Scroll to top

Friday, May 30, 2014

Sultan Nazrin 'berlian' buat rakyat Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menandatangani watikah pelantikan sebagai Sultan Perak yang baru pada Istiadat pengisytiharan Sultan Perak yang baru di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, hari ini. - Foto Bernama

Tuesday, May 27, 2014

Anak Malaysia bantu Jepun

Izuan (kiri) memberi arahan kepada Momota dalam satu kejohanan di India pada 2011. Foto: (http://izuanibrahim84.blogspot.com

65,000 guru BI akan dilatih semula - TPM

Oleh MOHD KHAIRUL MOHD ALI

JOHOR BAHRU 27 Mei - Kementerian Pendidikan bercadang melatih semula sehingga 65,000 guru subjek Bahasa Inggeris (BI) pada masa akan datang dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa antarabangsa itu dalam kalangan generasi muda.

Peluang panjawat awam miliki rumah

Najib, Rosmah lawat pasangan panda di Zoo Negara


NAJIB Tun Razak diiringi isterinya, Rosmah Mansor memberi makan Fu Wa semasa melawat pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi di Pusat Konservasi Panda Gergasi,Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor, semalam. - BERNAMA

Wednesday, May 21, 2014

Guru perlu kreatif, inovatif

Oleh Norizan Abdul Muhid
pendidikan@utusan.com.my

GURU harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.

Sunday, May 18, 2014

KUISAS tambah pelajar Indonesia

MH370: Pengajaran paling bernilai


Hishammuddin Tun Hussein lebih senang berkomunikasi dengan media tempatan.

Terima kasih Cikgu 'selamatkan' saya…

AZAMIN AMIN | 16 Mei 2014.

IZINKAN saya mencoret secubit kisah, pengorbanan guru…

Ya, bagaimana mungkin sebilangan besar guru-guru di sebuah sekolah asrama di Perak akan melupakan seorang pelajar tingkatan dua tahun 1989, yang lari daripada sekolah di waktu malam, menaiki keretapi lalu ke utara tanah air tanpa diketahui oleh sesiapa.

JPJ tidak rancang kaji peraturan cermin gelap

Larangan guna cermin gelap: Kaji semula peraturan, beri kelonggaran

Saturday, May 17, 2014

Guru Sekolah Kebangsaan Si Rusa buat kejutan pakai seragam pelajar


KERIANGAN terpancar di raut wajah para guru yang memakai pakaian seragam di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

26,200 guru naik pangkat


MUHYIDDIN Yassin merasmikan sambutan Hari Guru ke-43 yang bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

Friday, May 16, 2014

Prestasi positif pelan pendidikan


SEBAHAGIAN guru tekun mendengar kupasan forum pendidikan sempena Festival Hari Guru Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, kelmarin. - Utusan/MOHD NAIM AZIZ

Memahami peranan dan tanggungjawab guru

Oleh M. JASNI MAJED

SETIAP kali sambutan Hari Guru diadakan penulis teringat akan sebuah pantun yang berbunyi:

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi.

57 pendidik terima anugerah pencapaian cemerlang

Thursday, May 15, 2014

Persiapan akhir Festival Hari Guru


Beberapa kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan mengadakan perbincangan semasa menyusun persiapan sambutan Festival Hari Guru di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Wednesday, May 14, 2014

Guru sumber kekuatan kami


Pelajar cemerlang, Izzah Khairul Fahmi memeluk guru Kimia, Rahiah Mohamed sebagai tanda terima kasih atas jasa mendidiknya ketika melawat Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. - Gambar Rosni Masri

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA POLITEKNIK MALAYSIA DI ATAS KEJAYAAN MERANGKUL 3 PINGAT EMAS DALAM ITEX 2014


Saturday, May 10, 2014

Marilah berakhlak Islam

Sistem pendidikan negara gagal – Ku Li

Sekolah berprestasi tinggi perlu ditambah

KUALA LUMPUR 9 Mei - Sekolah Berprestasi Tinggi di negara ini perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya 80 peratus bagi memastikan ibu bapa dapat menghantar anak mereka ke mana-mana sekolah milik kerajaan yang berkualiti.

Pensyarah di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Prof Datuk Dr Sufean Hussin berkata ketika ini hanya terdapat 13 peratus sekolah berprestasi tinggi, di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau percaya sekolah berprestasi tinggi dapat ditingkatkan dalam tempoh lima tahun sekiranya guru, ibu bapa dan komuniti komited menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Maka ini adalah cabaran kita untuk memastikan kita dapat meningkatkan peratusan sekolah ini melalui teknik pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

sumber : UTUSAN

Friday, May 9, 2014

Makkah banjir?


