Scroll to top

Sunday, February 27, 2011

Iktiraf kepimpinan sekolah

Sekadar gambar hiasan



TAHUN lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan untuk memacu negara ke arah mencapai Wawasan 2020 sejajar dengan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Komitmen utama kerajaan adalah untuk memastikan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga latar belakang dapat menikmati pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan.

Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan menyusun pelan transformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan negara, bermula dari peringkat pra-sekolah sehingga ke tahap pengajian tinggi. Matlamatnya untuk menjadikan pendidikan berkualiti sebagai landasan melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi yang merupakan faktor kritikal dalam menentukan kemajuan negara di masa hadapan. Pelan ini juga menggalakkan sektor swasta untuk memantapkan kebolehpasaran pelajar-pelajar dalam menjana ekonomi bertaraf dunia.

#NestleProfiler!



Friday, February 25, 2011

Dividen Saham Bank Rakyat 15 peratus

Gambar keratan Utusan Malaysia Online tentang berita tersebut

Bank Rakyat tahun lepas dapat untung lagi hingga mampu beri kepada pemegang sahamnya akan diberi habuan dividen sehingga 15 peratus. Tetapi yang agak mengecewakan ialah saham tersebut tidak boleh ditambah hanya berdasarkan jumlah bayaran saham semasa membuat pinjaman dengan bank tersebut.

Jika pelaburan ini dibuka semula buat warga Bank Rakyat merupakan satu pemberian yang besar kerana lebih banyak lagi yang boleh dilaburkan berbanding masa kini yang hanya ratusan ringgit sahaja.

Tuesday, February 22, 2011

Contohi kejayaan SK Ulu Lubai

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan watikah pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort Dua kepada Guru Besar SK Ulu Lubai, Jaul Bunyau (kanan) di Limbang, Sarawak, baru-baru ini.


Ketika pengumuman 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama dahulu, ada sesetengah pihak yang skeptikal bahawa hanya sekolah yang mempunyai infrastruktur canggih, terletak di bandar dan mempunyai reputasi besar sahaja layak untuk status tersebut.

Persepsi negatif itu kini terbukti tidak tepat apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai yang terletak di pedalaman Limbang, Sarawak diiktiraf sebagai salah satu daripada 23 SBT kohort kedua yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Februari lalu.
Pemilihan SK Ulu Lubai membuktikan bahawa kemudahan infrastruktur dan lokasi memang memberi satu kelebihan tetapi bukan jaminan untuk mencapai kecemerlangan apatah lagi menerima status SBT.

Faktor utama ialah kecekapan pihak pentadbiran sesebuah sekolah dalam mengurus sumber manusia dan aset lain yang ada dengan berkesan. Bukan menjadikan sebarang kekurangan sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri dalam melonjakkan prestasi sekolah.
Buktinya, tidak semua sekolah berasrama penuh (SBP) berstatus SBT. Banyak lagi SBP yang belum layak dinobat SBT walaupun infrastrukturnya serba lengkap dan pelajarnya adalah yang terbaik. Kepada pentadbir SBP yang belum tersenarai dalam 43 SBT sedia ada, peluang masih terbuka luas. Buat kajian dan belajar dengan yang terbilang.
Jadikan pencapaian SK Ulu Lubai sebagai pembakar semangat dan penanda aras. Contohi amalan terbaik sekolah tersebut untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Tambahan pula, amalan terbaik SK Ulu Lubai diiktiraf dunia melalui dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel serta Kerajaan Malaysia.

Hasil amalan terbaik ini, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Ulu Lubai amat cemerlang iaitu lulus 100 peratus sejak 2006 hingga kini, menjadikannya sekolah terbaik di Sarawak. Pada tahun lalu, sekolah ini menduduki tempat pertama dalam penarafan sekolah kebangsaan, melonjak dari tempat ke-54 pada tahun 2009.
Hakikatnya, jika kepimpinan sekolah cemerlang dan guru-gurunya komited maka kejayaan pasti berada dalam genggaman seperti yang dibuktikan oleh SK Ulu Lubai. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Oleh itu, pentadbir sekolah kategori luar bandar dan pedalaman, mulakan gerak kerja untuk bersaing dan mencipta sejarah gemilang. Sesungguhnya keupayaan menjadi pemenang dalam keadaaan yang terbatas dengan banyak kekangan adalah lebih manis berbanding kejayaan yang dicapai oleh sekolah yang lengkap serba-serbi.

Apa pun bersaing biarlah secara sihat. Kekosongan untuk SBT juga masih banyak. Ada 57 slot untuk diisi bagi mencapai sasaran 100 SBT pada 2012 selaras dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran.


                                     

Sunday, February 20, 2011

Pedoman: Fesyen Islam terkini langgar larangan Allah

DIRIWAYATKAN oleh Imam Muslim, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama ialah kaum yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (supaya melakukan kezaliman).

“Golongan kedua ialah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggoda, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias.

“Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya pun, walaupun sesungguhnya bau syurga dapat dihidu dari jauh.” Umum mengetahui, dalam dunia hari ini, rata-rata sibuk memajukan diri dalam mengejar arus kemodenan yang bukan saja membabitkan bidang teknologi, malah turut memberi kesan kepada corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama dan budaya.

Sememangnya, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memajukan diri supaya tidak ketinggalan dan terus diperlekehkan oleh pihak lain.

Bagaimanapun, dalam mengejar angin perubahan ini, ramai antara kita terlupa bahawasanya kita banyak melanggar batasan yang ditetapkan Allah SWT. Ramai tidak menyedari fesyen pemakaian yang diikuti bertentangan dengan konsep Islam yang menuntut supaya menjaga aurat.

Arus perubahan zaman ini menyaksikan wujud kelonggaran dan kelekaan dalam kehidupan kita, di mana ada di kalangan suami dan ibu bapa membenarkan atau membiarkan anak dan ahli keluarga mereka mendedahkan aurat.

Sekadar gambar hiasan (imej dari google)

Paling mengaibkan, perubahan fesyen masa kini menjadikan ramai menutup aurat secara menipu.

Jadi, bagaimana pula ramai yang menutup aurat tetapi sebenarnya menipu? Keadaan ini boleh dilihat apabila ramai memakai pakaian yang menutup keseluruhan tubuh mereka tetapi dalam masa sama, pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan pula bentuk susuk tubuh mereka.


Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu tertentu seperti pada Jumaat dengan alasan menghormati hari berkenaan, sedangkan hari lainnya mereka memakai pakaian yang menampakkan aurat.

Ramai yang kembali mendedahkan aurat dan membuang pakaian menutup aurat pada masa lain, ketika ke pejabat, membeli-belah, melancong ke luar negara, bersukan dan beriadah seolah-olah ajaran Islam ini ada hadnya dan hanya sesuai pada hari tertentu.

Firman Allah SWT, bahawasanya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka, umpan dan bahan bakar api neraka itu terdiri daripada manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan- Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (at-Tahrim, 6) Berdasarkan ayat ini, jelas Allah SWT mewajibkan setiap hamba-Nya menjaga diri serta keluarga supaya tidak melanggar larangan-Nya selain tidak tergelincir daripada batas sempadan antara kebaikan dan kejahatan.

Umat Islam diseru supaya tidak terjebak dalam perkara mungkar yang akhirnya membinasakan diri sendiri.

Firman Allah SWT: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Al-Isra, 7) Sebagai hamba Allah yang lemah dan pastinya tidak akan tertahan apabila menerima azab-Nya yang pedih, hendaklah kita melihat adakah pemakaian kita ini seperti kaum yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW atau kita mengikut sewajarnya cara pemakaian yang disyaratkan dalam Islam.

Marilah kita bersama-sama meneguhkan sifat takutkan azab Allah dalam perkara ini kerana setiap perkara yang kita lakukan, walaupun sekecil zarah sekalipun, pasti akan diazab oleh Allah SWT kelak.

Walaupun kita ingin kelihatan maju dengan mengikuti setiap perubahan teknologi dunia termasuk dalam cara berpakaian, hukum haram tetap tidak dapat dielakkan sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Ahzab, 36 yang bermaksud: “Dan tidaklah wajar bagi orang- orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (mereka tidak) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka; dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang nyata.”


sumber : myMetro Online

Saturday, February 19, 2011

100 Blogger Diperlukan

Yiedpozi [Dot] Com

Jom kita join cara blogwalking yang terkini dan pantas yang diilhamkan
oleh Yiedpozi dot com.

Jangan lepas peluang yang hebat ini.

