Scroll to top

Monday, May 31, 2010

Ilmuwan Islam: Al-Razi tinggalkan khazanah tafsir, fikah, perubatan, geometri

Oleh Abdurrahman Haqqi

2010/05/30

RAMAI ilmuwan Islam contoh yang kita dapati dalam khazanah ketamadunan Islam yang memiliki kemahiran dalam satu-satu bidang ilmu. Tetapi sangat sedikit kita dapati ilmuwan Islam yang menguasai ilmu dunia dan ilmu wahyu layaknya seorang ulul albab. Salah satu daripada mereka ialah al-Razi. 

Menurut Sami al-Nasysyar, keilmuan al-Razi dikesan dalam 97 buku yang dihasilkannya. Ia merangkumi bidang al-Quran (tafsir) sebanyak lima buah; ilmu kalam sebanyak 40 buah; falsafah sebanyak 26 buah; bahasa Arab tujuh buah; fikah dan usul fikh lima buah, perubatan tujuh buah, geometri lima buah dan sejarah dua buah.
Daripada apa yang dikesan al-Nasysyar di atas dapatlah kita simpulkan bahawa al-Razi adalah seorang ulul albab yang luar biasa. Beliau telah meninggalkan khazanah dunia yang tidak ternilai dan tersebar di merata dunia.
Ibnu Nadim dalam al-Fihrist menulis mengenainya: ”(Dia) seorang ilmuwan terbilang dan satu-satunya pada zamannya serta terhimpun dalam dirinya ilmu orang terdahulu khasnya ilmu perubatan.” 

Ibnu Abi Usaibu’ah dalam ‘Uyun al-Anba’ menyifatkan al-Razi dengan katanya: “Al-Razi adalah seorang yang pintar, cerdik dan belas kasih kepada pesakitnya, bersungguh-sungguh dalam mengubati mereka agar sembuh dengan pelbagai cara yang sesuai, berkesinambungan dalam membuat kajian mengenai rahsia industri perubatan dan menerokai hakikatnya.” 

Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan saja di Timur, tetapi juga di Barat; sehingga dikenali sebagai ‘Rhazes’ dan mendapat gelaran ‘The Arabic Galen’ merujuk kepada pakar perubatan Barat. 

Al-Razi pada mulanya berminat dengan muzik sebelum mempelajari ilmu perubatan, matematik, astronomi, kimia dan falsafah. Antara guru beliau ialah Hunain ibn Ishaq, seorang pakar ilmu perubatan Greek lama, Parsi dan India serta Ali ibn Rabban. 
Bukunya al-Hawi (Liber Contines) yang mengandungi 20 jilid adalah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang menjadi buku rujukan perubatan di Eropah dan menjadi satu daripada sembilan buku rujukan yang ada dalam perpustakaan Fakulti Perubatan, Universiti Paris pada 1394. 

Artikel ilmiahnya berkenaan penyakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) iaitu al-Judari wa al-Hasbah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan diulang cetak sebanyak 40 kali dalam masa antara 1498-1866M. 

Ketika al-Razi memimpin Muqtadiri Hospital di Ray selama enam tahun dari 290 Hijrah hingga 296 Hijrah, beliau telah menulis buku yang dipersembahkan kepada Gabenor Mansur ibn Ishaq dan buku itu diberi tajuk Kitab al-Mansuri dalam ilmu perbedahan. Dalam buku itu terkandung 10 penemuan berkaitan pembedahan dan dianggap karya tulen yang mencerminkan kematangan dan kepakaran al-Razi dalam perubatan moden. 

                                                                                                                  
                                                        

Thursday, May 27, 2010

Guru Pengadil Piala Dunia Afrika Selatan 2010

Subkhiddin bangga terpilih

2010/05/27
SOKONG...Subkhiddin menyampaikan cederahati kepada Muhyiddin, semalam.
SOKONG...Subkhiddin menyampaikan cederahati kepada Muhyiddin, semalam.
Subkhiddin, 44, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang, bertemu Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan di kementeriannya bagi meluahkan sukacitanya mendapat sokongan kerajaan.
Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan itu, Subkhiddin berkata Muhyiddin menasihatkannya supaya mengekalkan kecergasan fizikal tertinggi serta memberikan yang terbaik ketika mengadili perlawanan untuk membuktikan guru juga boleh menjadi pengadil yang berwibawa.

