Scroll to top

Saturday, April 30, 2011

Thursday, April 28, 2011

NERAKA UNTUK 7 ANGGOTA

ALLAH menyediakan tujuh pintu neraka jahanam. Menurut ulama, tujuh pintu neraka itu disediakan untuk salah satu daripada anggota tubuh kita iaitu mata, telinga, lidah, perut, tangan, kemaluan dan kaki.

Mata adalah pemberian Allah yang amat besar dan tidak terkira nilainya. Dengan mata, kita dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah supaya kita lebih bertakwa.

Mata yang dianugerahkan bukan untuk melihat wanita yang bukan mahram, wanita seksi, memandang keaiban sesama masyarakat atau menghina saudara Muslim yang serba kekurangan.

Telinga hendaklah dipelihara daripada mendengar umpat keji, percakapan kotor atau perkara bidaah. Gunakan telinga untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan kalimah Allah atau untuk menuntut ilmu agama.

Lidah hendaklah digunakan untuk berzikir, memuji kebesaran Allah serta menyampaikan kebenaran kepada sesama manusia dan menyeru ke jalan Allah.

Lidah juga perlu digunakan bagi menyampaikan ilmu agama dan bukan untuk memfitnah sesama sendiri.

Jika kita tidak menjaga lidah secara lisan, ini amat buruk risikonya kerana boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Akibatnya, boleh menjerumus ke neraka.

Dusta adalah ibu segala dosa dan perbuatan itu boleh mendatangkan pertengkaran dan menjejaskan kewibawaan dan kepercayaan masyarakat kepada kita.

Perut. Memelihara perut amat penting. Kita perlu mengelak daripada mengisi dengan makanan haram.
Perut juga jangan diisi berlebihan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas untuk beribadat.

Justeru, Islam menggalakkan kita bersikap sederhana apabila menghadapi makanan dan mengisi perut dengan rezeki yang halal.

Kemaluan. Ia perlu dipelihara daripada perkara yang haram. Tutup aurat dan jauhkan daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat. Bahaya menanti kita jika gagal mengawal nafsu yang akhirnya membawa kepada perkara maksiat, mencabul kehormatan, rogol dan perbuatan yang dilaknat Allah.

Tangan. Anugerah Ilahi ini perlu dipelihara dan digunakan untuk perkara kebaikan seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara yang baik umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat, bukan menulis kejahatan orang atau memfitnah sesama Muslim.

Kaki. Gunakan untuk menuju jalan yang diredai Allah, bukan untuk menjejaki tempat maksiat seperti disko, kelab malam, rumah urut dan tempat perjudian.

Gunakan untuk ke masjid bagi berjemaah, meramaikan majlis kenduri dan segala macam bentuk kebaikan. Maka, gunakan kaki untuk melangkah ke syurga.

Sumber: Harian Metro

Memandu Sambil Berbual Di Telefon Tiada Jauh Beza Ketika Mabuk

KUALA LUMPUR, 21 Ini adalah senario biasa ketika di jalan raya. Sebuah kereta dilihat dipandu dengan kelajuan lebih kurang 50KM/J. Tiba-tiba kereta tersebut dilihat 'melelong' ke kin i dan kanan jalan. Ketika mengambil selekoh, kereta tersebut dilihat 'memakan' jalan lorong sebelah kiri hingga membahayakan pemandu kereta di lorong tersebut. 

Semasa melepasi kenderaan itu dilihat pemandunya sedang leka berbual menggunakan telefon bimbit.

Dengan kemalangan jalan raya dan yang melibatkan kematian mencatatkan jumlah yang tinggi di negara ini, dan hakikat bahawa keselamatan jalan raya masih di pandang ringan di kalangan pemandu di Malaysia, masalah penggunaan telefon semasa memandu hanya menambah burukkan lagi statistik kemalangan.

Sunday, April 24, 2011

'Banyak kerja perlu dibuat atasi masalah obesiti pelajar'

Kurikulum sekolah pentingkan akademik, abai kesihatan 

SEMINGGU dua ini, kecoh dengan isu murid di negara kita terlebih gemuk atau dalam bahasa ilmiahnya, obesiti. Jari menuding ke banyak arah; kantin, nasi lemak dan makanan ringan antara yang dipersalah. Tidak terkecuali peniaga kecil di luar sekolah. Rentetannya, pelbagai pendapat dan cadangan diluah supaya kegemukan murid tidak berterusan jadi masalah. Wartawan Berita Minggu, ROHANIZA IDRIS dan HAZIRAH CHE SAB menemu bual Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Prof Dr Ismail Mohd Noor yang juga profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr MohamadAli Hassan untuk berkongsi pandangan mereka. Ismail Mohd Noor

