Scroll to top

Saturday, May 31, 2014

Program motivasi jana kemahiran berfikir aras tinggi


PESERTA Program Transformasi Kejayaan Diri yang terdiri daripada 130 murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) ROmpin dan SK Puteri amat bertuah kerana mendapat suntikan motivasi dari­pada motivator berpengalaman, Dr. Ismail Zain.

Guru Besar SK Rompin, Datin Noaizan Jamaludin berkata, program ini memberi penekanan kepada aspek memotivasikan diri murid dalam proses meningkatkan ilmu, memperkasakan diri serta menjana kemahiran berfikir aras tinggi.

“Program yang dikendalikan oleh Dr. Ismail, seorang pendidik yang cemerlang ini mampu membimbing dan menyuntik semangat murid-murid agar berusaha dengan lebih baik ke arah kecemerlangan diri," katanya dalam majlis penutup program itu di SK Rompin, Kuala Rompin, Pahang baru-baru ini.

Majlis penutup program yang diadakan dengan kerjasama Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (empower ECER) itu dihadiri oleh ibu bapa peserta.

Setiap peserta diberi senaskhah Tutor secara percuma sebagai bahan rujukan dan latihan belajar.

Menurut Pegawai Pelajaran Da­e­rah Rompin, Mohamad Alias Chik, keprihatinan ibu bapa serta usaha memantau masalah dan kemajuan pelajaran anak-anak merupakan salah satu faktor penting untuk ke­jayaan mereka.

Sementara itu, Pengurus Projek, S. Tamil Selvam memberitahu, seba­nyak tujuh program seum­pama ini dilaksanakan pada tahun 2014 di sekolah-sekolah daerah Rompin.

“Ini bertujuan untuk membantu memberi peluang kepada murid-murid khususnya daripada go­lo­ngan miskin dan luar bandar untuk menyertai program yang berimpak positif," katanya.

Dalam pada itu, modul program kecemerlangan pendidikan yang dikendalikan oleh Dr. Ismail ini mampu memenuhi keperluan pendidikan masa kini dengan memberi penekanan kepada aspek kemahiran berfikir aras tinggi untuk meningkatkan pembangunan modal insan.

Untuk menganjur kursus seperti ini, sila hubungi 019-5713745 atau layari www.tutor.com.my/motivasi.

sumber : UTUSAN Online

No comments:

Post a Comment

Blog Archive