Oleh NURULANUAR MANSORanuar.mansor@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Mei - Seramai 57 orang guru dari seluruh Malaysia telah diraikan dengan anugerah pencapaian cemerlang dalam satu majlis yang dinamakan Malam Erti Budi ... Terima Kasih Cikgu anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Wilayah Persekutuan.
Sebanyak lima kategori anugerah telah disampaikan dalam majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-43 yang berlangsung malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.
Menurut penerima Anugerah Johan Keselurhan Guru inovatif, Chai Hai Seng dari Sarawak, penghormatan yang diberikan itu bukan setakat satu pengiktirafan kepada jasa mereka sebagai guru tetapi juga membuktikan kepentingan inovasi pendidikan.
"Anugerah ini turut menunjukkan betapa kerajaan bertekad untuk merealisasikan Falfasah Pendidikan Kebangsaan yang antara lain memberi penekanan kepada inovasi pendidikan," katanya ketika ditemui Utusan Online.
Empat anugerah lain yang diberikan dalam majlis berkenaan ialah Guru Cemerlang Pendidikan Khas; Guru Cemerlang Orang Kelainan Upaya (OKU); Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Guru Inovatif.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment