Scroll to top

Thursday, June 30, 2011

Info Syaaban


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Wednesday, June 29, 2011

Empat jutawan Malaysia pemurah


KUALA LUMPUR - Empat rakyat Malaysia iaitu Datuk Vijay Eswaran dari Kumpulan Ql, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya, pengasas IJM Corporation, Koon Yew Yin dan arkitek terkemuka Hijjas Kasturi adalah antara 48 orang yang dinamakan sebagai Wira Dermawan Forbes Asia.
Senarai itu disusun oleh Forbes setiap tahun dengan tujuan memperkenalkan tokoh-tokoh terkemuka di rantau Asia.
Mereka disenaraikan bersama-sama jutawan Asia terkemuka yang lain seperti aktor Jackie Chan dari Hong Kong dan Vivek Oberoi dari India serta arkitek Tadao Ando dari Jepun.
Senarai tahunan itu memperkenalkan dermawan yang belum pernah ditonjolkan oleh Forbes Asiasebelum ini.
Vijay, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Kumpulan QI, terpilih kerana sumbangan meluas bernilai jutaan dolar bagi pelbagai tujuan di seluruh dunia termasuk inisiatif program kesihatan awam, pendidikan dan kebudayaan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Bahasa Melayu Tidak Rosak Tetapi Dirosakkan

Oleh Melati Mohd Ariff

Lebih separuh abad bebas daripada belenggu penjajahan, polemik Bahasa Melayu bagai air laut, sekejap pasang sekejap surut. Terpinggir atau dipinggir? Apakah akan tinggal sekadar bahasa percakapan, bahasa basahan atau bahasa pasar?

Rencana tujuh siri ini merungkai beberapa isu mengenai Bahasa Melayu.

Bahagian ke-4 ini menyentuh pandangan sasterawan dan penyair yang tidak asing lagi, Prof Madya Dr Lim Swee Tin mengenai polemik Bahasa Melayu.

SERDANG, 28 Jun (Bernama) --- "Perlekeh bahasa". Kenyataan yang menjurus khusus kepada anak-anak muda hari ini mungkin keras dan pedas.

Ramai juga yang mungkin sanggup menyingsing lengan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kenyataan yang dibuat.

Realitinya pasang-pasanglah telinga mendengar percakapan serta perbualan sesetengah anak muda serta anak-anak sekolah, malahan termasuk mereka di sekolah rendah.

Tuesday, June 28, 2011

Majlis Forum Isra' Mikraj 1432H/2011M


Tarikh   : 28 Jun 2011 (Selasa)
Masa     :  7.00 Malam - 9.30 Malam
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
 
TAJUK FORUM:  "ISRA' MIKRAJ MENJANA TRANSFORMASI UMMAH”
 
·  Moderator :  Ustaz Khairunnaim bin Ramli
                                  (Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani)
 
· Ahli Panel 1:  Ustaz Hj Hazarudin bin Baharudin
                                   (JAWI)
 
· Ahli Panel 2:  Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi
                                    (Bahagian Dakwah,JAKIM)
 
** Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan masjid

Saturday, June 25, 2011

Perubahan dasar biasiswa perlu kajian lebih mendalam dan inklusif

Saya memandang serius pengumuman yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa biasiswa kerajaan akan dihentikan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM bermula tahun depan. Ini menandakan satu perubahan besar dalam negara yang memerlukan maklumbalas semua pihak termasuklah pakar-pakar dan wakil rakyat pelbagai parti.

Persoalan biasiswa adalah persoalan yang emotif dan rapat dengan semua rakyat, baik masyarakat Melayu/Bumiputra mahupun masyarakat Cina dan India. Masyarakat Melayu/Bumiputra melihat biasiswa sebagai instrumen perlaksanaan Perkara 153 yang termaktub di dalam Perlembagaan, sementara biasiswa pendidikan bagi masyarakat Cina dan India adalah jalan penting ke arah mobiliti sosial. Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah sebati dengan kemudahan biasiswa pendidikan bagi pelajar-pelajar cemerlang dan berpotensi.

