tag:blogger.com,1999:blog-18902842424283555092024-03-06T08:46:42.826+08:00MPKB 90/93MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.comBlogger684125tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-39234224633378255752017-06-08T08:06:00.001+08:002017-06-08T08:06:46.232+08:00 Sektor awam kurangkan penggunaan air, elektrik jelang 2020

Jun 05, 2017 | 04:48 PM

SEKTOR awam akan mengorak langkah untuk menyumbang kepada usaha melindungi sekitaran dengan mengurangkan penggunaan air dan elektrik dalam sektor tersebut.

Ini merupakan sebahagian daripada rancangan penghijauan "go green" serata Singapura yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini.

Menurut Pelan Kemampanan Sektor Awam 2017-2020, sektor tersebut akan mengurangkan penggunaan elektrik sebannyak 15 peratus dan penggunaan air sebanyak 5 peratus menjelang 2020, berbanding tahap penggunaan pada 2013.

Semua bangunan sektor awam baru pula akan mendapatkan piawaian Tanda Hijau Platinum, manakala bangunan awam yang ada sekarang akan menyasarkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya piawaian Tanda Hijau Emas.

Sektor tersebut juga akan melancarkan 'pemerolehan hijau' bagi produk-produk kertas dan elektronik, menjalankan kitaran sisa makanan di premis sektor awam dan memasang panel uji solar terapung di Kolam Air Tengeh.

Encik Teo berkata, di peringkat pejabat, pegawai awam akan mengamalkan amalan melindungi sekitaran seperti "menetapkan suhu lebih tinggi bagi termostat alat hawa dingin di premis-premis dan membeli lebih banyak produk hijau untuk pejabat." - ST MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-64417789989219024362017-06-07T09:41:00.000+08:002017-06-07T09:41:17.232+08:00Isu Qatar: Israel yang dapat kelebihannya

Muhammad Khalil Abdul Abdul Hadi

Nurul Khaleeda Rashikin

6 Jun 2017

SHAH ALAM - Pemuda Pas mengambil serius isu yang melanda Qatar dan negara teluk yang sedang berlaku kini.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Abdul Hadi berkata, episod yang berlaku ini natijahnya ialah perpecahan umat Islam dan mengukuhkan penguasaan Israel ke atas bumi Palestin.

“Perancangan untuk memecah-belahkan dunia Islam bukan satu rahsia lagi setelah kejayaan kuasa barat berpaksikan zionis-freemason ketika perang dunia pertama dan kedua menyaksikan dunia Islam berpecah kepada berpuluh-puluh buah negara hingga wujudnya negara haram Israel.

“Fasa kedua pula untuk mengukuhkan kedudukan Israel dan mengekang negara-negara yang menyokong perjuangan umat Islam untuk membebaskan palestin,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, lima buah negara, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Qatar selepas mendakwa negara itu menyokong keganasan.

Ia kemudian diikuti dengan Maldives yang turut membuat keputusan sama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lima negara putus hubungan dengan Qatar]

Memetik laporan media asing, tindakan drastik oleh Arab Saudi, Mesir dan UAE itu turut disertai dengan pemberhentian pengangkutan, termasuk penerbangan dengan Qatar dan memberi tempoh dua minggu kepada rakyat Qatar untuk pulang.

Sementara itu, Muhammad Khalil berkata, tindakan yang dikenakan ke atas Qatar ini disusuli dengan pendedahan yang mengaitkan hubungan UAE dengan gerakan zionis-freemason.

“Sekumpulan penggodam dari Rusia berjaya memintas e-mel dari Yousef Al-Otaiba, duta UAE ke AS yang mengandungi hubungan intim beliau dengan badan pemikir yang mendokong Zionis-Freemason, Foundation for Defense of Democracies (FDD).

“Pendedahan sebanyak 55 muka surat ini antara lain menyebut penglibatan UAE terhadap cubaan rampasan kuasa di Turki.

“Pendedahan ini membuktikan pelakon-pelakon sebenar di sebalik wayang-wayang yang sedang dimainkan melibatkan rampasan kuasa di Mesir dan Turki, Al-Qaeda dan ISIS, serangan ke atas gerakan Islam sederhana dan wayang-wayang lain yang sedang dan akan dilakarkan,”katanya.

Tambahnya lagi, walaupun Qatar sebuah negara kecil namun licik dalam berpolitik dan babak yang berlaku ini memberikan mereka dua pilihan.

“Sama ada mengikut kehendak pendesaknya atau berdepan dengan ‘rampasan’ kuasa secara bersistematik hinggakan ada penganalisa politik tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa secara kekerasan dikenakan ke atas Qatar bagi mencabut duri dalam daging ini.

“Hari ini Emir Qatar, Syeikh Tamim bin Hamd Al-Thani mengadakan lawatan rasmi ke Kuwait yang dilihat oleh penganalisa sebagai usaha untuk memulihkan hubungan dengan Saudi Arabia dan UAE,” tambahnya.MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-71082836424575167472017-06-07T09:30:00.000+08:002017-06-07T09:30:03.542+08:00 Menu berbuka Malaysia di Masjid Nabawi
June 6, 2017

KUALA LUMPUR – Abajid Training Team dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia di Arab Saudi (Cawangan Madinah) berkongsi keberkatan Ramadan dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk dikongsi bersama umat Islam di kawasan berdekatan Masjid Nabawi bermula 1 Ramadan hingga 15 Ramadan tahun ini.

Khadim Al Sufrah, Abdul Aziz Abbas berkata, program tersebut yang dinamakan Sufrah Maliziah (hidangan Malaysia) telah dimulakan sejak lima tahun lalu.

Katanya, aktiviti amal itu merupakan gabungan tenaga sukarelawan seramai 20 orang terdiri daripada golongan pelajar yang bersama-sama menyediakan juadah berbuka dengan menu makanan Malaysia.

“Setiap hari persediaan untuk memasak hidangan bagi program Sufrah Maliziah dimulakan selepas solat terawih.

“Kemudian selepas zuhur, aktiviti memasak semakin rancak dan juadah berbuka puasa akan dihantar satu jam sebelum azan maghrib berkumandang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, antara menu yang disediakan adalah nasi putih dan ayam paprik serta gulai ikan dimasak secara bergilir-gilir oleh para sukarelawan.

“Kita sediakan juadah untuk 200 orang tetapi biasanya ketika hari Jumaat, kami bersedia untuk memasak dengan kuantiti yang lebih kerana kehadiran jemaah yang meningkat,” katanya.

Jelas Abdul Aziz, pada mulanya program tersebut hanya dimulakan secara kecil-kecilan dalam kalangan pelajar tetapi semakin lama mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Malaysia yang berada di Arab Saudi.

Tambahnya, bagi rakyat Malaysia yang ingin mengikuti program Sufrah Maliziah mereka boleh meninjau program tersebut di laman Facebook PERSADA Cawangan Madinah. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-33610828063754659492017-06-06T23:10:00.001+08:002017-06-06T23:10:52.891+08:00Berpuasa bukan alasan untuk jadi kurang produktif - PM Najib
Perdana Menteri menyarankan agar orang Islam menitikberatkan soal bersahur. - Foto www.najibrazak.com

Jun 06, 2017 13:46 MYT
KUALA LUMPUR: Berpuasa di bulan Ramadan tidak boleh dijadikan alasan bagi orang Islam untuk menjadi kurang produktif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini kerana setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan sama ada sebagai pelajar, pekerja, anak mahupun ibu atau bapa termasuk di bulan puasa.

Untuk itu, beliau menyarankan agar orang Islam menitikberatkan soal bersahur.
"Waktu kecil dahulu, saya sering diingatkan untuk tidak terlepas sahur kerana sahur dianggap sebagai sarapan, juadah yang penting untuk kesihatan.

