Scroll to top

Monday, September 7, 2015

Pelanggan biadab bawa anjing


GAMBAR viral menunjukkan dua wanita berketurunan Cina bertindak biadab membawa seekor anjing yang turut kencing di dalam troli di Tesco Extra Plentong kelmarin.

Oleh SHARKAWI LONDING dan MOHD. IZUAN ROSELI

JOHOR BAHRU – Tesco Malaysia terpaksa memang­gil Ahli Jawantankuasa (AJK) Masjid Jamek Kampung Plentong Baru semalam untuk menyamak lebih 200 buah troli selepas dua orang pengunjung­nya bertindak biadab membawa masuk seekor anjing ke dalam pasar raya Tesco Extra Plentong di sini kelmarin.

Bilal Masjid Jamek Kampung Plentong Baru, Omar Abd. Jalil berkata, dia yang mengetuai proses pembersihan troli ber­kenaan dihubungi oleh salah seorang pekerja Tesco tersebut sebelum dia ke pasar raya itu bersama dua lagi AJK masjid.

“Saya dan dua lagi AJK masjid bergegas ke Tesco berkenaan bagi membantu me­lakukan proses pembersihan dengan meng­gunakan kaedah samak atau sertu iaitu menggunakan pembersihan menggunakan air yang bercampur tanah sebanyak satu kali dan tujuh air mutlak (air bersih) ke atas lebih 200 troli yang ada di pasar raya itu.

“Kita lakukan pembersihan ke atas semua troli sebab pihak pasar raya tidak tahu mana satu troli yang digunakan wanita berkenaan dan kita mengambil masa lebih dua jam menyamak dengan kerjasama kakitangan Tesco,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Plentong Baru di sini semalam.

Perbuatan biadab dua wanita berketurunan Cina meletakkan anjing peliharaan mereka di dalam troli sebelum masuk ke dalam Tesco kelmarin dikritik pengguna laman sosial kerana tidak sensitif dengan pengunjung beragama Islam.

Lebih buruk lagi anjing berwarna hitam dan coklat itu turut kencing di atas troli berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3l2mikBib 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive