Scroll to top

Sunday, September 20, 2015

‘Layan saya macam orang normal’


Atan tidak kekok menggunakan komputer meskipun tangannya tidak sempurna.

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 SEPTEMBER 2015

"LAYAN saya seperti orang normal yang lain," ini kata-kata yang kerap dilontarkan Shahrom Abdullah, 36, yang juga insan berstatus orang kurang upaya (OKU).

Shahrom yang mesra dipanggil Atan tidak pernah merasa kerdil apabila bergaul dengan orang normal malah dia tidak kekok bermain bola sepak bersama golongan muda di perumahannya.

Menurutnya, OKU perlu mengubah mentaliti mereka dan tidak perlu berasa rendah diri kerana biasanya orang normal tidak memandang rendah keupayaan mereka.

“Saya selalu berpesan kepada rakan-rakan, jangan layan saya seperti OKU dan jangan manjakan saya. Layan saya seperti orang biasa kerana saya mahu dilayan sedemikian.

“Dulu masa main bola, mereka takut kalau terlanggar saya. Lepas saya kata begitu, banyak kali juga saya dilanggar. Namun, itu adalah adat bermain bola sepak,” katanya sambil ketawa.

Anak kesembilan daripada 10 adik beradik ini bersyukur kerana keluarga dan penduduk di kawasan itu banyak memberi sokongan dan galakan kepadanya.

Meskipun kaki dan tangannya tidak sempurna namun Atan boleh dikatakan berbakat dalam sukan-sukan yang dimainkannya.

Kini, dia lebih banyak menumpukan kepada sukan berbasikal memandangkan lutut kanannya mengalami kecederaan ketika bermain bola sepak beberapa tahun lalu.

“Disebabkan kecederaan itu, saya tidak boleh bermain bola atau badminton lagi. Jadi, saya cari hobi baru dan berbasikal merupakan hobi baru saya sekarang.

“Terbaru, saya menyertai acara Fit Malaysia yang diadakan di Ipoh pada Ahad lalu. Jarak yang paling jauh pernah saya kayuh mencecah 51 kilometer,” katanya.

Hampir 13 tahun

jalankan perniagaan

Atan memiliki sebuah pusat kafe siber di Rancangan Perumahan Awam 4 berhampiran Kampung Jerlun yang diusahakan sejak 2002.

Menceritakan semula kisahnya membuka kafe siber itu, ia bermula apabila Atan membeli sebuah konsol permainan lebih 10 tahun dulu.

“Pada masa itu, ramai rakan yang datang ke rumah main ‘game’. Mereka cadangkan saya supaya kenakan caj kepada mereka yang datang bermain.

“Bermula dari situ, saya kumpul duit dan akhirnya boleh menyewa satu kedai. Lama kelamaan, perniagaan semakin bagus dan komputer juga semakin bertambah.

“Alhamdulillah, sehingga kini kafe siber ini masih beroperasi meskipun hampir saja gulung tikar pada tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Atan cari tukang kasut

Sementara itu, Atan berharap ada pihak sudi tampil membantunya membuat kasut khas kerana kasutnya kini sudah rosak dan perlu diganti baru.

Jelasnya, pembuat kasutnya dulu yang tinggal di Bagan Serai kini sudah berhenti melakukan kerja tersebut dan dia mengalami masalah untuk mencari tukang kasut baru.

“Sudah lebih enam tahun saya pakai kasut ini, tapaknya juga telah haus. Setakat ini saya tidak berjumpa lagi dengan orang yang boleh buat kasut khas untuk saya.

“Jika ada yang mahu membantu saya, mereka boleh hubungi saya. Berhubung dengan harga, kita boleh berunding. Saya cuma harap dapat menggantikan kasut ini,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Atan sempat memberi nasihat kepada insan sepertinya supaya tidak mudah berputus asa dan terus mencuba mendapatkan kehidupan lebih baik.

Tegasnya, OKU perlu membuang sikap menunggu bantuan dari kerajaan semata-mata sebaliknya terus berusaha kerana masyarakat kini tiada masalah menerima mereka.

“Apa yang penting, jangan rasa rendah diri kerana itu hanya akan membuatkan mereka takut untuk bersaing dengan orang normal.

“Bukannya tiada OKU yang berjaya, ramai yang berjaya. Jadikan mereka sebagai sumber inspirasi agar kita boleh menjadi insan yang lebih baik dan bersemangat,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com