"Bagi saya, sahur ini penting sebagai sumber tenaga agar kita kekal produktif sepanjang hari," katanya dalam catatan bertajuk ''Sahur dan Kelebiahnnya'' di blognya www.najibrazak.com.

Lebih penting lagi, kata Najib, umat Islam tidak harus ambil mudah amalan bersahur kerana ia merupakan amalan Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri seterusnya berkata walaupun jadual kerjanya padat, namun semasa Ramadan, setiap hari beliau dan keluarga akan bersahur bersama dan mengambil peluang untuk berceritakan perihal masing-masing.

"Alhamdulillah, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan walau dalam masa yang singkat. Ini juga merupakan satu perkara yang sering dilakukan ketika ayahanda saya masih ada dahulu," kata Najib yang merujuk kepada perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

-- BERNAMA MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-33602018853475974642017-06-06T11:00:00.001+08:002017-06-06T23:40:30.985+08:00 Krisis Qatar: 5,000 rakyat Malaysia di Doha mungkin terkandas pulang Aidilfitri

Khairunnisa Kasnoon, Astro Awani |  Jun 06, 2017 16:39 MYT

Pada Isnin, Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sekaligus menutup laluan darat, laut serta hubungan udara. KUALA LUMPUR: 5,000 rakyat Malaysia di Doha dijangka tidak dapat pulang beraya di Malaysia susulan krisis diplomatik Qatar dengan negara Teluk.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Rakyat Malaysia di Qatar, Mohd Redzuan Nordin optimis situasi itu akan kembali reda dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, selepas 24 jam, keadaan di Doha masih normal dan kerajaan Qatar sedang memantau perkembangan semasa.

Rakyat Malaysia juga telah diberitahu agar tidak panik dan menunggu arahan daripada pihak berkuasa.
"Ramai yang tanya saya, apa yang perlu dilakukan dan kita telah keluarkan satu kenyataan dalam Facebook untuk tenteramkan rakyat Malaysia di sini.

"Banyak juga yang dah beli tiket tetapi dah dipulangkan semula wang kepada pembeli, cuma sekarang rakyat fikir macam mana nak balik Raya nanti," ujarnya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, persatuan yang mewakili kedutaan masih menunggu arahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Beliau juga memberitahu meskipun perhubungan darat, udara dan laut disekat dari negara Teluk, Qatar masih tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan makanan.

"Setakat ini tak ada sebenarnya. Qatar ada banyak negara lain seperti Turki dan Iran yang boleh sokong Qatar," katanya lagi.

Dalam pada itu, Redzuan turut meminta keluarga di Malaysia agar tidak khuatir dengan situasi mereka di Doha kerana semuanya dalam keadaan selamat.

Pada Isnin, Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sekali gus menutup laluan darat, laut serta hubungan udara.

Negara teluk itu menuduh Qatar menyokong kumpulan militan di rantau berkenaan.

Qatar bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-23707489162325897032017-06-06T11:00:00.000+08:002017-06-06T11:00:00.297+08:00 Memahami krisis Qatar, Arab Saudi dan sekutunya

Selain Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu turut mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Astro Awani |  Jun 05, 2017 14:46 MYT

KUALA LUMPUR: Tindakan Arab Saudi dan tiga sekutunya memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dilihat pemerhati politik sebagai sesuatu yang sudah boleh dijangka.

Ini kerana krisis yang berlaku antara negara-negara teluk Arab ini sudah berputik sejak tahun 2012 lagi, menurut pandangan penganalisis politik Prof. Kamaruzzaman Yusoff.

Isu bermula ketika tercetusnya Kebangkitan Arab atau Arab Spring di mana Qatar dituduh membantu kerajaan Mesir yang ketika itu diketuai Mohamed Morsi, selain memberi kebebasan sepenuhnya kepada agensi media seperti Al-Jazeera, yang membawa kepada penyebaran maklumat sehingga jatuhnya beberapa kerajaan di Asia Barat.

Namun pertelingkahan antara keempat-empat negara ini dengan Qatar sampai ke kemuncaknya apabila Qatar News Agency dikatakan digodam oleh pihak tertentu, yang membawa kepada keluarnya beberapa kenyataan yang berbaur kontroversi.

"Penggodam menggodam Qatar News Agency (QNA) dan QNA dikatakan melaporkan pemimpin utama Qatar membuat kenyataan yang menyebabkan pergeseran lebih besar terutamanya dengan Arab Saudi.

"Antaranya kenyataan berkaitan kepemimpinan Trump di Amerika Syarikat selain mempertikaikan kempen Arab Saudi untuk menyingkirkan Iran daripada kuasa-kuasa lain di Asia Barat," kata Pro. Kamaruzzaman.

Qatar juga disifatkan sebagai duri dalam daging bagi rantau itu kerana kekerapannya mengambil langkah kurang popular, dan ia tentunya menimbulkan rasa kurang senang Arab Saudi yang dilihat berusaha keras mahu memastikan negara serantau memiliki pandangan dan mengambil tindakan yang sama dengan aspirasinya.

Selain Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu turut mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-18739373911354898462017-06-06T08:00:00.000+08:002017-06-06T08:00:07.120+08:00Saiz perkhidmatan awam selaras perlembagaan
Ali Hamsa - Foto Bernama

18 April 2017

SEREMBAN - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menegaskan saiz perkhidmatan awam yang besar di negara ini adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Perlembagaan negara.

Beliau berkata definisi penjawat awam di negara ini turut merangkumi anggota pertahanan negara seperti polis, askar dan juga pegawai perubatan.

"Sebenarnya mereka (akhbar The Edge Market) sebut tentang saiz perkhidmatan awam dalam negara ini (yang berjumlah) 1.6 juta. Kita punya definisi telah ditetapkan dalam perlembagaan negara kita. Cikgu, tentera, polis masuk (dalam kategori perkhidmatan awam) tapi bila kita banding dengan negara lain, polis dan tentera tak termasuk.

"Contohnya di United Kingdom (UK), perkhidmatan kesihatan pun tidak masuk (dalam kategori penjawat awam). Jadi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah meminta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Zainal Rahim Seman) untuk mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini supaya dapat membuat bandingan 'apple to apple',"katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika dimint mengulas laporan akhbar The Edge Market baru-baru ini yang mendakwa emolumen kerajaan bakal meningkat kepada RM184 bilion pada 2027 daripada anggaran RM77.42 bilion pada 2017 akibat jumlah penjawat awam yang besar.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan kunci projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Berlian, Rantau di sini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. - BernamaMAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-53001282651423152372017-06-05T23:45:00.000+08:002017-06-05T23:45:15.789+08:00Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia
Rahman Dahlan

5 Jun 2017

PUTRAJAYA - Kejayaan Malaysia pada hari ini tidak akan dicapai tanpa perkhidmatan awam yang cemerlang dan antara terbaik di dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, beliau telah pergi ke banyak negara lain yang memperoleh kemerdekaan dalam tempoh hampir sama seperti Malaysia, tetapi tidak dapat mencapai tahap pembangunan yang dikecapi Malaysia seperti hari ini.

"Negara kita dikelilingi oleh pelbagai konflik (di negara lain) di utara, timur dan sebagainya, tetapi mengapa Malaysia dapat bertahan dan mungkin berada di hadapan kerana kita mempunyai salah satu perkhidmatan awam yang terbaik di dunia.

Ahli politik seperti saya datang dan pergi... tetapi Malaysia efektif kerana perkhidmatan awam. Terutamanya pada mesyuarat kabinet, saya sangat kagum apabila dokumen, kertas kerja, statistik terkini dan sebagainya semua ada di atas meja. Saya tidak tahu bagaimana mereka melakukannya" katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sekalung Budi Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff yang menamatkan perkhidmatannya hari ini.

Rahamat Bivi akan digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, berkuatkuasa Rabu ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di EPU, di sini, ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam pada itu, Rahamat Bivi dalam ucapannya, menyampaikan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui EPU sejak 19 Okt 2011.

"Selama menerajui EPU saya mengaku saya memang garang, tetapi itu adalah untuk kebaikan bersama. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan kepada saya selama ini," kata Rahamat Bivi. - BernamaMAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-25912179090771034392017-06-05T23:23:00.000+08:002017-06-05T23:23:44.181+08:00Bekas gangster lawat Mufti Wilayah Persekutuan
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerima kunjungan Abdul Salam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Foto-Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Muhammad Shamsul Abd Ghani
25 Mei 2017

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari ini menerima kunjungan daripada bekas gangster Australia di pejabatnya.

Berkongsi di laman Facebooknya, Zulkifli berkata, banyak perkongsian yang beliau dapat dalam pertemuan itu.

"Ahlan wa sahlan (selamat datang) kami ucapkan kepada Abdul Salam, 42, (Vince Focarelli), bekas gangster di Australia yang menziarahi kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

"Mendengar bagaimana beliau menerima hidayah untuk memeluk Islam, cukup menginsafkan kami mengenangkan kebesaran ALLAH SWT," katanya di Facebooknya.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata "benarlah bahawa hidayah itu milik ALLAH SWT semata-mata,".

[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua gangster peluk Islam, beri makan percuma]

Vince Focarelli sebelum memeluk Islam, merupakan ketua kumpulan Comanchero pernah terlibat dengan beberapa jenayah berat termasuk pengeboman yang membunuh dua orang ahli kumpulan gangster Hells Angels.

Anak Vince, Giovanni terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan gangster di Dry Creek pada 2012.MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-85680404278467679842017-06-04T23:26:00.000+08:002017-06-04T23:26:27.858+08:00 Selamatkah data disimpan dalam talian?
Risiko paling besar dihadapi oleh pengurusan rekod pada masa kini ialah ancaman aktiviti penggodaman. - Gambar hiasan

Mei 24, 2017 15:44 MYT

SEREMBAN: Ancaman serangan siber ''Ransomware Wannacry'''' yang melanda seluruh dunia termasuk England baru-baru ini, sudah pasti membuatkan ramai pihak berfikir adakah selamat simpanan data dibuat dalam talian.

Ancaman terhadap sistem komputer tersebut menyasarkan organisasi sama ada kerajaan atau syarikat perniagaan serta pengguna internet individu di mana impaknya akan mengakibatkan kehilangan sementara atau kekal sesuatu maklumat, data sensitif dan sulit sehingga menjejaskan operasi sesebuah organisasi.

Dalam dunia tanpa sempadan, revolusi teknologi yang bergerak pantas hari ini ''memaksa'' masyarakat dunia meraikan kemajuannya dalam segenap aspek kehidupan dan cara kerja termasuk pengurusan rekod peribadi atau organisasi dalam talian.

Jika dahulu, pengurusan rekod sama ada individu atau organisasi lebih kepada kaedah konvensional iaitu didokumenkan menggunakan kertas, namun kini beralih arah kepada sistem pengurusan elektronik yang lebih efisyen dan mesra alam sekitar.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Mohd Nizam Yunus ketika mengulas mengenai ancaman ini berkata risiko paling besar dihadapi oleh pengurusan rekod pada masa kini ialah ancaman aktiviti penggodaman.

"Ini (ancaman penggodaman) sudah tentu akan menyaksikan bahawa data dan rekod berada dalam keadaan tidak selamat. Selain digodam, organisasi perlu membayar kepada penggodam untuk melepaskan data mereka dari cengkaman penggodam. Ini menunjukkan bahawa data dan rekod yang disimpan secara elektronik boleh diceroboh.
"Kita tidak tahu sama ada penggodam ransomware ini sekadar kunci data dari digunakan oleh organisasi atau mereka sebenarnya dah memuat turun salinan data-data itu ke dalam server penggodam ini dan data akan digunakan di masa lain untuk tujuan yang tak baik," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada 18 Mei lepas dipetik sebagai berkata serangan siber kini dianggap sebagai ancaman peringkat tinggi di seluruh dunia dan kebanyakan virus datang daripada laman pornografi, berita dan pautan meragukan.

Katanya, berikutan trend yang wujud itu, Malaysia perlu melabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama keselamatan siber kerana ancamannya akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata keadaan yang menjadikan orang ramai menjadi takut dan merasa tidak selamat dengan data atau rekod yang disimpan secara elektronik, akan lebih memburukkan keadaan khususnya kepada operasi sesebuah organisasi.

Mengambil contoh perbankan internet, beliau berkata jika masyarakat mula rasa tidak yakin dengan sistem itu, maka keadaan di dalam sesebuah bank boleh menjadi sesak.

"Jika orang ramai takut menggunakan perbankan internet maka bank akan penuh semula seperti zaman sebelum ini di saat tiada perbankan internet...nak keluar duit pun kena ke kaunter malah mungkin ada yang tidak mahu simpan duit di bank kerana mereka tahu bank juga melakukan transaksi mereka dalam talian," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan semua pihak baik individu mahupun organisasi melaksanakan pengurusan rekod dalam talian supaya mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi mengurangkan risiko diceroboh.

"Secara asasnya, data atau rekod yang disimpan dalam talian masih selamat. Pun begitu, kaedah secara konvensional juga perlu dibuat sebagai ''pengganti'' sekiranya rekod kita dicerobohi dan diminta membayar untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan," katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan di fakulti yang sama, Alwi Mohd Yunus berkata dalam konteks keselamatan rekod dalam talian, jika sistem antivirus dan keselamatan tembok api sentiasa dikemaskini dan tatacara pengendalian rekod elektronik sentiasa dipatuhi, maka peluang serangan terhadap virus Ransomware atau serangan virus lain adalah rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata isu keselamatan rekod dalam talian tetap menjadi isu penting yang tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak.

"Dalam konteks ini, Arkib Negara Malaysia (ANM) telah mengeluarkan panduan dan tatacara pengendalian dan keselamatan rekod elektronik, e-SPARK atau elektronik Sistem Pengurusan Arkib dan Rekod Kerajaan yang perlu dirujuk, diguna pakai oleh semua agensi agensi kerajaan dalam memastikan keselamatan dan rekod rekod awam dan rahsia kerajaan dalam konteks dalam talian.

"Salah satu elemen utama kepada pemeliharaan dan keselamatan rekod awam meliputi rekod ketenteraan mahupun rekod sejarah, pihak ANM menetapkan bahawa ia tidak disimpan dan diakses melalui pelayan utama server oleh pengguna," katanya.

Untuk itu, beliau berkata mana mana pihak yang hendak merujuk kepada bahan sejarah perlu datang sendiri ke ANM untuk mendapatkannya kerana ia tidak didapati secara dalam talian kecuali bahan sejarah yang tidak sensitif kepada soal keselamatan negara.

-- BERNAMA MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-19173203238131076082017-06-04T18:51:00.001+08:002017-06-04T18:51:37.766+08:00Proton dapat capai skala ekonomi dengan Geely

4 Jun 2017

KUALA LUMPUR - Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan oleh pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd bagi jangka masa yang lama, kini dapat dicapai melalui pemeteraian perjanjian pakatan strategik baru-baru ini dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) yang berpangkalan di China, menurut pengarah institut penyelidikan hari ini.

Dr Irwan Shah Zainal Abidin, Pengarah Institut Penyelidikan Perbankan dan Kewangan Asia di Universiti Utara Malaysia, berkata dengan perjanjian itu, rakyat Malaysia juga boleh menjangka penurunan harga kereta secara berperingkat pada masa akan datang, matlamat utama Dasar Automotif Nasional (NAP).

