Scroll to top

Thursday, July 14, 2011

Dajal muncul?




Oleh Hazirah Che Sab

2011/07/10


Penyebaran video, kelahiran bayi mata satu dikaitkan kemunculannya

NAMA dajal kembali menguasai carta berita atau menjadi sebutan, khususnya dalam kalangan mereka yang kaki internet, baru-baru ini yang dikaitkan dengan penyebaran siri video mengenai kemunculan dajal serta kelahiran bayi lelaki bermata satu di India.

Biarpun tanpa mengambil kira kesahihan atau mereka di sebalik pembikinan video itu, termasuk kemungkinan perbuatan pihak yang mahu memesongkan akidah umat Islam, hakikatnya ia sudah cukup mencetuskan kekalutan mengenai dajal itu. Lalu timbullah persoalan benarkah dajal sudah muncul dan pertanyaan lain yang sememangnya hanya mampu dijawab oleh alim ulama.
Kegemparan itu ketara selepas berita kelahiran seorang bayi bermata satu di dahi dan tiada hidung, di India pada 23 Mac lalu. Bayi lelaki itu cuma hidup cuma hidup sehari tetapi sudah cukup mencetuskan kebimbangan yang mengaitkan kelahirannya dengan kemunculan dajal dan menolak pandangan doktor yang mengesahkan dia menghidap masalah cyclopia.

Doktor yang menyambut kelahirannya menerusi pembedahan turut terkejut dengan keadaan bayi itu. Ujian sonogram yang dilakukan ke atas ibunya Veena Chavan, 34, ketika kandungannya masuk ke usia 32 minggu menunjukkan janin itu berdepan masalah hydrocephalic, bermakna air berkumpul dalam otak.

Kecacatan atau masalah cyclopia jenis ini cuma terjadi paling kerap pun dalam satu bagi setiap 250 janin yang menjejaskan pembentukan otak ketika pembesaran janin. Dengan cyclopia, mata dan hidung tidak terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keterangan doktor yang dibantu bukti saintifik tidak mampu menamatkan spekulasi yang semakin rancak mengenai kelahiran dajal terutama apabila ia disebut berketurunan Yahudi. Malah, seperti diapi-apikan pihak tertentu yang menggembar gemburkan kemunculan dajal pada 2009 apabila bayi bermata satu dilahirkan di Israel.

Baru-baru ini, penyebaran video bertajuk The Arrivals mengandungi 51 episod yang mengisahkan kedatangan Dajal, Imam Mahdi dan Nabi Isa turut mendapat perhatian ramai. Video berkenaan turut menyiarkan banyak teori konspirasi yang berlaku pada hari ini serta menganalisis mengenai orde baru dunia dan motif kumpulan yang mahu melaksanakannya.
Video berkenaan didakwa tidak hanya untuk tatapan umat Islam sebaliknya satu pendedahan kebenaran kepada seluruh umat manusia. Siri berkenaan bertujuan menjelaskan salah faham antara Islam dan Barat serta menilai asas kepada perpecahan itu.

Siri video pendek itu juga didakwa bertujuan menunjukkan kepada penonton petanda yang ada pada semua agama mengenai kewujudan Dajal, Imam Mahdi dan Nabi Isa.

Hakikatnya, memang kemunculan Dajal disebut dalam Hadis sebagai antara tanda besar Kiamat dan digambarkan memiliki satu mata dan perkataan kafir tertulis di dahinya. Dajal juga diperincikan mempunyai pengaruh kuat di dunia yang menarik ramai pengikut dan suaranya boleh didengar di Barat dan Timur. Berdasarkan teknologi sedia ada pada masa ini dalam bentuk televisyen dan internet, ia suatu hujah yang boleh diterima akal.

Matlamat utama Dajal ialah meyakinkan manusia ia adalah Tuhan dan cuba memesongkan akidah umat Islam terutama yang lemah. Antara caranya ialah membunuh dan menghidupkan semula orang yang dibunuh itu. Dajal juga disebut mengembara ke seluruh dunia dan cuma dua tempat yang tidak dapat dimasuki iaitu Makkah dan Madinah. Pada ketika itulah Allah mengutuskan Nabi Isa ke dunia untuk membunuh Dajal.

Mentakrifkan Dajal, ia berasal daripada perkataan ad-Dajl yang bermaksud menyelubungi daripada segi bahasa. Oleh itu, orang yang pembohong digelar Dajal kerana menyembunyikan kebenaran dengan menunjukkan kebatilan.

Perspektif Islam menjelaskan Dajal adalah tokoh amat jahat yang kemunculan dan kerosakan yang dibawanya sudah diingatkan oleh Rasulullah dan peringatan itu tidak pernah dibuat oleh nabi terdahulu.