Kebelakangan ini, kekangan kewangan akibat keborosan Barisan Nasional menyebabkan Dato’ Seri Najib Tun Razak mendahulukan rakyat untuk dikorbankan. Kos sara hidup rakyat terbanyak dibiarkan naik melambung apabila subsidi bahan api dan makanan dipotong. Kini, kos pendidikan rakyat juga akan naik melambung apabila biasiswa pendidikan akan dihapuskan. Semua ini berlaku sementara tidak ada satu tindakan pun diambil untuk menyekat rasuah, pembaziran dan aliran wang rakyat ke tangan kroni melalui perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti konsesi lebuhraya, penjana bebas elektrik dan lain-lain.

Pun begitu, saya akui bahawa sistem pemberian biasiswa sedia ada perlu dirombak dan ditambahbaik; bukan atas alasan negara kekurangan dana tetapi untuk memastikan negara benar-benar mendapat pulangan terbaik dari pelaburan masa depan ini. Polemik sama ada kita wajar menghantar pelajar-pelajar terbaik ke universiti di seluruh dunia (mutu sesetengah dari universiti luar negara ini lebih rendah dari mutu (IPTA) semata-mata atas dasar pemberian biasiswa perlu diperhalusi.
Kesannya kepada perancangan untuk menambahbaik mutu universiti-universiti tempatan juga perlu diteliti.

Namun, tindakan menghapuskan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM semata-mata kerana kegagalan Barisan Nasional mewujudkan tata kelola yang baik dalam mentadbir kewangan negara adalah satu jalan singkat yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun polisi pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang yang berjaya mendapatkan tempat di universiti ternama di seluruh dunia boleh diterima pada dasarnya, polisi ini akan menimbulkan diskriminasi terhadap pelajar-pelajar luar bandar dan dari keluarga berpendapatan rendah jika ia tidak dirancang dan dilaksanakan dengan baik.

Proses untuk mendapatkan tempat di universiti-universiti ini adalah rumit dan melibatkan pelbagai ujian, termasuklah ujian-ujian yang asing kepada pelajar-pelajar luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah yang hanya mengenali SPM dan sistem pendidikan kebangsaan.

Contohnya, bagi mereka yang ingin memohon ke universiti ternama di Amerika Syarikat, pelajar-pelajar kita perlu cemerlang di dalam beberapa ujian termasuk SAT Reasoning Test dan ujian penguasaan bahasa Inggeris. Bagi mereka yang ingin mendapat tempat di Oxbridge pula, mereka perlu melalui proses temuduga yang rumit dan kadang kala mahal apabila mereka perlu hadir sendiri ke United Kingdom. Ujian-ujian yang asing serta proses temuduga sebegini memerlukan latih tubi dan
penguasaan bahasa Inggeris yang cukup baik; tidak kiralah seberapa pintar dan besarnya potensi pelajar-pelajar dari luar bandar atau keluarga berpendapatan rendah itu.

Dari aspek inilah, saya benar-benar gusar bahawa kesan tidak langsung polisi yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah mewujudkan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap pelajar dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah. Majoriti pelajar-pelajar ini adalah pelajar Melayu/Bumiputra yang akhirnya menimbulkan satu suasana yang mana pelajar-pelajar Melayu/Bumiputra seolah-olah dinafikan biasiswa, walaupun mereka cemerlang secara akademik dan ko-kurikulum.

Oleh itu, beberapa perkara berikut perlu diberikan perhatian serius dengan segera memandangkan masa yang ada adalah terlalu suntuk:

Pertama, pembiayaan kursus persediaan universiti kepada pelajar-pelajar cemerlang pelbagai bangsa, dengan keutamaan kepada pelajar dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah perlu diteruskan. Alasan bahawa ia perlu dihapuskan kerana kekangan kewangan tidak dapat diterima kerana ia berpunca dari sikap semborono UMNO/Barisan Nasional.

