Penggunaan bahasa teks ketika berhubung dengan SMS sememangnya tidak dapat ditolak kerana ruang yang disediakan adalah terhad. Singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu banyak digunakan untuk menggantikan maksud sebenar.
Kadangkala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu. Penggunaan bahasa yang minimum itu tidak salah jika hanya digunakan ketika berhubung melalui SMS, seperti juga menulis dengan trengkas.
Bagaimanapun, masalah yang timbul sekarang ialah bahasa SMS terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi hingga merosakkan bahasa. Walaupun komunikasi bersifat peribadi melalui SMS tidak dapat dielakkan, tidak sepatutnya bentuk gaya bahasa itu diketengahkan.
Penggunaan singkatan perkataan berlaku dalam semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan pengunaannya untuk tujuan rasmi dan bukan rasmi. Bagi mengelakkan bahasa rasmi tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi.
Suka atau tidak, bahasa teks akan terus berkembang pesat sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi seperti internet dan telefon bimbit dengan peningkatan penduduk negara ini memiliki telefon bimbit.
Senarai perkataan SMS akan terus meningkat dan terpulang kepada pihak yang terbabit untuk memanfaatkan teknologi demi mengembang dan memperkukuhkan bahasa Melayu
Sukar kawal bahasa SMS
2012/12/13
2012/12/13
Nazura Ngah | nazura@bharian.com.my
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran mengakui sukar mengawal penggunaan bahasa ringkas atau SMS (khidmat pesanan ringkas) dalam kalangan pelajar khususnya ketika peperiksaan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata perkara itu rumit untuk dikawal kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh menghalang atau mencegahnya daripada berlaku.
Sehubungan itu, katanya, guru sudah diarahkan untuk memastikan pelajar tidak menggunakan bahasa ringkas dalam pembelajaran harian dan ketika peperiksaan.
Jejas kemurniaan bahasa
Katanya, kesan penggunaan bahasa ringkas atau SMS boleh menjejaskan kemurnian bahasa khususnya bahasa Melayu.
Beliau berkata, pemakaian telefon bimbit mempengaruhi penggunaan bahasa ringkas dalam kalangan pelajar sehingga tanpa sengaja menggunakan bahasa itu ketika peperiksaan.
“Justeru, guru perlu memastikan pelajar memahami penggunaan bahasa ringkas boleh mempengaruhi pemarkahan, sekali gus menyebabkan pelajar gagal dalam peperiksaan.
“Guru juga perlu memberikan contoh kertas jawapan yang menggunakan bahasa ringkas bagi menyedarkan pelajar,” katanya ketika dihubungi semalam.
Akhbar semalam melaporkan, penemuan hasil kajian dijalankan sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati penggunaan bahasa ringkas atau SMS kini semakin membimbangkan apabila ia turut digunakan pelajar dalam peperiksaan rasmi, termasuk pada peringkat institusi pengajian tinggi.
Kerjasama semua pihak
Mohd Puad berkata, kawalan menyeluruh hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bekerjasama termasuk Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menerusi tindakan drastik.
Sementara itu, pakar bahasa, Profesor Emiritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, berkata penggunaan bahasa ringkas akan melambatkan proses perkembangan bahasa Melayu, sekali gus menyebabkan keupayaan bahasa berkenaan menjadi bahasa ilmu dipertikaikan.
Katanya, tindakan remaja yang gagal menghormati kemurnian bahasa akan memberi peluang kepada pihak lain mengutuk bahasa Melayu.

sumber : BH Online
No comments:
Post a Comment