Scroll to top

Friday, April 18, 2014

Cabaran guru kini

Gambar hiasan dari Google

Menjadi perbualan ramai juga di kalangan guru yang menyebut pasal cabaran menjadi guru kini yang agak mencabar dari pelbagai sudut. Salah satu yang paling mencabar ialah guru tidak boleh langsung mendenda murid dengan menyentuh fizikal mereka seumpama merotan, berdiri atas kerusi, ketuk ketampi dan seumpanya selain hanya boleh menggunakan kaedah psikologi sahaja.

Thursday, April 10, 2014

Dasar pendidikan awal sebelum kedatangan penjajah



Dasar pendidikan barat telah meresap masuk ke dalam masyarakat Tanah Melayu setelah kejayaan British menguasai hal-ehwal pemerintahan yang sebelum ini dinaungi sistem kesultanan Melayu. Pendidikan merupakan elemen utama bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Pendidikan juga sangat penting kerana ia dapat mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Keupayaan intelektual setiap masyarakat bagi sesebuah negara dapat mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata malah ia merupakan saluran untuk menyampaikan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum untuk mencapai perpaduan. Di Malaysia, pendidikan sering menjadi agenda utama kerajaan sebelum dan selepas merdeka. Pelbagai program telah dirangka dan dilakukan oleh kerajaan bagi melahirkan warga negara yang berilmu pengetahuan seterusnya diharap dapat memajukan negara setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Wednesday, April 9, 2014

Tugas hakiki guru bagaimana?


PBS sudah pun dikaji setelah keluhan semua peringkat rakyat bukan sahaja guru membuat bantahan dan kritikan terhadap beberapa aspek pelaksanaan PBS yang agak membebankan serta tidak sesuai dengan tugas hakiki guru mengajar di dalam kelas. PBS yang akan dilaksanakan selepas ini lebih mudah dan guru tidak perlu lagi memikul fail berkilo-kilo serta menatap komputer sehingga pukul 4 pagi.

Walauapapun perancangan dan program yang hendak dilaksanakan di sekolah biarlah pendapat pelaksana kepada dasar itu sendiri diambil kira kerana peranan hakiki guru akan terjejas jika dasar itu mengganggu guru menumpu sepenuh perhatian kepada pelanggan utamanya yang harus mencapai objektif mengikut tajuk-tajuknya sehingga hujung tahun.

Tugas hakiki guru di dalam kelas secara rutinnya setiap hari mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah disusun pula mengikut tema dan tajuk secara mingguan dan juga harian. Guru mestilah memastikan murid berjaya menguasai tema atau tajuk itu dalam masa seminggu atau mungkin juga dua minggu agar tema yang berikutnya dapat diajarkan pada minggu berikutnya. Setiap hari dalam sesi pengajaran guru akan membekalkan latihan kepada murid sama ada di dalam buku latihan atau buku aktiviti bagi menguji kefahaman murid terhadap proses pengajaran guru selain pengujian yang dibuat secara lisan. Hasil kerja murid yang sudah siap itu mestilah disemak agar pencapaian murid di dalam sesuatu tajuk dapat dinilai bagi membuat perancangan pengajaran seterusnya. Pada masa rehatlah masa yang ada untuk menyemak buku-buku latihan murid-murid itu. Jadi jika pelaksanaan PBS yang dulu memang membuatkan tugas hakiki guru ini terjejas. Banyak lagi tugas guru yang ibarat kerani yang perlu juga disiapkan mengikut ketetapan pihak atasan.

Tuesday, April 8, 2014

Sistem Pendidikan Sepintas Lalu

Sekadar gambar hiasan - Imej dari Google


Sepanjang berada dalam bidang pendidikan sebagai guru pelbagai gaya kepimpinan yang telah dirasai dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga pusat. Perubahan dasar dapat kita rasai bila seseorang menteri di peringkat kementerian berubah mengikut perubahan kepimpinan kerajaan pusat berubah pemimpin peringkat parti yang memegang tampuk pemerintahan negara.

Monday, April 7, 2014

Guru berdaya saing


Sebagai guru yang telah agak lama mengajar terasa pula tekanan bila semakin banyak perubahan yang dialami oleh sistem pendidikan kini berbanding pada mula-mula mengajar dahulu. Pada mula-mula mengajar dahulu segala urusan surat menyurat dan urusan perkhidmatan dibuat secara manual dan sistem komputer masih tidak menyeluruh lagi dan rangkaian internet tentulah tidak dapat dibayangkan langsung kepentingannya.

Saturday, April 5, 2014

Rutra Medic tawar peluang belajar di luar negara

Peluang pengajian di luar negara
Oleh NIZHA PERIASWAMY



PELAJAR perubatan boleh belajar dengan tenang tanpa memikirkan kos pengajian yang tinggi.