PBS beri kelebihan guru menilai prestasi murid

KUALA LUMPUR 9 Mei - Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang memberi kelebihan kepada guru untuk menilai prestasi murid dilaksanakan kerajaan atas dasar kepercayaan, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin.

Justeru beliau berkata, para guru tidak sepatutnya menolak atau menganggap PBS perlu diserahkan kepada orang lain untuk melaksanakan program itu.

"PBS sebenarnya profesional autonomi yang memberi guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran tapi apa yang saya terkilan dan tak faham kenapa guru tak mahu, dia boleh tolak," katanya ketika membentangkan kertas kerja sempena Seminar Transformasi Pendidikan Nasional 2014 di Universiti Malaya di sini hari ini.

Tiada perasaan bersalah tinggalkan solat

Thursday, May 8, 2014

CEUPACS sanggah PEMANDU

Azih berucap pada Mesyuarat Agung Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) Cawangan Kluang, semalam.CUEPACS sanggah laporan PEMANDU prestasi penjawat awam menurun

51 murid SK Jeneri muntah selepas minum susu di sekolah

SIK 7 Mei - Seramai 51 murid Sekolah Kebangsaan Jeneri dekat sini mengalami muntah-muntah dipercayai selepas minum susu kotak yang disediakan di sekolah itu dalam kejadian kira-kira 11 pagi tadi.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jeneri Mahadzir Hamid berkata, tiada pelajar yang mengalami masalah kesihatan serius berikutan kejadian itu.

Wednesday, May 7, 2014

Niat tentukan amalan ikhlas atau tidak

2014/04/23 - 07:50:49 AM

Maiwp Sedia RM30 Juta Naik Taraf Sekolah Agama

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 7:23 PM


Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) memperuntukkan sebanyak RM30.3 juta untuk menaiktaraf sekolah agama di sekitar ibu negara dan Putrajaya, tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan itu turut meliputi elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), kelengkapan infrastruktur sekolah, bantuan yuran murid, latihan guru serta program dan aktiviti murid.

"MAIWP juga telah berjaya menyiapkan dua buah blok bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA) Abu Dzar dengan anggaran kos sebanyak RM7.5 juta yang dilengkapi kemudahan infrastruktur lebih baik untuk keselesaan warga sekolah.

Dua buah sekolah juga kini dinaiktaraf iaitu SRA Al-Hidayah di AU3 Keramat dan di Presint 11, Putrajaya serta dijangka beroperasi sepenuhnya tahun hadapan," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) 2013 di sini, Selasa.

Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Maiwp, Paimuzi Yahya.

Beliau berkata, Jawi juga memperoleh kelulusan tanah sebanyak dua hektar di Presint 18, Putrajaya bagi tujuan pembinaan Sekolah Menengah Agama.

"Kita akan membina sebuah Sekolah Menengah Agama di Putrajaya bagi menampung keperluan anak-anak supaya berpeluang menyambung pengajian lebih tinggi dalam bidang akademik dan agama," katanya.

sumber : mStar Online

Kandungan hudud di Brunei Darussalam

Hukum Hudud telah pun dilaksanakan di Brunei. Berikut ialah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198

(1) Mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

(1) Mana-mana orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

KHALWAT 196

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna

(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau

(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yang mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat.

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syarie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADAN 195

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau di tempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yang menjual atau menghidang apa jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta-merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yang gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -

(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau

(b) jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan :-

(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau

(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR

BALIGH. (70). Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)

(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi-saksi yang sah) maka :

* Kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.

* Kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut.

* Kesalahan ketiga dan seterusnya - penjara tidak lebih 15 tahun.

Kalau bersalah bukan cara di atas (A) : kena penjara dan denda.

* Sumber : Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013.

sumber : UTUSAN Online

Tuesday, May 6, 2014

PPPM yang mula menampakkan hasil

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR



PPPM 2013-2025 yang dilancarkan tahun lalu sudah menampakkan kesan kejayaan antaranya penglibatan ibu bapa dan sambungan Internet ke sekolah-sekolah. - Gambar hiasan

PELAN Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan tahun lepas kini menampakkan hasil, terutama dalam memastikan jurang pencapaian murid bandar dan luar bandar dapat dikurangkan secara berperingkat.

Usaha ini, kata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan terus dilakukan supaya aspirasi untuk mengurangkan jurang pencapaian berdasarkan tahap perbezaan sosioekonomi sebanyak 50 peratus dapat dicapai.

Jelas beliau, perkara ini terbukti menerusi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu apabila jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar adalah sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN).

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah bidang terpenting dalam usaha pembangunan insan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Melalui bidang ini manusia dapat dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Bidang pendidikan menjadi semakin penting dan mencabar menjelang 2025 sebagai persediaan membentuk modal insan.

Di samping itu, pembelajaran sepanjang hayat juga akan membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan mengambil tindakan yang berani dan pantas dengan menyediakan pelan pembangunan pendidikan kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan segera.

