Scroll to top

Sunday, June 4, 2017

Selamatkah data disimpan dalam talian?

 
Risiko paling besar dihadapi oleh pengurusan rekod pada masa kini ialah ancaman aktiviti penggodaman. - Gambar hiasan

Mei 24, 2017 15:44 MYT

SEREMBAN: Ancaman serangan siber ''Ransomware Wannacry'''' yang melanda seluruh dunia termasuk England baru-baru ini, sudah pasti membuatkan ramai pihak berfikir adakah selamat simpanan data dibuat dalam talian.

Ancaman terhadap sistem komputer tersebut menyasarkan organisasi sama ada kerajaan atau syarikat perniagaan serta pengguna internet individu di mana impaknya akan mengakibatkan kehilangan sementara atau kekal sesuatu maklumat, data sensitif dan sulit sehingga menjejaskan operasi sesebuah organisasi.

Dalam dunia tanpa sempadan, revolusi teknologi yang bergerak pantas hari ini ''memaksa'' masyarakat dunia meraikan kemajuannya dalam segenap aspek kehidupan dan cara kerja termasuk pengurusan rekod peribadi atau organisasi dalam talian.

Jika dahulu, pengurusan rekod sama ada individu atau organisasi lebih kepada kaedah konvensional iaitu didokumenkan menggunakan kertas, namun kini beralih arah kepada sistem pengurusan elektronik yang lebih efisyen dan mesra alam sekitar.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Mohd Nizam Yunus ketika mengulas mengenai ancaman ini berkata risiko paling besar dihadapi oleh pengurusan rekod pada masa kini ialah ancaman aktiviti penggodaman.

"Ini (ancaman penggodaman) sudah tentu akan menyaksikan bahawa data dan rekod berada dalam keadaan tidak selamat. Selain digodam, organisasi perlu membayar kepada penggodam untuk melepaskan data mereka dari cengkaman penggodam. Ini menunjukkan bahawa data dan rekod yang disimpan secara elektronik boleh diceroboh.
"Kita tidak tahu sama ada penggodam ransomware ini sekadar kunci data dari digunakan oleh organisasi atau mereka sebenarnya dah memuat turun salinan data-data itu ke dalam server penggodam ini dan data akan digunakan di masa lain untuk tujuan yang tak baik," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada 18 Mei lepas dipetik sebagai berkata serangan siber kini dianggap sebagai ancaman peringkat tinggi di seluruh dunia dan kebanyakan virus datang daripada laman pornografi, berita dan pautan meragukan.

Katanya, berikutan trend yang wujud itu, Malaysia perlu melabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama keselamatan siber kerana ancamannya akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata keadaan yang menjadikan orang ramai menjadi takut dan merasa tidak selamat dengan data atau rekod yang disimpan secara elektronik, akan lebih memburukkan keadaan khususnya kepada operasi sesebuah organisasi.

Mengambil contoh perbankan internet, beliau berkata jika masyarakat mula rasa tidak yakin dengan sistem itu, maka keadaan di dalam sesebuah bank boleh menjadi sesak.

"Jika orang ramai takut menggunakan perbankan internet maka bank akan penuh semula seperti zaman sebelum ini di saat tiada perbankan internet...nak keluar duit pun kena ke kaunter malah mungkin ada yang tidak mahu simpan duit di bank kerana mereka tahu bank juga melakukan transaksi mereka dalam talian," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan semua pihak baik individu mahupun organisasi melaksanakan pengurusan rekod dalam talian supaya mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi mengurangkan risiko diceroboh.

"Secara asasnya, data atau rekod yang disimpan dalam talian masih selamat. Pun begitu, kaedah secara konvensional juga perlu dibuat sebagai ''pengganti'' sekiranya rekod kita dicerobohi dan diminta membayar untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan," katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan di fakulti yang sama, Alwi Mohd Yunus berkata dalam konteks keselamatan rekod dalam talian, jika sistem antivirus dan keselamatan tembok api sentiasa dikemaskini dan tatacara pengendalian rekod elektronik sentiasa dipatuhi, maka peluang serangan terhadap virus Ransomware atau serangan virus lain adalah rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata isu keselamatan rekod dalam talian tetap menjadi isu penting yang tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak.