Sesiapa yang hendak join klik sini.

Guru ditempatkan di Malaysia Timur



Guru-guru yang akan keluar dari institusi pendidikan di Semenanjung akan turut di tempatkan di Sabah dan Sarawak. Ini sepertimana yang ditegaskan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Al Zarkashi dalam Utusan Malaysia Online hari ini.

Alasan pihak kementerian adalah kuota rakyat tempatan bagi kedua-dua negeri tersebut bagi mengisi jawatan guru yang berkemahiran masih tidak cukup walaupun telah diadakan temuduga secara terbuka.

Adalah diharapkan mana-mana guru yang terlatih ini terpilih untuk mengajar di sana bersedia secara fizikal dan mental bagi menghadapi perjuangan memertabatkan anak-anak Malaysia ke mercu kejayaan.

Friday, February 18, 2011

Cabaran baru kepimpinan sekolah melalui Bai'ah


KUALITI pengetua dan guru besar adalah penentu kepada program Tawaran Baru atau Bai'ah yang diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas 2011 di Putrajaya baru-baru ini. Dalam ucapan itu, beliau telah memberikan cabaran baru kepada pengetua dan guru besar untuk meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang cemerlang.

Konsep Bai'ah ini amat mudah. Sekiranya prestasi sekolah melepasi tahap kecemerlangan yang ditetapkan, mereka akan diberikan ganjaran dalam bentuk kewangan. Jumlahnya amat menarik iaitu mereka layak menerima RM7,500 seorang. Sementara itu, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan guru lain diberikan RM900 seorang. Nama pengetua dan guru besar yang layak akan diumumkan pada pertengahan tahun ini.

Inisiatif ini ada kaitan dengan Program Transformasi Kerajaan di bawah Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA). Apa yang jelas, tawaran ini akan membuka satu lembaran baru kepada tanggungjawab pemimpin dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pengetua dan guru besar bukan setakat menduduki kerusi teratas dalam hierarki organisasi sekolah, tetapi kualiti mereka akan menentukan sama ada sekolah yang mereka terajui berada di tahap cemerlang.

Maulidur Rasul 1432H


Pada 15 Februari 2011

bersamaan

12 Rabiul Awal 1432H

Thursday, February 17, 2011

NKRA, GTP martabat profesion pendidikan




BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (GTP) Pendidikan 2010 berjaya memartabatkan profesion pendidikan negara dengan memperoleh ranking kelapan dunia seperti dilaporkan majalah Newsweek, baru-baru ini. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, antara kejayaan NKRA Pendidikan adalah melepasi sasaran 70 peratus kadar enrolmen murid prasekolah dengan mencapai 72.42 peratus di 315 prasekolah.



Beliau berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,500 prasekolah Kementerian Pelajaran (KPM) manakala sembilan prasekolah di rumah panjang di Sarawak serta pusat komuniti di Sabah yang beroperasi pertengahan Jun tahun lalu.
“Pada masa sama, 24,179 murid belajar di sekolah swasta daripada keluarga berpendapatan RM2,300 ke bawah layak menerima bantuan yuran RM150 sebulan. 

“Ini menggalakkan kanak-kanak berusia empat dan lima tahun di kawasan tiada prasekolah KPM, Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengikuti pendidikan di prasekolah swasta,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Abdul Ghafar berkata, tahun ini 715 prasekolah KPM dijangka memulakan operasi, selain 1,000 prasekolah KEMAS, JPNIN (50) dan prasekolah swasta (1,000). 

Aspirasi NKRA pendidikan katanya, memberi penekanan kepada peningkatan pencapaian pelajar secara menyeluruh meliputi intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang melonjakkan imej sistem pendidikan negara. 
Beliau berkata, peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat penting dalam membangunkan modal insan cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya hasrat menjadi negara membangun menjelang 2020 tercapai. 

“Inspirasi NKRA turut memastikan pendidikan berkualiti dan berkemampuan dikecapi semua pihak bagi meningkatkan taraf hidup secara menyeluruh,” katanya. 

Abdul Ghafar berkata, NKRA Pendidikan menetapkan dua fokus utama dijadikan asas kepada transformasi iaitu memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan asas berkualiti dan membangunkan budaya pencapaian untuk memacu transformasi dalam sistem pendidikan. 