“Saya berasa amat bangga kerana dapat mewakili negara sebagai wakil sektor pendidikan,” katanya.

Subkhiddin, dari Butterworth, memulakan kerjayanya sebagai pengadil bola sepak pada 1990 dan kemudian melonjakkan dirinya di persada bola sepak antarabangsa selepas mengadili pelbagai kejohanan yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Malaysia serta Konfederasi Bola Sepak Asia sebelum mendapat pengiktirafan sebagai pengadil Fifa pada 2000.

- Bernama
                                                                                                                                                               
                                                                              

Rumah bukan hotel




SUASANA santai dapat dinikmati di ruang tamu ini melalui pemilihan perabot daripada material yang tahan lasak.


PEPATAH hanya jauhari mengenal manikam nampaknya sesuai diguna pakai setiap individu dalam menentukan sama ada sesebuah rumah itu sudah layak dipanggil kediaman impian ataupun tidak.
Ada yang mengidamkan sebuah rumah kecil tetapi sarat dengan unsur kekeluargaan. Ada pula yang mahukan mahligai yang gah di puncak bukit tetapi ringkas saja hiasannya. Tidak kurang juga yang berkehendakkan yang serba sederhana, dari luar ke dalam rumah.
Bagi Adrian How, konsultan teknologi dan strategi di sebuah syarikat konsultasi terkemuka, kediaman yang kini dikelaskan sebagai rumah idamannya itu merupakan rumah pertama yang dibeli dan didiami bersama isteri tercinta, Yin Leng.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2007. Berhabis untuk majlis perkahwinan, mereka menggunakan separuh lagi simpanan mereka untuk membeli sebuah parkhome di Desa Parkcity, Kuala Lumpur, seusai acara.
Mampu milik
KONSEP mampu milik sekali gus merealisasikan reka letak moden yang diidamkan Adrian sekeluarga.


"Disebabkan faktor itu, cara rumah kami dihias pada permulaannya berkonsepkan mampu milik.
Menariknya, ia bertepatan dengan rupa moden dan minimal yang hanya menggunakan garisan bersih dan mampu menambah baik visual untuk menambah keluasan ruang yang ada," ujarnya.
Bapa kepada seorang anak ini turut mendedahkan bahawa masa yang panjang terpaksa diambil untuk merancang sebelum dapat menyudahkan keseluruhan rumah itu.
"Lama juga kami habiskan masa untuk membayangkan dan membentuk gambaran dalam fikiran tentang cara terbaik menghias dan memaksimumkan ruang di dalam rumah ini.
"Hari-hari yang lain kami habiskan untuk mencari lampu, perabot, jubin dan perhiasan kecil yang lain.
"Kami mendapatkan inspirasi dan idea untuk menghasilkan draf pelan hiasan rumah dengan merujuk majalah, buku, laman-laman web dan rumah contoh.
"Akhirnya, pelan yang kami gunakan menggabungkan kesemua pelan-pelan itu," terang Adrian.
Memilih parkhome atau rumah teres dua tingkat di dalam komuniti berpagar yang dihubungkan melalui taman-taman di dalamnya, Adrian dan Yin Leng kini sebenarnya masih dalam proses menyiapkan rumah idaman mereka.
Bajet
"Sehingga kini kami baru menyempurnakan ruang-ruang rumah yang paling kerap kami gunakan iaitu keseluruhan aras bawah termasuk ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur utama dan ruang tamu kedua," jelasnya.

Cita rasa artistik tidak memerlukan perhiasan yang terlalu banyak.


