Scroll to top

Thursday, May 26, 2011

Hina Islam: Abim gesa tindakan tegas



Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mahu tindakan tegas diambil ke atas blog dan laman Facebook yang menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara' kerana jelas menghina imej serta kesucian agama Islam.

abimSetiausaha agungnya Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, bahan-bahan yang dimuatkan itu menggambarkan niat jahat dan berbentuk provokasi.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah membuat laporan polis di balai Dang Wangi.

Selain tulisan yang mencaci agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, turut disiarkan dalam blog berkenaan adalah beberapa gambar palsu yang menghina Kaabah yang ditampal dengan gambar binatang, jerung dan juga penyanyi barat yang berpakaian seksi.

Sehubungan itu, Abim juga kata Mohamad Raimi, Abim mahu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden berkenaan.

“Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap penulis itu dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” katanya.

Sembilan lagi sekolah diiktiraf sebagai SBT: Muhyiddin

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan sebanyak sembilan buah sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Dua bagi Kumpulan Kedua, menjadikan jumlah SBT pada tahun ini sebanyak 32.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi diberikan status SBT tahun ini ialah 50 buah sekolah.

"Ia dicapai melalui program handholding atau bimbingan kepada sekolah-sekolah yang berpotensi, yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan masing-masing untuk mencapai status SBT," katanya pada majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Sebanyak 20 buah sekolah telah diumum sebagai SBT Kohort Pertama pada tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah SPT setakat ini 52 buah di seluruh negara.

Muhyiddin berkata, sembilan sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban; Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu; Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak.

Selain itu, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor dan Sekolah Menengah Agama Naim LilBanat, Kota Baharu.

Bagi kategori sekolah rendah, pengiktirafan SBT diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sibu.

Muhyiddin berkata, terdapat SBT yang dilawati oleh negara luar seperti Singapura, Thailand, China, Jepun dan Finland bagi tujuan penandaarasan.

Katanya, ini membuktikan bahawa sekolah ini telah berjaya menarik minat negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi tujuan peningkatan pencapaian secara keseluruhan.

Beliau berkata, pengiktirafan SBT tertakluk kepada satu set KPI merangkumi bidang akademik (50 peratus), kokurikulum (30 peratus), Jaringan dan Jalinan (10 peratus) dan Etos & Watak Sekolah (10 peratus). - Bernama

Saturday, May 21, 2011

Guru Sarawak pula luahkan kekecewaan dipinggirkan

Golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani BinaPresiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu.

Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru.

"Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya.

Ghani juga meminta kerajaan merekut sekurang-kurang 70 peratus penduduk tempatan sebagai guru di Sabah dan Sarawak dengan majoriti daripada kawasan luar bandar.

Pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat bagi warga pendidik berkuat kuasa 1 Jan depan.

NONELima kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Bagaimanapun, beberapa warga pendidik khususnya dalam kumpulan rendah mendakwa mereka tercicir daripada kaedah baru kenaikan pangkat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, telah meminta kumpulan itu supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

- Bernama

Guru 'tercicir' diminta sabar

Oleh OPAT RATTANACHOT dan JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


BALING 20 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan sentiasa peka dengan nasib golongan guru terbabit dan percaya kajian mengenainya sedang dilakukan.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah minta mereka sabar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu mempunyai pertimbangan sendiri berhubung pengumuman kaedah kenaikan pangkat guru baru-baru ini.

"Lagi pun pelaksanaan kaedah baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Maknanya, sementara menunggu tempoh tersebut, mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan.

"Saya tidak katakan perkara ini selesai, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh katakan perkara ini akan terus dibincangkan bersama Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik bernilai RM4.3 juta di Batu 42, Pulai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keluhan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai nasib guru termasuk 400,000 guru sekolah biasa yang tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa setiap pertimbangan yang dilakukan kerajaan perlu mengambil kira keupayaan ekonomi negara.

"Sekarang kita nak berjimat bagi mengurangkan defisit. Kalau buat keputusan harus kira keupayaan kerajaan untuk tampung kos tambahan kenaikan sama ada gaji atau elaun," jelasnya.

sumber: Utusan Malaysia Online

Friday, May 20, 2011

Menjaga Rahsia Rumahtangga

Hadith:

RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu."

