Scroll to top

Thursday, September 17, 2015

Lebih 300 hotel dapat pengesahan halal Jakim


17 September 2015 12:51 AM

KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Lebih 300 hotel di negara ini telah memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi dapur utama dan restoran hasil inisiatif peng­usahanya untuk mengesahkan mereka telah memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.


Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Zulkifly Md. Said berkata, perkembangan positif itu didorong oleh keseda­ran penggiat industri pelancongan tentang kepentingan halal dalam urusan harian perniagaan mereka.

Katanya, kajian oleh firma penyelidikan pasaran yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan Singapura menunjukkan hampir 69 peratus daripada umat Islam menjadikan kemudahan untuk mendapatkan pelbagai pilihan makanan halal sebagai faktor utama dalam memilih destinasi pelancongan.

“Masih terdapat juga hotel yang hanya bersikap tunggu dan lihat. Sesetengah pemilik hotel telah mengambil beberapa langkah perlu untuk mendapatkan sijil namun berhadapan dengan kesukaran dalam proses permohonan kerana kurangnya kefahaman dan pengetahuan berkenaan halal,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Seminar Industri Halal - Edisi Pantai Timur di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini semalam.

Yang hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Tengku Khairi Tengku A. Rahman.

Siri keempat seminar yang digerakkan itu membabitkan penglibatan lebih 120 peserta dalam industri pelancong antaranya pemilik dan pengusaha hotel, pemandu pelancong, pengusaha restoran diikuti pensyarah universiti tempatan.

Zulkifly memberitahu, Jakim menerima sebanyak 8,022 permohonan dari hotel yang mahu mendapatkan pensijilan halal sepanjang tahun lalu.

“Setakat Januari hingga Ogos, sebanyak 5,233 permohonan dicatatkan sekali gus menunjukkan kesedaran semakin meluas me­ngenai manfaat sijil halal.

“Di Malaysia, hanya sebilangan kecil hotel yang diberi status halal sepenuhnya yang merangkumi semua aspek termasuk sistem pe­ngurusan, perbankan, penampilan petugas, status halal makanan dan kebersihan, antaranya Hotel Grand Blue Wave di Shah Alam, Hotel De Palma, PNB Perdana & Suites on The Park, TH Hotel dan jika di Terengganu pula Hotel Grand Puteri.

“Maka, bagi meneruskan usaha memupuk kesedaran dan memberikan pemahaman berkaitan pengetahuan asas serta selok-belok halal, ITC dengan kerjasama agensi dan pihak industri berkaitan bersedia untuk bertemu para penggiat di negeri ini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lebih-300-hotel-dapat-pengesahan-halal-jakim-1.136803#sthash.PrpJM8i0.dpuf

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com