Scroll to top

Sunday, July 31, 2011

Ramadan anugerah Allah untuk ummah


Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh

2011/07/30

MASA berlalu pantas meninggalkan kita sehingga tidak terasa Ramadan menjelang lagi dengan cabaran baru bakal ditempuhi setiap Muslim. Sunnatullah terhadap masa yang berlalu dan bakal mendatang akan terus dirasai sehinggalah tibanya hari penentuan. 

Ramadan adalah bukti Allah memuliakan hambanya dengan rahmat dan keampunan. Tanda keimanan jelas terpancar pada wajah mereka yang beriman menandakan kegirangan menyambut bulan mulia ini.
Sabda Nabi SAW bermaksud: “Sesiapa bergembira apabila datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” (Al-Hadis).


Allah juga menyebut mengenai iman pada permulaan ayat puasa dalam firman bermaksud: “Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu menunaikan ibadat puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka yang datang sebelum kamu semoga kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183). 

Wanita banyak pilihan


Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Magendran Rajagopal 
bhnews@bharian.com.my
2011/07/30

pix_gal0
Jumlah lelaki lebih ramai 

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.
Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam.


Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97). 

Berita lanjut, dapatkan akhbar Berita Harian, di pasaran

Saturday, July 30, 2011

Imej UFO dirakam secara langsung




IMEJ objek terbang tidak dikenali (dalam bulatan) dirakamkan oleh seorang jurugambar stesen televisyen KXAS di Fort Worth, Texas baru-baru ini.


FORT WORTH, Texas - Satu imej objek terbang tidak dikenali (UFO) dirakamkan oleh seorang jurugambar sebuah stesen televisyen secara kebetulan, lapor sebuah akhbar semalam.
Para penonton dapat melihat satu objek berwarna putih bergerak semasa menonton program siaran langsung mengenai perkembangan lalu lintas di Forth Worth di stesen televisyen KXAS pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan baru-baru ini.
Di bahagian kanan atas video itu kelihatan cahaya terang dari langit yang kemudian lenyap daripada pemandangan. Tayangan gerak perlahan menunjukkan cahaya samar berwarna putih berada di sebelah kanan gambar.
Terdapat beberapa penonton yang membuat spekulasi bahawa ia mungkin terjadi disebabkan pantulan cahaya daripada menara televisyen.
Namun, terdapat juga beberapa orang yang menyatakan mereka telah melihat objek itu.
"Saya sedang duduk di luar rumah jiran saya dan saya melihat satu cahaya di langit bergerak di atas pokok.
"Jiran saya, Bill juga melihat imej itu," kata seorang saksi yang menghantar mesej di laman web stesen berkenaan.
Menurut seorang lagi saksi, imej itu kelihatan seperti tahi bintang yang sudah tiba di atmosfera Bumi. - Agensi
sumber: Kosmo Online

Friday, July 29, 2011

SMK Merchang wakil Malaysia ke APRSAF

Oleh Nas Norziela Nasbah

2011/07/29

DUA pelajar dari Terengganu diberi mandat mewakili negara menyertai Forum Agensi Angkasa Rantau Asia Pasifik (APRSAF) kali ke-18 yang dijadual berlangsung di Singapura, Disember ini, berazam meningkatkan kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kedua-dua mereka ialah Ahmad Tarmizi Sahaime dan Muhammad Nur Syahir Che Johan, pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Terengganu yakin kemahiran itu membantu mereka membentangkan persembahan dengan penuh yakin.
Ahmad Tarmizi berkata, kepercayaan mewakili negara ke forum antarabangsa itu meningkatkan lagi semangatnya untuk memberikan yang terbaik dalam forum yang bakal dihadiri saintis muda dari negara Asia Pasifik antaranya, Jepun dan Korea Selatan.

Islam pilihan saya - Adam Magican



Saudara baru, Muhammad Adam melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana telah diberi hidayah untuk memeluk Islam. Akuinya, memeluk agama suci itu tidak pernah terlintas dalam benak fikirannya. Semuanya berlaku secara pantas malah kepercayaan terhadap Islam semakin menebal setelah kajian terhadap agama itu dilakukan. Bagi Adam, Islam agama yang berbeza dengan agama-agama lain.

“Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia. Apabila Islam itu dinobatkan suatu cara hidup manusia, bermakna Islam meletakkan beberapa garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia. Jadi manusia hendaklah mengikuti budaya hidup Islam,” kata Adam.

Tutur Adam lagi, Islam bertambah indah apabila seseorang yang memeluk Islam tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan saudara maranya yang masih belum Islam lebih-lebih lagi ibu dan bapanya. Masih ada tanggungjawab kekeluargaan yang perlu dilunaskan selama mana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.


“Itulah istimewanya Islam,” katanya yang nekad meneruskan pengembaraan dalam Islam tanpa henti dan mengharapkan sentiasa dapat menimba pelbagai pengalaman baru berkaitan Islam.

“Sesungguhnya saya bersyukur atas sifat keampunan-Nya dan sifat penyayang-Nya,” kata Adam.



sumber: SH Online

Proton Tawar Peningkatan Kecekapan Bahan Api Dengan Saga FLX 1.3 Baru


KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd Selasa melancarkan Saga FLX 1.3L baru, yang dijangka berharga antara RM38,598 hingga RM44,998.
Dalam satu kenyataan Selasa, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata kereta berkenaan akan memberikan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak empat peratus dalam persekitaran pemanduan bandar dan 10 peratus di lebuh raya dengan penggunaan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT).
"Dengan teknologi baru ini, model baru yang dipertingkat dijangka menawarkan penjimatan yang lebih lagi dalam penggunaan bahan api dan pemanduan yang lancar kepada pengguna," kata Syed Zainal.
Pelancaran berkenaan susulan pengumuman syarikat sebelum ini pada Jun mengenai kejayaan pembangunan dan integrasi teknologi CVT dengan enjin CamPro. - BERNAMA

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Thursday, July 28, 2011

Madrasah Ramadan

oleh SRI DIAH
7/28/2011 7:37:09 AM

Saya suka memerhati sikap orang sekeliling. Meneliti peribadi, buat perbandingan antara mereka dan selalu berkomunikasi apa sahaja dengan pelbagai pendekatan. Ada serius, lucu dan ada yang tak masuk akal.

Sebelum itu saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada Allah SWT yang telah menjadikan saya seorang pendengar yang baik, tidak panas baran dan tidak suka bercakap banyak. Allah itu adil kerana saya juga tidak suka menyerang orang lain atau meninggikan suara. Saya mudah lembut hati dan payah untuk berdendam.

Atas segala ciri ini memang sewajarnya saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai peringkat usia, pelbagai bangsa dan taraf hidup. Bak kata orang, saya boleh menjadi seperti span. Mudah menyerap dan mudah juga mengeluarkan apa telah saya serap. Alhamdulillah.

Harimau tak gentar!



BIAR apa pun rintangan yang datang pada perlawanan pusingan kedua kelaya-kan Piala Dunia 2014 Zon Asia Harimau Malaya tidak goyah untuk berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal berkata, anak buahnya sudah bersedia selain teruja bertemu Lions.

“Semua pemain bersedia untuk perlawanan malam esok (hari ini) dan tidak sabar untuk bermain di laman sendiri dihadapan lebih 80,000 penyokong negara.

“Saya tidak nampak mereka tertekan kerana mereka faham peranan yang digalas itu sememangnya berat. Apa yang penting kita akan cuba mencari gol awal,” katanya.

Selain itu, Rajagobal belum memutuskan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

Namun, jurulatih itu menamakan Safee Sali dan Aidil Zafuan Abd Radzak sebagai calon sesuai menggantikan Safiq Rahim yang digantung akibat menerima kad merah pada pertemuan pertama di Singapura.

“Kita akan lihat sama ada Safee atau Aidil yang akan diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan pada perlawanan nanti.

“Saya masih belum membuat keputusan mengenai perkara ini dan hanya akan memilih pada taklimat pagi esok (hari ini),” katanya.



sumber: Sinar Harian Online

NKRA kos hidup

Kerajaan sedia pelan penyelesaian kos mengurangkan beban rakyat, pengguna

PUTRAJAYA: Kenaikan harga barang terutama makanan, fenomena global yang kini menjadi bebanan rakyat dijadikan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata satu pelan penyelesaian akan disediakan bagi mengurangkan beban rakyat dan pengguna.

