Scroll to top

Thursday, July 28, 2011

Madrasah Ramadan

oleh SRI DIAH
7/28/2011 7:37:09 AM

Saya suka memerhati sikap orang sekeliling. Meneliti peribadi, buat perbandingan antara mereka dan selalu berkomunikasi apa sahaja dengan pelbagai pendekatan. Ada serius, lucu dan ada yang tak masuk akal.

Sebelum itu saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada Allah SWT yang telah menjadikan saya seorang pendengar yang baik, tidak panas baran dan tidak suka bercakap banyak. Allah itu adil kerana saya juga tidak suka menyerang orang lain atau meninggikan suara. Saya mudah lembut hati dan payah untuk berdendam.

Atas segala ciri ini memang sewajarnya saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai peringkat usia, pelbagai bangsa dan taraf hidup. Bak kata orang, saya boleh menjadi seperti span. Mudah menyerap dan mudah juga mengeluarkan apa telah saya serap. Alhamdulillah.

Ada kata itu kekurangan saya. Mereka kata saya tidak tegas, tidak garang. Saya rugi kerana tidak gunakan segala rasa yang ada, apalagi sebagai ketua. Saya fikir kembali apakah kriteria untuk jadi ketua? Adakah mesti selalu meninggi suara? Haruskah berdendam, menyerang dan memberi stigma garang?

Oleh sebab itulah ada orang tidak suka berlawan dengan saya sebab saya suka diam. Mereka tidak mendapat apa-apa apabila mengata saya. Mereka tidak akan menerima reaksi balas saya. Kerana saya tetap saya dan tidak sama sekali akan berubah, lawan itu menjadi mati akal, stres. Ada yang cedera jiwa kerana tidak mendapat apa mereka mahu. Saya akui inilah antara punca gangguan perasaan dan sakit jiwa kebanyakan insan di sekeliling saya. Penyakit ini mungkin akan sembuh jika dia faham saya. Sudah resmi saya begitu.

Oleh itu saya jatuh kasihan kepada mereka itu. Memang ramai manusia sakit jiwa akhir-akhir ini dan ia mengheret kita sama dalam masalahnya. Mujur saya cepat sedar kepincangan ini dan usaha pula membantu mereka. Namun saya tidak mahu mereka menjadi psikosis pula! Ini merupakan yang paling teruk.

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa, antaranya ialah kegelisahan (neurosis) iaitu rasa mudah naik darah - tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, berasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.

Bertolak daripada neurosis, akan muncul pula kepiluan (depression). Kadangkala mereka berasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan. Dalam kes ini, mereka hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

Inilah penyakit-penyakit manusia yang berada di sekeliling kita. Jika kita kasihan mereka, bantulah mereka. Kembalikan keriangan kepada mereka. Nasihatkan, jangan fikirkan orang lain, fikirkan diri sendiri. Jangan mengajak orang lain sama-sama keliru, cukuplah dia seorang yang gelisah dan sakit perasaan.

Semoga kita sudah benar-benar bersedia menanti kehadiran Ramadan dengan hati lapang, dengan dada yang terbuka. Madrasah Ramadan yang akan kita tempuhi selama sebulan nanti merupakan universiti yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Semoga kita semua kuat mengharunginya dan berjaya menggenggam ijazah kelas tertinggi pada Syawal nanti.

Oleh itu jagalah peribadi. Peliharalah agama. Jangan rosakkan silaturahim. Ya, kita amat berbeza dan saya tetap saya. Salam.

sumber: Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com