Riwayat Ahmad

Huraian Hadith:

1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.

2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: "Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, May 19, 2011

Hakis, kikis, lenyap

MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.
MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.


Negara perlu persediaan awal tangani paras air laut meningkat

KUALA LUMPUR: Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.
Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, ada bukti kukuh paras air laut dunia meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini akibat dua punca utama, iaitu pengembangan air laut daripada faktor haba serta kecairan bungkah ais.

Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar, bertajuk ‘Vulnerability Assestment of Coastal Zones Using Geospatial Technologies’ yang diperoleh dari internet, turut memetik laporan IPCC 2001 yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter (sm) air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut 

Wednesday, May 18, 2011

Kompleks pentadbiran Islam bernilai RM500 juta akan dibina di Putrajaya

PUTRAJAYA: Sebuah kompleks pentadbiran Islam bernilai RM500 juta akan dibina di sini bagi menempatkan kesemua 13 agensi kerajaan berkaitan pentadbiran Islam di bawah satu bumbung. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kini kedudukan agensi terbabit agak berselerak di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Putrajaya menyebabkan kemampuan untuk menggerakkan aktiviti secara bersama tidak dapat dilaksanakan.


"Ada sektor tertentu, bahagian dan sel yang akan kekal berada di tempat yang lama tapi ada sektor yang akan berpindah ke sini terutama kumpulan pentadbiran atasan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan khas bernilai RM1 juta kepada 26 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini hari ini.


Jamil Khir berkata, projek itu sudah pun mendapatkan kelulusan Kabinet di mana kompleks yang terdiri daripada empat blok itu akan dibina dengan dana daripada Tabung Haji. 

"Sebuah kawasan berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini dibeli untuk tujuan pembinaan itu dan proses pembinaan akan dimulakan tahun ini," katanya. 

Mengenai sumbangan khas yang pertama kali diadakan itu, Jamil Khir berkata, sumbangan itu diberikan bagi membantu NGO berkenaan dalam memperluaskan aktiviti dan program keagamaan mereka dalam bidang khusus masing-masing, selain untuk merapatkan hubungan erat antara kerajaan dan kumpulan berkenaan. 

Beliau berkata, peruntukan itu dibahagikan berdasarkan aktiviti, jumlah ahli dan program yang dilaksanakan dan bantuan itu diharap dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang. 
Antara yang menerima sumbangan terbabit ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Pertubuhan Cina Islam Sabah (PCIS), Perhimpunan Belia Islam Sedunia (WAWY), Persatuan Pengasih Malaysia, Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Orang Pekak Malaysia, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Pertubuhan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) dan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima).



 - BERNAMA

Bandar 'hilang'

Foto

Paras air laut meningkat akibat pemanasan global ancam 7 kawasan di Malaysia

JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut 

Tuesday, May 17, 2011

Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

KUCHING 16 Mei - Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

"Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan," katanya.

sumber: Utusan Malaysia Online

Monday, May 16, 2011

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat: PM

2011/05/16

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru. 

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.


Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.


Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang. 

Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru. 

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya. 

Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya. 
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya. 

"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya. 

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan. 

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. 

Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. 

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru. 

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan. 

"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya. 

Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan. 

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA 

NUTP syor perkenal skim khas beli buku

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my
2011/05/16

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Pelajaran memperkenal skim khas untuk guru membeli buku bagi menggalakkan budaya ilmiah dalam kalangan warga pendidik seluruh negara.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata menerusi skim itu, guru dibenarkan membuat tuntutan buku di sekolah masing-masing bagi memudah dan mempercepat urusan bayaran semula.

“NUTP mahu guru sentiasa mengemas kini pengetahuan dalam bidang masing-masing atau memperluas ilmu mereka dalam bidang lain.

“Skim ini juga membolehkan guru membeli buku fiksyen seperti novel dalam bahasa Melayu atau Inggeris berdasarkan minat mereka,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Adnan berkata, skim buku guru itu juga boleh meningkatkan pengetahuan guru selain merancakkan industri buku tempatan.

