Scroll to top

Sunday, January 31, 2010

Gambar-gambar Terkini Abdul Nasser PM3


assalamualaikum...apa khabo lim...aku nasser mamak PM3...dapat alamat blog mpkb drp mokhzir, semalam aku jumpa dia....bagus pun ko buat blog ni...lama dah tak jumpa kengkawan maktab..apa2 hal...kontek aku..0195704567...(Tulisan Nasser di dalam emailnya)

Beberapa Gambar Terbaru Zainal Nordin PM2

Terima kasih Zainal kerana beri keizinan kepada saya untuk copy paste gambar-gambar di atas daripada blognya yang hebat tu. Kalau semua sahabat MPKB mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Zainal bolehlah melawat blognya di alamat http://eynalswin.wordpress.com/

Friday, January 29, 2010

Kunjungan Hari Raya ke Rumah Mohzir

Suatu hari di Hari Raya Puasa 2009 yang lalu kami telah berkunjung ke rumah Encik Ahmad Mohzir dan isterinya di Teluk Intan, Perak. Kami sampai agak lewat, maka dengan ikhlas hati Mohzir dan isterinya telah mengajak kami bermalam di rumahnya. Walaupun kami tinggal di negeri yang sama, namun inilah perjumpaan yang kedua selepas perjumpaan pertama antara saya dengan Mohzir di Pejabat OUM, Ipoh pada sebulan yang lepas iaitu pada bulan puasa yang merupakan pertemuan setelah  hampir 14 tahun tidak berjumpa. Mohzir dan isterinya sedang menghabiskan pengajian peringkat Master dan Sarjana Muda. Sesiapa yang mahu menghubungi Mohzir bolehlah menelefonnya dengan nombornya boleh didapati dalam Ruangan Sahabat MPKB Terkini.

Saturday, January 23, 2010

Gambar Terbaru Manan bin Md. Zain

Inilah gambar terbaru sahabat MPKB 90-93, iaitu Manan bin Md. Zain bersama isteri dan anak-anaknya yang dikirimnya melalui email kepada admin baru-baru ini. Beliau berpesan agar sesiapa antara sahabat kita yang datang ke Perak bolehlah pergi ke rumah beliau di Batu Kurau. Untuk menghubungi beliau bolehlah melihat ke ruangan Sahabat Kita Yang Terkini.

Thursday, January 21, 2010

Gambar Terbaru Siti Norbaya Abd Majid


Gambar-gambar yang dikirimkan oleh Puan Siti Norbaya Abdul Majid melalui email. Puan Siti adalah bekas guru pelatih MPKB sesi 1990 hingga 1993 dalam kelas PM2. Sesiapa yang mahu menghubungi beliau bolehlah keruangan khas di blog MPKB 90/93.

Tuesday, January 19, 2010

Azlina dan keluarga berkunjung ke MITC, Melaka

Puan Azlina, En. Sumari dan anak-anak sanggup datang daripada Batu Pahat untuk berjumpa dengan kami yang pernah semaktab (Maktab Perguruan Kota Bharu). Kami (Halim dan Maznah) sedang berkampung di MITC, Melaka sempena Konvensyen My J Projek Kali Kedua pada 18 dan 19 Disember 2009.
Ini gambar terbaru sahabat kite, Azlina. Gambar ni ehsan daripada http://eynalswin.wordpress.com/

Thursday, January 7, 2010

Perjumpaan dengan Pengerusi Penaja Majlis Rerunion


Pada 27 hb Dis 2009 kami sekeluarga telah menziarahi Ustaz Aminuddin bin Ahmad di Bandar Tun Razak, Rompin, Pahang. Kami telah bermalam di rumahnya dan banyak perkara yang telah diperkatakan setelah hampir 15 tahun tidak berjumpa. Tapi yang pastinya suasana cukup meriah dengan celoteh anak-anak masing-masing yang berjumlah 16 orang (kami 6 orang) dan Amin (10 orang). Antara perkara yang kami bangkitkan ialah untuk mengadakan perjumpaan bekas-bekas guru pelatih MPKB (sekarang IPKB) zaman kami semasa tahun 1990 - 1993. Amin bersetuju menjadi pengerusi penaja bagi majlis tersebut. Oleh itu sesiapa yang menjadi guru pelatih dalam sesi tersebut bolehlah hubungi Amin.

Blog Archive