Kedua, kursus persediaan universiti yang dibiayai ini mestilah melibatkan institusi-institusi berprestasi tinggi yang mempunyai pengalaman untuk melatih pelajar-pelajar cemerlang (terutamanya dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah) bersedia melalui ujian kemasukan ke universiti-universiti ternama.

Ketiga, kerajaan perlu segera menyediakan lebih banyak institusi-institusi sebegini supaya persediaan pelajar-pelajar cemerlang padan dengan potensi sebenar mereka untuk memasuki universiti ternama seluruh dunia. Saya khuatir jumlah institusi sedia ada adalah tidak mencukupi dan kebanyakannya tidak berpengalaman, kerana selama ini institusi-institusi ini hanya menumpukan perhatian kepada peperiksaan pra-universiti sahaja.

Keputusan yang sebegini besar dan penting sewajarnya tidak diumumkan secara sembunyi kepada pendengar-pendengar radio berbahasa Tionghua sahaja. Ia satu dasar negara yang berkait rapat dengan Perkara 153 dan membawa kesan besar kepada kemajuan negara dan keharmonian kaum.

KEADILAN mendesak supaya kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas melibatkan wakil semua parti dan semua bidang untuk memperhalusi perkara ini sebelum dilaksanakan untuk mengelakkan ada kumpulan-kumpulan tertentu yang ditindas sekiranya dilaksanakan secara tergopoh-gapah.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

sumber: Sinar Harian

Thursday, June 23, 2011

Perubahan dasar pendidikan perlu



SUBANG – Dasar pendidikan mesti berasaskan identiti dan jati diri sesebuah negara bagi menjayakan transformasi pendidikan negara ke arah melahirkan pelajar cemerlang dari pelbagai aspek.

Ahli panel terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Asiah Abu Samah; Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Malaya (UM) Prof Dr Jamil Maah dan Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpendapat pengetua berkualiti akan menghasilkan suasana persekolahan interaktif dan bertindak sebagai pemangkin kejayaan pelajar.

Riduan Tee berkata, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) berhadapan masalah demi masalah tetapi penyelesaian sukar kerana dasar pendidikan berubah-ubah mengikut menteri yang menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran.

“Sebagai contoh, pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sedang dilaksanakan muncul pula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

“Belum pun sesuatu dasar yang digubal terlaksana sepenuhnya, telah wujud dasar baru setelah berlaku pertukaran menteri menyebabkan pelajar dan guru menjadi celaru dan tidak dapat melaksanakan secara drastik,” katanya pada sesi pembentangan forum kepimpinan Holistik menjana Transformasi Kepimpinan Negara sempena persidangan MPSM di sini, semalam.

“Kita terus bermain politik kerana suara ibu bapa lebih didengari walaupun mereka hanya golongan minoriti. Kita perlu bangun dalam mempertahankan sistem KBSR, KBSM dan perlu rujuk pandangan pakar jika kurang faham kerana ianya masih relevan,” katanya.

