Sekadar gambar hiasan dari Google.
Sudahlah pengaruh budaya kuning yang mudah diakses di pusat-pusat kafe siber masih memarah di kalangan remaja, ditambah pula dengan bahan bacaan yang juga merosakkan jiwa remaja turut mudah didapati premis-premis perniagaan berikut. Jiwa remaja yang mudah terpengaruh sepatutnya didedahkan dengan bahan-bahan yang mendidik iman dan akhlak supaya perkembangan jati diri mereka selanjutnya boleh digunakan ke arah kehidupan yang sempurna dan selamat bila mereka dewasa nanti.
Jadilah kita insan yang dapat menyumbang sesuatu yang berguna kepada kewujudan masyarakat madani yang selamat hidup di dunia dan yang utamanya berbahagia di akhirat. InsyaAllah.
KDN rampas majalah buka dada
Oleh IKHWAN HAZWAN HAMIDUN
ikhwan.hamidun@kosmo.com.my
ANGGOTA penguat kuasa KDN memeriksa majalah yang memaparkan gambar wanita dalam keadaan mengghairahkan di sebuah kedai buku di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran semalam bertindak menyerbu sembilan buah kedai buku dan merampas kira-kira 300 naskhah majalah berunsur lucah dalam operasi yang dijalankan sekitar Lembah Klang.
Operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Harris Fadzillah Abdul Ghani itu dilakukan di pusat beli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya dan Plaza Sungei Wang di sini.
Antara judul majalah yang dirampas ialah Hooters, FHM, Maxim, Tattoos, GQ dan Shape. Bagaimanapun, majalah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang menyiarkan empat keping gambar model Kate Moss tidak memakai coli tidak terdapat di kedai-kedai buku berkenaan.
Turut dirampas ialah majalah High Times dan Weed World yang mengajar cara menggunakan dadah dan menanam pokok ganja.
Menurut Harris Fadzillah, hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan majalah yang dijual secara terbuka di premis berkenaan diimport dari negara luar seperti China dan United Kingdom.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2EpIGzeJ3
No comments:
Post a Comment