Mengkelaskan diri sebagai golongan sederhana, Adrian berkongsi bahawa faktor yang menyebabkan rumah itu dilengkapkan secara berperingkat ialah bajet.
"Kami mempunyai begitu banyak idea untuk menghias rumah ini tetapi pada masa yang sama perlu berkompromi antara rancangan berbanding pelaksanaan untuk ruang-ruang penting seperti di ruang tamu, dapur dan bilik tidur.
"Pada waktu itulah saya memutuskan untuk menggunakan pendekatan berperingkat sebegini," kata Adrian.
Memandangkan rumah idaman itu ialah idaman bersama isteri, Adrian mengakui penerimaan isterinya untuk menggunakan pendekatan itu amat penting.
"Isteri saya sangat bersetuju dengan pendekatan ini. Saya tidak mungkin dapat melaksanakannya jika dia tidak bersetuju dengannya memandangkan dia juga pemilik rumah ini.
"Dia seperti saya, sebenarnya memahami bahawa rumah yang sempurna ialah rumah yang terbentuk dari semasa ke semasa, bukan yang sudah tersedia lengkap sebelum dihuni lagi. Itu hotel namanya," unjurnya.
Bagi Adrian, setiap rumah tentulah istimewa kepada setiap pemilik kerana ia memenuhi keperluan mereka.

GAYA minimal yang menerapkan konsep garisan-garisan bersih.


Tetapi untuk rumahnya, Adrian merasakan kelebihan terletak pada perhiasan dinding yang dilukis sendiri menggunakan cat akrilik dan kain kanvas kosong.
Blog
Berpendirian tetap tentang pendekatan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit itu, Adrian turut membina sebuah laman web sebagai satu wadah untuk berkongsi pengalaman dan pendapatnya tentang menyiapkan rumah secara berperingkat itu.
"Saya memutuskan untuk membuat blog apabila saya mendapati ramai orang di luar sana yang senasib dengan saya - tercari-cari blog tentang rekaan dalaman yang sesuai dengan cita rasa tempatan.
"Sudah dua tahun blog itu wujud dengan menyentuh tentang rekaan dalaman, tip dan idea dekorasi rumah yang praktikal, saya berjaya membentuk persahabatan dengan pembaca selain banyak mendapat pujian dan maklum balas," jelasnya.
Ada juga pembaca yang meminta Adrian sendiri mereka padan kediaman dan premis perniagaan mereka.
"Saya dapat belajar banyak perkara ketika membantu mereka. Ia memberi kepuasan apabila dapat membina dan mengembangkan rangkaian melalui blog.

RUMAH idaman keluarga ini dibina berperingkat melalui persetujuan bersama kesemua pihak yang menghuninya.


"Saya juga sudah mempunyai perancangan untuk menambah baik blog itu pada masa akan datang," tambahnya.
Orang ramai boleh mendapatkan tip berguna daripada Adrian melalui blognya di http://www.howshouse.com.
sumber ;

                                   

Wednesday, May 26, 2010

'Neraka' Geng Samseng Sekolah



RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.
Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.
Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.
Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.
Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.
Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.
Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.
Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.
Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.
Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.
Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.
Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.
Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.
Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.
"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.
Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.
Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.
Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.
Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.
"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.
Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.
“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.
Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.
“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.
Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.
“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.
Lebih mengecewakan apabila dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah, mereka menyuruhnya berpindah ke tempat lain jika tidak tahan dengan perlakuan samseng itu.
Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.
“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.
Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.
Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.
Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah.
sumber : mStar Online
                                                                                                                                                              
                                                    

Monday, May 24, 2010

Minum Arak Di Kalangan Umat Islam Semakin Berleluasa

Gambar di atas diambil di salah sebuah premis menjual arak di Johor Baharu

Di kalangan artis bagaimana ? Adakah mereka bebas melakukan apa saja?

Perkara seumpama di atas sebenarnya bukanlah asing lagi pada zaman serba canggih ini. Justeru itu budaya tegur-menegur terhadap perlakuan yang sumbang di dalam masyarakat semakin terhakis. Kadang kala perkara yang melanggar batas-batas akhlak yang berlaku di depan mata, kita buat tidak tahu sahaja atau istilah sekarang 'malas nak ambik port'.

