Scroll to top

Sunday, September 13, 2015

Jerebu mula bimbangkan penduduk


Jarak pemandangan yang terjejas teruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching akibat jerebu dengan bacaan IPU 164 iaitu paras tidak sihat semalam.

KUALA LUMPUR – Kea­daan berjerebu yang sedang melanda negara semakin membimbang apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) me­nunjukkan tahap bacaan tidak sihat di beberapa tempat semalam.

Setakat pukul 5 petang semalam, lima kawasan menca­tatkan IPU tidak sihat melebihi 100 iaitu Samarahan (184), Sri Aman (177) dan Kuching (164) di Sarawak serta Larkin Lama (109) dan Pasir Gudang (116) di Johor.

Menurut Pegawai Meteorologi Kanan di Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip, keadaan berjerebu teruk dijangka berterusan hingga minggu depan.

Katanya, keadaan bertambah buruk apabila ramalan taburan hujan menunjukkan ia berkura­ngan sehingga minggu hadapan.

“Tiupan angin sedikit kuat dan bertiup dari timur, bermakna arah tiupan angin akan terbalik dan menuju ke Indonesia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Semalam, beberapa negeri termasuk Perak, Selangor, Me­laka, Johor, Sarawak dan sebahagian Pahang telah menerima kesan jerebu yang berpunca daripada pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Di Sarawak, iaitu negeri yang paling terjejas, keadaan jerebu yang semakin teruk mula membimbangkan penduduk tempatan.

Tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya Kuching mendapati majoriti mereka khuatir dengan tahap kesihatan masing-masing memandangkan jerebu boleh mengundang pelbagai penyakit.

Seorang guru, Yong Ching Yee, 36, berkata, keadaan berhabuk dan berjerebu menyebabkan aktiviti di luar kelas dan sekolah terpaksa dihadkan.

“Sekarang saya berasa susah untuk bernafas akibat cuaca kering dan kualiti udara yang teruk,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan, Datuk Mohamad Dolmat ketika dihubungi di Kuala Lumpur pula memberitahu, kebimbangan lebih tertumpu kepada keselamatan nelayan di laut apabila tahap penglihatan terjejas akibat jerebu.

Katanya, nelayan yang menggunakan bot kecil hanya menggunakan mata kasar untuk menentukan jarak dan ia berbeza dengan kapal-kapal besar yang mempunyai Sistem Kedudukan Global (GPS).

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini pihaknya belum me­nerima sebarang laporan berlaku kemalangan laut akibat jerebu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebooknya semalam menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan impak je­rebu kepada kesihatan mereka.

Beliau berkata, orang ramai disaran supaya segera mengunjungi klinik kesihatan sekiranya kesihatan mereka terjejas akibat jerebu.

“Orang awam juga harus mengetahui keadaan terkini je­rebu menerusi media dan juga tahap bacaan IPU.

“Sila rujuk ke laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my atau www.infosihat.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3lW6f4efX 

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com