Sehubungan itu katanya, pendidikan prasekolah, penguasaan literasi dan numerasi pada Tahap Satu, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan memperkenalkan tawaran baru kepada Pengetua dan Guru Besar mampu meningkatkan kecemerlangan taksiran berasaskan pencapaian dijadikan sub bidang NKRA. 

Beliau berkata, selain dua fokus berkenaan, empat sub bidang NKRA meliputi peningkatan kadar enrolmen kanak-kanak berusia empat dan lima tahun menyertai pendidikan prasekolah. 

Pelaksanaan itu kata Abdul Ghafar, bagi memastikan setiap kanak-kanak normal menguasai asas literasi dan numerasi selepas mengikuti tiga tahun pendidikan rendah. 

Usaha diteruskan dengan membangunkan SBT dan menyediakan tawaran baru kepada pengetua dan guru besar berdasarkan penilaian berasaskan pencapaian. 

“Selain empat sub bidang NKRA ini, bidang utama lain juga dipertingkat bagi memastikan kelangsungan transformasi serta menghasilkan pencapaian seperti disasarkan. 

“KPM sedang melaksanakan transformasi kurikulum bagi memastikan modal insan yang dihasilkan memenuhi permintaan dan keperluan negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020. 

“Transformasi kurikulum memberi penekanan kepada aspek penguasaan bahasa khususnya bahasa Malaysia dan Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda masing-masing,” katanya. 

Abdul Ghafar berkata, daripada aspek Literasi dan Numerasi (LINUS) pula, pihaknya menyasarkan 90 peratus pada 2010. 

Saringan ketiga pula katanya, menunjukkan prestasi murid meningkat 85 peratus berbanding 64 peratus pada saringan kedua, manakala kadar numerasi pula meningkat 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua. 

Katanya, biarpun sasaran murid menguasai literasi gagal mencapai sasaran, pencapaian setakat ini menjadi penanda aras menunjukkan sasaran pada 2012 mampu dicapai. 

Mengulas sasaran SBT iaitu 20 pada 2010, Abdul Ghafar berkata, 20 sekolah diberi pengiktirafan sebagai SBT berdasarkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar. 

Sejak memperoleh pengiktirafan itu, beliau berkata, banyak kejayaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dicatatkan. 

Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan muncul naib juara kategori khas pada Pameran Kejuruteraan dan Sains Antarabangsa Intel (ISEF) di San Jose, Amerika Syarikat. 

Beliau berkata, Sekolah Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru pula memenangi dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Mathematics Olympiad. 

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pula kata Abdul Ghafar, memenangi pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa termasuk dua perak pada temasya renang Sukan Sekolah ASEAN Kedua. 

Satu emas diperoleh sekolah itu dan perak pada Sukan Pelajar Asia Tenggara. Pasukan sekolah turut mendapat emas, dua perak dan satu gangsa pada temasya renang Terbuka Malaysia. 

“Pelajar sekolah itu turut mewakili negara pada temasya renang Kejuaraan Renang Antarabangsa Jepun ke-51, Sukan Komanwel dan Sukan Asia,” katanya. 

Abdul Ghafar berkata, selain pencapaian sekolah, guru besar yang layak menerima ganjaran perlu memenuhi kriteria seperti Laporan Nilaian Prestasi tahunan cemerlang, bebas sebarang tindakan tatatertib serta tiada audit bersyarat. 

“KPM memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah bagi membantu sekolah berprestasi rendah dalam Band Enam dan Tujuh. 

“Biarpun ia bukan sub NKRA utama dalam NKRA Pendidikan tetapi berjaya dilaksanakan bagi memastikan sekolah terbabit dapat meningkatkan prestasi masing-masing,” katanya.


sumber : Berita Harian Online

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul penuh pengisian

TEMA sambutan Maulidur Rasul tahun ini 1Malaysia 1Ummah, disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keberkatan. Kebanyakan daripada kita mengharapkan apa yang diutarakan akan menjadi ikutan.
Rasulullah menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?" (Hadis riwayat al-Tabrani).

Bahkan, tugas utama Nabi Muhammad s.a.w ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu" (Hadis riwayat Muslim).
Hari ini, kebanyakan warga seni berasakan pengisian membabitkan sambutan Maulidur Rasul semakin berubah. Ia diperkukuhkan dengan corak hiburan membawa lebih manfaat dan kebaikan. Seperti apa yang disarankan Rasulullah iaitu akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika dan adab.