sumber: Sinar Harian

Terengganu Hantar 12 Lagi Guru Ke AS


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menghantar seramai 12 orang lagi pegawai pendidikan, guru dan pengetua sekolah berasrama penuh ke Amerika Syarikat untuk menjalani kursus dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar anak Terengganu dalam menghadapi peperiksaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata mereka ini merupakan kumpulan keempat untuk menjalani kursus di Connecticut University of America selama enam hari mulai 10 Julai bagi mendalami teknik pembelajaran terbaik untuk pelajar.
Setakat ini seramai 72 orang guru dan pegawai pendidikan dari negeri ini dihantar untuk mengikuti kursus di Amerika Syarikat dan apabila mereka tamat kursus, mereka akan menjadi pelatih kepada guru-guru lain pula, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.
Beliau berkata, program penghantaran guru dan pegawai pendidikan ke negara itu merupakan usaha penambahbaikan kerajaan negeri ke arah mencapai wawasan kerajaan Terengganu untuk menjadikan negeri ini anjung ilmu.
Ahmad turut melahirkan rasa syukur kerana dalam ujian percubaan peringkat kedua Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), menunjukkan sedikit peningkatan pencapaian berbanding tahun lepas.
"Kita harap semasa ujian percubaan di peringkat ketiga UPSR nanti, ia menunjukkan peningkatan yang membolehkan pelajar Terengganu mencapai sasaran untuk memperoleh keputusan tempat pertama peringkat kebangsaan setiap tahun," katanya.BERNAMA

Tuesday, June 21, 2011

KL Gangster Cecah RM10.3 Juta, Yusof Akur Idea Syamsul


Aksi Syamsul dalam KL Gangster sebagai Shark.
PETALING JAYA: Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.
Pengarah Urusan Skop Production dan penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam, akur dengan idea anaknya Syamsul selaku pengarah filem itu walaupun sebelum ini mereka selalu bertelingkah pendapat.
“Saya kena akur bahawa Syamsul lebih memahami selera penonton hari ini. Saya sudah berusia 57 tahun dan idea saya mungkin agak lama kerana memikirkan filem yang hanya boleh melepasi Lembaga Penapis Filem.

Sunday, June 19, 2011

Cuepacs Minta Penjawat Awam Dinaikkan Pangkat Selepas Berkursus


ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut agar di bawah Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (Prospek), penjawat awam terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu berlaku kekosongan jawatan.
"Kita membantah jika kenaikan pangkat hanya diberi apabila terdapat kekosongan jawatan kerana objektif Prospek tidak tercapai. Apabila pulang dari berkursus mereka hendaklah dinaikkan pangkat," kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata Cuepacs juga menuntut agar pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan.
"Dulu masa ada PTK (Penilaian Tahap Kecekapan), kita ada aras melintang dan menegak tapi dalam Prospek konsep melintang dan menegak tiada. Jadi kita mahu ia digantikan dengan tiga kenaikan, baru ada perubahan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pegawai-Pegawai Risda Kedah di sini Ahad.
Beliau berkata Cuepacs telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara berhubung Prospek.
Katanya terdapat beberapa perkara yang tidak disentuh dan perlu dimasukkan dalam Prospek supaya terdapat perubahan lebih baik berbanding PTK.
"Antara permintaan lain Cuepacs ialah pelantikan panel berwibawa bagi membuat penilaian terhadap penjawat awam selain dua pegawai mewakili kesatuan sekerja supaya penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama," katanya.
Omar juga berkata Cuepacs tegas dengan tuntutannya mengenai penyelarasan elaun sara hidup kepada RM300 untuk semua penjawat awam dan imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM350 dari RM180.- BERNAMA

    Kewajipan Majikan


    Hadith:
    DARIPADA Khaitamah r.a katanya : Kami sedang duduk bersama-sama Abdullah bin Umara r.a. Tiba-tiba datang seorang ketua pelayan, maka Ibnu Umar berkata : Adakah engkau telah memberikan makanan kepada hamba sahaya? "Pelayan itu menjawab: Tidak." Ibnu Umar berkata : Pergilah dan berikanlah kepada mereka. Dan beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda : Cukuplah seseorang itu berdosa, ia menahan makanan terhadap orang yang di bawah kuasanya."
    Riwayat Muslim
    Huraian Hadith:
    Dalam pengurusan Islam, berlaku adil dalam semua aspek kehidupan sangat dituntut. Maka Islam mengajar umatnya menghormati manusia, walaupun berlainan fahaman dan anutan.
    Justeru pekerja dan majikan adalah selamanya terikat dengan aqad (kontrak) yang antara lain menghendaki pekerja menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kesungguhan lagi amanah, sementara majikan pula berkewajipan melayani atau mengambil peduli para pekerjanya dengan baik, ihsan dan adil.
    Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Guru Sandaran Tidak Terlatih Akan Diberi Latihan -Kata Muhyiddin