PENGUMUMAN keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pastinya memberi harapan baharu kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sudah pastinya akan memilih kursus-kursus popular seperti perubatan, undang-undang dan kejuruteraan.

Dalam hal ini, kos pengajian terutamanya kursus perubatan menjadi kebimbangan kepada ibu bapa dan pelajar kerana jumlahnya yang tinggi.

Bagaimanapun, syarikat Rutra Study Link Sdn. Bhd. (Rutra Medic) yang bertanggungjawab menyediakan platform kepada pelajar mengikuti pengajian perubatan dengan kos berpatutan.

PGSM menggesa kerajaan memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah

Bidang kuasa syariah terhad
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 April 2014



MUSA AWANG

KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa kerajaan memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah terhadap pentadbiran harta orang Islam.

Friday, April 4, 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025


Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025Muat Turun pdf
Ringkasan Eksekutif Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025Muat Turun pdf

Thursday, April 3, 2014

Bantuan Australia amat dihargai dalam mencari MH370

Tragedi MH370: Najib Berterima Kasih Kepada PM Australia Bantu Cari Pesawat Malaysia Yang Hilang


Daripada Mohd Razman Abdullah


PERTH, 3 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di sini Khamis untuk secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan lain-lain yang terlibat dalam misi mencari pesawat Malaysia yang dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi.

Wednesday, April 2, 2014

Operasi carian seluas 221,000km persegi, cuaca kurang baik



MH370: Operasi carian seluas 221,000km persegi, cuaca kurang baik - JACC
2014/04/02 - 12:30:14 PM


PERTH: Sepuluh pesawat dan sembilan kapal akan meneruskan operasi mencari MH370 hari ini membabitkan zon pencarian seluas 221,000 kilometer persegi di barat perairan Perth.

Tiada arahan dari Bank Negara naikkan kadar faedah pinjaman kenderaan

BNM nafi arah naik kadar faedah pinjaman kenderaan
2014/04/02 - 07:54:14 AM Oleh Ahmad Farizal Hajat | ahmadfarizal@bh.com.my


Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan mengeluarkan arahan kepada institusi perbankan tempatan untuk menaikkan kadar faedah pembiayaan sewa beli kenderaan.

Sebaliknya, bank pusat itu berkata, kadar faedah ditetapkan sendiri oleh institusi perbankan berkenaan.

“Tiada sebarang arahan daripada bank pusat untuk menaikkan kadar faedah pembiayaan kenderaan. Institusi perbankan yang menetapkan kadar pinjaman mereka sendiri bersandarkan kepada pelbagai faktor.

Pengajaran BI perlu menarik


Jadikan pengajaran BI lebih menarik
2014/04/02 - 07:42:44 AM Johan Jaaffar

Tragedi MH370 mendedahkan kita pada kenyataan bahawa kita perlukan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) untuk menghadapi media asing. Setiap gerak dan tindakan kita diteropong. Malaysia perlukan jurucakap yang trampil dan berwibawa. Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya menghadapi media antarabangsa yang skeptikal dengan cara yang tegas dan bersahaja.

Banyak masalah komunikasi diselesaikan apabila Hishammuddin mengambil teraju utama.

Banyak orang mengatakan penguasaan BI atau bahasa-bahasa utama dunia tidak diperlukan hari ini. Kita boleh menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing walaupun berdepan dengan media dunia. Banyak negara maju berbuat demikian. Tetapi hakikatnya, kita perlukan rakyat yang boleh menguasai sebanyak mungkin bahasa-bahasa utama dunia – BI, Arab, Mandarin, Perancis, Jepun, Jerman, apa sahaja. Dalam dunia yang semakin terbuka seperti sekarang, sesiapa yang menguasai bahasa lain mempunyai kelebihan. Dalam menangani krisis MH370 kita perlukan penerangan langsung agar fakta dan maklumat tidak hilang dalam terjemahan.


Penguasaan BI lemah

Kurangnya risiko kanser ovari jika kerap hamil

Kerap hamil kurangkan risiko kanser ovari
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
ahad@kosmo.com.my



UJAR Nor Anita, wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara dan ovari berisiko tinggi mendapat penyakit ini.


KEPADA kaum Hawa, seandainya perut anda tiba-tiba terasa kembung atau menjadi buncit tanpa sebab, berhati-hatilah dan segera bertemu doktor. Ini kerana itu adalah antara petanda anda mungkin menghidap kanser ovari.

Sel kanser yang membiak di dalam ovari atau kantung telur wanita boleh menyebabkan perut menjadi besar seperti wanita sarat mengandung dalam tempoh tidak sampai satu bulan dan merebak ke organ lain badan seperti usus, paru-paru dan buah pinggang tanpa disedari pesakit.

Pakar Gynaeoncology dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, Dr. Nor Anita Abdullah berkata, berbeza dengan kanser payudara yang boleh dikesan awal, kanser ovari belum ada kaedah saringan berkesan dan ekonomikal.

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com