"Sewaktu NKRA diputuskan kira-kira dua tahun lalu, ia berdasarkan kajian dan penelitian mengenai apa yang dikehendaki rakyat dan yang perlu dilakukan kerajaan dan ketika itu tidak terdapat fenomena global mengenai kenaikan harga barang, terutama makanan.

Solat Pacu Manusia Bentuk Gaya Hidup Sihat


Oleh Ghafani Awang Teh (Kesuma), Panel Penulis Jakim


Berwuduk, khusyuk dalam sembahyang amalan terbaik tingkat kemampuan fizikal, mental
ISLAM menggalakkan umatnya mengamalkan gaya hidup sihat. Allah mengingatkan manusia supaya jangan berlebihan dalam makan dan minum selari penemuan ilmu perubatan bahawa 90 peratus penyakit manusia berpunca daripada usus yang menjadi tempat menampung makanan.
Selain berhati-hati dalam pemakanan, manusia juga perlu mengamalkan riadah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 'Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.' (Hadis riwayat Muslim)
 

Wednesday, July 27, 2011

Mutiara Kata Pilihan


 .Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan.  Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh
orang-orang yang bertauhidmdan hiburan bagi orang-orang yang ahgli ibadah.

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi
ridha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.

Buku adalah kawan yang paling baik.  Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah
dengan pengetahuan.

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan
jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik.  Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api
permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.

Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan
kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.

Bersikaplah sopan dalam majlis, diam kecuali untuk satu kebaikan, dengan wajah berseri penuh rasa hormat kepada
sesama majlis, mendengar apa yang mereka bicarakan, dan jangan sekali-kali memotong percakapan mereka.

Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah
kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.

Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan
menerima kecintaan dari Allah.

Enam hal yang memberi kesembuhan: Agama, ilmu, kekayaan, herga diri, ampunan dan kesihatan.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat

benda -benda yang kotor

sumber: http://web.utm.my

13,000 guru sandaran tidak terlatih diserap

PUTRAJAYA: Seramai 13,000 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diserapkan sebagai guru tetap, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. 

Beliau berkata surat tawaran telah kepada semua GSTT tersebut mulai bulan lepas setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan baru kepada mereka.

"Sasaran pihak kementerian adalah mahukan semua jawatan GSTT menjadi guru tetap dan tiada lagi isu mengenai tidak sambung kontrak.


"Namun mereka perlu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pernah berkhidmat sebagai GSTT selama dua tahun berturut-turut dan umur mereka tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) di sini hari ini. 

Mohd Puad berkata GSTT yang layak akan diserap mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti sebelum diserap sebagai guru tetap. 

Mereka juga harus bersedia ditempatkan di sebarang kawasan yang diperlukan mereka bertugas di seluruh negara, katanya. - BERNAMA 

Monday, July 25, 2011

'Jangan Cari Raja Bila Panas Terlalu Terik' - Raja Nazrin


SHAH ALAM: Raja Dr Nazrin Shah secara sinis mengingatkan bahawa raja-raja Melayu jangan hanya dicari apabila sesuatu pihak berada dalam keadaan terdesak atau tiada pilihan lain.
"Raja jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun.
“Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan,” tegas Raja Muda Perak itu ketika menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Wacana Ilmu bertajuk ‘Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara’ di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini pada Isnin.

OUM Dan Yayasan Guru Malaysia Berhad Meterai MoU


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada Isnin memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) bagi membangunkan pelbagai program pengajian secara bersama.

Naib Canselor OUM Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali berkata melalui MoU itu, guru dan pensyarah institut penddidikan gurtu ditawarkan pelbagai program pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Katanya kerjasama itu diadakan bagi mengendalikan pelbagai program pengajian akademik secara bersama di samping meneroka peluang membangunkan program latihan, pendidikan dan aktiviti berasaskan pengetahuan serta persefahaman.

"Kerjasama dalam program ini ditawarkan kepada guru-guru yang bakal bersara dan kursus jangka masa pendek untuk meningkatkan profesionalisme guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan," katanya kepada Bernama selepas majlis pemeteraian MoU itu di Kampus Utama OUM di sini.

OUM diwakili oleh Anuwar manakala YGMB oleh Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Anuwar berkata selain itu, OUM juga menawarkan kursus pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau berkata sehingga kini lebih 30,000 guru di seluruh negara telah melanjutkan pengajian dengan OUM.

Sementara itu, Alimuddin, yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran, berkata beliau beliau melihat kerjasama berkenaan bersesuaian dengan dasar Kementerian Pelajaran untuk mengsiswazahkan semua guru sekolah menengah dan 50 peratus guru di sekolah rendah.

"Selain itu, kerjasama ini akan memberi peluang dalam meningkatkan kelayakan akademik guru-guru di negara ini," katanya.

-- BERNAMA

MAEPA - Malaysia, Australia bantu pendidikan Afghanistan

SELEPAS menerima maklum balas positif daripada kerajaan Afghanistan, program Malaysia-Australia Education Project for Afghanistan (MAEPA) diteruskan tahun ini dengan menerima 30 tenaga pengajar dalam kohort pertama dari negara itu. 

Program yang sudah masuk tahun ketiga itu dijadual berlangsung selama 14 minggu yang menggunakan modul standard sistem pendidikan Malaysia.

Modul asas melatih peserta yang terdiri daripada guru dan pensyarah untuk terus cekap dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik generasi muda di Afghanistan.

Sunday, July 24, 2011

Uruguay buru gelaran ke-15

SIAP SEDIA...pemain Uruguay berharap dapat lebur rekod yang dipegang bersama Argentina.
SIAP SEDIA...pemain Uruguay berharap dapat lebur rekod yang dipegang bersama Argentina.

BUENOS AIRES: Uruguay akan berusaha memburu rekod kejuaraan Copa America buat kali ke-15, mengatasi 14 kejuaraan dikongsi bersama negara tuan rumah Argentina, sekiranya mereka mengalahkan Paraguay pada perlawanan akhir di Stadium Monumental awal pagi esok.

5,000 tiang sokong jambatan terpanjang

JAMBATAN Teluk Jiaozhou dibuka kepada kenderaan awam pada 30 Jun lalu.

SEPANJANG 42 kilometer (km), Jambatan Teluk Jiaozhou yang merupakan jambatan terpanjang di dunia mempunyai empat lorong dan menghubungkan dua daerah dalam Wilayah Shandong iaitu bandar pelabuhan Qingdao dan pulau pesisiran Huangdao.
Perjalanan di antara kedua-dua tempat itu sekarang 30km lebih pendek dan mengurangkan separuh masa perjalanan selama 40 minit sebelum ini. Ia menelan kos AS$2.3 bilion (RM7 bilion) dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.
Jambatan itu yang disokong oleh 5,000 batang tiang. Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang sebelum ini dipegang oleh Tasik Pontchartrain Causeway di Louisiana, Amerika Syarikat namun jambatan China ini lebih panjang empat kilometer.

Saturday, July 23, 2011

Dapat AS$100 juta kerana jual laman web

GAMBAR menunjukkan Catherine Cook berdiri di dalam pejabat MyYearbook di salah sebuah pejabatnya di Amerika Syarikat.

NEW JERSEY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang gadis, Catherine Cook dan dua saudara lelakinya, David serta Geoff bergelar jutawan selepas laman web ciptaan mereka, MyYearbook dibeli pada harga AS$100 juta (RM296.6 juta) oleh pihak laman jaringan sosial Latin, Quepasa, lapor sebuah akhbar semalam.
David mendapat idea untuk menghasilkan laman web berkenaan semasa dia dan kakaknya menyelak buku tahunan sekolah mereka pada 2005.
Ketika itu, dia berusia 15 tahun, manakala Catherine setahun lebih tua.
Buku tahunan sekolah di AS menyimpan gambar dan nama para pelajar senior selain maklumat mengenai pelbagai pertubuhan serta aktiviti sesebuah sekolah yang dicetak pada setiap tahun.
David dan Catherine kemudian berusaha untuk mencipta buku tahunan digital di Internet dan menamakan laman web tersebut, MyYearbook.
Dalam tempoh enam tahun MyYearbook beroperasi, adik-beradik Cook memperoleh pendapatan AS$17 juta (RM50.5 juta) dengan laman web mereka berjaya menarik minat 70 juta pengguna dan ia dilihat sebanyak 1.2 bilion kali sebulan.
Pada Rabu lepas, Quepasa mengumumkan pengambilalihan MyYearbook berjumlah AS$100 juta dengan AS$82 juta (RM244 juta) melibatkan pemberian saham Quepasa, manakala baki AS$18 juta (RM53.5 juta) lagi dibayar secara tunai. - Agensi
sumber: KOSMO Online

Wednesday, July 20, 2011

Rasuah golongan muda


BUTTERWORTH: Jumlah golongan muda yang terbabit dalam amalan rasuah semakin membimbangkan berikutan 61 peratus kes tangkapan di Pulau Pinang pada enam bulan pertama tahun ini melibatkan golongan itu.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, berkata peratusan tangkapan yang melibatkan golongan itu sepanjang tahun lepas adalah sebanyak 71 peratus.

"Sebanyak 27 daripada 44 tangkapan di negeri ini antara Januari hingga Jun tahun ini melibatkan golongan muda iaitu mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas Forum Perdana Ehwal Islam, di sini, hari ini.

Forum anjuran SPRM Pulau Pinang itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff.

Latifah berkata bagi tahun 2007, tangkapan yang dibuat oleh SPRM Pulau Pinang yang melibatkan golongan muda adalah sebanyak 62 peratus, 2008 (74 peratus) dan 54 partus pada 2009. - Bernama

Muzium Pendidikan Pertama Negara Dirasmikan


TANJUNG MALIM: Bangunan Suluh Budiman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dibina pada tahun 1919 kini dinaik taraf sebagai Muzium Pendidikan Nasional (MPN) dengan kos RM9.8 juta.
Muzium pendidikan yang pertama negara itu dipulihara dengan kos tersebut dan boleh diiktiraf sebagai mercu tanda kegemilangan pendidikan tanah air disempurnakan perasmiannya oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun pada Selasa.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Aminah Ayob.
Zambry dalam ucapannya pada majlis itu berkata pemilihan bangunan berkenaan sebagai muzim pendidikan pertama negara amat bertepatan sekali kerana sejarah perkembangan pendidikan nasional banyak bermula di UPSI yang dahulu dikenali Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
"Bangunan Suluh Budiman ini banyak berjasa dengan pembangunan negara dan bangsa malah kebangkitan nasionalisme yang menjadi pemangkin kepada perjuangan kemerdekaan turut bermula di sini," katanya. Zambry berkata kerajaan negeri yakin muzium itu dapat memainkan peranan sebagai pusat khazanah segala sumber ilmu serta sejarah pendidikan negara.
Katanya, UPSI telah melahirkan ramai tokoh pendidikan berkaliber dan pemimpin tersohor seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba dan tokoh pendidikan Tan Sri Awang Had Salleh.
Sementara itu, Aminah berkata pembukaan muzium tersebut merupakan satu penghormatan kepada dunia pendidikan negara melalui pameran khazanah lama dan terkini yang melambangkan pencapaian sistem pendidikan di Malaysia dari era sebelum merdeka sehingga kini.
"Bangunan ini sebuah bangunan bersejarah yang didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 12 November 2009 kerana mempunyai nilai sejarah yang penting kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang perguruan dan pendidikan," katanya.
Beliau berkata bangunan berkenaan mula beroperasi pada 1922 sebagai sebuah maktab untuk latihan perguruan yang dikenali sebagai Sultan Idris Trainning College (SITC) atau MPSI.
Projek pemuliharaan bangunan itu dimulakan pada 24 Ogos 2009 untuk dijadikan sebagai MPN dengan merujuk kepada prinsip konservasi bangunan bersejarah seperti diperuntukkan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan garis panduan Konservasi Jabatan Warisan Negara.
Pelawat ke MPN boleh menyaksikan pameran di 19 buah galeri, dua bilik bacaan selain mendapatkan bahan rujukan melalui sistem komputer yang disediakan.
UPSI juga sementara itu turut menyediakan sistem digital yang membolehkan bahan-bahan pameran dimuat naik ke dalam webnya bagi kemudahan pelayar internet seluruh dunia mengikuti sejarah pendidikan negara.-BERNAMA

