Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan masuk ke TINGKATAN EMPAT (4) Sekolah Rancangan Khas Negeri Perak Sesi Persekolahan 2013 dibuka mulai sekarang sehingga 8/1/2013. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan ialah SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Taman Tasik dan SMK Raja Perempuan. Syarat-syarat kelayakan permohonan masuk adalah seperti berikut :
1. Lulus Peperiksaan PMR Tahun 2012 dengan memperoleh sekurang-kurangnya 5A 3B.
Mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
2. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
3. Warganegara Malaysia.
4. Bersekolah dan menetap di negeri Perak.
5. Mempunyai rekod disiplin yang baik.
6. Umur tidak melebihi 16 tahun pada 1Januari 2013
Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan untuk tindakan pemohon. Borang yang telah lengkap diisi oleh pemohon beserta semua dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada sekolah asal pemohon untuk disahkan dan diambil tindakan oleh pihak sekolah pada atau sebelum 8/1/2013 (Selasa).
Borang Permohonan: SILA KLIK DI SINI
Permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh SATU BULAN selepas tarikh tutup permohonan, maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.
Keputusan Jawatankuasa Pemilihan peringkat negeri adalah MUKTAMAD.
Sumber :
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PELAJARAN PERAK
2014 xde lagi ke
ReplyDelete