PPPM 2013-2025 sudah menampakkan kesan kejayaan antaranya penglibatan ibu bapa dan sambungan Internet ke sekolah-sekolah. Tujuannya untuk mencapai pendidikan berkualiti. Transformasi pendidikan ini adalah komitmen kerajaan untuk terus komited menjalankan pembaharuan dalam sistem pendidikan negara bagi tempoh 15 tahun akan datang bermatlamat setiap murid mempunyai kemahiran baru untuk merebut peluang di samping menangani cabaran abad ke-21.

Jika dikaji dan diteliti adakah masa di sekolah mencukupi untuk murid belajar, menelaah dan mengulang kaji pelajaran? Jawapannya tentu tidak cukup jika murid tidak bersedia dari awal.

Dalam hal ini, peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menguji apa yang dipelajari pada tahun empat, lima dan enam. Sementara itu, di peringkat tingkatan tiga, murid akan diuji apa yang dipelajari di tingkatan satu, dua, dan tiga. Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar akan diuji apa yang dipelajari di tingkatan empat dan lima.

Bagi menggantikan beberapa peperiksaan, Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan dilihat satu usaha Kementerian Pendidikan dalam memberi penambahbaikan terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan utama, khususnya UPSR dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Para guru mengharapkan mereka tidak dibebankan dengan kerja-kerja menyediakan soalan, memeriksa kertas jawapan serta menjumlahkan keputusan. Suatu kaedah baharu telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban dan tugas guru.

Berkaitan hal ini, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya akan berusaha mengurangkan bebanan guru dalam pelaksanaan PBS ini. Malah, pengenalan PBS yang memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran mengenai pembelajaran menjadi langkah penting menentukan penguasaan murid secara lebih bersistematik pada setiap peringkat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Pelaksanaan PBS itu akan dilihat hasilnya melalui keputusan UPSR bagi murid yang mendudukinya pada 2016 dan PMR mulai 2014.

Justeru, PBS akan memberi penilaian lebih menyeluruh terhadap murid. PBS mengandungi empat komponen merangkumi Pentaksiran Sekolah; Pusat; Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik iaitu mengenai sikap dan personaliti murid dan pelajar.

Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan rohani bagi anak-anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan, seterusnya bagi menghadapi perubahan di bawah PPPM.

Lantaran itu, ibu bapa perlu memahami dan mengikuti serta mengkaji perubahan ini. Di samping itu, mereka perlu menyediakan masa untuk memantau anak-anak bagi mengulang kaji pelajaran di rumah dan menghantar mereka ke kelas tuisyen bagi menghadapi peperiksaan.

Sementara itu, bagi guru-guru tentulah akan menyediakan (P&P) yang berkesan di dalam kelas kepada murid .

Justeru, P&P di dalam kelas bukan sahaja menjurus kepada peperiksaan, malahan jauh daripada itu dapat membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah, berakal budi dan berakhlak terpuji.

Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan nyata bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan dan bahasa ilmu.

Pada masa sama peningkatan penguasaan bahasa Inggeris turut diberi kepentingan supaya murid dan pelajar dapat bersaing dan meneroka ilmu di peringkat antarabangsa.

Menerusi PPPM murid digalakkan mempelajari sebanyak mungkin bahasa asing seperti bahasa Arab, Sepanyol, Perancis dan Jepun.

Jelaslah, kedua-dua bahasa dalam MBMMBI itu dan bahasa-bahasa lain sememangnya memainkan peranan penting ke arah melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran tinggi dan berketerampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Ibu bapa dan guru harus memainkan peranan menyokong dasar MBMMBI ini bagi melonjak kualiti pendidikan negara.

Ibu bapa juga harus memahami transformasi pendidikan negara sejajar dengan hasrat kerajaan dan Kementerian Pendidikan yang ingin melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu mencapai visi yang dihasratkan iaitu menyediakan peluang kepada individu meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.

* PENULIS ialah pengamal media, PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

sumber : UTUSAN Online

Di mana silapnya sistem PBS?

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
24 April 2014

Mohd Nor Izzat Mohd Johari

SEJAK tahun lalu, isu sistem pendidikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terus mendapat perhatian sehingga ke hari ini. Banyak perkara dibangkitkan oleh pelbagai pihak terutama berkaitan pelaksanaan sistem itu yang dilihat pincang.

Namun selepas desakan demi desakan, kementerian dilihat mula menambahbaik beberapa perkara termasuk berkaitan sistem capaian online SPPBS.

Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Ketua Biro Pendidikan Gabungan NGO Islam & Melayu Malaysia (GNIMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari, seorang guru yang lantang dalam memperjuangkan kempen Mansuh PBS selepas ia dilihat gagal mencapai objektif sebenar.