Hadis Rasulullah juga menjelaskan tanda-tanda kedatangan Dajal semakin jelas pada zaman pendusta dipercayai dan orang jujur pula sebaliknya, begitu juga yang terjadi orang tidak amanah diberi kepercayaan manakala orang amanah tidak lagi dipercayai.

Menurut Hadis riwayat Muslim pula, Rasulullah bersabda: “Akan keluarlah Dajal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Aku sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajal itu.”

Satu lagi Hadis lain menyatakan kedudukan Dajal di laut Syam atau Yaman dan akan datang dari arah timur. Sementara Hadis yang diriwayatkan Tirmizi, menyatakan Rasulullah bersabda bahawa Dajal akan muncul dari arah timur bernama Khurasan.

Sementara bagi penganut Kristian, Dajal disebut sebagai ‘AntiChrist’ yang muncul sebagai pemimpin gabungan bangsa akhir zaman untuk menentang Allah manakala di kalangan puak Yahudi, Dajal dikenali sebagai Armilus yang dikatakan menyerang dan menakluk Baitulmaqdis serta menganiayai kaum itu, membuatkan mereka berdepan penderitaan paling teruk.

Bagi Yahudi, Armilus adalah pemimpin yang akan muncul pada akhir zaman dan akan dikalahkan Nabi Isa.

Apa pun takrifan mengenainya, cerita mengenai Dajal mempunyai pelbagai versi yang sekali gus menimbulkan macam-macam persepsi. Umat Islam sebaiknya merujuk kepada banyak Hadis sahih yang mengisahkan mengenai Dajal kerana hadis palsu juga tidak kurang banyaknya menceritakan mengenainya dan menimbulkan salah faham masyarakat sehingga mudah melabel kecacatan sebagai tanda kelahiran Dajal.

Berita kelahiran bayi bermata satu tidak sepatutnya disalah faham kerana salah satu Hadis menegaskan Dajal sudah ada sejak zaman Nabi Muhammad yang usianya dipanjangkan Allah untuk muncul semula pada akhir zaman dengan izin Allah untuk menguji iman manusia. Hadis juga menjelaskan Dajal adalah manusia biasa yang diberikan kekuasaan luar biasa Allah.

Sehubungan itu, daripada terpedaya dengan berita yang belum ditentukan kesahihannya serta mempercayai tanpa usul periksa penyebaran video, lebih baik jika umat Islam mengikut panduan Rasulullah untuk mengelakkan fitnah Dajal iaitu menghafal 10 ayat pertama dan terakhir surah al-Kahfi selain doa yang dibaca sebelum memberi salam setiap kali selepas solat yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Propaganda, alat pesongkan akidah

USAH mudah terpedaya dengan dakyah yang mahu memesongkan akidah. Itulah peringatan dilontarkan ulama mengenai tindakan pihak yang sengaja mahu memperdayakan umat Islam dengan mendakwa kemunculan Dajal ketika ini, khususnya menerusi penyebaran berita di internet.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Muhammad Yusoff Hussein, menyifatkan penyebaran berita dan video mengenai kelahiran Dajal sebagai satu usaha pihak tertentu yang ada kepentingan iaitu mencetuskan keresahan umat Islam.

Selain meminta umat Islam mendapatkan pandangan kalangan ulama jika berdepan keraguan mengenai maklumat yang diterima, Muhammad Yusoff berkata, apa yang lebih penting adalah tidak mudah panik dan menerima bulat-bulat apa yang dibentangkan di internet, baik menerusi laman sosial atau pun Youtube.

Tidak menafikan ia adalah petanda besar kedatangan Kiamat, Prof Muhammad Yusoff, berkata Dajal seperti yang diperincikan dalam Hadis datang untuk merosakkan alam dengan cara amat menakutkan.

“Dajal termasuk dalam perkara sam’iyat iaitu perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat.

“Ciri-ciri fizikalnya digambarkan menakutkan seperti juga cara malaikat maut digambarkan.

“Bagi saya, penyebaran berita dan video itu satu propaganda pihak tertentu untuk menarik perhatian umat Islam. Nasihat saya, jangan terpedaya kerana apa yang dipaparkan menyimpang daripada konsep sebenar. Saya bimbang punca berita itu diperoleh daripada sumber yang tidak sahih. Ia sekadar ingin menakutkan orang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, agak keterlaluan melabelkan bayi yang dilahirkan dengan mata satu itu sebagai Dajal kerana hakikatnya ia satu bentuk kecacatan.

“Saya rasa agak melampau kenyataan itu. Sudahlah kanak-kanak itu dilahirkan cacat, kita pula melabelnya sebagai Dajal. Itu tidak adil,” katanya.

Dapatkan akhbar Berita Harian hari ini untuk foto lanjut.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com