup bagus berbanding negara jiran, Singapura dan Indonesia dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kritis. Adakah PBS jawapannya?

Ya. Melalui PBS dapat melahirkan para pelajar yang berfikir, proaktif dan kreatif disebabkan dahulu pelajar-pelajar kurang berfikir apabila mereka lebih banyak meneka jawapan. Mereka hanya perlu menanda jawapan peperiksaan yang dilihat tidak menggalakkan mereka berfikir. Sebagai contoh, dalam PBS ini, akan menggalakkan para pelajar untuk berbincang. Jadi, jika hendak berbincang mereka perlu ada ilmu pengetahuan dan nak dapat pengetahuan itu pula mereka perlu mencarinya. Jadi, PBS mempunyai semua perkara itu.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang ditemubual oleh UTUSAN seperti berikut....

Saturday, July 12, 2014

Angka korban meningkat di Gaza

Rejim Israel masih tidak menghiraukan beberapa ancaman antarabangsa di mana pembedilan terhadap Gaza masih diteruskan dan menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, serangan terbaru menyebabkan tiga orang maut di timur Tufah dekat sini.Serangan itu muncul selepas dua orang terkorban dalam serangan yang terkena persatuan orang cacat di Beit Lahiya, utara Gaza dan tiga lagi meninggal dunia dalam serangan di barat Bandaraya Gaza.

Begitulah realitinya, ancaman terhadap warga Palestin yang dulunya adalah negaranya sendiri yang dirampas Zionis dan berita ini disiarkan BH Online di bawah.....

Gaza: Palestin terus bermandi darah, angka korban bertambah
2014/07/12 - 13:53:31 PM

Asap tebal kelihatan dari celah bangunan akibat serangan Israel di Bandaraya Gaza. Angka kematian berikutan kekejaman Israel kini meningkat kepada 121 orang. - AFP

Friday, July 11, 2014

Tahfiz Model Ulul Albab, perlu diperluas ke institusi pengajian tinggi (IPT)

Komitmen kerajaan berterusan bagi meningkatkan bilangan tahfiz di negara kita melalui ucapan oleh TPM bahawa, “Usaha berterusan ini penting untuk melahirkan profesional al-hafiz agar Malaysia menjadi contoh negara Islam di peringkat global, selaras aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia,” katanya dalam majlis pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan di SMKA Kedah di sini, semalam.

Berita dari BH Online di Tahfiz Model Ulul Albab perlu diperluas
2014/07/11 - 06:51:32 AM

MUHYIDDIN menyampaikan replika cek bantuan pembangunan Sekolah SAR kepada Mohamad Jamil Tajudin pada majlis pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan di SMKA Kedah, semalam.

Thursday, July 10, 2014

Sembilan adik beradik tiada sijil kelahiran dan tidak bersekolah

Kisah trajis yang dilaporkan oleh myMetro ini antara lain memuatkan bahawa bapa yang dipercayai membunuh anaknya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 52 tahun dibawa sepasukan anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perintah reman.

Terdahulu lelaki itu ditahan ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah sewa seorang lelaki yang ditumpangnya di Kampung Padang, Melekek, Simpang Ampat, jam 2.30 pagi tadi. 

Itu sebahagian petikan berita tersebut dan edisi penuhnya di bawah....

Sembilan beradik tak sekolah

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Ariffin Salleh

Melaka: Semua sembilan adik kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang maut disyaki dibelasah bapanya dengan kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah Sabtu lalu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak pernah bersekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, sehubungan itu beliau sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk menjalankan siastan dan membantu keluarga berkenaan bagi mendaftarkan kelahiran sembilan beradik berkenaan.

"JKM akan mengenal pasti punca dan membantu keluarga ini bagi memastikan sembilan beradik berkenaan berusia antara empat hingga 16 tahun memperoleh sijil kelahiran. Selain JKM, Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (PEMBELAN BN) Melaka juga akan membantu keluarga ini.

"Ia perlu dilakukan segera bagi membolehkan sembilan beradik ini mendapat pendidikan sempurna kerana sehingga kini difahamkan mereka tidak bersekolah," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, sebentar tadi.


SEBAHAGIAN daripada sembilan adik manga. FOTO Arifin Salleh

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)
www.e-referrer.com