Wednesday, April 20, 2011

KONSEP PERUBATAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN
Allah s.w.t. berfirman (Al-Quran: al-Isra': 82):
Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman.
Dalam surah Fussilat:44 pula terdapat firman Allah:
Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan
penawar bagi mereka yang beriman.  Mereka yang tidak beriman, pada
telinga mereka ada sumbatan, sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan
bagi mereka.  Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat
yang jauh.
Sesetengah ahli tafsir menerangkan perkataan  yang terdapat dalam surah di
atas (al-Isra':82) bukan Iit-tab'id , bererti bahawa al-Quran itu keseluruhannya
adalah penawar, bukan sebahagian daripadanya sahaja. AI-Quran boleh digunakan
untuk menangani sakit fizikal juga sakit yang berkaitan dengan hati, jiwa dan roh,
seperti kejahilan, kesesatan dan sebagainya.  Kesejahteraan fizikal berkait rapat
dengan kesejahteraan hati.  Mengenainya.  Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Sesungguhnya pada jasad itu ada seketlul daging, apabila ia sejahtera,
maka sejahteralah keseluruhan jasad.  Dan apabila rusak akan dia, maka
rusaklah keseluruhan jasad, iaitu hati. (Muttafaq 'alaih).

Untuk lebih lanjut sila ke sini.

Tuesday, April 19, 2011

Perkara Melibatkan Bidang Kejuruteraan di dalam Rekod Dunia

Kolam renang dalam dewan paling besar di dunia
World Water Park ….. Edmonton , Albert , Canada …………..saiz….5 ekar

Kompleks Pejabat paling besar di dunia
Chicago Merchandise Mart….. Illinois , USA

Pusat beli belah yang paling luas di dunia
South China Mall, Dongguan, China ………892,000 meter persegi
Kedai setinggi 6 tingkat

Lapangan Paling Sibuk di Dunia
J.F.K International Airport , New York ……………….. USA

Jambatan Paling Luas di Dunia
Jambatan pelabuhan Sydney, Australia
16 lorong jalan raya…..8 jalan raya tingkat atas, 8 di tingkat bawah

Jambatan Paling Panjang di dunia 
Donghai Bridge , China ……………………32.5 kilometer

Kapal Penumpang yang paling besar di dunia
MS Freedom of the Seas……4300 penumpang sehala

Kapal terbang paling besar di dunia
Airbus A380………..555 penumpang

Bas yang paling besar di dunia
Neoplan Jumbo - cruiser……..bas 2 dalam 1….bas 2 tingkat
boleh memuatkan seramai 170 penumpang.

 
Bangunan paling tinggi di dunia
Burj Dubai……….900 meter tinggi

Istana paling besar di dunia
Istana Parlimen…. Bucharest, Romania ………. 
lebih daripada 500 bilik tidur, 55 dapur ,120 bilik istirehat

Stadium paling besar di dunia
MARACANA STADIUM, RIO D.J,  BRAZIL
 boleh memuatkan seramai 199,000 penonton

Stadium paling mahal di dunia
STADIUM WEMBLEY, London yang boleh memuatkan seramai 90, 000 penonton  
dengan kos pembinaan menjangkau RM4.8 billion

Jalanraya yang mempunyai persimpangan yang paling kompleks di dunia
Interstate 10 Highways Interchange…… Houston , Texas

EXCAVATOR paling besar di dunia
Dibina oleh KRUPP of Germany seberat 45,500 tan, 
setinggi 95 meter dan panjangnya 215 meter

Masjid paling besar di dunia
Masjid Shah Feisal, Islamabad ,Pakistan
dewan utama boleh memuatkan seramai 35, 000 jemaah
manakala bahagian luar masjid seramai 150,000 jemaah lagi.

Hotel yang paling mahal di dunia
Hotel Burj Al Arab , Dubai. Satu-satunya hotel 7 bintang di dunia,
bilik paling murah RM3000 semalam dan bilik Royal suit RM84,000 semalam