SINAR HARIAN ONLINE: Perkembangan sistem pendidikan PBS selepas dibantah?

NOR IZZAT: Ada tiga komponen terbesar yang diubah. Pertama, sistem online. Dalam perbincangan 24 Disember 2013, seperti yang dijanjikan Datuk Seri Idris Jusoh sendiri di hadapan pegawai-pegawai di kementerian, mengatakan ingin naik taraf ‘server’.

Jadi, (ketika itu) kita kena tunggulah pada 1 April dengan ‘server’ yang baru. Beliau pernah umumkan dalam media bahawa sistem online itu akan dimigrasikan bersama sistem pengurusan sekolah. Selepas desakan kita, akhirnya mereka buat keputusan pada 18 Mac, bahawa sistem itu ditiadakan atau dalam bahasa kita, dimansuhkan.

Kedua, berkenaan pengurusan fail murid. Maknanya selepas ini, ‘evidence’ tak perlu dibuat. Jadi, kita lihat perkara itu baik, cuma, menjadi satu persoalan, adakah fail-fail sebelum ini diguna pakai?...mungkin ini persoalan yang pihak kementerian wajar menjawab sebelum ada pertikaian lain.

Kemudian yang ketiga, tentang Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Apa yang kita dapati, PT3 ini dalam tempoh selepas diumumkan, ada dua kali pertukaran format yang kita semua memang tak perasan tapi guru-guru perasan.

Pertama, dulu dikatakan ada pentaksiran pusat, hanya lima subjek termasuk tambahan empat subjek bahasa. Secara keseluruhannya sembilan. Tapi lepas desakan, mereka cuba mengubah bahawa semua subjek ada pentaksiran pusat. Jadi, kalau bagi saya, secara ringkas, bukan ada perubahan apa-apa. Sama macam PMR cuma ditukar nama.

SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini Menteri Pendidikan II mengumumkan tentang sesi penerangan PBS terhadap ibu bapa akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara, bulan depan. Apa pandangan anda?

NOR IZZAT: Seperti yang saya jangka dari awal tahun lepas, memang mereka akan membuat perancangan untuk menerangkan sebab sebelum diumumkan, dalam tempoh sebelum nak ditangguh itu, mereka ada buat satu taklimat kepada pentadbir, guru dan ibu bapa. Nama taklimat itu adalah Taklimat Penataran Penambahbaikan PBS.

Saya duduk dalam dua jenis taklimat iaitu bersama pentadbir dan guru. Dua taklimat ini mereka sampaikan maklumat yang berbeza-beza. Itu saya berani jamin cakap. Dengan pentadbir kata A, dengan guru kata B.

Contohnya, dia bentang format PT3. Tapi bila saya tanya apa format? Sebab dia kata dah buat kajian menyeluruh maknanya format PT3 itu dah ada. Tapi bila saya soal di mana format tersebut, dia tak dapat bentangkan dan pentadbir mula bising.

Keesokannya taklimat dengan guru, mereka kata, semua yang dibentangkan hari ini adalah baru cadangan. Semalam kata sudah tetap tapi hari ini kata ia baru cadangan... pemberi taklimat itu teruk ditekan para pentadbir dengan pelbagai soalan.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pemberi taklimat itu tidak arif mengenai permasalahan PBS?

NOR IZZAT: Berbalik kepada asasnya, PBS ini bagus. Taklimat yang diberikan itu bagus, secara teorinya. Tapi apabila pelaksanaannya tidak seperti mana yang diharapkan, dia cuba menutup kelemahan-kelemahan tersebut. Malangnya, kelemahan itu dah melarat.

Dalam proses melarat itu, cikgu-cikgu dah lama simpan dan mungkin kebetulan, saya menyuarakan perkara ini dan mereka cuba bersama serta menyalurkan maklumat. Ada yang mengatakan apa yang mereka buat selama ini sia-sia. Pemberi taklimat cuba menutup kelemahan itu dengan mudah.

Apabila telah berbincang dengan Datuk Seri Idris, barulah dapat satu perkataan yang selalu mereka gunakan iaitu, kecairan maklumat...kalau betul ada kecairan maklumat, kita sama-sama baiki. Tapi malangnya, apa yang mereka lakukan tidak (bukan), itu yang berlaku sekarang ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, adakah PBS ini tidak boleh diaplikasi dalam negara kita?

NOR IZZAT: Mengikut keadaan semasa secara ringkasnya, PBS ini bagus tetapi belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Itu yang sebenar-benarnya.

SINAR HARIAN ONLINE: Kekeliruan terhadap sistem PBS ini, bagaimana anda melihat cara kementerian menangani perkara itu?

