Scroll to top

Wednesday, June 30, 2010

Saingan Hebat Brazil ?



'Halang Messi tugas berpasukan'


2010/06/30

ERASMIA: Jerman mengenal pasti Lionel Messi sebagai faktor yang memberikan perbezaan kepada pasukan Argentina berbanding pasukan yang ditewaskan menerusi sepakan penalti di suku akhir Piala Dunia empat tahun lalu.

Pemain tengah Jerman, Sami Khedira berkata, hanya kerjasama berpasukan akan dapat membendung pemain yang dianggap terbaik di dunia itu apabila kedua-dua pasukan bertembung di peringkat yang sama di Cape Town, 
baca lagi


Nasib Argentina akan terjawab pada 3 Jun ini. Adakah Argentina mampu menyekat kemaraan German dan seterusnya menjadi penghalang untuk Brazil menggenggam PIala Dunia buat kali ke-6?





Robinho beri markah tambahan


2010/06/30

Kami bertuah miliki pemain mampu ubah posisi: Dunga 

JOHANNESBURG: Robinho meraikan kejayaan gol pertamanya dalam kempen Piala Dunia dengan persembahan selaku pemain terbaik perlawanan yang membantu Brazil mengatasi Chile untuk meraih tiket ke saingan suku akhir, kelmarin.


                                                                                                

Friday, June 25, 2010

Brazil Juara ?

Brazil juara ? Ini sekadar pendapat peribadi peminat pasukan Brazil, di mana Itali telah tersingkir. Ini menjadikan halangan bagi Brazil untuk mara semakin mudah.



Juara bertahan tersingkir


2010/06/25

VETERAN Itali, Fabio Cannavaro (kiri) bersama Fabio Quagliarella begitu kecewa selepas tewas kepada Slovakia sekali gus gagal ke pusingan kedua, malam tadi.
VETERAN Itali, Fabio Cannavaro (kiri) bersama Fabio Quagliarella begitu kecewa selepas tewas kepada Slovakia sekali gus gagal ke pusingan kedua, malam tadi.
JOHANNESBURG: Juara bertahan dipalit aib besar apabila tersingkir daripada saingan peringkat kumpulan selepas tewas mengejut kepada Slovakia 3-2, lewat malam tadi selepas menyajikan aksi hambar sepanjang tempoh permainan. 

Kemenangan Slovakia meletakkan mereka selaku naib juara Kumpulan F di belakang Paraguay yang seri 0-0 menentang New Zealand dalam satu lagi perlawanan lain.



Penyerang Slovakia, Robert Vittek menyumbat dua gol minit ke-25 dan 73 dengan Kamil Kopunek menambah gol ketiga minit ke-89 manakala dua gol Azzurri adalah sumbangan Antonio Di Natale dan Fabio Quagliarella pada lewat babak permainan.


Saya akan mengambil semua tanggungjawab kekalahan ini, semua tanggungjawab dengan apa yang sudah berlaku, kata pengurus Itali, Marcello Lippi. 

Vittek yang membantu kemaraan Slovakia berkata: Ia satu kejayaan besar. Kami tidak pernah mimpikan situasi ini. Kami bermain penuh semangat dan ia memutuskan pemenang hari ini (malam tadi). Reuters 



Sebelum tu, Peranchis telah pulang lebih awal. Malam ni, Sepanyol, juara Piala Eropah mungkin tersingkir di tangan Chile yg tak pernah kalah dlm kump H. Manakala Portugal yang akan menentang Brazil malam ni, dijangka akan kalah...







Bermain jaga maruah Brazil: Lucio





2010/06/25

DURBAN: Maruah menjadi ukuran apabila dua kuasa besar bola sepak, Portugal dan Brazil bertembung pada perlawanan penentuan untuk mengesahkan siapa bakal muncul juara Kumpulan G, hari ini. 

Walaupun pemenang mungkin bertemu Sepanyol pada pusingan kalah mati, spekulasi kononnya salah sebuah pasukan akan cuba melakukan sesuatu untuk mengelak juara Eropah itu, diketepikan sama sekali. seterusnya



Sekarang ni, yg nampaknya boleh mengganggu laluan Brazil untuk bergelar juara mungkin Argentina.


                       



Wednesday, June 23, 2010

Kaka.....Kaka.....