Monday, July 18, 2011

Pekerja Bukan Hamba


Hadith:
DARI Khaitsamah r.a katanya: "Ketika kami sedang duduk (belajar) dengan Abdullah bin Umar tiba-tiba datang bendaharanya, lalu dia masuk ke dalam majlis.
Kata Abdullah kepadanya:"Sudahkah kamu memberi makan kepada para hamba sahaya? Jawab bendahara:"Belum tuanku!
"Kata Abdullah selanjutnya:"Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:"Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) terhadap orang yang menjadi tanggungjawabnya."
Riwayat al-Bukhari
Huraian Hadith:
1. Islam datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT di mana kedatangan Islam telah berjaya menghapuskan perhambaan dengan cara yang sangat halus.
Islam tidak terus melarang perhambaan, tetapi Islam menghapuskan amalan hamba abdi ini secara beransur-ansur. Banyak hadith Rasulullah SAW yang berkaitan dengan amalan perhambaan; ada amalan-amalan yang dikaitkan pahalanya sama seperti membebaskan hamba abdi dan ada denda-denda terhadap sesuatu perbuatan yang melibatkan pembebasan hamba abdi.
2. Pada zaman ini perhambaan tidak lagi wujud. Ini bermakna bahawa perhambaan sudah dimansuhkan oleh dunia seluruhnya. Tiada manusia yang boleh memperhambakan sesiapa juga dalam kehidupan mereka termasuk pembantu rumah, pekerja serta mereka yang lemah.
3. Memberi peluang pekerjaan kepada manusia lain untuk mencari rezeki tanpa menjatuhkan martabat kemanusiaannya adalah perkara yang dituntut oleh Islam. Malah Islam menetapkan bahawa di antara majikan dan pekerja terdapat batas-batas yang tertentu yang harus dijaga.
Majikan tidak boleh menganiaya para pekerjanya manakala pekerja tidak boleh bersikap buruk terhadap majikan. Masing-masing mestilah mempunyai rasa tanggungjawab, bertolak-ansur, baik sangka dan tolong menolong.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, July 16, 2011

Terap semangat belajar

Kalam Imam Muda
Mohd Hassan Adli Yahaya
hassan.adli@imhassan.my

BERSYUKUR saya kerana diberi kesempatan menulis dalam ruangan Kalam Imam Muda di Metro Ahad yang saya kira antara medium terbaik bagi mendekatkan diri di kalangan umum, sekali gus berkongsi ilmu serta pengetahuan dimiliki.

Saya kira, masih ramai di luar sana belum mengenali diri saya secara dekat walaupun setelah muncul sebagai ‘Imam Muda Unggul’ bagi Program Imam Muda Musim Kedua 2011.

Yang nyata, di sebalik anugerah itu, ia memberi saya satu lagi tanggungjawab besar yang perlu digalas dan diharapkan saya mampu memikul cabaran ini dengan sama-sama saling bertukar buah fikiran tanpa mengira skop sesuatu isu, khususnya dalam aspek agama.

Thursday, July 14, 2011

Dajal muncul?




Oleh Hazirah Che Sab

2011/07/10


Penyebaran video, kelahiran bayi mata satu dikaitkan kemunculannya

NAMA dajal kembali menguasai carta berita atau menjadi sebutan, khususnya dalam kalangan mereka yang kaki internet, baru-baru ini yang dikaitkan dengan penyebaran siri video mengenai kemunculan dajal serta kelahiran bayi lelaki bermata satu di India.

Biarpun tanpa mengambil kira kesahihan atau mereka di sebalik pembikinan video itu, termasuk kemungkinan perbuatan pihak yang mahu memesongkan akidah umat Islam, hakikatnya ia sudah cukup mencetuskan kekalutan mengenai dajal itu. Lalu timbullah persoalan benarkah dajal sudah muncul dan pertanyaan lain yang sememangnya hanya mampu dijawab oleh alim ulama.
Kegemparan itu ketara selepas berita kelahiran seorang bayi bermata satu di dahi dan tiada hidung, di India pada 23 Mac lalu. Bayi lelaki itu cuma hidup cuma hidup sehari tetapi sudah cukup mencetuskan kebimbangan yang mengaitkan kelahirannya dengan kemunculan dajal dan menolak pandangan doktor yang mengesahkan dia menghidap masalah cyclopia.