Beliau berkata, dengan lebih 400,000 guru di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran sekarang, jika mereka dibenarkan membuat tuntutan RM500 saja setahun, dana RM20 juta akan berlegar dalam industri buku negara ini.
“Dengan itu, proses jualan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau penerbit lain lebih rancak sama ada di bandar atau luar bandar.

“Ini secara tidak langsung menggerakkan ekonomi luar bandar terutama di kedai kecil menerusi jualan bahan bacaan.

“Skim ini memberi keadaan menang-menang kepada guru dan juga kerajaan kerana kita dapat melahirkan guru yang sentiasa mengemaskinikan ilmu mereka” katanya yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai, Manjung, Perak.

sumber: Berita Harian Online

Sunday, May 15, 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA “ GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kerana sekali lagi dapat kita menyambut Hari Guru yang telah mula diraikan semenjak tahun 1972. Betapa mulia darjat guru sehingga 16 Mei setiap tahun dikhususkan sebagai hari menterjemah rasa penghormatan yang amat tinggi kepada tuan-puan warga pendidik sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua warga guru atas jasa bakti yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

Saturday, May 14, 2011

Kementerian Pelajaran kaji kelas tambahan bahasa Inggeris

2011/05/14

KUANTAN: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

"Saya akan teliti perkembangan itu dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut maka kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelbagai usaha dilakukan ketika ini termasuk mewujudkan program pembelajaran dengan menyediakan kurikulum, guru terlatih dan makmal bagi melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa itu tercapai.

Beliau berkata, kementerian juga menempatkan 10,000 guru bahasa Inggeris di sekolah supaya sistem pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

Mengulas kedudukan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Muhyiddin berkata, pihaknya masih belum mendapat kata putus daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan berhubung kedudukan mereka.

Katanya, ketika ini, kekosongan yang ditinggalkan GSTT akan diisi oleh kemasukan guru terlatih dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran. - BERNAMA

Wednesday, May 11, 2011

Penawar khusus dalam ayat suci




“SERATUS peratus menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Perubatan ini tidak menggunakan sebarang perantara seperti jin, syaitan, makhluk halus atau khadam,” tegas lelaki berwajah serius di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu Gombak, Selangor itu.
Namun, dia tenang dan mesra menerangkan konsep rawatan di premis yang dipenuhi orang ramai tersebut. Dalam pemerhatian Kosmo!, orang yang datang ke tempat itu sedang sabar menunggu giliran bertemu ahli terapi di pusat itu bagi sesi rawatan dan perubatan masing-masing.

Jauhi Perbuatan Syirik

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.
Huraian Hadith: 
i) Antara unsur syirik yang sering berlegar dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini ialah keramat, perdukunan dan bertenung nasib.
ii) Bagi seseorang dukun dan tukang ramal kebiasaannya mereka mengaku tahu tentang perkara-perkara yang tersembunyi atau bersifat ghaib sehingga banyak memberitahu tentang kejadian masa lalu kepada orang yang datang kepadanya menerusi jampinya. Sedangkan hal yang diperkatakan itu berada dalam persangkaan dan ramalan yang samar atau sekadar meneka semata-mata di mana menaruh kepercayaan seratus peratus padanya hukumnya adalah berdosa besar di sisi Islam.
iii) Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita wajib percaya sepenuhnya terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam yang menuntut agar tidak meletakkan sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung sebaliknya hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan yang mendatang.

sumber : JAKIM

Tuesday, May 10, 2011

MBSB sumbang RM30,000 jayakan Hari Guru




KUALA LUMPUR 9 Mei - Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menyumbang RM30,000 untuk menjaya dan memeriahkan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching Sarawak dari 13 hingga 16 Mei ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM20,000 adalah untuk penganjuran Festival Hari Guru oleh Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran manakala RM10,000 lagi disalurkan kepada Tabung Perayaan Hari Guru.

Replika cek tajaan untuk Festival Hari Guru diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman kepada Penolong Pengarang PendidikanUtusan Malaysia, Azmy Mohamed di Wisma MBSB di sini hari ini.