Kaka yang malang

HANNESBURG - Selepas menjadi mangsa pengadilan buruk, perancang utama Brazil, Kaka berkata, neneknya turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil yang melayangkan kad merah kepadanya ketika menentang Ivory Coast, kelmarin.

Kata Kaka, dia tidak sepatutnya dibuang padang di atas kesalahan yang tidak dilakukan, namun perkara itu akan dijadikan iktibar supaya lebih berhati-hati pada perlawanan akan datang.
Katanya, dia kini terpaksa "melindungi" dirinya sendiri di atas padang untuk mengelak daripada menjadi mangsa pengadil yang "kejam" pada Piala Dunia.
Malah katanya, dia tidak sanggup untuk mengulangi kata-kata yang keluar dari mulut neneknya. "Ia terlalu kasar tetapi kata-kata itu mewakili kemarahan dan rasa kecewa terhadap pengadil,'' ujarnya.
Layangan kad merah itu menyebabkan Kaka terlepas perlawanan terakhir Kumpulan G menentang Portugal, Jumaat ini, sekali gus kempunan untuk menentang rakan sepasukan di Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Kaka terkenal sebagai pemain yang lemah lembut di atas padang, malah tidak pernah menerima kad merah sepanjang karier bersama Brazil, namun nasibnya merubah apabila dibuang padang buat kali pertama selepas dikatakan mengkasari pemain Ivory Coast, Kader Keita.
Menjelaskan apa yang berlaku, bekas Pemain Terbaik Dunia itu berkata, dia langsung tidak melihat Keita ketika pemain Ivory Coast itu meluru ke arahnya.
Perlanggaran yang tidak disengajakan sebenarnya terlalu kecil, tetapi Keita jatuh tergolek di atas padang sambil mengerang kesakitan seolah-olah mengalami kecederaan yang serius.
Tingkah laku pemain itu jelas satu kesalahan, namun yang menanggung akibatnya adalah Kaka, apabila dia dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua, sekali gus terpaksa meninggalkan padang. - AP


                            

Monday, June 21, 2010

Brazil Menang Lagi





                                                                        
                                   

Sunday, June 20, 2010

Bahana Piala Dunia

Mati dibelasah gara-gara Piala Dunia

JOHANNESBURG: Seorang lelaki yang ingin menonton program Piala Dunia mati dipukul keluarganya di kediamannya di timur laut Afrika Selatan.
David Makoeya, 61, dari Makweya, Limpopo bergaduh dengan isteri dan dua anaknya kerana mahu menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia antara Jerman menentang Asutralia, manakala isteri dan dua anaknya ingin menonton program keagamaan.

Menurut sumber polis, Makoeya yang menukar rancangan televisyen dibelasah isterinya Francina, 68, dan dua anak mereka, Collin, 36, dan Lebogang, 23.

“Mangsa dipercayai mati selepas kepalanya dihentak ke dinding,” kata sumber itu.

- Agensi

                                              

Saturday, June 19, 2010

Kehangatan Piala Dunia Semakin Membara


                                                             
                                                  

Friday, June 18, 2010

10 Fakta Menarik Piala Dunia 2010

DITULIS OLEH ROSLI MANAH
Piala Dunia 2010 semakin hampir. Tinggal tujuh hari lagi untuk sepak mula perlawanan pertama dan majlis pembukaan akan bermula di Afrika Selatan. Sebanyak 32 buah negara sudah menempah tiket ke Piala Dunia dan masing-masing sudah sedia.

Peminat setiap pasukan pasti sudah tidak sabar menanti pasukan kegemaran masing-masing beraksi. Inilah juga masa restoran yang beroperasi 24 jam yang menyediakan layar besar menjadi tumpuan peminat. Demam Piala Dunia sudah bermula.

TOMMY OAR DARI AUSTRALIA, 18 TAHUN, JADI PEMAIN TERMUDA PIALA DUNIA 2010 AFRIKA SELATAN.
Pasti ada perkara menarik yang anda mahu tahu.

10 perkara yang anda mahu tahu pasal Piala Dunia 2010


1. Negara manakah yang mempunyai peminat paling ramai dalam Piala Dunia 2010?
Amerika Syarikat. Dilaporkan 160,000 tiket telah terjual di AS setakat ini.


2. Pasukan manakah datang daripada negara terkecil?
Slovenia. Populasi negara itu hanya lebih dua juta orang. Mereka menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan mengetepikan Rusia dan Republic Czeck dalam kelayakan peringkat Eropah.