Tuesday, July 12, 2011

Guru suruh 4 anak keluar sebelum maut


Oleh Adnan Mohamad

2011/07/12

  GURU dari SM  Putera  Kota Bharu tidak dapat menahan sedih ketika menziarahi jenazah  Junaidah, semalam.
GURU dari SM Putera Kota Bharu tidak dapat menahan sedih ketika menziarahi jenazah Junaidah, semalam.
Mangsa tersepit kereta dirempuh van dipandu laju

KOTA BHARU: Seorang guru wanita yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Tunjong, di sini, pagi semalam, sempat mengarahkan empat anaknya keluar dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri, sebelum beliau menemui ajal.

Junaidah Mohd Nor, 44, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Kampung Tunjong, Jalan Kuala Krai, di sini pada jam 7 pagi, dikatakan berbuat demikian selepas beliau tercedera dan tersepit di tempat duduk pemandu.
Saksi, Mohamad Teh, 63, berkata dia yang berada di tempat kejadian sempat melihat mangsa membuat isyarat supaya empat anaknya keluar walaupun kelihatan menahan kesakitan.


Katanya, dia sendiri tidak berdaya menolong menarik mangsa keluar kerana bimbang kecederaannya bertambah teruk.

“Ketika itu, mangsa terlalu tenat kerana menahan kesakitan tetapi saya tidak dapat membantu. Selepas beberapa ketika, saya lihat mangsa sudah tidak sedarkan diri, manakala seorang anaknya turut mengalami kecederaan dipercayai patah kaki dan tangan.

“Saya terkilan tidak dapat membantu tetapi apakan daya, kenderaan mangsa terperosok di bawah van sehingga menyukarkan orang ramai membantunya yang tersepit,” katanya yang juga peniaga gerai makan. 

Mohamad berkata, dia juga terkilan kerana pemandu van yang merempuh Proton Wira milik mangsa terus melarikan diri dipercayai menaiki sebuah kenderaan rakannya. 
Dalam kejadian itu, Junaidah bersama empat anaknya, Nurul Julia Mohd Nawi, 17; Nabila Jasmi, 15; Nur Jaihan Afilin, 13, dan Natasha Juliana, 10, dalam perjalanan menghantar mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Ismail Petra 1.

Suami mangsa, Mohd Nawi Deraman, 45, berkata isterinya yang mengajar di Sekolah Menengah (SM) Putera, di sini, keluar rumah kira-kira jam 6.40 pagi bersama empat anaknya kerana jarak sekolah dan rumah agak jauh, berbanding dirinya yang mengajar di SMK Mulong, di sini.

“Saya menyangka ia hanya kemalangan kecil, tetapi setibanya di tempat kejadian, saya terkejut apabila diberitahu isteri mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam. 



sumber: Berita Harian Online

Thursday, July 7, 2011

30 murid, 3 guru tadika di Muar jadi tebusan lelaki bersenjata

MUAR: Tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, dekat sini. 

Polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Sehingga jam 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu.