NOR IZZAT: Pertama, taklimat yang disampaikan itu tidak menyeluruh. Kedua, berbeza-beza. Kalau dulu, saya akui memang ada taklimat yang diberikan oleh guru-guru di peringkat sekolah.

Itu memang tugas sebagai seorang guru. Tapi saya yakin semua sekolah di Malaysia memang tak dapat menyelami PBS itu sebenar kerana taklimat yang diberikan berbeza-beza. Format untuk setiap subjek berbeza-beza dan saban tahun bertukar-tukar.

SINAR HARIAN ONLINE: Maklumat tak sama, jadi, apa sepatutnya yang kementerian buat?

NOR IZZAT: Taklimat yang sama perlu diberikan kepada guru-guru dan pentadbir. Taklimat ini sebelum perkara itu berlaku. Sebelum kita nak buat satu program, taklimat dahulu. Walaupun nak bawa pelajar pergi lawatan.

Selepas taklimat kepada guru dan pentadbir, baru kita buat taklimat kepada ibu bapa beritahu bahawa akan ada satu sistem baru yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lebih baik daripada sistem sebelum ini. Sebelum taklimat bermula di sekolah, sepatutnya taklimat bermula di kementerian itu sendiri dan sepatutnya pihak atasan perlu faham PBS ini terlebih dahulu. Itu yang sepatutnya berlaku sebelum 2012.

SINAR HARIAN ONLINE: Cikgu menyebut PBS belum sampai masa untuk diaplikasikan di negara ini. Apa kekangan di negara ini?

NOR IZZAT: Pertama, infra. Keadaan kelas iaitu kuantiti guru dan murid. Itu paling pertama. Kita rujuk kembali PBS yang sekarang ini dilaksanakan di Finland. 1 : 13 atau 14 ditambah dua pembantu guru di setiap kelas. Tapi kalau kita nak tiru sepenuhnya, saya pun sebagai rakyat Malaysia saya yakin, perlahan-lahan kita membuat perubahan. Mungkin untuk asas pertama, buat penambahan pembantu guru.

Pendidikan penerima bajet kedua tertinggi di negara ini. Apa salahnya kalau gunakan belanjawan tersebut...jangan buat sistem baru. Buat penambahbaikan kepada infra sendiri. Penambahan pembantu guru itu boleh dibuat. Buat secara berperingkat. Lebih baik berperingkat ke arah itu daripada berperingkat membuat penambahbaikan PBS yang dah memang semakin lama semakin buruk.

Saya menjangkakan di Malaysia, 1: 15, pun memadai. 20 itu maksimum. Realisasikan ini dulu, baru buat penambahbaikan yang lain. Di Australia sendiri 1: 15. Kita hanya tiru sistem tapi kita tidak tiru keseluruhannya.

SINAR HARIAN ONLINE: Peperiksaan itu tidak relevan untuk menilai prestasi pelajar sekarang?

NOR IZZAT: Saya lihat ada satu isu yang...apabila pelajar cemerlang akhirnya tidak berjaya di universiti. Mungkin itu yang kementerian nampak. Jadi, mereka ambil pendekatan laksana PBS. PBS memang baik sebab ia memberi peluang kepada guru untuk memberi tumpuan kepada murid seorang demi seorang tanpa ada yang tertinggal. Tapi tumpuan itu dalam keadaan ramai, tak sesuai.

Sebenarnya, kementerian dah buat...kalau kita perasan ketika kita sekolah dulu pun, kita ada dua perkara, kurikulum dan kokurikulum. Jadi, dah lama ada tapi sekarang digandakan saja.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagi pelajar yang sedang berada di Tingkatan 3 tahun ini, bagaimana nasib mereka?

NOR IZZAT: Sampai saat ini, masih belum ada format lagi dikeluarkan. Apa yang diumumkan adalah PT3 ada pentaksiran pusat. Saya ada beri satu pandangan bahawa cikgu tidak pernah merancang untuk murid...kalau untuk esok, hari ini baru nak rancang. Kalau ikutkan untuk pelajar PMR atau SPM atau UPSR sekalipun, cikgu sudah merancang ketika cuti sekolah. Saya yakin 100 peratus cikgu buat begini. Tapi, sampai hari ini....

SINAR HARIAN ONLINE: Apa harapan cikgu?

NOR IZZAT: Saya difahamkan bahawa Majlis Profesor Negara (MPN) telah memberi kertas cadangan penambahbaikan tapi malangnya tidak digunakan. Kenapa? Saya lihat ada lebih daripada 15 cadangan penambahbaikan. Jadi, harapan saya kepada pihak kementerian, tolonglah jemput saya...kalau tak nak pun, panggillah guru-guru lain...tapi dalam keadaan semasa, saya rasa mereka tak terima.

