Sudah lama diperjuangkan agar AUKU ini dimansuhkan kerana ianya menghalang para pelajar menyuarakan pandangan masing-masing secara yang lebih terbuka dan bebas.
Namun begitu para pelajar universiti tidaklah boleh bergerak secara radikal dan dangkal yang boleh membawa suasana yang tidak aman dan kekacauan.
Seksyen 15(5)(a) dalam AUKU dengan jelas telah melanggar berberapa peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 10 dimana rakyat Malaysia dijamin mempunyai kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan serta Artikel 119(a) yang menjamin hak rakyat Malaysia atas 21 tahun untuk mengundi.
Selain daripada AUKU itu sebuah akta yang anti demokrasi, AUKU juga dilaksanakan secara berat sebelah. Pernahkah kita terdengar mahasiswa ditahan dibawah AUKU kerana terlibat dengan Putera Umno, Puteri Umno atau mana-mana pergerakkan parti politik pemerintah?
Masyarakat dalam dan luar negara sedang memerhatikan bagaimana sikap kepimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangani isu-isu berkaitan dengan mahasiswa.
Dengan ini jelas beliau serius melaksanakan reformasi dengan mengamalkan pemerintahan yang lebih terbuka dan tidak mencontohi pemimpin terdahulu seperti Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyaksikan potensi mahasiswa “dibunuh” dengan menggunakan AUKU.
Hak mahasiswa berpolitik
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my
2011/09/26

Pindaan AUKU 1971 jadikan negara sebagai pengamal demokrasi lebih progesif, matang
TRANSFORMASI politik negara pimpinan Datuk Seri Najib Razak boleh diperluas dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 bagi memberi hak pembabitan mahasiswa dalam parti sahsiah.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Perdana Menteri sangat faham dengan realiti semasa. Semakin ramai rakyat aktif menyuarakan pendapat terutama menerusi media sosial hingga berani mengambil tindakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Tindakan memberi kebenaran kepada mahasiswa aktif dalam politik juga akan meningkatkan jumlah rakyat yang terbabit dalam proses membuat keputusan, selari perkembangan media baru. - Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.Katanya, Seksyen 15 AUKU yang menghalang pembabitan mahasiswa dalam parti politik patut dipinda kerana hak mahasiswa untuk berpolitik sudah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, tindakan memberi kebenaran kepada mahasiswa aktif dalam politik juga akan meningkatkan jumlah rakyat yang terbabit dalam proses membuat keputusan, selari perkembangan media baru.
“Saya mempunyai 30 hujah kepada pandangan yang tidak setuju (dengan cadangan membenarkan pembabitan pelajar dalam politik).
“Pandangan ini boleh dirangkum kepada tidak percaya kepada mahasiswa, memperlekeh mahasiswa dan menganggap mahasiswa seperti murid sekolah,” katanya.
Saifuddin berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Mesra Aidil Fitri Majlis Profesor Negara (MPN) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama Pengerusi MPN, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin.
Beliau berkata, pemansuhan ISA dan cadangan pindaan AUKU 1971 menjadikan negara sebagai pengamal demokrasi yang lebih progresif dan matang.
Golongan muda katanya, seperti mahasiswa mesti dibabitkan dalam politik atau mereka akan terus aktif bersuara dan berpolitik menerusi Internet terutama dalam media baru termasuk `facebook’.
“Pertubuhan yang disertai generasi muda walaupun kecil dari segi saiz tetapi mereka saling berhubung secara `online’ dan berpaut dengan organisasi antarabangsa hingga boleh mempengaruhi rakan yang lain.
“Kemajuan teknologi komunikasi maklumat dan Internet bukan saja untuk berkomunikasi tetapi juga sudah menjadi cara hidup. Ada orang berniaga secara dalam talian, tutorial dan kuliah di universiti menerusi kaedah maya dan e-undi di kampus,” katanya.

No comments:
Post a Comment