"Saya melihat kerjasama itu sebagai peluang besar bagi Geely melalui Proton untuk mengakses pasaran ASEAN yang mempunyai 600 juta penduduk. Bagi Proton, ia merupakan peluang untuk menembusi pasaran China yang luas," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, transformasi Volvo dalam tempoh kurang daripada lima tahun selepas diambil alih oleh pengeluar kereta dari China itu akan dilaksanakan di Proton juga, berikutan Geely adalah entiti yang dipacu pasaran.

Rekod prestasi syarikat itu menunjukkan ia telah memulihkan beberapa pengeluar kereta yang bermasalah. Melalui pembelian 49.9 peratus pegangan dalam Proton, pengasasnya, Li Shufu, sudah pasti yakin untuk meletakkan syarikat Malaysia itu kembali di landasan yang betul.

"Li Shufu ialah seorang usahawan dan usahawan yang bukan sahaja akan membeli sesuatu atas dasar pengambilalihan. Beliau telah mengkaji risiko dan daya maju, untuk jangka masa panjang dan pendek, dan dengan kapasiti pengeluaran Proton sebanyak 400,000 kereta yang kini kurang dimanfaatkan.

"Geely baru sahaja membuka kilang di London Taxi, khusus untuk mengusahakan model kereta elektrik dan hibrid, dan ini akan memberi impak yang positif kepada pengeluaran di Proton pada masa depan," kata Irwan Shah.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, minggu lepas yang sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Geely akan menyuntik platform kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada Proton dan menawarkan SUV yang paling laris.

Langkah ini akan membolehkan Proton memasuki segmen baharu yang telah berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu.

Syed Faisal juga berkata Geely menjadi rakan kongsi terbaik Proton susulan ia bersetuju untuk mengekalkan plat nama pengeluar kereta itu dan menyasarkan untuk mendapatkan kembali kedudukan nombor satu di negara ini.

Irwan Shah berkata sesetengah rakyat Malaysia, yang ragu-ragu terhadap kerjasama itu, adalah mereka yang masih percaya dengan cara lama dalam industri automotif dan tidak sedar kepada perubahan dalam trend dan model perniagaan.

Kerjasama terbaru ini merupakan satu daripada kebanyakan yang berlaku di seluruh dunia berikutan keuntungan industri adalah pengeluaran kereta yang berkualiti yang dapat bersaing dalam pasaran global dan terbuka. - Bernama

MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-19726242953801424982017-06-04T12:02:00.000+08:002017-06-04T12:02:05.169+08:00Imsak oh imsak

ALANG IBN SHUKRIMUN 03 June 2017

TERDAPAT dua hadis yang menjadi pertikaian ramai berhubung Imsak. Yang pertama bahawa Nabi menyuruh dilewatkan sahur. Kedua bahawa Nabi berhenti sahur sekira-kira bacaan 50 ayat.

Mengikut kaedah usul, menggunapakai kedua hadis adalah lebih baik daripada mengabaikan salah satu. Hakikatnya kedua hadis ini tidak bertembung bahkan melengkapi antara satu sama lain.

Kita jadikan asas bahawa sahur yang Sunnah itu ada waktu tertentu, iaitu pada lewat malam iaitu di akhir sebelum fajar Subuh, makin lewat makin baik tetapi bukanlah sampai sesaat sebelum masuk waktu fajar. Sebaliknya selesai sebelum tempoh kadar 50 ayat sebelum masuk waktu Subuh.
(Kalau buat ilustrasi timeline ni lebih mudah faham.)

Untuk memudahkan praktikal, saya kelaskan kepada tiga situasi:

1. Bagi mereka yang dapat bangun awal, seeloknya memulakan makan sahur 45 minit atau 30 minit sebelum masuk waktu Subuh. Supaya dapat makan dengan tenang dan cukup untuk mengharungi puasa. Kemudian cuba berhenti pada waktu imsak atau sekiran-kira bacaan 50 ayat al-Quran sederhana panjang dengan tempo sederhana. Ambil tempoh itu untuk bermunajat kerana akhir malam juga waktu tuhan paling dekat dengan hambaNya. Ini situasi yang terbaik.

2. Bagi yang bangun lewat, iaitu hampir waktu Subuh, maka bersahurlah juga walaupun sedikit dan walaupun telah masuk waktu Imsak. Sebaiknya pilihlah makanan yang boleh dihabiskan cepat tanpa perlu makan dengan gelojoh, dan juga yang berkhasiat tinggi untuk membantu puasa di siang hari.

3. Bagi yang bersahur awal sebelum tidur, dan tidak bangun di sepertiga akhir malam, elakkan amalan sebegini kerana anda bukan sahaja tidak mengamalkan sunnah iaitu melewatkan sahur, tetapi boleh memudaratkan kesihatan juga kerana serta tidak begitu membantu puasa anda di siang hari walaupun membalun nasi sampai tiga pinggan. MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-11165212302511843782017-06-04T06:45:00.000+08:002017-06-04T06:45:36.909+08:00Berjalan kaki ke Makkah, baru sampai Dubai3 Jun 2017

Mochammad Khamim Setiawan. - Foto sumber Malaysian Digest

EMERIAH ARAB BERSATU - DUBAI. Kisah mengenai seorang lelaki yang berjalan kaki dari Indonesia ke Makkah kerana mahu menunaikan ibadah haji tular di laman sosial.

Menurut laporan Malaysian Digest, Mochammad Khamim Setiawan, 29, yang berasal dari Desa Rowokembu di Pekalongan Jawa Tengah memulakan pengembaraannya pada 28 Ogos tahun lepas.

Selain mahu menunaikah haji, Mochammad Khamim mendakwa pengembaraannya bertujuan 'mempelajari Islam dari cendiakawan-cendiakawan Muslim dan berkenalan dengan mereka yang berlatar belakangkan budaya yang berbeza'.

Mochammad Kamim sebelum ini tinggal bersama ayahnya, Syaufani Solichin, 74, selepas ibunya meninggal dunia 10 tahun lalu.

Kata Syaufani, Mochammad Khamim kini berada di Dubai selepas mengharungi perlbagai rintangan.

Beliau juga mengatakan Mochammad Khamim sering bercerita mengenai orang tempatan yang ditemuinya dan akan menyambung perjalanan ke Makkah.

"Anak saya sangat kuat dan bersemangat. Kalau ada sesuatu yang dia mahu, dia akan dapatkannya," kata Syaufani.

Syaufani juga mengaku Mochammad Khamim tidak meminta sebarang bantuan kewangan dari beliau.

"Khamim pernah hampir dirompak sebelum meninggalkan Indonesia. Kemudian di Thailand.

"Di India pula orang tempatan memberikan arah yang salah kepadanya dan ia memperlahankan perjalanan anak saya," jelas Syaufani.

Syaufani memberitahu beliau tidak yakin bahawa anaknya akan tiba di Makkah, tetapi ketibaan Khamim di Dubai menyangkal sangkaan beliau.

Antara negara yang telah direntas Khamim dengan berjalan kaki adalah Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Oman dan Emeriah Arab Bersatu.MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-38895552064221002582017-06-03T23:15:00.001+08:002017-06-03T23:15:55.403+08:00IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-200 : CARA MENYUCIKAN TELEFON BIMBIT YANG DITIMPA NAJIS
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 02 Jun 2017

Soalan:
Salam Dr. Bagaimanakah cara bersihkan handphone yang terkena najis sedangkan peralatan sebegitu tak boleh kena air. Apakah memadai sekadar dengsn renjisan air dan mengelapnya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Pendapat Ulama Tentang Menyucikan Besi yang Berkilat

Isu menyucikan telefon bimbit yang terjatuh ke dalam najis yang cair adalah isu baharu yang memerlukan perhatian. Kami melihat kes yang paling dekat yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh adalah penyucian bahan-bahan berkilat seperti pedang dan cermin dengan menyapunya. Kami nyatakan pendapat para ulama tentang hal itu.

Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebut: “Jika najis terkena pada sesuatu yang berkilat seperti pedang, pisau dan cermin dan seumpamanya, tidak boleh disucikan dengan sapuan dan tiada yang boleh menyucikannya melainkan dengan basuhan jua seperti bahan-bahan lain. Inilah juga adalah pendapat Ahmad dan Daud manakala Malik dan Abu Hanifah berkata ia disucikan dengan sapuan.”
Rujuk al-Majmu` (2/599)

Imam al-Zailaie Rahimahullah daripada ulama Hanafiyyah menghuraikan: “Hukum pedang yang diperbuat daripada besi yang berkilat sama hukumnya seperti cermin dan pisau. Jika menjadi mutanajjis, ia disucikan dengan sapuan. Ini seperti mana kisah yang sahih bahawa para sahabat Rasulullah SAW, mereka membunuh orang kafir (harbi dalam peperangan) dengan pedang-pedang mereka, kemudian menyapunya dan bersolat dengannya. Ini kerana membasuh (dengan air) akan pedang dan cermin (besi) dan bahan yang seumpamanya akan merosakkannya (seperti karat dan lain-lain). Maka dalam kes ini ada darurat.”
Rujuk Tabyin al-Haqa’iq (1/72)

Hukum Telefon Yang Terkena Najis

Justeru, pendapat kedua menuntut agar dibasuh bahagian yang terkena najis dan tidak merosakkan telefon dan disapu dengan kain atau seumpamanya yang boleh menghilangkan ain najis tetapi tidak boleh dibasuh kerana akan merosakkan atau ditakuti akan merosakkannya, dengan kain sehingga kering dan boleh dibawa solat.

Manakala bagi pendapat pertama, telefon berkenaan masih boleh digunakan tetapi tidak boleh dibawa solat. Maka diletakkan telefon tersebut di tempat lain, atau berdekatan dengan tempat solat tanpa terkena pada badan ketika solat.

Kesimpulan

Kami cenderung kepada pendapat yang pertama bertepatan dengan mazhab al-Syafie. Pun begitu, ada beberapa pilihan dan kaedah yang masih boleh dipertimbangkan.

Pertama, jika telefon jatuh ke tempat najis, contohnya ke lubang jamban, kemudian segera dicuci dengan air pada bahagian luar. Ini kerana telefon bimbit berbeza kadar ketelapan dan kalir airnya. Ada telefon yang senang dimasuki air dan ada yang sukar bahkan kalis air. Jika ada baki air yang keluar daripada soket atau telefon itu yang tidak memiliki sifat najis seperti bau, warna dan rasa, maka dianggap suci. Jika baki tersebut bersifat dengan najis, maka dihukum najis. Ini kerana yang diyakini terkena najis itu adalah bahagian luar sedangkan bahagian dalamnya bergantung pada binaan telefon tersebut.

Kaedah ini berdasarkan hukum harus tetapi makruh menggunakan perkakas orang yang bukan Islam yang diketahui tidak menjaga soal taharah atau kebiasaan mereka bermuamalah dengan najis seperti orang Majusi yang membasuh perkakas mereka dengan air kencing lembu. Ini kerana hukum asal bahawa bekas itu suci mendahului hukum kebiasaan yang berbentuk anggapan semata-mata.
Rujuk al-Iqna’ (hal. 49) oleh Imam al-Khatib al-Syirbini Rahimahullah.

Samalah juga hukum mendukung bayi ketika solat. Sah solat jika tidak zahir ciri-ciri najis pada pakaian bayi itu ketika didukung. Ini kerana sekalipun hukum kebiasaan bayi itu adalah tidak mampu menjaga diri daripada najis lantaran belum mumayyiz, tetapi hukumnya kembali kepada hukum asal berdasarkan apa yang zahir di sisi orang yang solat.

Berkata Imam al-Syafie Rahimahullah: “Maka setiap pakaian yang tidak diketahui siapa yang menenunnya adakah Muslim, musyrik, penyembah berhala, majusi, ahli kitab, atau pakaian berkenaan dipakai oleh salah seorang daripada mereka, atau bayi, maka hukumnya adalah suci sehingga diketahui kenajisannya. Begitu juga pakaian bayi itu, kerana Rasulullah SAW pernah solat sambil mendukung Umamah binti Abi al-As sedangkan dia adalah bayi perempuan yang memakai pakaian bayi (yang kebiasaannya bernajis seperti lampin)”
Rujuk al-Umm (1/72)

Imam al-Syirazi Rahimahullah menyebut: “Maka jika seseorang yang bersolat itu menanggung benda hidup yang suci ketika solat maka sah solatnya kerana Nabi SAW pernah mendukung Umamah bin Abi al-As ketika solat. Ini kerana najis yang berada dalam benda hidup itu sama hukumnya dengan najis yang berada dalam badan orang yang solat itu.”

Imam al-Nawawi mensyarahkan: “Jika seseorang itu menanggung benda hidup yang suci tiada najis pada zahirnya ketika solat maka sah solatnya tanpa khilaf.”
Rujuk al-Majmu` (3/150)

Begitu juga kaedah yang Rasulullah SAW anjurkan setelah beristinja’ disunatkan memercikkan air ke seluar atau pakaian supaya jika datang perasaan was-was atau perkara yang tidak pasti, boleh diihtimal (diambilkira) bahawa air pada pakaian tersebut adalah air percikan tadi dan bukan kencing. Daripada al-Hakam bin Sufyan (atau Sufyan bin al-Hakam):

رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالَ ثُمَّ نَضَحَ فَرْجَهُ

Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW kencing lalu merenjiskan air pada kemaluannya.”
Riwayat Ahmad (23470), Abu Daud (167), Hakim (609), al-Nasaie (135) dan lain-lain.

Imam al-Nawawi berkata: “Disunatkan untuk mengambil secebuk air kemudian direnjiskan pada kemaluan dan bahagian dalam seluar atau kain selepas istinja’ bagi mengelakkan was-was seperti yang disebut oleh al-Ruyani dan selainnya. Datang hadis yang sahih pada ciri-ciri sunat fitrah yakni perbuatan merenjis ini.”
Rujuk al-Majmu` (2/112)

Bahkan dalam hadis lain, Rasulullah SAW meminta wanita yang berhaid untuk meletakkan pewangi berdekatan dengan alat sulit wanita untuk menghilangkan bau najis darah. Daripada Aisyah R.Anha, sabda baginda:

خُذِي فِرْصَةً مِنْ مَسْكٍ، فَتَطَهَّرِي بِهَا

Maksudnya: “Ambil sedikit kasturi dan bersucilah dengannya.”
Riwayat al-Bukhari (314) dan Muslim (332)

Keduanya, jika diyakini air mutanajjis sudah masuk ke dalam telefon bimbit, boleh juga dikeringkan terlebih dahulu (dijemur, menggunakan pengering rambut, dll) sehingga hilang warna, bau dan rasa, setelah dimatikan telefon. Kemudian, dengan berhati-hati, disembur air mutlak pada tempat-tempat yang ditimpa najis untuk menyucikannya. Sebaiknya berbincang dengan juruteknik yang membaik pulih untuk membantu.

Semoga Allah memberikan kita ilmu yang mendalam dalam agama.