sumber: Berita Harian Online

Wednesday, July 6, 2011

Najib: K'jaan Sedia Bertemu Bersih Untuk Kenalpasti Stadium


PUTRAJAYA: Kerajaan bersedia untuk bertemu dengan pihak penganjur Perhimpunan Bersih 2.0 bagi mengenalpasti stadium yang sesuai bagi mereka mengadakan perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berkata demikian menegaskan, kerajaan belum mengenalpasti atau menetapkan stadium mana yang boleh ditawarkan kepada pihak penganjur perhimpunan itu.
“Kerajaan pun masih belum dimaklumkan oleh mereka lagi. Jadi kita tunggu dan akan respon sebagaimana sepatutnya," ujar perdana menteri.
Bagaimanapun kata Najib, tawaran itu bergantung kepada beberapa syarat seperti ia mesti dilakukan secara aman.
“Mereka mesti datang secara aman, lakukannya secara aman dan pulang secara aman," kata Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Agensi Inovasi Malaysia di sini Selasa.
Najib ditanya sama ada kerajaan telah menentukan stadium manakah yang akan ditawarkan kepada penganjur Bersih nanti.
Perdana Menteri juga berkata, Pergerakan Pemuda Umno telah menyatakan kepadanya bahawa mereka dengan ini turut membatalkan perhimpunan yang dijadualkan pada hari yang sama.
Malah kata Najib, jika Umno mahu menunjukkan respon kepada apa yang ingin dilakukan oleh Bersih, mereka akan dapat menghimpunkan orang lebih ramai daripada apa yang ingin dilakukan oleh Bersih.
Bagaimanapun Najib memberitahu bahawa beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana menghormati apa yang telah dititah dan disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
sumber: mStar

Tuesday, July 5, 2011

Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat


Hadith:
DARI Abi Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : Janganlah kamu saling dengki-mendengki, janganlah kamu saling tipu-menipu, janganlah kamu saling belakang-membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.
Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya.
Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya.
Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
Riwayat Muslim
Huraian Hadith:
Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik.
Sesungguhnya sebagai agama keamanan, Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan pencerobohan dan lain-lain.
Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain.
Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini.
Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka.
Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.
Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya.
Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(mStar)

Saturday, July 2, 2011

Martabat Bahasa Melayu Dan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Dewan Bahasa & Pustaka

Oleh Melati Mohd Ariff

Lebih separuh abad bebas daripada belenggu penjajahan, polemik bahasa Melayu bagai air laut, sekejap pasang sekejap surut. Terpinggir atau dipinggir? Apakah akan tinggal sekadar bahasa percakapan, bahasa basahan atau bahasa pasar?

Rencana tujuh siri ini merungkai beberapa isu mengenai Bahasa Melayu.

Bahagian ke-7 dan terakhir ini menyelusuri peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ditubuhkan lebih 50 tahun lalu untuk memartabat bahasa kebangsaan ini.

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bagi mereka yang berkarier, apabila usia mencecah lebih setengah abad, mungkin sudah berjela pencapaian dan bakti yang dilakar dan disemai.

Sebahagian besar dengan senyum lebar pasrah meletakkan tanda noktah, lega untuk menarik tirai persaraan!

Bagi organisasi, ada yang mungkin lebih banyak merakam jejak yang terhalang berbanding kilau tinta kejayaan meskipun usia sudah menjangkau lebih setengah abad.

Mungkin ada pula seperti hidup segan mati tak mahu, laksana rumah terbiar usang dan bersawang.

Bagaimanapun, ini bukannya peri organisasi ini yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Baharu, Johor. Ia bermula sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran.

Di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 hingga 21 Sept 1956, kerajaan menerima cadangan menukar namanya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

DBP dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun pada 1959 dan diberi kuasa autonomi antaranya menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera.

TETAP RELEVAN

Sebagai satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab kepada pengembangan Bahasa Melayu, justeru meskipun usia DBP kini mencecah 55 tahun, ia tetap relevan dan kental menggalas misi asas penubuhannya.

Kabinet Tak Benarkan Astro Naik Tarif Perkhidmatan Sehingga Dapat Kebenaran SKMM


KUALA LUMPUR: Kabinet pada Jumaat membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.
"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini. - BERNAMA

Friday, July 1, 2011

30% murid tidak bersarapan



AMALAN tidak bersarapan sebelum ke sekolah menyebabkan murid-murid sukar memberi tumpuan kepada pelajaran. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.
Tabiat pemakanan tersebut menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.
Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon (gambar kecil) berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada tahun lalu.
“Mengambil sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.
“Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak mereka,” katanya pada sidang media mengenai kerjasama kajian pemakanan kanak-kanak oleh UKM dan Dutch Lady Malaysia di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Artikel Islam (28) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (25) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari Astro Awani (9) Petikan Akhbar dari BH Online (9) Berita Agama (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Ibadah Haji (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Artis (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Pemimpin Negara (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com