Ahmad Zaini berkata, MBSB sangat menghargai jasa guru dan sumbangan itu diharap dapat memeriahkan pelbagai aktiviti sepanjang sambutan tersebut.

Beliau turut berharap orang ramai dapat mengunjungi gerai pameran MBSB untuk mengetahui produk terkini yang ditawarkan seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan dan Ekspres Tunai SME serta pelbagai lagi tawaran menarik.

"Sokongan dan penglibatan orang ramai diharap dapat memeriahkan lagi perjalanan festival yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik," jelas beliau.

MBSB diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 17 Mac 1970 sebelum disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur pada 14 Mac 1972 dan Institusi Berjadual seperti yang didefinisi di bawah Akta Institusi Kewangan dan Perbankan 1989.

Status Syarikat Kewangan Berkecuali diberikan pada MBSB pada 1 Mac 1972 oleh Kementerian Kewangan dan status itu kekal sehingga sekarang dan membolehkan MBSB untuk menjalankan perniagaannya tanpa lesen.

AHMAD Zaini Othman (dua dari kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM20,000 kepada Azmy Mohamed pada majlis penyerahan cek bagi penajaan untuk Karnival Hari Guru 2011 di Wisma MBSB, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

Maklumat lanjut mengenai MBSB boleh didapati di www.mbsb.com.my.

Lebih 5,000 calon hadir temu duga guru

SANDAKAN 9 Mei - Seramai 5,520 orang telah menghadiri temu duga terbuka proses pengambilan guru pedalaman di tujuh pusat di seluruh negeri ini yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementeriannya amat komited untuk memenuhi kuota masing-masing 30 peratus guru bagi Sabah dan Sarawak, bakinya 40 peratus lagi bagi Semenanjung Malaysia.

"Pendekatan kementerian ialah bagi memastikan penempatan guru-guru di kawasan pedalaman mesti dipilih daripada kalangan penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gum-Gum di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris dan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Tambah Mohd. Puad, jumlah kehadiran itu amat memberangsangkan, malah terdapat juga pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut memohon.

Katanya, dalam temu duga itu, kementerian telah melonggarkan sedikit syarat minimum iaitu mana-mana calon yang hanya mendapat keputusan enam lulus dengan kepujian boleh diterima dengan syarat mereka lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

"Apa yang penting mereka merupakan anak tempatan dan berasal daripada keluarga miskin. Melalui proses ini, calon tidak lagi perlu membuat permohonan melalui Internet memandangkan kawasan pedalaman tidak mempunyai akses kepada kemudahan itu.

"Dengan adanya temu duga terbuka ini, calon-calon berkenaan hanya perlu membawa sijil mereka untuk hadir temuduga," katanya.

Hari ini, Mohd. Puad menyaksikan sendiri proses temu duga di SMK Telupid yang dihadiri oleh 850 calon. Antara pusat lain ialah di SMK Kudat 2, Semporna, Pulau Banggi dan Nabawan.

sumber: Utusan Malaysia Online

Masih ramai liat daftar mengundi

Sekadar gambar hiasan. (imej dari google)

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

KELIHATAN letih sungguh beberapa kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kaunter pendaftaran pengundi baru semasa program 'Jom Heboh' di Kuantan baru-baru ini.

Bukan kerana letih apa tetapi kerana penat memanggil orang yang lalu-lalang di depan kaunter tersebut. Kalau tidak dipanggil untuk mendaftar, alamatnya tidak singgahlah. Maka tidak terisilah borang pendaftaran.

Tetapi kalau singgah pun, perasaannya separuh hati sahaja - hanya bertujuan untuk mengisi. Soal akan keluar mengundi, 100 peratus belum pasti lagi.

Itulah senario yang boleh disaksikan di kaunter pendaftaran pengundi baru di Kuantan. Ia diceritakan oleh seorang pegawai SPR kepada Utusan Malaysia sambil menyifatkan sebagai pemandangan biasa buat anak-anak muda negara ini. Apatah lagi dari kalangan kaum Melayu yang berusia 21 tahun ke atas.

Orang jenis ini jika diperhatikan dari segi keinginan untuk mendaftar pun disebabkan 'dipaksa', inikan pula dijamin untuk turun menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Yang memang pasti juga, dalam hatinya tidak ada perasaan kepentingan membuang undi untuk menentukan pucuk pimpinan negara.