Kita akan bincang dan saya beri semua cadangan-cadangan yang terbaik. Saya sudah bentangkan dengan beberapa pihak termasuk cadangan itu dengan Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah dan beliau bersetuju dengan cadangan-cadangan saya itu tapi mungkin perlu ada kajian lagi.

sumber: Sinar Harian

Saturday, May 3, 2014

SEJARAH KELAHIRAN INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK

OLEH: ZAKUAN BIN SAWAI

Institusi pengajian pondok merupakan institusi pendidikan yang tertua di Tanah Melayu. Tidak diketahui dengan tepat bilakah tarikh mulanya sekolah pondok diperkenalkan di Tanah Melayu, yang pasti sekolah pondok wujud tanpa dirancang. Ianya muncul dan berkembang mengikut keperluan dan sambutan orang ramai yang datang belajar di satu-satu tempat yang mempunyai Tok Guru yang mengajar ilmu-ilmu agama.

Walau bagaimanapun terdapat keterangan mengatakan bahawa sekolah pondok berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ini berdasarkan bahawa Pattani terkenal sebagai Pusat Pelajaran Agama dan Kebudayaan Melayu pada abad ke 16 dan 17 Masihi. Juga berdasarkan pada kurun ke 12 terdapat ramai ulama’ Pattani menyusun kitab-kitab Jawi yang digunakan di pondok-pondok. Kebanyakan Tok Guru menggunakan loghat (dailek) Pattani bila menyampaikan pengajaran mereka khususnya bagi pondok di negeri Kedah dan Perak. Kemungkinan yang kedua: Pondok berasal dari Kalimantan, Indonesia berdasarkan beberapa buah kitab Jawi yang dibawa dan dibaca di pondok-pondok hasil terjemahan ulama’ Banjar dan Jawa.

Sebagai contoh di utara Semenjung Malaysia terdapat Tok guru pondok yang mendapat pendidikan dari Pattani dan Indonesia. Ulama’ yang berasal dari pendidikan Sumatera seperti Haji Muhmud Taha (pondok Alor Belat) Butterworth tahun 1880an. Ibrahim Acheh, Tok Syeikh Acheh (pondok Permatang Janggus) Kepala batas, Seberang Prai Tengah, tahun 1885an. Fakih Daim (pondok sungai Dereka) Seberang Prai Tengah, tahun 1880an. Haji Salleh al-Misri (pondok al-Masriyyah) Bukit Mertajam tahun 1906.

Golongan kedua berasal dari pendidikan Pattani seperti Haji Zainal atau Tuan Minal (pondok Sungai Dua) tahun 1875. Haji Mahmud Taib (pondok Kubang Semang), Seberang Prai Tengah tahun 1920. Haji Ahmad Padang Lalang (pondok Lalang) Bukit Mertajam tahun 1890 dan Tuan Haji Husin Mohamad nasir bergelar Tuan Haji Husin Kedah (pondok Pokok Sena) Kepala Batas Seberang Prai tahun 1934 dan (pondok Padang Lumat) Gurun Kedah tahun 1924.

Perkataan “pondok” berasal dari bahasa arab yang bermaksud khemah: sebagai tempat persinggahan sementara bagi pengembara. Istilah pondok termashyur sebagai tempat tinggal yang diduduki oleh pelajar-pelajar yang datang ke satu tempat untuk mempelajarai ilmu-ilmu agama dengan membawa barang-barang keperluan sendiri. Definisi ini menepati pengertian yang diberikan oleh Kamus Dewan yang diertikan bagi madrasah dan asrama tempat belajar agama.

Bentuk pondok di Tanah Melayu sama dengan bentuk pondok-pondok yang terdapat di Indonesia, dengan menggunakan istilah pesantren di Jawa, Penjentren di Madura, Rangrang di Acheh, surau di Minangkabau dan Langgar di Sumatera. Ianya diertikan sebagai deretan rumah-rumah yang kecil yang menjadi tempat kediaman pelajar-pelajar agama. Akhirnya ia digunakan bagi gelaran kepada System Pendidikan Tradisional bagi daerah Nusantara yang terkenal dengan system Pengajian Pondok.

Pondok di Indonesia diperbuat daripada buloh. Di desa yang makmur terdapat pondok-pondok yang diperbuat dari bahan kayu yang baik bertiang dan bertangga kayu. Tangga-tangga pondok dihubungkan ke perigi oleh sederet batu-batu titian, yang membolehkan pelajar-pelajar yang tidak bersepatu dapat mencuci kaki dan terus naik ke pondok masing-masing.

Sekolah-sekolah pondok di Tanah Melayu sebilangan besarnya di kawasan-kawasan penanaman padi seperti negeri Kedah dan Kelantan. Selain dari itu terdapat beberapa kawasan seperti Seberang Prai, Perlis, Terengganu, Selangor, Perak dan Johor.