Sekarang ini, penjualan minuman keras ada di mana-mana malah di pasar mini yang berstatus antarabangsa yang dibuka 24 jam juga tidak ketinggalan menjual arak secara terbuka dan bercampur tempat penyimpanan sejuk dengan minuman yang halal. Ini belum kedai-kedai runcit yang bukan dimiliki oleh orang bukan Islam, sudah tentulah ianya lebih mudah lagi untuk sesiapa sahaja untuk membelinya.

Pihak berkuasa tempatan perlulah mengambil perhatian serius perkara ini, kerana ianya melibatkan masa depan anak bangsa dan agama Islam itu sendiri. Namun yang paling penting ialah peranan  ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Anak-anak perlulah diberi pendidikan agama yang secukupnya yang meliputi iman, amal dan ihsan. Pendidikan yang bersepadu itu akan membentuk seseorang insan menjadi berbudi bahasa dan kualiti keimanan yang mantap.

Pelanggaran hukum Islam nampaknya sudah menjadi fenomena biasa di mata masyarakat. Selain, meminum minuman keras, berjudi, meninggalkan solat, tidak puasa di bulan Ramadhan juga semakin hari semakin meningkat. Oleh itu marilah sama-sama kita menggembeleng tenaga dan juga buah fikiran untuk menentukan pelanggaran hukum Islam oleh umat Islam sendiri tidak berlaku lagi demi memastikan rahmat dan kasih sayang Allah SWT sentiasa melimpah ruah di bumi yang kita cintai ini.

                              
                             

Hayati maksud ayat al-Fatihah

Tazkirah Remaja
Bersama Mohd.Zawawi Yusoh




Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, "amin" tidak tahu dan faham apa yang imam berkenaan baca.

Doa sebenarnya permintaan, ia perlu difahami kemudian baru ia dapat masuk ke dalam hati.

Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa.

Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari.

Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari.

Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.

Bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Doa ini tidak didahulukan ia, melainkan setelah kita berikrar mengaku sebenar-benarnya bahawa hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan.

Setiap hari minta "jalan yang lurus" tahukah kita apa jalan yang lurus itu? Kalau tidak tahu kena belajar dan membaca. Jalan yang lurus itu sangat penting.

Setengah remaja hanya tahu jalan betul saja, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah tetapi kita mati di jalan betul.

Kalau kita perhatikan sebaik saja meminta jalan yang lurus, "ihdinassiratal mustaqim" Allah mentafsirkan jalan lurus itu adalah Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang yang terdahulu. Siapakah orang-orang ini?

Mereka adalah Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia' . Apakah itu nikmat? Itulah nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus.

Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah.

Jalan yang lurus inilah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah ini, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah.

Itulah dia jalan orang yang Allah dimurkai dan jalan orang yang sesat yang tidak mempercayai Allah seperti Namrud dan Firaun.

Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula adalah Yahudi dan Nasrani (kristian).

Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan.

Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah mereka yang mengikuti jalan yang lurus. Jalan ini ditempuh oleh Nabi, Rasul, Sahabat, Tabiin dan juga wali Allah sebelum ini.

Maka, kita mengharapkan belas kasihan agar Allah tunjukkan kita jalan supaya kita boleh sampai kepada Allah. Dinyatakan tadi jalan itu adalah Iman, Islam dan Ihsan.

Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Allah berikan jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita. Barulah kita mendapat jalan yang lurus.

Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi. Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh ketika berkomunikasi dengan Allah.

Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah ia selari seiring dan sejalan. Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah.

sumber artikel:





                                                                                                                                       
                              

Sunday, May 23, 2010

Guru Perlu Kreatif Untuk Tarik Pelajar


Pengajaran lebih kreatif tarikan pelajar

Oleh Suliati Asri

2010/05/17
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PEMBELAJARAN melalui eksperimen, reka cipta serta penyelidikan yang kini dilaksanakan
melalui subjek sains turut meliputi kemahiran hidup dan keusahawanan sejajar pelaksanaan
kurikulum baru.
TURUN PADANG...sistem pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif jika pelajar diberi penerangan sambil menunjukkan contoh mengenai sesuatu topik. - Gambar hiasan
TURUN PADANG...sistem pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif jika pelajar diberi penerangan sambil menunjukkan contoh mengenai sesuatu topik. - Gambar hiasan


sebelum  -  selepas

KREATIF...dengan pelaksanaan kurikulum baru, pelajar akan lebih kreatif dan berupaya berfikir dengan lebih jauh. - Gambar hiasan






KREATIF...dengan pelaksanaan kurikulum baru, pelajar akan lebih kreatif dan berupaya berfikir dengan lebih jauh. - Gambar hiasan
Menerusinya elemen kreatif, inovasi dan kemahiran hidup diterapkan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pengajaran dalam semua subjek.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menurut laporan akhbar berkata, menerusi pelaksanaan kurikulum baru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran bakal menggunakan pendekatan tertentu.


Ia membabitkan pendekatan penyelidikan membina, pembelajaran mengikut konteks serta penguasaan pembelajaran yang menggabungkan pelbagai teknik fokus.


Malah, ia turut merangkumi uji kaji, perbincangan rakan sebaya, rangsangan, lawatan lapangan dan aktiviti menyelesaikan masalah yang membolehkan aplikasi sumber di dalam dan di luar bilik darjah.


Namun, keberkesanan kurikulum baru ini bergantung kepada keupayaan guru memperbaiki amalan pengajaran dalam bilik darjah dan strategi yang harus diguna pakai.


Antaranya pendekatan pertanyaan yang membina, pembelajaran mengikut konteks serta penguasaan penuh yang menggabungkan pelbagai teknik
berpusatkan pelajaran.


Bermakna guru perlu lebih inovatif dalam amalan pengajaran dan menggunakan pendekatan
baru untuk merangsang pemikiran kreatif serta memacu potensi inovatif generasi muda.


Pelaksanaan kurikulum baru itu juga adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan menyediakan
dan memperluaskan pendidikan berkualiti.


Persoalannya, sudahkah guru bersedia dan adakah mereka mampu melakukannya?
Berdasarkan bebanan guru yang semakin meruncing, tidakkah pelaksanaan ini menambahkan
beban dan tekanan selain persoalan sejauh manakah aspek kualiti boleh ditampilkan?
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan berkata,
pelaksanaan kurikulum baru itu perlu dilakukan kerana guru pada masa ini perlu lebih
inovatif dan kreatif dalam pengajaran.


Menurutnya, cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlulah terkini dan tidak boleh
terikat dengan modul lama kerana pemikiran pelajar sudah berubah.
"Kaedah yang digunakan kini lebih kepada teori, namun pada zaman serba baru ini, cara itu
sudah ketinggalan kerana pelajar lebih agresif dalam pencarian ilmu.


"Sudah sampai masanya guru menggunakan mekanisme baru dengan menukar kaedah yang
diguna pakai ke arah yang lebih inovasi, kreatif dan ke depan supaya pelajar juga tidak
berasa bosan," katanya.


Pembelajaran subjek geografi umpamanya, pelajar lebih gemar maklumat berbentuk fizikal
berbanding teori kerana mereka suka meneroka, bertanya dan melihat subjek yang
dipamerkan termasuk tanah dan batuan.



"Jika teori saja, sudah tentu mereka bosan dan natijahnya bukan saja tidak berminat, malah boleh menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan gagal.


"Tapi jika digabungkan dengan fizikal serta kerja luar, sudah tentu mereka suka dan berminat.
Guru perlu tahu perbezaan ini, justeru pelaksanaan kurikulum itu memang bersesuaian dengan
kehendak sektor pendidikan masa kini," katanya.


Azam berkata, guru berinovasi perlu bersedia kerana cabaran dunia pendidikan kini sebagai
tinggi dan sukar.