3. Pasukan mana sumbat gol terbanyak peringkat kelayakan?
England. Sebanyak 107 gol dijaringkan di peringkat Eropah. England sahaja menjaringkan bilangan gol terbanyak, 34 gol.

NIKOLA ZIGIC MACAM GALAH TINGGINYA.

sumber:

                                   
4.
 Pasukan mana miliki pertahanan terbaik peringkat kelayakan?
Australia. Hanya satu gol lolos dalam lapan perlawanan peringkat kelayakan.

5. Siapa pemain paling tua?
David James. Kali ini penyertaan ketiga penjaga gol England berusia 39 tahun itu menyertai Piala Dunia.

6. Siapa pemain paling muda?
Tommy Oar dari Australia membuat kemunculan sulung Piala Dunia Afrika Selatan 2010 pada usis 18 tahun.

7. Siapa jurulatih paling tua?
Otto Rehhagel, kini berusia 71 tahun dan  mengepalai Greek sejak awal abad ke-21.

8. 
Siapa jurulatih paling muda?
Vladimir Weiss, berusia 45 tahun dan melatih Slovakia. Dia bermain dalan Piala Dunia 1990 untuk pasukan Czechoslovakia.

9. 
Siapa pemain paling tinggi?
Nikola Zigic dari pasukan Serbia mempunyai ketinggian 2.03 m.

10. Pasukan mana pegang rekod Piala Dunia?
Pastinya pasukan Brazil. Mereka menang lima kali Piala Dunia. Brazil juga layak menyertai kesemua Piala Dunia sebanyak 19 kali (Hanya satu-satunya pasukan yang menyertai 19 Piala Dunia). Brazil layak ke final sebanyak tujuh kali dan menang lima kali. Brazil juga menang 64 kali perlawanan dalam Piala Dunia, jumlah kemenangan paling banyak oleh sesebuah negara. Mereka juga telah menyumbat  201 gol dalam siri Piala Dunia.

Wednesday, June 16, 2010

Piala Dunia FIFA 2010 secara 'live'

Tengok bola sepak Piala Dunia secara live di internet.

Bagi yang lebih suka surf internet daripada tonton tv, saluran ini bolehlah membantu kita tidak terlepas peluang menonton acara sukan terhebat di dunia ini.

Boleh cuba tengok dengan klik gambar di bawah....


Nak maklumat lanjut boleh layari  http://ujangmym.blogspot.com/ 

                                                                                                   

Tuesday, June 15, 2010

Pakej Lengkap Piala Dunia

Pakej yang saya maksudkan adalah berbentuk software yang auto update jika kita ada akses internet.  Software ini boleh dimuat turun dan disimpan di dalam komputer kita. Paparan yang akan anda dapat adalah seperti di bawah.


Paparan hadapan software.

Software ini boleh dimuat turun melalui link di bawah,

KLIK UNTUK PROSES MUAT TURUN

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari   http://fatinlovefaiq.blogspot.com/

                                                                                         

Saturday, June 12, 2010

Afrika Selatan sekadar seri


Team Mexico





Team Afrika Selatan

12/06/2010 12:06am

KUALA LUMPUR 12 Jun– Afrika Selatan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Mexico pada perlawanan pembukaan Piala Duniamalam ini.
Gol Afrika Selatan dijaringkan Siphiwe Tshabalala pada minit ke-54 sementara pemain tengah, Rafael Marquez menyumbat gol penyamaan Mexico pada minit ke-79.

sumber:


                                             

Wednesday, June 9, 2010

NUTP mohon cuti bersalin sehingga anak keenam

Ditulis oleh: Fadzli
NUTP hari ini memohon kepada kerajaan mempertimbangkan permohonan cuti bersalin sehingga anak keenam. Tuntutan ini berasaskan jumlah ahli NUTP yang melebihi 100 ribu adalah wanita. Disamping itu dengan kaum hawa sebagai majoriti dalam profesion ini juga mungkin mendapat tempias permohonan ini jikaa diluluskan. Turut diminta adalah cuti bersalin dapat dipertimbangkan hingga 90 hari berbanding 60 hari kini.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang positif bagi memberikan masa kaum ibu berehat dan memberikan tumpuan kepada anak yang dilahirkan. Diharapkan dapatlah kiranya kerajaan dapat mempertimbangkan.

sumber:





                              

Monday, June 7, 2010

Sudah tiba masa bersatu perangi Israel

Ummah perlu berani, tolak kepentingan diri, ikhlas halang penindasan terhadap rakyat Palestin

KEKEJAMAN rejim Zionis tidak lagi berselindung. Terbaru, serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, penjara terbesar di dunia, iaitu Mavi Marmara, sebuah kapal Turki dan antara satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza diserang dan mengakibatkan 19 kematian. Aktivis dibawa ke penjara dan kemudian dibebaskan.

Acap kali kekejaman rejim Zionis dilakukan maka tampil kecaman dan demonstrasi membantah kekejaman itu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Namun Israel sudah lali dengan itu semua. Ia tidak sedikitpun menakutkan mereka yang berselindung di belakang kuasa besar dunia. Oleh kerana umat Islam berpecah belah dan terlalu mementingkan diri, kita tidak berupaya mempertahankan saudara seagama kita di Gaza. Bumi Palestin sentiasa dibasahi darah para syuhada demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama.

Sudah tiba masanya bertindak dan tidak hanya menyuarakan kecaman semata-mata. Kemungkaran besar yang dilakukan rejim Zionis ini perlu ditangani mengikut tatacara seperti yang diajarkan Rasulullah seperti sabda baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah mencegahnya dengan tangan (kekuasaan) jika sekiranya dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan lidah (suara) dan sekiranya masih tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan hati (menyatakan kekesalan), dan ia adalah selemah-lemah iman.”

Oleh demikian, piawaian yang digunakan Rasulullah dalam mencegah kemungkaran adalah berbeza mengikut kemaslahatan dan tahap keimanan kita. Jika kekejaman Zionis ini kita hanya merasakan tidak puas hati maka iman kita berada di dalam status paling lemah. Namun jika dengan bersuara membuat kecaman dan berdemonstrasi maka tahap keimanan sedikit meningkat dari tahap pertama tadi. Tetapi yang terbaiknya ialah seseorang Muslim itu mencegah kemungkaran menerusi kekuasaan yang ada.

Dalam konteks kekejaman rejim Zionis ini, tahap kedua sudah tidak lagi berkesan kerana mereka langsung tidak mengendahkannya. Apatah lagi kuasa besar yang melindungi mereka kelihatan kebal dan tidak dapat dipatahkan.

Umat Islam perlu bersatu membentuk pasukan yang kuat bagi menggunakan semua kelebihan yang ada untuk menolak kemungkaran. Umat Islam perlu berani, menolak kepentingan diri dan ikhlas walaupun menongkah arus tidak seiring dengan kuasa besar.

Tindakan rejim Zionis adalah jenayah terhadap keamanan dan kemanusiaan (crime against peace and humanity). Serangan yang dilakukan di perairan antarabangsa terhadap kapal yang mengibarkan bendera beberapa negara berdaulat yang mana Israel tidak berperang dengan negara itu seperti Turki, Greece dan Amerika Syarikat adalah peperangan terhadap negara berkenaan. 

Perkara 6 ‘Charter Provisions of Nuremburg Trials’ mentafsirkan jenayah terhadap keamanan bermakna ‘merancang, menyediakan, memulakan atau melaksanakan suatu peperangan atau penindasan, atau peperangan yang melanggar perjanjian atau triti antarabangsa ataupun menyertai dalam rancangan bersama atau konspirasi untuk mencapai apa yang dimaksudkan tadi’. Jenayah terhadap kemanusiaan pula adalah ‘pembunuhan… deportasi dan sebarang perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam sebelum atau semasa peperangan..’

Peraturan Konvensyen Hague 1907 Bab II pula menyebut kapal yang melaksanakan misi keagamaan, sains dan pilantropi mestilah dikecualikan daripada tahanan.

Oleh itu, Israel tidak mempunyai kuasa yang sah untuk menyerang Mavi Marmara secara ketenteraan, tidak boleh menaiki kapal itu secara paksa dan menahannya apatah lagi menyerang penumpang yang tidak bersenjata, membunuh, mencederakan dan memenjarakan mereka. Barangan peribadi aktivis keamanan ini juga dirampas daripada pegangan mereka.

Untuk rekod bersama, enam kapal yang terbabit ialah Mavi Marmara (kapal penumpang Turki); Sofia (kapal kargo Greece); Gaza 1 (kapal kargo Turki); Gaza II (kapal kargo Turki); Spendoni (kapal penumpang Greece); dan Challenger I (kapal penumpang Amerika Syarikat).

Misi keamanan itu sebenarnya disertai masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Britain, Australia, Greece, Kanada, Malaysia, Algeria, Serbia, Belgium, Ireland, Norway, Sweden, Kuwait dan Amerika Syarikat. Malah tiga orang ahli Parlimen Jerman, seorang ahli Parlimen Malaysia, dua Ahli Parlimen Israel (Knesset) berketurunan Palestin dan penulis Sweden, Henning Menkell juga menyertai misi keamanan itu.

Berbalik kepada tindakan yang perlu kita lakukan, masyarakat Islam khususnya dan masyarakat antarabangsa tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit perlu mengheret Israel ke muka pengadilan atas jenayah yang dilakukan rejim Zionis itu. Mahkamah antarabangsa perlu memutuskan perkara ini.

Keadilan perlu dilakukan, kekejaman zionis perlu dihapuskan. Barulah keamanan dunia akan dikecapi. Sudah sampai masanya kita tidak hanya mencegah kemungkaran dengan suara saja tetapi menggunakan kekuasaan dan akal fikiran kita bagi mendatangkan keamanan sejagat. Kezaliman dan kekejaman Zionis perlu diberhentikan. Sekutu Israel perlu menilai sokongan terhadap rejim Zionis itu kerana mereka sendiri tidak mengambil endah nyawa dan keselamatan rakyat sekutunya sendiri.

Tindakan tentera laut Israel pada Subuh 31 Mei lalu ini adalah manifestasi yang jelas betapa Israel hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak mengambil kira hak orang lain. Matlamat Israel ialah membina sebuah negara Israel yang besar, selagi matlamat ini tidak tercapai, selagi itulah penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin akan terus berlaku.

sumber :





                                     

Lagu Motivasi Diri

Friday, June 4, 2010

KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!










JOM KITA PARA BLOGGER SOKONG KEMPEN 



INI  SEKADAR YANG KITA MAMPU.







JIKA BERMINAT SILA KLIK



LINK DI BAWAH



http://mofasad.blogspot.com/2010/06/kempen-kami-blogger-picisan-menentang.html
                                            
                         


Tuesday, June 1, 2010

Lima Hari Bekerja Untuk Guru - NUTP



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 agar memansuhkan peruntukan yang membenarkan guru bekerja dua hari Sabtu setiap bulan. Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru juga perlu mendapat lima hari bekerjaseperti penjawat awam yang lain dan mendapat hak yang sama rata seperti mereka. Beliau berkata, NUTP mendapati ramai guru dipanggil bekerja, mengikuti kursus dan sebagainya pada hari Sabtu.
"Pendirian kami (NUTP) masih tetap mengikut pekeliling yang lama iaitu kerja dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sekiranya berlaku (bekerja) hari Sabtu, kita rasa kita kaum pendidik seolah-olah dianaktirikan," katanya pada sidang media di Wisma NUTP di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng. Hashim berkata, NUTP juga mahu kerajaan melihat secara serius mengenai isu penjawat awam wanita yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, tidak menikmati cuti bersalin malah langsung tidak ada cuti bersalin. Beliau meminta supaya penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, diberi cuti bersalin yang sama seperti penjawat wanita yang melahirkan anak pertama.
"Kalau seorang wanita tidak diberi cuti bersalin 60 hari (masa ini) apabila dia melahirkan anak keenam, dia akan mengambil cuti seminggu, dua...kemudian bekerja semula.
"Ini akan menjejaskan kesihatannya. Dia ambil cuti tanpa gaji bermakna tiadapendapatan. Kenapa kita perlu bertindak sebegitu," katanya sambil menyokong sepenuhnya perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mana pekerjawanita harus diberi 90 hari cuti bersalin.
Sementara itu, Hashim juga berkata, NUTP tidak menyokong cadangan mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan bagi meningkatkan integriti dan kualiti pendidikan. Beliau berkata, perkara tersebut akan membebankan para guru dan ia akan melibatkan kos yang amat tinggi. - BERNAMA










                                                                                               
                                                                                               

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com