Hakikatnya dalam siri PRU di negara ini, peratusan keluar mengundi rakyat negara ini tidak pernah melepasi 80 peratus. Perhatikan, pada PRU 1995 dan 1999 mencatat 71 peratus, 2004 (73.5 peratus) dan 2008 (76 peratus).

Malah dari segi angka, daripada 10.7 juta pengundi berdaftar pada PRU 2008, hanya 8.1 juta orang yang keluar mengundi. Ini bermakna lebih ramai pengundi tidak berkualiti (ada hak berbuat demikian tetapi tidak ditunaikan).

Realitinya, peranan media di negara ini seakan-akan tidak berfungsi untuk menyedarkan golongan muda tentang peranan dan tanggungjawab mereka untuk bukan sahaja mendaftar tetapi keluar mengundi.

Perhatikan tulisan-tulisan di dalam Harakah, Suara Keadilan, Roket dan blog-blog yang 'tumbuh bagai cendawan selepas hujan'. Tidak ada satu pun ke arah untuk memupuk kesedaran mengundi di kalangan rakyat.

Berita-berita yang terkandung dalam Harakah, tidak ada satu pun yang memuatkan laporan yang positif tentang usaha dan program transformasi kerajaan. Inikan pula menyumbang kepada percambahan minda dari segi pengetahuan kepentingan mengundi.

Rekod SPR menunjukkan peratus terbesar yang belum mendaftar sebagai pengundi mencecah 4.3 juta orang saat ini adalah orang Melayu.

Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) daripada parti politik dikatakan penyumbang utama kepada pendaftaran pengundi baru. Daripada 223,304 orang yang berjaya didaftarkan oleh SPR pada Mac lalu, sejumlah 115,989 orang datangnya daripada komitmen PPP parti politik.

Dan parti UMNO dan DAP adalah yang paling aktif membantu SPR mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun. Ia dilakukan sejak PRU 12 lalu.

Berdasarkan statistik pada Mei tahun lepas sahaja, DAP mendaftarkan sejumlah 14,000 orang manakala UMNO cuma 7,000. Namun pada Mac lepas, ia diatasi oleh UMNO.

Tentu sahaja kaedah memujuk, menjelaskan serta tarikan tertentu digunakan oleh PPP ini sehingga membolehkan nama pemilih baru berjaya dimasukkan dalam senarai.

Malah kelibat PPP daripada UMNO dan DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Maka tidak hairanlah mengapa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membangkitkan dalam Taklimat Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 bahawa tidak ada maknanya menjadi ahli UMNO, jika nama mereka tidak ada dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya. UMNO kini mempunyai ahli mencecah 3.5 juta orang.

Ketika ini bukan UMNO sahaja menyusun strategi untuk menang PRU ke-13. Semua parti politik turut ke arah matlamat sama.

Pas tempoh hari meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi PRU tersebut. Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru. Malah, pucuk pimpinan parti itu bimbang dengan potensi mereka di Selangor dan Kedah yang dianggap berada di 'ambang keruntuhan' jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar. Pas menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi muda.

Demikian juga dengan DAP, PKR dan parti-parti lain juga semakin berkobar-kobar semangat untuk menafikan mandat yang diraih BN sejak sekian lama.

Pada tahun lepas juga, walaupun jumlah penolong pendaftar mewakili parti pembangkang jauh lebih sedikit berbanding parti komponen BN di Sarawak, namun pembangkang yang terdiri daripada DAP , PKR dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mengatasi parti komponen BN dalam mendaftar pengundi baru sejak Januari hingga Julai.

Buat semua parti termasuk parti-parti komponen BN serta ahli UMNO gunakanlah apa sahaja medium untuk pencapaian matlamat mendaftarkan pengundi. Ini termasuk melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Dilaporkan rakyat Malaysia adalah pengguna utama bagi rangkaian laman sosial di dunia. Rakyat negara ini mempunyai paling ramai rakan dalam laman sosial. Secara puratanya mereka mempunyai kira-kira 233 rakan digital. Malah pada masa sama didapati mereka menghabiskan kira-kira sembilan jam setiap minggu melayari laman sosial.

Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih terutama pemilih baru,

Renung-renungkanlah.

sumber: Utusan Malaysia Online

Monday, May 9, 2011

Pelarasan Gaji: Cuepacs Akur Kekangan Kewangan Kerajaan

KOTA BARU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pada masa yang sama kerajaan perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian kerana kepentingan kakitangan berjawatan rendah yang terpaksa membuat kerja sampingan.
"Apa pun kita (Cuepacs) akur dengan kekangan kewangan kerajaan tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat dan membantu kakitangan yang berjawatan rendah ini untuk mereka meneruskan kehidupan.
"Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi," katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di sini, Ahad.
Perasmian seminar itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Omar berkata, Cuepacs sememangnya tidak bersetuju dengan langkah penjawat awam yang mahu membuat kerja sampingan kerana khuatir mereka hilang tumpuan ketika melakukan pekerjaan hakiki itu.
"Cuepacs memang tidak bersetuju mereka mahu membuat kerja luar ini kerana bimbang kerja hakiki mereka akan diabaikan tetapi pada masa yang sama juga kita simpati mereka terpaksa membuat kerja luar ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata penjawat awam perlu membuktikan komitmen mereka dalam membantu transformasi kerajaan sebelum memikirkan soal pelarasan dan kenaikan gaji itu.
Sementara itu, beliau berkata pertemuan ketiga antara kongres itu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak lama lagi akan memuktamadkan sistem kompetensi baru bagi menggantikan PTK yang dijadual dilaksana pada Julai ini.
"Sekarang sudah 90 peratus selesai dan Cuepacs berpuas hati dengan kerjasama JPA ini dan yakin sistem baru itu nanti benar-benar dapat melahirkan pekerja yang dapat membangunkan negara menjadi sebuah negara maju.
"Selama lapan tahun kita tidak berpuas hati dengan PTK itu tetapi kini kita yakin semua penjawat awam yang ada akan berpuas hati dengan pelaksanaan sistem baru itu nanti," katanya.
Omar berkata antara kaedah sistem itu nanti, semua penjawat awam perlu menghadiri kursus dan mereka kemudiannya akan dinilai untuk proses kenaikan pangkat dan sebagainya. BERNAMA

Saturday, May 7, 2011

Mel (Wings) Selesa Jadi Pendakwah

Aksi Mel dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu.
"Selepas meninggalkan dunia nyanyian, saya selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat.
"Selain itu, saya juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial," kata bapa kepada penyanyi remaja Ikhwal ini.
Mengulas tentang kemunculannya dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya baru-baru ini, Mel berkata:
"Saya menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana saya pernah bersama Wings satu waktu dulu.
"Namun, ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Saya selesa dengan kehidupan sekarang."
Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat.
Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu(1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan.
sumber : mStar Online

