Scroll to top

Monday, January 31, 2011

Muhyiddin lancar majalah Guru

MUHYIDDIN Yassin membelek-belek isi kandungan majalah Gurudi Pagoh, Johor, baru-baru ini.


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan majalah Guru di Pagoh, Johor baru-baru ini.
Majalah bulanan itu diterbitkan oleh anak syarikat Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) iaitu YGMB Intelek Sdn. Bhd.
Beberapa orang guru yang ditemui menyifatkan majalah Guru bakal menambah koleksi bacaan di sekolah selain yang sedia ada di pasaran.

Mohamad Fitri Abdullah, 46, berkata kelahiran majalah Guru ini tepat pada masanya ketika golongan pendidik memerlukan wadah untuk berpaut dan seterusnya berpayung daripada dunia pendidikan yang kian mencabar.
"Saya mencadangkan Guru pada edisi akan datang memaparkan lebih banyak berita tentang teknik penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah," katanya.

Sulaiman Manan, 30, memuji langkah yang diambil oleh YGMB, dan menyifatkan yayasan itu telah menunjukkan kematangannya apabila menerbitkan majalah berkenaan.

"YGMB juga telah menambah khazanah bacaan di kalangan pendidik. Kita berharap golongan guru dapat memanfaatkan sepenuhnya akan kewujudan majalah ini," katanya.

Majalah Guru menampilkan ciri majalah-berita, iaitu bahan yang berorientasikan semasa, yang diharapkan dapat menjadi wacana rujukan kepada guru ketika berhadapan dengan situasi mencabar.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran mahu semua guru di negeri itu mendaftar sebagai ahli YGMB dan ahli Koperasi YGMB sebagai tanda sokongan kepada yayasan 'daripada guru untuk guru' itu, yang kini diterajui oleh Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

"Saya mengharapkan guru di Johor menjadi ahli. Kita beri sokongan kepada YGMB," katanya semasa Program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN), di Pagoh baru-baru ini.

YGMB memberi sumbangan kebajikan melalui produk baru iaitu meningkatkan jumlah sumbangan khairat kematian, melanjutkan pelajaran, rawatan perubatan, kemalangan, malapetaka, perkahwinan, persaraan dan melahirkan anak.
Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui www.ygmb.com.my.


sumber : Utusan Malaysia Online


Sunday, January 23, 2011

Tanpa Ph.D Tidak Bererti Seseorang Tidak Boleh Mengajar Dengan Baik

Assalamualaikum,
TERINGAT saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik.
Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.
Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.
Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.
Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)
Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.
Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada diantara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.
Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.
Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran 'doktor' pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.
Bagi saya, jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.
Bagi saya, jika ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.
Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.
Kenalan saya pernah berkata, "Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa."
Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.
Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;
"kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta'ala"
Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.
Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.
Dr Fauziah Mohd Noor
sumber : mStar Online
                                     

Sunday, January 16, 2011

Majlis Ilmu dan Kelebihannya

Saidina Ali r.a. pernah berkata, Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu menjaga dirimu sedangkan kamu menjaga harta. Ilmu akan bertambah jika disebarkan manakala harta akan berkurangan jika dibelanjakan. Para ulama itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada dan ajaran mereka itu selalu diingati di dalam hati.

Nilai ilmu akan kita rasa jika kita menuntut di sekolah, kolej atau universiti. Tetapi kita perlu ingat ada juga tempat menuntut ilmu yang percuma, namun ilmu yang diberi tidak akan kurang sikit nilainya di sisi Allah SWT iaitu di masjid-masjid dan di surau-surau. Walau dimanapun majlis itu diadakan yang penting ialah kemahuan kita ke arah itu ada. Jika kita berkehendak majlis ilmu di masjid biasanya diadakan selepas subuh, iaitu kuliah subuh, selepas solat dhuha, iaitu kuliah dhuha dan selepas solat maghrib iaitu kuliah maghrib yang boleh kita ikuti tanpa kos. Kita cuma perlu mengorbankan masa lebih kurang sejam atau lebih dengan secara terus menghadap tuan guru atau ustaz dan terus juga boleh bertanya jika ada kemusykilan.

Walaupun ianya percuma namun sambutan yang diberikan amat mengecewakan di mana jumlah hadirin amatlah kecil berbanding jumlah penduduk disekeliling masjid itu.  Mungkin orang lebih suka mendengar kuliah daripada saluran televisyen namun itu tidak sama dengan mendengarnya secara langsung dengan penceramah.

Di majlis ilmu seperti di masjid adalah menjadi tempat persinggahan para malaikat. Malaikat ini akan mendoakan para jemaah yang duduk dalam majlis ilmu itu. Alangkah bertuahnya kita bila mana mendapat doa daripada para malaikat yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT.

Jika kita menuntut ilmu agama atau apa sahaja ilmu yang bermanafaat adalah satu pekerjaan yang mulia dan mereka yang berilmu akan diangkat darjatnya di sisi Allah.  Untuk lebih jelas lagi kita renung maksud hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, Rasullullah SAW bersabda, 'Siapa yang ingin melihat orang dimerdekakan Allah daripada neraka, maka lihatlah para murid (pelajar agama) maka demi Allah yang jiwa Muhammad SAW di tangan-Nya, tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap huruf yang dipelajari dan setiap langkah sama dengan ibadah satu tahun, dan untuk setiap langkah satu kota di syurga dan tiap ia berjalan dimintakan ampun oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya, dan disaksikan oleh malaikat, bahkan mereka berkata: "Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka." 




                                                                                                                               

Saturday, January 8, 2011

Keputusan wajib lulus sejarah dalam SPM muktamad: Dr Puad

LABIS: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, hari ini menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad. 

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.
"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.
"Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah," katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang hari ini. 

Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalah ertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013. 

Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarahwan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah. 
Kementerian, katanya akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai 2013. 

Langkah itu, katanya, bagi membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM. 

Sementara itu, Dr Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut berundur secara terhormat daripada jawatan Menteri Besar Selangor jika beliau terus berdegil membantah dan mempertikaikan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri itu. 

Katanya, pelantikan Mohamad Khusrin sudah diperkenan oleh Sultan Selangor dan dengan itu sepatutnya tidak timbul lagi soal Menteri Besar Selangor tidak mahu mengiktiraf pelantikan itu. 

"Bagi saya, kalau dia (Abdul Khalid) tetap berkeras tidak mahu mengiktiraf, sebenarnya dialah yang menimbulkan krisis perlembagaan," katanya mengulas mengenai kedegilan Abdul Khalid yang menentang pelantikan Mohamad Khusrin dengan mendesak untuk meminda Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. 

Beliau menyifatkan tindakan Abdul Khalid itu berbahaya kerana ia bukan saja menghantar isyarat salah kepada rakyat Selangor tetapi juga kepada pelabur-pelabur asing yang hendak melabur di negeri itu. 

"Bagi saya, dia sudah tidak lagi sesuai menjadi Menteri Besar...Khalid sepatutnya mengundur diri secara terhormat," katanya. - BERNAMA 



Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)
www.e-referrer.com