Wallahua’lam. MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-71965063768726179752015-10-27T08:00:00.000+08:002015-10-27T08:00:02.640+08:00Sekolah tutup: Penyebar berita palsu akan didakwa
Mahdzir Khalid

FATHIN ATHIRAH HASLI
26 OKTOBER 2015

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan penyebaran maklumat palsu berhubung penutupan sekolah akibat jerebu yang terjadi akhir-akhir ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang sengaja memalsukan kenyataan akhbar berhubung jerebu dan penutupan sekolah-sekolah di negara ini.

"Kami akan bertemu dengan SKMM pada petang ini untuk memastikan penyebaran maklumat palsu ini tidak menjadi viral.

"Saya juga akan berbincang dengan SKMM tentang langkah yang boleh diambil untuk pihak yang memalsukan kenyataan kementerian," kata beliau.

Mahdzir berkata demikian dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.

Kata beliau, perbuatan tersebut boleh menimbulkan kesulitan dan kekeliruan terhadap masyarakat di negara ini.

Ia sekaligus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ibu bapa, pelajar dan guru-guru.

"Jerebu adalah isu nasional yang bukan hanya memberi kesan kepada pelajar bahkan ibu bapa. Kita berada dalam zon yang sangat tidak selesa pada minggu lepas.

"Saya harap pengguna media sosial boleh anggap ini (masalah jerebu) sebagai satu isu serius," katanya lagi.MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-23578875835668651782015-10-26T18:30:00.000+08:002015-10-26T18:30:36.481+08:00Kurikulum Turki kembalikan bahasa Arab selepas 92 tahun

MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-78441101325299210632015-10-25T13:30:00.000+08:002015-10-25T13:30:01.284+08:00Mundzir penerima PhD termuda

PENERIMA Anugerah Pro-Canselor, Mundzir Abdullah di Majlis Konvokesyen UTM ke-55 di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Oleh Junita Mat Rasid dan Nurul Amanina Suhaini bhnews@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Pada usia 23 tahun, Mundzir Abdullah, sudah berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dan bidang pengajian pilihannya juga bukan calang-calang. Kejayaan pensyarah Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu menjadikannya pelajar termuda dianugerahkan kelulusan berkenaan di negara ini.

Serentak itu, nama anak kepada pasangan bekas pensyarah UTM, Dr Abdullah Daud, 61, dan suri rumah, Zakiah Mat, 56, ini kini tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBR), menggantikan Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, juga lepasan UTM dari Kelantan, yang muncul graduan PhD termuda pada usia 24 tahun, tahun lalu. "Saya bersyukur kerana hasrat menerima PhD termakbul walaupun hampir putus asa untuk menyiapkan tugasan penyelidikan dalam bidang aplikasi laser.

"Seperti tidak percaya apabila menjadi penerima termuda PhD. Ini membuktikan ilmu bukan diukur dengan usia," kata Mundzir, yang menerima ijazahnya pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-55, di sini, hari ini. Anak keenam daripada 11 beradik itu berkata, beliau tiada rahsia khusus di sebalik kejayaan berkenaan, malah mengakui pernah hampir berputus asa sebelum diberi tunjuk ajar dan galakan semangat oleh tenaga pengajar serta rakan sehingga berjaya menyiapkan penyelidikan dalam aplikasi laser.

Mundzir yang mengikuti pengajian peringkat PhD selama 33 bulan, berkata sepanjang pengajian, beliau menerbitkan lebih 20 kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain membuat pembentangan pada persidangan berkaitan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91604

MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-51518051638023496462015-10-25T04:03:00.000+08:002015-10-25T04:03:04.833+08:00 13 cawangan Umno tuntut Najib undur

Zulaikha Zulkifli 24 Oct 2015, 12:37 pm 24 Oct 2015, 4:26 pm

Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presiden mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.

Berat mata memandang

Ketika ditanya sama ada Umno cawangan lain di bahagian Teluk Kemang turut sependapat dengan mereka, Kamarul Azman berkata pihaknya tidak berunding dengan ketua cawangan lain.

"Kita tak hubungi yang lain. Kita hanya mengadakan perbincangan antara kami, dan itu untuk permulaan," katanya sebelum menambah, bagi keseluruhan Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan.

Selain itu, Kamarul Azman juga berkata, perubahan perlu dilakukan terhadap Umno dan ia bermula dari presiden sendiri untuk memastikan Umno kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14.

"Masanya telah tiba untuk Umno menerima perubahan. Perubahan kali ini perlu bermula dengan presiden parti yang kita kasihi.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Namun jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk Umno dan generasi bangsa Melayu, kita perlu menerima hakikat ini," katanya lagi.

Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-90675143566187500792015-10-23T17:00:00.000+08:002015-10-23T17:00:05.866+08:00Outlet baharu Al Ikhsan di Aeon Ipoh Klebang

Penyediaan pelbagai aktiviti sempena pembukaan cawangan baharu Al Ikhsan Sports Sdn Bhd di Aeon Ipoh Klebang, menarik perhatian pengunjung.

ISMANIZA AHMAD

23 OKTOBER 2015

PENGENDALI rangkaian kedai barangan sukan terkemuka, Al Ikhsan Sports Sdn Bhd membuka outlet terbaharunya di Aeon Ipoh Klebang, kelmarin.

Timbalan Pengurus Besarnya, Norita Mohd Noor berkata, pembukaan outlet ke-12 di Perak itu menawarkan produk baharu seperti barangan larian (Running), bola sepak (Soccer), futsal, gaya hidup (Lifestyle), kanak-kanak dan wanita, bola keranjang, gelanggang (court), sandal botol air dan lain-lain.

Sempena pembukaan cawangan itu, pihaknya menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus menjangkau 80 peratus pada happy hour.

“Pelbagai promosi menarik diadakan termasuk cabutan bertuah, tawaran hadiah menarik daripada jenama Puma selain 100 pembeli terawal menerima hadiah misteri.

“Apa yang menarik, kami membawakan sesi khas bersama empat pemain bola sepak Perak di samping aktiviti bersama pemain cilik dari program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP),” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan outlet terbaharu itu memperoleh hasil jualan sebanyak RM380,000 sebulan.

Bercerita mengenai keistimewaan outlet terbaharu ini, Norita berkata, pihaknya menyediakan Inflatable Baloon Speed Kick yang merupakan belon gergasi merakam kederasan sepakan.

Katanya, pengunjung dan pelanggan boleh menguji kederasan sepakan melalui kemudahan disediakan itu.

“Bermula 8 November, kita akan mengadakan jelajah ke seluruh negara selama setahun untuk mencari penendang paling handal.MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-32301538775446337352015-10-23T15:00:00.000+08:002015-10-23T15:01:44.112+08:00440,682 calon berdaftar untuk SPM

23 OKTOBER 2015

KUALA LUMPUR - Sejumlah 440,682 orang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dijadual diadakan pada 2 November hingga 8 Disember ini.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Sebanyak 29,799 calon atau 6.8 peratus merupakan calon persendirian.

"Calon akan menduduki peperiksaan yang akan dijalankan di 3,501 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 34,146 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan seperti dijadualkan," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, calon diingatkan agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan telah diedar ke sekolah-sekolah dan juga boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.lp.edu.my.

"Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," menurut kenyataan itu. - BernamaMAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-48223030846292366822015-10-22T04:20:00.000+08:002015-10-22T04:20:42.455+08:00 22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

by ADMIN on JUNE 5, 2012

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-66405039836188950752015-10-18T21:30:00.000+08:002015-10-18T21:30:00.604+08:00 Anak Orang Asli Hilang: Demi Satu Nyawa, 1001 Emosi Ditolak Tepi
Charanjeet (kanan) memangku Miksudiar dalam kenderaan untuk ke SM Kuala Betis baru-baru ini.

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 1:00 PM

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my

PETALING JAYA: Demi menyelamatkan satu nyawa, mahu atau tidak, rasa takut dan gementar harus dibuang jauh.

