Scroll to top

Friday, July 29, 2011

SMK Merchang wakil Malaysia ke APRSAF

Oleh Nas Norziela Nasbah

2011/07/29

DUA pelajar dari Terengganu diberi mandat mewakili negara menyertai Forum Agensi Angkasa Rantau Asia Pasifik (APRSAF) kali ke-18 yang dijadual berlangsung di Singapura, Disember ini, berazam meningkatkan kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kedua-dua mereka ialah Ahmad Tarmizi Sahaime dan Muhammad Nur Syahir Che Johan, pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Terengganu yakin kemahiran itu membantu mereka membentangkan persembahan dengan penuh yakin.
Ahmad Tarmizi berkata, kepercayaan mewakili negara ke forum antarabangsa itu meningkatkan lagi semangatnya untuk memberikan yang terbaik dalam forum yang bakal dihadiri saintis muda dari negara Asia Pasifik antaranya, Jepun dan Korea Selatan.

Walaupun tidak bertutur dalam bahasa Inggeris di sekolah mahupun di rumah, dia yakin yakin dalam tempoh beberapa bulan ini, masing-masing dapat menguasai kemahiran berkenaan.

Pemilihan dua saintis itu diumumkan selepas mereka dinobatkan juara Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) 2011. Pertandingan anjuran Angkasa dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), berlangsung di Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bukan saja muncul sebagai juara keseluruhan PTPR 2011, dua saintis muda ini turut mengungguli Kategori Sasaran selepas menumpaskan 32 peserta daripada 15 sekolah dari seluruh negara.

Guru pembimbing, Che Jehan Mohamad Amin, menyifatkan kejuaraan dua pelajar sekolahnya menyuntik semangat anak muda itu untuk terus gigih menghasilkan ciptaan berasaskan sains angkasa.
“Tahun ini adalah tahun kelima SMK Merchang menyertai PTPR. Syukur kerana penyertaan kali ini mencatatkan hasil membanggakan.

“Saya kagum dengan kesungguhan peserta yang tidak kenal erti putus asa dan sentiasa tekun menjalani kajian,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan pemenang PTPR 2011 di Padang Varsiti, UM.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang Piala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta hadiah iringan. Juara keseluruhan turut menerima telekskop bagi kegunaan makmal sekolah daripada Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.

Tempat kedua dimenangi SMK Sungai Besar manakala ketiga, SMK Abi, Perlis. Masing-masing menerima piala iringan, sijil dan sebuah telekskop bagi tujuan penyelidikan di sekolah.

sumber: BH Online

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com