Sekadar gambar hiasan. (Imej : Google)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa hampir 40,000 kanak-kanak Palestin di Gaza tidak mempunyai sekolah untuk belajar. Ini berpunca daripada sekatan yang dikenakan Isreal yang kini memasuki tahun keenam, yang menerusi tindakan ketenteraan mereka di Gaza mulai akhir Disember 2008, kira-kira 88 peratus sekolah agensi bantuan dan kerja menyelamat PBB 82 peratus sekolah kerajaan terpaksa beroperasi dalam dua sesi persekolahan bagi menampung jumlah pelajar yang begitu banyak.Kanak-kanak yang masih hidup tetapi kehilangan ahli keluarga dan rumah tempat berteduh, mereka ini masih lagi trauma dan memerlukan rawatan psikologi bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka yang merosot ekoran penderitaan hidup dan persekitaran pendidikan yang tidak mengizinkan.
Menurut laporan Bank Dunia, 80 peratus pelajar Palestin di Gaza gagal dalam pelajaran Matematik sementara sejumah 40 peratus gagal dalam mata pelajaran bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Arab.
Terdapat 604 sekolah di Semenanjung Gaza, namun sejumlah besar daripadanya musnah dalam serangan Israel termasuk 18 buah yang musnah teruk. Sehingga kini, hampir tiada lagi sekolah yang dibina ekoran sekatan yang dikenakan.
Israel tidak membenarkan bahan binaan seperti simen dan keluli dibawa masuk ke Gaza atas alasan ia boleh digunakan oleh puak Hamas untuk membina terowong.
Keperluan membina lebih 100 sekolah baru tahun lepas bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah sehingga menyebabkan sesi ketiga persekolahan diadakan iaitu di sebelah malam.
Lebih teruk lagi di utara Semenanjung Gaza yang musnah semasa peperangan, mereka terpasa belajar di dalam karavan atau kontena menyimpan barang. Mereka terpaksa belajar selama setahun di dalam kontena sama ada di dalam cuaca panas atau hujan beserta sistem kumbahan dan pembentungan yang daif. Dua tahun badan bantuan Islam membina semula sekolah ini yang kini menampung 530 pelajar dalam satu sesi pengajian.
Kebanyakan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan menghadapi banyak masalah walaupun di dalam sekolah.Kebanyakan pelajar masih mengalami trauma dan kebimbangan serta sentiasa panik dan mudah hilang tumpuan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka ketakutan apabila mendengar pesawat Israel terbang di atas kepala mereka. Begitulah teruknya suasana proses pendidikan di Gaza dan diharapkan dengan kerjasama USM sedikit sebanyak dapat memperbaiki keadaan tersebut.
KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) akan menyalurkan bantuan kepada Universiti Islam Gaza (IUG), Palestin termasuk membiayai pengajian penuntut yang tidak berkemampuan dan pembangunan sistem pendidikan tinggi universiti itu.
Bagi membolehkan usaha itu dilaksanakan, memorandum persefahaman (MoU)antara USM dan IUG dimeterai di sini, Selasa.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis MoU itu, Naib Canselor USM Datuk Omar Osman berkata keadaan Gaza kini yang sedang bergolak menyukarkan pihak universiti itu mendapatkan bantuan pendidikan.
Beliau berkata warga USM mengumpulkan kira-kira RM100,000 bagi Tabung Pendidikan Gaza sejak 20 Nov lepas untuk disalurkan kepada IUG untuk pembangunan pendidikan.
"Bantuan seterusnya akan dibuat secara berkala," katanya, sambil menambah bahawa 30 kakitangan USM telah melaksanakan potongan gaji bulanan sukarela untuk tempoh setahun sekurang-kurangnya bagi membiayai penuntut IUG yang tidak berkemampuan.
Omar berkata kos pembiayaian bagi seorang penuntut di Gaza dianggarkan RM4,500.
Beliau berkata dua penuntut USM akan menyertai misi Aman Palestin ke Gaza esok yang akan bertindak sebagai 'duta kecil' mendalami apa yang diperlukan IUG dalam membangunkan sistem pendidikan tinggi mereka.
USM akan turut melaksanakan program pertukaran kakitangan dengan IUG bagi berkongsi kepakaran dan ia mencakupi bidang penyelidikan terutamanya teknologi nano, teknologi solar dan astronomi.
Naib Canselor IUG, Dr Kamalain K Sha'ath berkata memorandum itu diharap dapat memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak dan ia menjadi batu loncatan kepada pihaknya untuk menjalin lebih banyak kerjasama seumpamanya dengan negara lain.
Katanya, IUG merupakan universiti terbesar di Gaza berkapasiti 21,000 orang penuntut yang memerlukan banyak bantuan daripada luar.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment