Scroll to top

Sunday, August 28, 2011

RAYAKAN AIDILFITRI DENGAN TAKWA

Oleh: Aminudin Mansor

Setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dengan pelbagai ujian dan dugaan, umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemenangan dan kejayaan.

Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri tentulah akan disambut dengan penuh meriah. Walau bagaimanapun Islam melarang umatnya membazir dan berbelanja secara berlebih-lebihan semasa menyambut hari perayaan ini.

Monday, August 22, 2011

Yayasan Guru bantu ahli lanjut pelajaran


YGMB bantu guru lanjut pelajaran

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my



ALIMUDDIN Mohd. Dom dan Anuwar Ali berjabat tangan selepas menandatangani MoU antara YGBM dan OUM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam usaha untuk melahirkan warga pendidik yang mempunyai tahap pendidikan tinggi selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) mengambil inisiatif dengan menyediakan peluang melanjutkan pelajaran kepada golongan tersebut.

Sunday, August 21, 2011

10 malam terakhir patut jadi rebutan

DARIPADA Abu Hurairah berkata: "
Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) pada Ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, Baginda bersabda: "Sesiapa yang solat malam pada Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang lalu."

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadat kerana fadilatnya amat besar di sisi Allah.

Kini, Ramadan yang memasuki sepuluh malam terakhir sepatutnya menjadi rebutan umat Islam meningkatkan amalan terutama solat pada waktu malam seperti dilakukan Rasulullah SAW.

Mengenai sepuluh malam terakhir Ramadan, Rasulullah SAW dalam kebanyakan hadis memberitahu kemungkinan besar pada malam itu terutama malam ganjil adalah malam lailatul qadar yang mempunyai kelebihan melebihi seribu bulan.

Friday, August 19, 2011

Barat iktiraf kualiti pendidikan kita

Tokoh Akademik Britain Iktiraf Kualiti Pendidikan M'sia


KUALA LUMPUR: Pendidikan yang berkualiti tinggi di Malaysia menarik minat ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini, demikian diakui Naib Canselor Antarabangsa, University of East London (UEL) Profesor John Shaw. Beliau berkata, Malaysia telah mencapai tahap sebagai hab pendidikan yang berkualiti tinggi dan hakikat ini dapat dilihat apabila begitu ramai pelajar dari seluruh dunia seperti China, Nigeria dan Kazakhstan melanjutkan pengajian di universiti dan kolej universiti di negara ini.

Thursday, August 18, 2011

Berhati-hati dakyah guru agama lain


Ibu bapa perlu lapor jika guru cuba sebar agama lain: TPM 


2011/08/18

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing jika terdapat guru atau guru tuisyen yang cuba menyebarkan agama lain kepada anak-anak yang beragama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, Jabatan Agama Islam di negeri-negeri mempunyai kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam di negara ini.

Wednesday, August 17, 2011

Subjek Sains dan Matematik diajar dalam dua bahasa


2 bahasa ajar Sains, Matematik


MUHYIDDIN menyampaikan hadiah kepada adik-beradik dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Negeri Sembilan, Lee Shan Shan dan Lee Ching Ching serta guru mereka, Chan Sook Lai (kanan) yang memenangi Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 Kategori Sekolah Menengah di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran masih mengkaji kemungkinan menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sunday, August 14, 2011

Keinsafan Ramadhan Bersama Huffaz Palestin: Mohonlah Keampunan Allah

HALUAN Palestin

Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang untuk menggapai rahmat dan keampunan Allah. Sudah tentu pada setiap bulan Ramadhan kita akan mencari peluang melipat-gandakan amal kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Ramadhan tahun ini memberi pengalaman baru bilamana kita berkesempatan menimba ilmu dan pengisian jiwa daripada para huffaz Palestin yang dihantar khusus oleh Rabitah Ulama Palestin ke Malaysia. Suasana kehidupan, perjuangan dan pengalaman mereka yang berbeza daripada kita dapat memberi persepsi baru terhadap kehidupan ini.
Sheikh Maher al Munajjed

Saturday, August 13, 2011

Sekolah Cina dan Tamil di Perak dilupuskan tunggakan cukai

Perak hapus tunggakan cukai sekolah Cina, Tamil


Kerajaan Perak telah menghapuskan tunggakan bayaran premium tanah berjumlah RM10 juta oleh 278 buah sekolah bantuan modal di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sekolah terbabit adalah sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah mubaligh.

Thursday, August 11, 2011

Pendidikan bukan komoditi dagang

- BUDIMAN MOHD ZOHDI

Pendidikan merupakan salah satu aspek terpenting dalam mengurus bakat dan sumber manusia dalam sesebuah negara. Ia merupakan satu proses mengembangkan dan menambah kemahiran seseorang yang akhirnya memberi faedah kepada dirinya, masyarakat dan negara. Pendidikan mampu mengubah hidup rakyat dari sudut ekonomi, politik dan sosial.

Lewat tahun 70, para pemikir di Selangor yang diketuai Datuk Harun Idris (Menteri Besar ketika itu) bersama pegawai kanan kerajaan telah memikirkan idea penubuhan sebuah yayasan yang berteras kepada pendidikan. Sebagai sebuah negeri yang lokasinya terpusat kepada pentadbiran negara, sudah tentu strategi pendidikan menjadi keutamaan kepada rakyat Selangor, terutama di luar bandar. Malah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) menitikberatkan keseimbangan peluang pendidikan telah melahirkan Yayasan Selangor pada 5 November 1970. 

Kerajaan peruntukkan RM53.4 juta sebagai pendahuluan masuk IPT


Najib Umum RM53.4 Juta Sebagai Wang Pendahuluan Pembiayaan Ke IPT
PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 Sept depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wednesday, August 10, 2011

Motosikal Aprilia baru masuk pasaran


Tuono, Dorsoduro 1200 masuki pasaran Asia
Aprilia Tuono V4 APRC
PENGEDAR rasmi motosikal Aprilia di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd terus mengembangkan sayapnya dengan memperkenalkan dua buah model Aprilia terbaru, Tuono V4 APRC dan Dorsoduro 1200 yang dijangka bakal memikat penggemar motorsikal berkuasa tinggi.

Tuesday, August 9, 2011

Jangan cepat percaya dengan e-mail


Jakim kesal e-mel tak betul

Oleh Hanum Rajak




KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan e-mel tidak betul mengenai status halal sesuatu produk hingga menimbulkan kekeliruan pengguna dan menjejaskan perniagaan pengeluar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata terdapat beberapa e-mel yang tersebar kini mengambil maklumat lama mengenai status halal sedangkan produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

KELEBIHAN SAHUR & TAMAR


“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”  -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan  diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan.  Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa.  Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur.  Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa. 

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka?  Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur.  Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Sunday, August 7, 2011

Bahasa Inggeris dikaji semula


Muhyiddin Arah Pembelajaran Inggeris Dikaji Semula
SEGAMAT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melaksanakan kajian itu.
Menyatakan pandangan beratnya terhadap soal menguasai bahasa tersebut oleh pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalahpenting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

Saturday, August 6, 2011

Hapus boros sepanjang Ramadan

Hari ini genap lima hari kita berpuasa. Pada bulan mulia ini ramai yang mengambil kesempatan meningkatkan amal ibadat seperti menghadiri majlis tazkirah, solat berjemaah di surau dan masjid, membaca al-Quran dan sebagainya. Di sebelah malamnya pula, jemaah mengimarahkan rumah Allah dengan solat tarawih dan tadarus al-Quran.

Sewaktu berada pada bulan Ramadan al-Mubarak, semestinya kita berhadapan pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi dengan penuh ketenangan. Jika ditanya pada orang ramai berkaitan dugaan, pasti ada antaranya berkata kewujudan banyak bazar-bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai macam kuih muih seperti tahi itik, jala mas, nekbat, labu sira dan banyak lagi adalah ujian besar saat kita menahan lapar dan dahaga dalam menunaikan salah satu rukun Islam kelima itu. 

Thursday, August 4, 2011

Stok minyak masak meruncing


MOHD. YUSUF menunjukkan minyak masak yang hanya tinggal sepaket di kedai runcit miliknya di Kampung Kangkong, Kuala Kedah semalam.


ALOR SETAR – Pengguna dan peniaga di negeri ini mengeluh apabila masalah kekurangan bekalan minyak masak dalam paket dan botol yang berlaku sejak lebih sebulan lalu menjadi semakin meruncing pada Ramadan ini.
Pemilik kedai runcit di Kuala Kedah di sini, Mohd. Yusuf Ayob, 50, berkata, masalah bekalan minyak masak semakin teruk apabila peruncit hanya dibenarkan membeli sebanyak lima hingga 10 paket minyak masak sehari daripada pemborong.

Tuesday, August 2, 2011

Rumah hangus sebelum buka puasa


Oleh YATIMIN ABDULLAH



SITI AZLINA sambil memeluk anaknya, Mohd. Amar hiba memandang sayu sebahagian daripada juadah berbuka puasa yang tidak terjejas setelah rumahnya hangus dalam satu kebakaran di Kampung Chica, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Ketika umat Islam lain sedang menghitung waktu untuk menikmati juadah berbuka puasa pada hari pertama Ramadan, satu keluarga di Kampung Chicha di sini berduka selepas rumah mereka terbakar petang semalam.
Lebih menyedihkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, keluarga tersebut tinggal sehelai sepinggang apabila api marak dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan yang ada di dalam rumah tersebut.

Apa kami nak makan?


SEBAHAGIAN daripada hampir 400 pekerja Dawama berpiket selepas diarah bercuti tanpa gaji di Hulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 380 pekerja syarikat percetakan dan pemasaran buku, Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) di Hulu Klang dekat sini kini hilang punca pendapatan apabila diberi notis cuti tanpa gaji dengan tiada tempoh tamat berkuatkuasa mulai semalam.
Tindakan itu sekali gus mencetuskan kesedihan di kalangan pekerja dan keluarga masing-masing yang kesemuanya beragama Islam memandangkan ia dilakukan tanpa notis serta serentak dengan hari pertama umat Islam berpuasa semalam.

Monday, August 1, 2011

Pintu rahmat terbuka

Kalam Imam Muda

SAYA dihubungi seorang pegawai daripada pejabat mufti negeri, minggu lalu, yang menjemput untuk turut serta dalam program melihat anak bulan pada hari ini bagi menentukan tarikh berpuasa.

Pejam celik, pejam celik, tanpa kita sedari Ramadan kembali lagi dan kemungkinan besar umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa berkenaan pada esok hari.

Insya-Allah, mungkin bermula malam ini juga, umat Islam di negara ini serta negara lain yang turut sama berpuasa pada esok akan sama-sama menunaikan solat tarawih.

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 1 Ogos


UALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ogos.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. - BERNAMA

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com