Itulah yang yang dialami sekumpulan tiga wartawan StarTv.com yang pada awalnya ditugaskan membuat liputan misteri kehilangan murid Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Namun, tanpa disangka mereka perlu berdepan saat-saat cemas apabila harus menggalas satu lagi tanggungjawab berat iaitu memastikan mangsa yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang terus selamat sehingga dibawa ke hospital.

Penolong Penerbit Berita, Charanjeet Kaur; Penerbit Eksekutif Mohamed Azam Zainal Ali dan juruvideo Juliana Fauzi tidak pernah menjangka tugasan mereka kali ini menjadi tugasan penuh cabaran dan emosi.

Mereka tiba di Gua Musang pada 8 Oktober, sehari sebelum Miksudiar Aluj, 11, ditemui selamat.

Mengimbas kembali tugasan yang diberikan, mereka awal-awal lagi sedar bahawa tugasan kali ini agak luar biasa cabarannya, sama ada dari segi lokasi dan kemudahan lain seperti liputan telefon serta Internet yang tidak memberikan mereka pilihan lain kecuali menguatkan mental dan fizikal.

Charanjeet berkata, tidak mudah sebenarnya menjadi antara orang terawal mendapat tahu tentang adanya mangsa yang masih hidup selepas hilang lebih sebulan dan secara kebetulan berada dekat dengan lokasi penemuan.

“Ketika nampak stretcher, saya benar-benar tak percaya. Semua orang terkejut, situasi di situ penuh dengan emosi, antara sedih, teruja dan gembira. Satu keajaiban apabila budak yang hilang dalam hutan selama 48 hari ditemui masih bernyawa.

“Belum sempat rasa terkejut itu hilang, sekali lagi saya tergamam apabila diberitahu bahawa mangsa, yang dikenali sebagai Ima akan dibawa ke Kuala Betis menggunakan kereta yang kami naiki dan saya adalah orang yang perlu memangkunya,” katanya ketika mengimbas kembali detik-detik cemas yang dilaluinya pada tanggal 9 Oktober lalu.
Katanya, beliau harus mengakui bahawa beliau takut tetapi cepat-cepat memujuk diri sendiri supaya mengenepikan segala emosi dan menguatkan semangat demi mangsa yang sedang bertarung untuk hidup.

“Dia kurus kering, lemah dan tak bermaya, seperti mayat bernyawa. Saya takut saya yang akan mematahkan tulang-tulangnya jika tersilap langkah apatah lagi dengan keadaan jalan yang sangat teruk. Dia memegang tangan saya dan merenung saya.

Katanya, perjalanan selama lebih kurang 40 minit ke Sekolah Menengah (SM) Kuala Betis itu dirasakan begitu lama dan sepanjang perjalanan, apa yang mampu dilakukannya adalah mengesat mangsa dengan tisu basah dan membantu memastikan dirinya tidak terhentak.

SM Kuala Betis adalah tempat di mana ambulans sudah menunggu untuk membawa mangsa yang ditemui ke Hospital Gua Musang.

“Saya tak tahu tentang mangsa, juga tak tahu tentang ibu bapanya. Apa yang terkeluar daripada mulutnya adalah ‘sakit…nak makan ayam goreng, nasi goreng, telur dan buah oren tapi saya memujuknya bahawa dia tidak boleh makan sekarang’.

“Sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat menunaikan permintaannya itu,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Azam pula berkata, pengalaman dan pengetahuan tentang selok-belok hutan dan memandu di jalan ‘offroad’ banyak membantu dalam tugasan kali ini.

“Kenderaan pacuan empat roda yang kami naiki boleh dikatakan lengkap dengan segala keperluan. Sebab itulah apabila salah seorang pegawai di sana meminta supaya kami membawa mangsa, saya tidak berfikir panjang dan terus setuju.

“Perkara pertama yang saya fikir pada masa itu adalah, kami kena selamatkan mangsa. Kami tak mahu berlengah. Dengan keadaannya pada masa itu yang ‘rapuh’, saya ibaratkan sebagai ‘batang mancis’ , setiap minit yang dilengahkan adalah risiko.

“Saya memandu laju, tetapi sangat berhati-hati. Pada masa sama, saya percayakan Charanjeet kerana dia adalah seorang ibu, sudah tentu dia lebih tahu bagaimana untuk menenangkan mangsa dan dirinya sendiri,” katanya.

Bagi Juliana, apa yang dilaluinya dalam tugasan kali ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, hampir 95 peratus rakaman video dibuat menggunakan telefon bimbit kerana lokasi dan pergerakannya yang mencabar.

“Dua kali saya terhimpit antara emosi dan profesionalisme. Pertama ketika mendapat tahu dua mangsa ditemui selamat dan yang kedua ketika merakamkan saat-saat di mana mangsa sedang dibawa ke Kuala Betis.

“Saya tahu bahawa inilah ‘shot’ yang ditunggu-tunggu dan saya tak boleh terlepas merakamkannya.

“Tidak mudah melakukannya kerana emosi saya terganggu dan keadaan jalan yang teruk, saya bergerak di hampir setiap sudut dalam kereta, sehinggakan saya terpaksa merakam dari tempat duduk pemandu yang sedang memandu,” katanya yang pertama kali menitiskan air mata sepanjang bertugas sebagai juruvideo.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana dapat menyempurnakan tugasnya dan pada masa yang sama mereka berjaya membantu menyelamatkan satu nyawa.

“Paling gembira apabila saya dapat merakamkan saat-saat Ima meminta nasi dan ayam goreng. Saya rasa ia telah menyentuh hati ramai yang melihat video ini,” katanya.MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-39637677993297793442015-10-18T14:53:00.002+08:002015-10-18T14:53:41.477+08:00 Kementerian Pendidikan tegur sekolah buang Jalur Gemilang
MAHDZIR: Kepimpinan sekolah termasuk pengetua dan guru besar perlu bijak dalam tindak-tanduk pengurusan sekolah masing-masing dan tidak mengambil mudah isu sensitif. - Gambar Fail

Bernama |  Oktober 18, 2015 13:25 MYT

LANGKAWI: Kementerian Pendidikan telah memberi teguran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa, Alor Setar mengenai insiden pembuangan Jalur Gemilang di sekolah itu yang telah tersebar di media sosial.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kepimpinan sekolah termasuk pengetua dan guru besar perlu bijak dalam tindak-tanduk pengurusan sekolah masing-masing dan tidak mengambil mudah isu sensitif yang sering dimanipulasi dalam media sosial.

"Kita telah memberi teguran bukan sahaja kepada pihak sekolah itu, tetapi mana-mana pihak tentang perkara yang berkaitan dengan bendera yang merupakan lambang negara kita, tidak boleh dipermainkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan Semenanjung Malaysia ke-20 di sini.

Mahdzir berkata penjelasan awal pihak sekolah berkenaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menyatakan bahawa pembuangan bendera itu merupakan kesilapan pekerja swasta yang dilantik Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah itu untuk membersihkan stor mereka.

Pekerja-pekerja swasta itu mendapati bendera-bendera sumbangan PIBG untuk sambutan Hari Kemerdekaan lepas telah rosak dan terkoyak dan bertindak membuangnya tanpa merujuk kepada pihak sekolah terlebih dahulu.

Mahdzir berkata ada prosedur tertentu yang perlu diikuti sebelum melupuskan bendera yang telah rosak, namun kementeriannya akan menunggu laporan penuh berhubung kejadian berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.
"Kita tidak boleh ambil mudah hanya kerana ia barang lama yang sudah rosak, dibuang begitu sahaja, pemimpin sekolah seperti guru besar atau pengetua kena peka," katanya.

MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-35891272065824479412015-10-18T14:30:00.000+08:002015-10-18T14:30:00.636+08:00 Universiti disaran jana pendapatan sendiri - Sultan Nazrin

SULTAN NAZRIN: Universiti hendaklah memajukan aset-aset yang ada untuk dilabur atau dimajukan secara lebih produktif untuk memberikan dividen dan pulangan yang optimum. - Gambar fail

Israr Khalid, Astro Awani |  Oktober 17, 2015 10:50 MYT

KUALA LUMPUR: Universiti disaran menjana pendapatan sendiri berbanding bergantung kepada peruntukan kerajaan sebagai dana pembiayaan pengurusan institusi.

Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sudah tiba masanya universiti memikirkan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan secara agresif.

"Usaha menambah dan memperkukuhkan dana hendaklah dijadikan agenda utama dengan merekayasa semula tata cara pengurusan kewangan yang lebih mengutamakan komponen pelaburan dari sekadar pengawalan perbelanjaan," titah baginda ketika membuka Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2015, di sini hari ini.

"Universiti hendaklah memajukan aset-aset yang ada untuk dilabur atau dimajukan secara lebih produktif untuk memberikan dividen dan pulangan yang optimum," tambahnya.

MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1890284242428355509.post-970744373700930082015-10-18T07:30:00.000+08:002015-10-18T07:30:01.458+08:00 Lima sebab menarik kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015

Pelbagai penambahbaikan dari segi format dan persembahan telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian oleh para peserta untuk disajikan penonton. - Gambar Astro GEMPAK
Astro Gempak |  Oktober 17, 2015 12:00 MYT

Minggu pertama Mimbar Pencetus Ummah telah pun berlangsung pada malam Khamis lalu dengan menyaksikan 12 orang peserta tampil mempersembahkan dakwah mereka kepada penonton.

Bagi anda yang telah menonton, pastinya anda akan sedar tentang kelainan dan keunikan yang ditampilkan oleh pihak produksi Pencetus Ummah untuk musim ketiga ini.

Pelbagai penambahbaikan dari segi format dan persembahan telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian oleh para peserta untuk disajikan penonton.

Di bawah ini, Astro Gempak telah menyenaraikan lima sebab menarik kenapa anda perlu menontonPencetus Ummah 2015 yang akan berlangsung untuk minggu seterusnya.

1) Hadirnya Kak Ogy atau Fauziah Dato` Ahmad Daud Sebagai Guru Persembahan

Bagi anda yang pernah menonton program realiti Akademi Fantasia, pastinya anda akan ingat betapa garang dan lantangnya Fauziah Dato` Ahmad Daud atau Kak Ogy sebagai pengkritik.

Saban minggu ada sahaja yang tak kena pada persembahan pelajar yang sering dijadikan `point` oleh Kak Ogy untuk `menghentam` pelajar-pelajar tersebut.

Justeru untuk Pencetus Ummah 2015 ini, Kak Ogy telah ditampilkan sebagai Guru Persembahan di mana tugasnya adalah untuk mendidik 12 orang pendakwah muda ini untuk beraksi dengan mantap di atas pentas.

Bagaimanakah gaya penyampaian dan elemen apakah yang akan disuntik oleh Kak Ogy untuk anak-anak didiknya kali ini? Berjayakah Kak Ogy menampilkan seorang pendakwah yang mampu memberi impak di atas pentas?

Itulah yang kita perlu tonton dalam Pencetus Ummah 2015.

2) Penampilan Pelawak Shamsul Ghau Ghau Sebagai Hos.

Lama kita tidak lihat aksi pelawak kita ini di atas pentas. Pernah menganggotai kumpulan lawak yang amat popular satu ketika dahulu, abang Shamsul kita ini bagaimana pun kini sudah berhijrah dan bergelar Haji.

Untuk Pencetus Ummah 2015, pemilik nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin ini telah digandingkan dengan Ustaz Zulkefli Hamat sebagai hos.

Memang agak kontra penampilan mereka, Ustaz Zulkefli seperti mana yang kita ketahui agak lebih ortodoks dan rileks.

Manakala abang Shamsul pula lebih kecoh atau kepoh dan menyuntik elemen-elemen lucu dalam gaya pengacaraaannya.

Minggu pertama Pencetus Ummah 2015 Khamis lalu telah menyaksikan mereka digandingkan buat julung kalinya.

Mungkin keserasian mereka akan bertambah apabila masuk ke minggu-minggu seterusnya.

3) Datuk Ustaz Kazim Elias Sebagai Mudir/Pengetua

Pendakwah tersohor negara, Datuk Ustaz Kazim Elias telah diperkenalkan sebagai Mudir ataupun Pengetua untuk Pencetus Ummah 2015.

Bagi anda pengikut setia program Kalau Dah Jodoh…, pastinya tahu betapa bersahajanya Ustaz Kazim Elias tampil memberikan ceramah.

Untuk itu, tanggungjawab berat untuk memantau kelas-kelas yang dijalankan serta perkembangan setiap peserta dari minggu ke minggu telah diberikan kepada Ustaz Kazim.

Sejauh manakah peserta-peserta ini akan menggunakan manfaat sebagai anak didik Ustaz Kazim dalam membantu mereka menjadi pendakwah yang hebat?

Jawapannya dapat kita ketahui dalam Mimbar Pencetus Ummah dari minggu ke minggu.

4) IM Ashraf, PU Hafiz dan PU Azman Dilantik Sebagai Mualim

Satu kejutan telah dilakukan di penghujung program Mimbar Pencetus Ummah 2015 yang pertama, Khamis lalu.

Juara Imam Muda musim pertama iaitu IM Ashraf, juara Pencetus Ummah musim pertama iaitu PU Hafiz dan juara Pencetus Ummah musim kedua iaitu PU Azman telah diperkenalkan sebagai Mualim.

Untuk format baru, setiap seorang dari mereka bertiga akan dipertanggungjawabkan mendidik 4 orang peserta Pencetus Ummah 2015 ini.

Boleh dikatakan mereka bertiga akan `bersaing` sesama sendiri untuk melahirkan pendakwah terbaik dari kalangan 12 orang peserta Pencetus Ummah 2015.

Sejauh manakah kehebatan `persaingan` tiga tokoh Mujahid ini?

Inilah yang kita ingin tonton dalam Pencetus Ummah 2015.

5) Variasi dan pelbagai `warna` dikalangan 12 Orang Peserta Pencetus Ummah 2015

Sebab terakhir kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015? Tentulah kerana peserta-pesertanya. Rasanya selepas Mimbar Pencetus Ummah yang pertama ditayangkan, anda penonton sudah pun mempunyai peserta favourite sendiri.

Kesemua 12 orang peserta ini datang dari pelbagai latar belakang unik.

PU Taha contohnya boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Inggeris, Hindi, Punjabi, Arab dan Rusia.

Bintang Youtube, Allen Castello pula yang dulu popular dengan lagu She’s Gone nyanyiannya, kini bakal berdepan cabaran baru apabila dikenali dengan PU Alen.

Oh ye kita juga ada Juara program Generasi Muaz iaitu rancangan seakan Pencetus Ummah yang bersiaran di Singapura iaitu PU Adek. Mampukah pengalamannya sebagai juara di Singapura memberi kelebihan untuk bersaing dalam Pencetus Ummah? Sama-sama kita nantikan.

Begitulah antara 5 sebab menarik untuk anda tonton Pencetus Ummah 2015.

Pencetus Ummah 2015 telah dibawakan oleh Prudential BSN Takaful selaku penaja utama rancangan.

Juara Pencetus Ummah 2015 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat akan meraih RM10,000 dan sebuah trofi setiap seorang.

MAZHAhttp://www.blogger.com/profile/02102014779241794417noreply@blogger.com1