Oleh itu karya dihasilkan juga banyak memberikan penekanan kepada memahami nilai murni dan perubahan sikap agar mampu membentuk masyarakat menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Harimau Malaya terima insentif RM50,000 juara AFF

Sultan Ahmad Shah (barisan belakang) bertanya sesuatu kepada penyerang kebangsaan, 
Safee Sali sehingga menarik perhatian rakan sepasukan dan pegawai-pegawai 
FAM ketika sesi bergambar di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.

Berita gembira diterima oleh Skuad Harimau Malaya sempena keberkatan Maulidur Rasul hari ini.
Skuad Harimau Malaya menerima habuan RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam sebagai insentif kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan pasukan jiran, Indonesia, Disember lalu.

Ganjaran itu disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kepada para pemain skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di sini. Pada sidang akhbar, baginda bertitah, kejayaan skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki setelah 14 tahun menanti, merupakan satu era baru dalam arena bola sepak negara.

Titah baginda, kemenangan itu bukan sahaja cukup bermakna buat para pemain, tetapi ia juga menjadi kebanggaan seluruh warga Malaysia yang telah lama menantikan kejayaan besar seperti ini. 


Sokongan kerajaan terhadap perkembangan sukan yang paling diminati oleh rakyat Malaysia ini harus dipuji. Skuad ini perlu diberi pendedahan yang sewajarnya di luar negara seperti Korea dan Jepun yang sekarang mendominasi sukan ini di peringkat Asia.


Ganjaran ini diharap sebagai satu dorongan dan penambah semangat para pemain skuad ini untuk terus meningkatkan kemahiran serta menanam semangat juang yang tinggi dalam usaha kita sekurang-kurangnya berjaya merangkul Juara Asia.


Malaysia Boleh!

Monday, February 14, 2011

Nabi Muhammad Yang Ummi


Disunting dari buku WAWASAN AL-QURAN, Tafsir Maudhu’i atas Pelbagai Persoalan Umat
oleh Dr. M. Quraish Shihab, M.A.
Disadari atau tidak, wujud Tuhan pasti dirasakan oleh jiwa manusia baik redup atau benderang. Manusia menyadari bahwa suatu ketika dirinya akan mati. Kesadaran ini mengantarkannya kepada pertanyaan tentang apa yang akan terjadi sesudah kematian, bahkan menyebabkan manusia berusaha memperoleh kedamaian dan keselamatan di negeri yang tak dikenal itu.
Wujud Tuhan yang dirasakan, serta hal-ihwal kematian, merupakan dua dari sekian banyak faktor pendorong manusia untuk berhubungan dengan Tuhan dan memperoleh informasi yang pasti. Sayangnya tidak semua manusia mampu melakukan hal itu. Namun, kemurahan Allah menyebabkan-Nya memilih manusia tertentu untuk menyampaikan pesan-pesan Allah, baik untuk periode dan masyarakat tertentu maupun untuk seluruh manusia di setiap waktu dan tempat. Mereka yang mendapat tugas itulah yang dinamai Nabi (penyampai berita) dan Rasul (Utusan Tuhan).
Jumlah mereka secara pasti tidak diketahui. Al-Quran hanya menginforrnasikan bahwa,
“Tidak satu umat (kelompok masyarakat) pun kecuali telah pernah diutus kepadanya seorang pembawa peringatan” (QS Fathir [35]: 24).
Al-Quran juga menyatakan kepada Nabinya bahwa,
“Kami telah mengutus nabi-nabi sebelum kamu, di antara mereka ada yang telah kami sampaikan kisahnya, dan ada pula yang tidak Kami sampaikan kepadamu” (QS Al-Mu’min [40]: 78)
Al-Quran menyebutkan secara tegas nama dua puluh lima Nabi/Rasul; delapan belas di antaranya disebutkan dalam Al-Quran surat Al-An’am (6): 83-86, sisanya didapatkan dari berbagai ayat.
Nabi Muhammad Saw. seperti dinyatakan Al-Quran surat Al-A’raf (7): 158 -diutus kepada seluruh manusia, dan beliau merupakan khataman nabiyyin (penutup para nabi) (QS Al-Ahzab [33]: 40).

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com