    BEAUFORT, 18 Jun (Bernama) -- Kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diberi peluang mengikuti kursus perguruan selama 18 bulan di institusi perguruan di seluruh negara dalam tempoh terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Timbalan Perdana Menteri berkata berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud untuk mengatur dan mengurus perkara itu.

    "Terdapat sedikit kelewatan untuk menyerapkan mereka kerana masalah teknikal yang mana mereka perlu mengikuti kursus di institusi perguruan untuk membolehkan mereka diserapkan sebagai guru tetap.

    "Saya harap proses ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di sini.

    Beliau berkata proses ini akan mengambil masa kerana jumlahnya agak besar, dan ini termasuk lebih 500 guru sandaran di Sabah.

    Muhyiddin berharap guru GSTT yang berminat untuk menjadi guru, mengambil peluang dari proses latihan dan penyerapan yang dijalankan oleh kementerian itu.

    -- BERNAMA

    Saturday, June 18, 2011

    Shell peruntuk RM1j jayakan program keselamatan jalan raya




    SEREMBAN: Shell Malaysia (Shell) ternyata tidak jemu berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan golongan muda di negara ini supaya berdisiplin di jalan raya apabila program kempen keselamatan jalan raya anjuran syarikat itu sudah memasuki tahun ke-54.
    Syarikat memperuntukkan RM1 juta bagi melaksanakan program keselamatan jalan raya yang menjadikan golongan muda sebagai sasaran.

    Pengarah Urusan Shell Refining Company Bhd, Rozano Saad berkata, setiap wang yang dilaburkan untuk kempen itu bagi memberi pengetahuan berkaitan keselamatan jalan raya.

    Beliau berkata, langkah itu dilihat mampu meningkatkan rasa waspada pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan.

    “Kempen yang dijayakan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), polis dan beberapa pihak lain ini berjaya mendidik lebih sejuta golongan muda. Ia adalah pelaburan jangka panjang Shell kerana ilmu dalam kempen keselamatan jalan raya boleh mendidik pengguna jalan raya supaya menghargai kehidupan mereka,” katanya pada majlis penutup Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah-Sekolah peringkat negeri di Taman Tasik Seremban, di sini, baru-baru ini.

    sumber: myMetro

    Guru perlu ada ilmu psikologi


    Oleh Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Norzali
    rencana@hmetro.com.my


    PERKARA BIASA...budaya berkasih antara satu lagi masalah disiplin pelajar yang kian membimbangkan.

    RESAH masyarakat terhadap masalah disiplin pelajar cukup berasas apatah lagi pelbagai insiden luar jangkaan mampu disumbangkan mereka meskipun umur hanya setahun jagung.

    Peningkatan kadar jenayah atau disiplin ini bukan saja membimbangkan institusi persekolahan malah masyarakat turut keliru serta tercari-cari apakah mekanisme terbaik boleh diguna pakai bagi menanganinya.





    PERLU DIHUKUM...pelajar yang melanggar disiplin perlu diberi peringatan keras supaya tidak mengulangi kesilapan yang merugikan diri sendiri.


    PERINGATAN...pelbagai kempen sudah dijalankan pelbagai pihak untuk menimbulkan kesedaran pelajar.


    MASA DEPAN...daripada terbabit masalah disiplin, lebih baik pelajar memikirkan masa depan supaya mampu menjadi insan berguna.


    BIMBINGAN...pelajar sentiasa memerlukan bimbingan dan suntikan motivasi yang boleh menjana kecemerlangan diri.