Melalui institusi pengajian pondok ini, Pendidikan Islam terus berkembang dan bertambah secara bersendirian tanpa gangguan dari pemerintah. Perkembangannya mencapai tahap kegemilanganya pada abad ke 19 masihi. Selepas itu disebabkan beberapa faktor yang tersendiri menyebabkan institusi pengajian pondok mengalami zaman kemerosotan.


ULASAN DARIPADA HJ. ABDUL KADIR BIN CHE KOB PENGASAS P.I.P.I

1. ISU-ISU DAN PERMASALAHAN

1.1 Sistem pengajian pondok yang diwarisi oleh umat Islam di seluruh dunia adalah cebisan pusaka peninggalan tamadun Baghdad. Ia tersebar luas ke seluruh dunia dan juga kawasa Asia Tenggara berabad-abad lamanya. Peranan yang dimainkannya telah dapat mempertahan, mengukuh dan menyebarkan ajaran Islam secara berkesan, secara berterusan dan sistematik, sejak negara-negara di Asia Tenggara menerima Islam. Ianya menjadi rujukan masyarakat, konsisten, dominan dan berwibawa sepanjang perkembangan sejarahnya.

1.2 Keutuhan dan thiqah yang ada padanya menjadi faktor yang meyakinkan umat Islam khususnya di nusantara. Dimensi tunjangnya sepadu antara kekuatan Iman, ketulusan amal, kemantapan ilmu, dan kombinasi akhlak diadunkan sekali dalam ramuan pengembangan ilmu, keluhuran budi dan kemantapan amal . Sepanjang perkembangan sejarahnya, ianya telah berjalan merentasi apa jua cabaran akidah, budaya dan sosial.

1.3 Apabila dimensi ilmu dan amal telah dipisahkan daripada persepaduannya di dalam arus pendidikan ummah, pengembangan ilmu dipisahkan daripada pendidikan akhlak dengan membentuk hala cara baru. Para pendidik memberikan penumpuan kepada momentum ilmu semata-mata, sementara persoalan akhlak telah diasingkan dan diserahkan sepenuhnya kepada institusi keluarga; maka lahirlah masyarakat Islam dengan wajah baru yang memisahkan kecemerlangan ilmu dengan kecemerlangan akhlak. Ia mengakibatkan berlaku cabaran getir kepada institusi sosial dan kekeluargaan.

1.4 Institusi keluarga telah semakin sempit, terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak semata-mata, padahal institusi ini sepatutnya melebar kepada ibu bapa, kerabat, kepupuan dan saudara-mara yang membentuk dominasi sistem pendidikan kekeluargaan. Manakala institusi sosial pula hanya tertumpu kepada pengawalan rasmi dan perundangan semata-mata tanpa ada campurtangan daripada anggota sosial seperti sahabat, jiran dan kerabat.

1.5 Apabila negara mencapai kemerdekaan, sistem pengajian pondok telah mengalami perubahan dengan wujudkan sekolah-sekolah yang mengambil peranannya. Walaupun pada zaman peralihannya, pondok terus kekal bersama sekolah, berjalan selari memberi sumbangan kepada pendidikan ilmu dan akhlak; tetapi lama-kelamaan institusi pondok tidak dapat bertahan dalam arus perkembangan sejarahnya, yang kekal hanya sekolah yang berkembang maju manakala pondok telah terkubur atau hampir pupus. Ketiadaan sistem pendidikan ala-pondok telah mengakibatkan satu kekosongan kepada dimensi pendidikan bersepadu antara ilmu dan akhlak, yang sifatnya adalah thiqah. Sedangkan pembentukan akhlak adalah menjadi penggilap kepada amalan.

1.6 Pada masa ini tiada lagi tempat bagi mereka yang ingin membuat rujukan, mengulangkaji dan memantapkan kethiqahan ilmu mereka termasuk juga ketiadaan tempat bagi tujuan bermuzakarah dan mendalami kemahiran ilmu nassiwarisan ulamak silam, dalam usaha untuk menangani dan mentahqiqkan permasalahan yang dihadapi. Ada pihak-pihak yang ingin mendalami Islam di kalangan dewasa, namun tiada tempat yang mereka boleh tujui, hanya beberapa ketika di masjid dan surau, manakala tempat khusus untuk tujuan tersebut sukar dicari. Hal inilah yang mengakibatkan ada golongan tertentu di dalam pencarian mereka terperangkap dengan ajaran salah.

1.7 Institusi pondok sepanjang perkembangan sejarahnya telah meletakkan hala tuju asas yang betul dalam membentuk kefahaman dan pengajian kepakaran dalam bidang-bidang pengajian bahasa dan kesusasteraan, budaya dan peradaban, Syariah, Usuluddin, Tafsir, Tasawwuf, Al-Quran dan Al-Hadith. Masyarakat masih lagi memerlukannya untuk menghadapi perkembangan semasa dan menghadapi realiti yang wujud di hadapan mereka. Untuk itu, mereka memerlukan tenaga-tenaga yang berkemahiran di peringkat kefahaman kepada nas-nas dan kitab-kitab lama warisan ilmuan silam yang dikenali sebagai kemahiran Ta’biri; malah lebih jauh daripada itu masyarakat memerlukan tenaga-tenaga yang berkemahiran tinggi di dalam mentahqiq ilmu dan maklumat yang dikenali sebagai Tahqiqi; juga kemahiran yang tinggi dalam menghalusi permasalahan yang dihadapi yang antaranya tidak terdapat dalam ijtihad ulamak silam yang dikenali sebagai kemahiran Tadqiq. Malah lebih mendalam lagi mereka memerlukan tenaga yang berkemahiran tinggi dalam meneroka masalah yang lebih kompleks yang dihadapi oleh masayarakat pada hari ini yang memerlukan penilitian dan kajian yang mendalam yang merentasi keperlbagaian disiplin ilmu dan kepakaran yang dikenali sebagai kemahiran Ta’miqi.

1.8 Untuk tujuan tersebut, bagi menangani permasalahan dan kegawatan ummah yang berpunca daripada tiga ( 3 ) faktor utama iaitu kegawatan kefahaman, kegawatan pentafsiran dan kegawatan pendekatan; perlu ada satu institusi yang dapat menyediakan laluan dan kemudahan melatih dan membimbing kepakaran-kepakaran tersebut untuk kemaslahatan ummah Islam pada masa ini. Kerana itulah Pusat Ilmu Penyelidikan Islam (P.I.P.I.) atau dalam Bahasa InggerisnyaIslamic Research Training Centre (I-RETRACE) diketengahkan kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan kepada umat Islam dunia amnya sebagai wadah yang dapat memenuhi tuntutan keperluan pada masa kini, yang mana ia dapat menyediakan latihan kepakaran dalam bidang-bidang berikut:

i. Kemahiran Ta’biri

Ia adalah penyediaan proses untuk melahirkan tenaga mahir yang dapat memahami dan menguasai kefahaman struktur kitab-kitabturath peninggalan ulamak silam.

ii. Kemahiran Tahqiqi

Ia adalah proses untuk memperdalami secara terperinci, bukan sahaja melibatkan kemahiran Ta’biri malah menguasai semua jenis instrumen keilmuan, qawaid (kaedah) dan aliran perbahasan ilmiah.

iii. Kemahiran Tadqiqi

Ia adalah proses penguasaan matan , syarah, wajhu istidlaldan istinbat.

iv. Kemahiran Ta’miqi

Iaitu proses yang amat tinggi yang membolehkan penganalisaan dapat dibuat bukan sahaja kepada wajhu istidlal dan istinbat, bahkan dapat menguasai ke peringkat taufiq dan tarjih.


1.9 Pada masa ini Malaysia boleh berbangga kerana masih ada lagi ulamak yang berkeupayaan di peringkat Ta’biri dan Tahqiqi dan masih lagi ada, walaupun sedikit, ulamak yang berkeupayaan di peringkat Tadqiqi. Masa masih belum terlewat untuk memulakan usaha ini pada ketika ini. Apa akan jadi kepada masyarakat dan umat Islam kita apabila sekiranya ulamak yang masih ada ini meninggalkan dunia ini tanpa pengganti? Tentunya tidak ada usaha lagi yang boleh dilakukan kerana pada masa itu " nasi sudah menjadi bubur " , menyesal tiada berguna lagi.

Renungilah hadis ini :

وعن ابن عمرو بن العاص رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ قال سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يقول: إن اللَّه لا يقبض العلم انتزاعاً ينتزعه من الناس، ولكن يقبض العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبق عالماً اتخذ الناس رؤوساً جهالاً فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا

متفق عَلَيهِ.

Maksudnya :

Daripada 'Ibnu 'Amr Ibnu Al-'As katanya : saya mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda : sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghapuskan) ilmu menyentapnya sekaligus daripada manusia, akan tetapi Allah mencabut ilmu daripada manusia dengan mematikan ulama' (tanpa pengganti) sehingga satu masa tiada lagi seorang pun yang alim (berilmu) , manusia akan mengambil orang-orang jahil sebagai ikutan, apabila ia (orang jahil) ditanya tentang sesuatu masalah ia memberi fatwa tanpa ilmu, akibatnya ia sesat dan menyesatkan orang lain. (Bukhari & Muslim)

Wallahu’alam bissawab.

sumber : http://melayu-pipi.tripod.com/id15.html

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com