Scroll to top

Wednesday, November 24, 2010

PM terima gaji RM22,826.65 sebulan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20.
"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009.
Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.
sumber : Kosmo Online

Tuesday, November 23, 2010

Parah bil hospital

Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my
2010/11/22

pix_gal0
Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi 

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.


Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.


sumber : Berita Harian Online

Tuesday, November 16, 2010

Wednesday, November 10, 2010

Liabiliti Hak Berkaitan Harta Pusaka

Undang-undang pusaka Islam (faraid) adalah satu sistem yang unik kerana ia bersumberkan wahyu daripada Allah s.w.t sesuai dengan naluri dan fitrah kejadian manusia. Sistem pusaka Islam berbeza dengan sistem pusaka sebelum Islam dalam pelbagai aliran dan fahaman terutama selepas turunya ayal al-mawarith (Surah al-Nisa’ayat 11,12 dan 176). Selepas turun ayat al-mawarith terdapat beberapa perbaharuan dan keistimewaan dalam undang-undang pusaka Islam yang kekal hingga sekarang.
Oleh: Abdul Muhaimin Mahmood
Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim
 
Undang-undang pusaka Islam (faraid) adalah satu sistem yang unik kerana ia bersumberkan wahyu daripada Allah s.w.t sesuai dengan naluri dan fitrah kejadian manusia. Sistem pusaka Islam berbeza dengan sistem pusaka sebelum Islam dalam pelbagai aliran dan fahaman terutama selepas turunya ayal al-mawarith (Surah al-Nisa’ayat 11,12 dan 176). Selepas turun ayat al-mawarith terdapat beberapa perbaharuan dan keistimewaan dalam undang-undang pusaka Islam yang kekal hingga sekarang.
 
Islam amat mengambil berat tentang pembahagian pusaka si mati dengan menentukan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Perkara-perkara tesebut penting diketahui untuk menjaga harta peninggalan si mati dari berlaku sebarang penyelewengan dalam pembahagiannya kepada waris-waris.