sumber : binscorner.com

Dekati Hyundai Tucson


Alur maskulin Hyundai Tucson
REKAANNYA sememangnya mempesonakan sehingga mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang pertama kali memandang.Alur lekuk ‘tubuhnya’ dan reka bentuk yang aerodinamik, memperlihatkan ciri maskulin yang tiada pada kenderaan sport utiliti (SUV) jenama lain kecuali Tucson daripada Hyundai.
Generasi pertamanya dikilangkan pada tahun 2004 sebelum yang kedua yang mula dipasarkan lima tahun kemudian sehinggalah sekarang. Model terbaru ini diperkenalkan Hyundai-Sime Darby Motor Sdn Bhd sebagai SUV kompak dengan menampilkan ciri terkini sekali gus menjadikannya pilihan terbaik teratas dalam kelas saingannya.
Hyundai Tucson yang bersaing dengan Ford Escape, Chevrolet Equinox, Honda Element dan Nissan Qashai, berkongsi platform dengan Kia Sportage 2005 reka bentuk baru.
Tucson dengan kod ix35 itu direka oleh bekas pereka BMW, Thomas Buerkle di studio Hyundai Rüsselsheim di Jerman dengan berkonsepkan ‘ukiran cecair’.
Jika dibandingkan dengan model terdahulu, amat ketara perbezaannya sekali gus melonjakkan jualan produk daripada Korea Selatan itu.
Peluang memandu ujinya dimanfaatkan sepenuhnya oleh penulis.
Dilihat dari depan wajah Tucson baru ini ternyata lebih bergaya dengan lampu utama multi focal reflector, berserta bonet dan jeriji yang menampakkan lagi ciri maskulinnya.
Bumbung suria panorama
Sebaik sahaja duduk di ruang pemandunya, papan pemukanya tidak terlalu padat sebaliknya ringkas tapi praktikal sesuai dengan konsep SUV pacuan empat roda (4WD). Berkonsepkan ‘X’ papan pemukanya direka dengan suis-suis kawalan yang dinamik dan unik.
Tanpa penulis sangka, rupa-rupanya ia didatangkan juga dengan bumbung suria panorama - tidak menjadi masalah untuk melihat puncak Menara Berkembar Petronas tanpa keluar dari kenderaan.
Dilengkapkan dengan butang penghidup enjin bebas kunci sekali gus meningkatkan ciri-ciri keselamatannya.
Jentera yang tampak elegan ini menggunakan nadi Theta II 2.4 liter terkini dari model lama yang menghasilkan kuasa maksimum 130 kW pada 6,000 revolusi per minit (rpm), manakala kuasa kilasnya menjangkau 227 Newton meter (Nm) pada 4,000 rpm.
Lebih mengujakan, Tucson ini dikatakan SUV pertama dalam kelasnya yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan Shiftronic yang berupaya menerjah kelajuan sehingga 180 km/j dengan tanpa sebarang masalah.
Pengendaliannya amat mudah walaupun memiliki ‘tubuh yang agak gempal (panjang 4.410 meter dan lebar 1.82 meter), seumpama memandu sebuah sedan.
Sesuai sebagai kenderaan 4WD, ia mampu mengharungi laluan jalan raya biasa dan lasak sekali gus mampu menenangkan jiwa pemandunya jika terpaksa melalui pelabagai jenis permukaan muka bumi dalam sesuatu jarak perjalanan.
Sistem keselamatannnya dilengkapkan dengan Kawalan Brek Dinamik (DBC) bersama beg udara depan berkembar boleh didapati untuk semua variasi selain sistem anti kunci membrek (ABS) dengan Edaran Kuasa Brek Elektronik (EBD).
Hanya perlu menekan butang, ternyata membantu pemandu yang tidak biasa menuruni bukit yang curam dengan berfungsi memperlahankan pergerakan kenderaan tanpa pemandu perlu menekan brek.
Bunyi angin juga kurang memasuki kabin, terima kasih kepada rekaan kedap bunyinya yang begitu baik sesuai dengan harganya di atas jalan RM154,888.
sumber : mStar Online

Saturday, April 16, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Hargai air

Didik generasi muda hargai air

Para pelajar mendengar taklimat daripada kakitangan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. semasa sesi lawatan ke Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih, Presint 19, Putrajaya, baru-baru ini.


GENERASI muda khususnya pelajar perlu dididik untuk menghargai air dan menggunakannya secara berhemah kerana bekalannya semakin terhad serta proses penghasilan air bersih melibatkan kos yang tinggi.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam Konsortium ABASS Sdn Bhd, Sazli Mohd. Salleh berkata, pelajar sewajarnya diasuh supaya menyedari tanggungjawab sebagai individu untuk menjaga kebersihan sungai dan diajar cara menjimatkan air.

"Pendedahan awal kepada pelajar sekolah adalah penting kerana generasi muda ini mudah untuk dibentuk dan menerima nasihat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat mengenai kaedah rawatan air minuman kepada 300 pelajar yang melawat Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih di Putrajaya, baru-baru ini.

Sebanyak empat sekolah terlibat pada sesi lawatan tersebut iaitu Sekolah Menengah Teknik Sepang, Selangor; Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Precint 16 (1).

Lawatan turut disertai seramai 23 kanak-kanak dari Rumah Yatim dan Miskin Taman Baiduri, Dengkil serta ahli-ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Perangsang Selangor.

Kata Sazli, pendedahan kepada golongan muda ini amat penting bagi menerangkan kepada mereka tentang kerumitan dalam penghasilan air minuman yang bersih, berkualiti serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Perjanjian Konsesi.

"Pendedahan dan maklumat ini juga penting bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga sumber-sumber air agar ia terpelihara daripada pencemaran supaya mudah untuk dirawat," jelasnya.
Beliau berharap agar pelajar dapat berkongsi pengetahuan dengan sahabat, ahli keluarga atau saudara mara yang tidak berpeluang mengikuti lawatan itu.

Selain sesi taklimat, pelajar turut diberi peluang menyertai kuiz am dan aktiviti berkaitan proses air minuman di situ.

sumber: Utusan Malaysia Online

Sunday, April 10, 2011

Gambar-gambar indah dari National Geographic


sumber : binscorner.com

                                            

Saturday, April 9, 2011

Friday, April 8, 2011

Suasana pagi yang nyaman


Ada lagi yang cantik-cantik di sini.

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Artikel Islam (28) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (25) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari Astro Awani (9) Petikan Akhbar dari BH Online (9) Berita Agama (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Ibadah Haji (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Artis (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Pemimpin Negara (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com