Thursday, May 5, 2011

RM900 Permulaan Baik, RM1,200 Paling Relevan

SEJAK lebih sedekad lalu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengemukakan cadangan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan sebagai jaminan kepada kesejahteraan pekerja di negara ini.
Bagaimanapun tuntutan yang dibuat pada tahun 2000 itu agar kerajaan menggubal Dasar Gaji Minimum masih belum lagi dilaksanakan secara praktikal.
Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, gaji minimum RM900 dicadangkan selepas mengambil kira kos sara hidup pada ketika itu.
“Sama ada RM900 sebulan yang dicadangkan pada tahun 2000 itu masih lagi relevan berbanding dengan keadaan sekarang, ia perlu difikirkan sewajarnya.
“Jika kerajaan bersetuju untuk menjadikan RM900 sebagai gaji minimum, ia disifatkan sebagai satu permulaan yang positif bagi kakitangan swasta,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.
Mohd Khalid bagaimanapun berkata, persetujuan itu perlu diakui dalam Dasar Gaji Minimum sebagai satu mekanisme bagaimana pelaksanaannya dibuat secara teratur.
Jelasnya, gaji minimum itu perlu dikaji semula setiap tiga tahun untuk diselaraskan dengan keperluan semasa dan peningkatan kos sara hidup.
“Namun jika hendak diikutkan, gaji minimum sekarang paling relevan sepatutnya adalah RM1,200 berdasarkan tuntutan yang dibuat sejak 11 tahun lalu dengan kesesuaian kos sara hidup hari ini,” katanya.
Setakat ini, terdapat lebih 500,000 ahli MTUC dan dianggarkan antara lima sehingga enam juta pekerja di negara ini yang berkhidmat dalam sektor swasta.
Bilangan kakitangan swasta yang lebih tinggi berbanding 1.3 juta penjawat awam menunjukkan sektor itu turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Menurut Mohd Khalid, secara purata gaji pekerja swasta mereka paling rendah pada masa ini antara RM600 sehingga RM700.
“Namun berdasarkan kajian, antara 35 peratus sehingga 40 peratus pekerja-pekerja masih dibayar di bawah paras RM700,” katanya.
Rapat Jurang
Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan oleh kerajaan menjelaskan mengenai matlamat Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi.
Mohd Khalid berkata, ETP jelas menunjukkan bahawa Dasar Gaji Minimum amat relevan untuk diwujudkan dan ini termasuk bantuan sara hidup untuk pekerja swasta.
“Dasar Gaji Minimum dapat menggalakkan lebih ramai tenaga tempatan mengisi kekosongan pekerjaan yang selama ini dibanjiri dengan pekerja asing,” katanya.
Menerusi pelaksanaan ETP, beliau mengharapkan ia dapat merapatkan jurang terlalu besar antara gaji pekerja biasa dengan pengurusan tertinggi.
“Ada pengurus besar yang mendapat gaji bulanan sebanyak RM50,000 sehingga RM100,000 sedangkan pekerja mereka dibayar hanya serendah RM600,” katanya.
Tidak dinafikan setiap keuntungan syarikat adalah baik tetapi jentera yang membantu mendapatkannya adalah pekerja selain modal dan kecekapan dalam pengurusan.
Tanpa bersikap prejudis ke atas mana-mana pihak, Mohd Khalid menggesa kerajaan supaya menentukan mekanisme terbaik untuk merapatkan jurang berkenaan.
“Bukanlah untuk menjadikan gaji pekerja bawahan itu setaraf dengan majikan tetapi biarlah ia munasabah bersesuaian dengan sumbangan mereka,” katanya.
Peluang terbuka
Dalam pada itu, Kongres Persatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini mencadangkan kepada kerajaan supaya kelayakan akademik minimum bagi pejawat awam dinaikkan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mohd Khalid yang mewakili sektor swasta berkata, kenaikan kelayakan itu adalah wajar namun apa akan berlaku kepada mereka yang kurang berkelayakan.
Menurut beliau, peluang pekerjaan bagi sektor swasta dibiarkan secara terbuka bagi sesiapa yang berminat selagi ada dedikasi untuk bekerja dan mempunyai kemahiran.
“Belum pasti mereka berkelayakan tinggi boleh melakukan kerja dengan baik namun segelintir yang kurang berkelayakan untuk berusaha untuk meningkatkan taraf hidup.
“Sesetengah pekerjaan dalam sektor swasta tidak memerlukan kemahiran. Apa yang lebih penting adalah kemahuan mereka untuk bekerja,” katanya.
Selain itu, ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini dan peluang terbuka itu dapat menarik minat rakyat untuk bekerja dalam mana-mana bidang.
Mohd Khalid berkata, sama ada berkemahiran atau tidak, paling penting bagi setiap pekerja adalah peningkatan kerjaya yang positif.
“Ini boleh dilaksanakan menerusi latihan dan kebajikan daripada majikan kepada mana-mana pekerja yang cekap, berkemahiran dan layak untuk dinaikkan pangkat.
“Bagaimanapun faktor penggajian juga amat penting bagi menggalakkan setiap kakitangan untuk terus bekerja bagi meningkatkan taraf hidup,” katanya.
Selain gaji minimum dan bantuan sara hidup, MTUC turut mengusulkan cadangan cuti bersalin selama 90 hari, isu kebajiran pekerja asing dan masalah yang dihadapi oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
sumber : mStar Online

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com