Scroll to top

Showing posts with label Jabatan Mufti Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Mufti Pulau Pinang. Show all posts

Wednesday, October 14, 2026

Jabatan Mufti Pulau Pinang menerusi hantaran di media sosial memaklumkan bahawa umat Islam dilarang membersihkan rumah ibadat agama lain

 


GEORGE TOWN, 13 Okt - Jabatan Mufti Pulau Pinang menerusi hantaran di media sosial memaklumkan bahawa umat Islam dilarang membersihkan rumah ibadat agama lain sekiranya tugas itu secara langsung bercanggah dengan akidah Islam, termasuk membantu menyediakan ruang bagi upacara penyembahan.


Mufti Pulau Pinang, Mohd Sukki Othman berkata, umat Islam perlu mengelakkan penglibatan dalam kerja penyediaan atau penyelenggaraan peralatan khusus untuk upacara keagamaan, termasuk membersihkan patung sembahan dan altar pemujaan.

Menurut beliau, Islam tidak melarang umatnya berbuat baik serta mengekalkan hubungan harmoni dengan masyarakat berlainan agama, namun setiap tindakan perlu mematuhi batas syariat.

“Kerja-kerja yang mempunyai hubungan langsung dengan penyediaan, pemeliharaan atau pengendalian tempat dan peralatan khusus bagi pelaksanaan ritual agama lain, seperti membersihkan patung sembahan, altar pemujaan atau menyediakan ruang khusus untuk upacara penyembahan, perlu dielakkan dan hukumnya adalah haram.

“Hal ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah, ayat 2 yang bermaksud, ‘Dan janganlah kamu saling membantu dalam melakukan dosa dan pencerobohan’,” katanya.

Mohd Sukki mengulas video tular yang memaparkan sekumpulan individu termasuk orang Islam menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan sebuah rumah ibadat bukan Islam di Pulau Pinang pada 8 Oktober lalu, dipercayai sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebuah hotel di George Town.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan organisasi, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan badan sukarela supaya mengambil kira sensitiviti akidah umat Islam ketika merancang program perpaduan antara agama.

Katanya, aktiviti bersama masih boleh dilaksanakan menerusi usaha seperti membersihkan taman awam, sekolah dan kawasan perumahan, selain membantu golongan memerlukan tanpa mengira agama atau bangsa.

Kredit: Kosmo!



Post Pilihan

Blog Archive