    Thursday, June 16, 2011

    Tip Untuk Pengendali Laman Web

    Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri berkata, pihaknya menyediakan tip dan amalan-amalan terbaik untuk melindungi laman web daripada serangan penggodam.Menurutnya, antara tip berkenaan termasuk:
    (1) Apakah yang anda perlu tahu mengenai pencacatan laman web?http://www.mycert.org.my/en/resources/incident_handling/main/main/detail/756/index.html
    (2) Langkah-langkah untuk pulih daripada pencerobohan sistem UNIX atau NT:http://www.auscert.org.au/render.html?it=1974&cid=1920
    (3) Senarai semakan pengesanan pencerobohan: http://zeltser.com/log-management/security-incident-log-review-checklist.pdf 
    (4)Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan SQL Injections:http://www.mycert.org.my/en/resources/web_security/main/main/detail/573/index.html
    (5) Bagaimana untuk melindungi SQL Injection dalam ASP.NET?http://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms998271.aspxModSecurity atau http://www.modsecurity.org/ 
    Sehingga awal pagi Khamis, sebanyak 51 laman web .gov.my digodam menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
    Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.
    Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam tadi tetapi gagal.
    Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.
    Sementara itu, Husin berkata, sekiranya laman web dirosakkan atau mendapati ia berdepan dengan serangan penggodam, hubungi Cyber999 menerusi saluran e-mel di cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my atau talian 1-300-88-2999 yang dipantau pada waktu kerja iaitu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang; atau faks 603 89453442, telefon bimbit +60 19 2665850 yang boleh dihubungi sepanjang masa; khidmat pesanan ringkas dengan menaip CYBER999 REPORT ke 15888," katanya.
    CyberSecurity boleh diakses melalui laman web http://www.mycert.org.my.
    sumber: mStar Online

    Tuesday, June 14, 2011

    Kerajaan bentang bajet tambahan RM13 bilion di Dewan Rakyat

    KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) bagi memohon peruntukan tambahan berjumlah RM13 bilion sebagai peruntukan mengurus tambahan pertama tahun ini.

    Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin mengemukakan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

    Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah daripada kira-kira RM163 bilion, yang diluluskan tahun lalu kepada RM176 bilion.

    Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu.

    Peruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum untuk tahun ini (RM5.6 bilion), menampung pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi penggunaan RM20 dan ke bawah (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan kemahiran di seluruh negara (RM100 juta).

    Menampung dana jaminan untuk pembeli rumah kali pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku (RM100 juta) dan menampung kos program latihan dan kemahiran untuk Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi melatih graduan dalam bidang ICT (RM50 juta).

    Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

    Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen.- Bernama

    50 Bangunan Ranap Bila Gempa Bumi Sekali lagi Landa Christchurch




    CHRISTCHURCH: Beberapa siri gempa bumi dengan yang paling besar bermagnitut 6.0 skala richter telah melanda bandar ini untuk kali yang kedua selepas Februari lalu dan kali ini 50 buah bangunan dilaporkan ranap menyembah bumi.
    Pihak berkuasa mengesahkan bekalan air serta elektrik turut terputus pada sebahagian besar bandar ini.
    Pada kejadian Februari lalu, bandar ini telah dilanda gempa dengan kekuatan 6.3 skala richter dengan 181 orang disahkan terbunuh.
    Datuk Bandar, Bob Parker mengakui bahawa bandar ini sekali lagi berada dalam situasi darurat.
    Christchurch adalah bandar kedua terbesar di New Zealand.
    Pengarah Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan, David Coetzee bagaimanapun menegaskan bahawa setakat ini masih belum ada laporan yang dibuat mengenai kematian akibat bencana ini.
    Namun begitu 10 orang disahkan tercedera.
    Kali ini kawasan yang paling teruk mengalami kerosakan ialah pusat bandar yang dikenali sebagai zon merah yang sebelum ini diletakkan sebagai kawasan dilarang masuk oleh pihak berkuasa bandar.
    Pengurus Pihak Berkuasa Pemulihan Gempa Bumi Christchurch, Warwick Isaacs berkata, ketika kejadian dia masih berada di kawasan zon merah dan menyaksikan sekurang-kurangnya 50 buah bangunan yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai tidak layak diduduki telah ranap sama sekali.
    Di pinggir bandar ini, bangunan bersejarah Timeball Station yang berusia 134 tahun dan berfungsi memberi indikasi waktu kepada kapal-kapal yang hendak berlabuh di pelabuhan Lyttelton turut musnah.
    Sebanyak 54,000 kediaman telah disahkan terputus bekalan elektrik dan begitu juga dengan bekalan air.
    Jabatan Geologikal Amerika Syarikat mencatatkan gempa bumi sedalam sembilan kilometer dan pusat gempa dicatatkan berlaku 14 kilometer dari pusat bandar ini.
    Ia berlaku pada tepat jam 2.20 petang.
    Keseluruhannya sebanyak 20 gempa susulan dicatatkan berlaku di seluruh bandar ini dengan yang paling besar berukuran 5.2 skala richter.
    Semua sekolah diarahkan tutup sehingga satu notis baru dikeluarkan.
    Perdana Menteri, John Key memberi jaminan bahawa kerajaan pusat berazam untuk membina semula mana-mana bahagian yang masih selamat untuk dibangunkan dengan jumlah kos yang kini telah dibelanjakan telah pun mencecah NZ$15 bilion (AS$12.3 bilion) sejak Februari lalu.
    Yang paling menakjubkan ialah gempa bumi ini berlaku hanya beberapa jam selepas pembukaan satu inkues untuk mengenalpasti mengapakah sebuah blok pejabat runtuh dalam kejadian gempa Februari lalu mengorbankan lebih 100 orang mangsa termasuk 65 pelajar asing. Bangunan tersebut dikatakan sepatutnya selamat gempa.
    sumber: mStar Online

    Monday, June 13, 2011

    Lipas mungkin punca asma di kalangan kanak-kanak



    NEW YORK: Lipas dikenal pasti sebagai kemungkinan punca peningkatan kadar asma di kalangan kanak-kanak Bandaraya New York. 

    Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus.
    Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu.

    Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protin lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu. 

    Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. - Reuters

    sumber: Berita Harian Online

    Saturday, June 4, 2011

    Watak 'hantu' dalam filem Melayu dianggap keterlaluan


    Laporan Khas: Penonjolan watak 'hantu' dalam filem Melayu dianggap keterlaluan
    Oleh Ridzuan Yop dan Azrul Affandi
    rencanabh@bharian.com.my, bhnews@bharian.com.my
    2011/06/04

    TOYOL antara watak popular yang digambarkan dalam filem seram Melayu.
    TOYOL antara watak popular yang digambarkan dalam filem seram Melayu.
    Gambaran berlebihan makhluk halus beri impak negatif

    Siri akhir
    “MAKHLUK halus itu boleh melihat kamu dan kamu tidak boleh melihat mereka.” - Sepotong ayat al-Quran ini jelas mengatakan mengenai kewujudan makhluk halus tetapi ada batasan antaranya dengan manusia. Ia seakan-akan menceritakan betapa dunia ini dikongsi bersama pelbagai makhluk lain tetapi dalam bentuk berbeza dan tidak dizahirkan semuanya.


    Ayat ini dilafazkan seorang pengamal perubatan terkenal yang juga pengasas Darussyifa’, Datuk Dr Haron Din, merujuk kepada petikan ayat al-Quran bagi memberi gambaran sebenar bahawa makhluk halus tidak boleh dilihat secara nyata tetapi boleh menampakkan dirinya menyerupai makhluk zahir lain seperti manusia dan haiwan.

    Labels

    Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

    Blog Archive

    www.e-referrer.com