"Dalam konteks ini, Arkib Negara Malaysia (ANM) telah mengeluarkan panduan dan tatacara pengendalian dan keselamatan rekod elektronik, e-SPARK atau elektronik Sistem Pengurusan Arkib dan Rekod Kerajaan yang perlu dirujuk, diguna pakai oleh semua agensi agensi kerajaan dalam memastikan keselamatan dan rekod rekod awam dan rahsia kerajaan dalam konteks dalam talian.

"Salah satu elemen utama kepada pemeliharaan dan keselamatan rekod awam meliputi rekod ketenteraan mahupun rekod sejarah, pihak ANM menetapkan bahawa ia tidak disimpan dan diakses melalui pelayan utama server oleh pengguna," katanya.

Untuk itu, beliau berkata mana mana pihak yang hendak merujuk kepada bahan sejarah perlu datang sendiri ke ANM untuk mendapatkannya kerana ia tidak didapati secara dalam talian kecuali bahan sejarah yang tidak sensitif kepada soal keselamatan negara.

-- BERNAMA

1 comment:

Labels

Berita Pendidikan (136) Petikan Akhbar (61) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Berita Dalam Negara (38) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (34) Artikel Islam (29) infografik (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Petikan Akhbar dari BH Online (18) Ulasan Berita (18) Petikan Akhbar dari Astro Awani (16) Gambar Menarik (15) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (15) Artikel Pedoman (14) Berita Luar Negara (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita MH370 (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Global Sumud Flotilla (10) Berita Agama (9) Berita Memperjuangkan Kedaulatan Palestin (9) Berita Perjuangan Rakyat Palestin (9) Petikan Akhbar dari mStar Online (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari myMetro (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) berita global (3) kecam hidang arak dalam majlis kerajaan (3) kerajaan Madani (3) petikan artikel (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel dari Sinar Harian Online (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Artikel dari Sinar Harian Online (2) Rejim Zionis (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) hukum hakam (2) majlis rasmi kerajaan (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Agensi Kawalan Sempadan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Memperjuangkan Nasib Palestin (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Bangsa Israel (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Kelantan (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kementerian (1) Berita Kemudahan Asas (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkembangan Teknologi (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita Tokoh Masyarakat (1) Berita dari BERNAMA (1) Berita tantang Influencer (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) CEO Kumpulan Petronas (1) CUEPACS (1) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Freedom Flotilla Coalition (FFC) (1) Gambar Pilihan (1) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (1) Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (1) Jabatan Mufti Negeri Selangor (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) KLIA (1) KPM (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Menteri Pelancongan (1) Menteri Pendidikan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Negara Haram Israel (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PMX (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pejabat Diraja Selangor (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Perjuangan Global Sokong Palestin (1) Petikan Akhbar Malaysiakini (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Petikan Berita dari Blog Maaf Nak Sebut (1) Pilihan Raya Umum DUN Sabah Ke-17 (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) RUU (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Seni dan Budaya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) TPM (1) Thousand Madleens To Gaza (TMTG) (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) YAB PM Anwar Ibrahim (1) Zainal b. Nordin (1) a (1) artikel global (1) banjir (1) bekas ketua audit negara Ambrin Buang (1) berita bencana alam (1) berita pengguna (1) berita pilihanraya negeri (1) budi95 (1) insiden di sekolah (1) isu minuman keras (1) isu petrol naik (1) kegiatan sindiket 'counter setting' (1) kes minuman keras (1) memohon maaf (1) pelekat bertulisan bahasa rasmi Israel Hebrew (1) penjawat awam (1) permainan komputer (1) pikap jenis Isuzu (1) sindiket 'phone scam' (1) status Kampung Sungai Baru (1) teknologi (1) tular (1) unsur sihir (1)