"Zaman sudah jauh berubah, pelajar semakin kreatif dan ada kalanya guru gagal memberi
jawapan dikehendaki.
"Mengendalikan pelajar perlukan persediaan yang kuat, bukan saja emosi tapi juga
pengetahuan ilmiah. Guru jangan berpeluk tubuh, sebaliknya perlu 'bergerak' seiring
permintaan dunia semasa," kata Azam.


Sementara itu, Guru Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Agama Bestari Subang Jaya,
Abdul Raouf Dahlan berkata, pelaksanaan kurikulum baru berkenaan lebih membebankan
guru jika tugas remeh yang digalas tidak dimansuhkan.


"Kurikulum adalah tugas hakiki guru dan perlu dilaksanakan dengan cara terbaik.
Bagaimanapun, dengan adanya tugas bukan hakiki guru seperti perkeranian, pelaksanaan ini lebih membebankan.


"Jika mahu melaksanakannya, tugas kurang penting itu wajar dimansuhkan supaya guru
dapat beri sepenuh perhatian kepada pelaksanaannya," katanya.

sumber : myMetro


                                                             

Saturday, May 22, 2010

Dasar Satu Murid Satu Sukan


22 Mei, 2010 19:04 PM
Dasar Satu Murid Satu Sukan Dilaksanakan Tahun Depan, Kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah-sekolah dalam negara selain dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat.

Katanya aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Pertandingan Bola Sepak Piala Sultan Azlan Shah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria di sini.

Pada perlawanan bola sepak itu, tuan rumah SMK Victoria muncul juara selepas menewaskan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 4-0.

-- BERNAMA


                                                                                                                    

Friday, May 21, 2010

Sekolah Bestari Diteruskan


Komitmen menyeluruh pembestarian sekolah


NORIZZAN Razali menerima sijil Pempamer Inovatif daripada Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 16 Mei – Gurupelajar, pentadbir sekolah dan ibu bapa merupakan golongan sasaran yang perlu diberikan kesedaran tentang pentingnya penggunaan ICT di sekolah jika mahu melihat Program Sekolah Bestari berjalan dengan jayanya.
Pengurus kanan Jabatan Sekolah Bestari, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MdeC), Dr. Norizzan Razali berkata, empat kumpulan sasaran ini mempunyai peranan masing-masing yang saling berkait antara satu sama lain.
Beliau yang ditemui di Festival Hari Guru 2010 di sini baru-baru ini berkata, penglibatan ibu bapa amat penting kerana golongan ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap pentadbir sekolah dalam merangka program pembelajaran di sekolah.
Tambahnya, jika ibu bapa menyuarakan kehendak mereka kepada pentadbir sekolah tentang perlunya penggunaan ICT dalam pembelajaran anak-anak, maka pihak sekolah khususnya guru-guru akan mengambil berat tentang keperluan tersebut dan menjayakannya dengan bersungguh-sungguh.
Hal ini amat penting kerana berdasarkan pengamatan beliau, wujud tanggapan dalam kalangan segelintir guru bahawa penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sesuatu yang membebankan.
Menurut Norizzan, penggunaan ICT dalam proses P&P tidak sepatutnya dijadikan sesuatu yang dinegatif oleh guru sebaliknya digunakan untuk meningkatkan profesionalisme mereka.
Bagi membetulkan masalah “modal insan’’ ini, MDEC dan Kementerian Pelajaran merangka program jelajah atau “roadshow’’ di seluruh negara yang merangkumi enam zon.
Pameran yang dianjurkan oleh MDEC sempena Festival Hari Guru 2010 merupakan antara program jelajah bagi Zon Timur.
Dalam pameran tersebut, beberapa buah syarikat pembangunan perisian kandungan di bawah MDEC mempamerkan produk-produk pembelajaran yang canggih dan berinovasi kepara para pengunjung.
Antara syarikat yang terlibat termasuklah Kiddie World Multimedia Sdn. Bhd yang membangunkan portal pendidikan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah.

sumber :  Utusan Malaysia

                                  

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com