Scroll to top

Thursday, January 23, 2014

Keputusan STAM 2013 Diumum 30 Januari



KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 akan diumumkan pada 30 Januari ini.

Tuesday, January 21, 2014

BANTUAN PERSEKOLAHAN



16 January 2014

BANTUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2014 TELAH DIKREDITKAN SEPENUHNYA PADA 16 JANUARI 2014. BAGI PERINCIAN PEMBAYARAN, SILA LAYARI PORTAL KPM DI http://www.moe.gov.my .

sumber : KPM

Thursday, January 16, 2014

Pendidikan kewangan diajar mulai Tahun 4


37,000 guru dilatih AKPK ajar murid urus kewangan
2014/01/16

Ahmad Maslan (tiga dari kiri) bersama Mohd Hanif (dua dari kiri) di Pejabat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Salhani IbrahimKuala Lumpur: Agensi Kaunseling, dan Pengurusan Kredit (AKPK) sudah melatih 37,000 guru sebagai perintis menjayakan modul pendidikan kewangan kepada murid Tahun Empat mulai tahun ini.

Modul pendidikan yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Inggeris dan Matematik itu, bagi mendidik amalan pengurusan kewangan bermula peringkat sekolah rendah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Mazlan, berkata ada keperluan menerapkan modul pendidikan kewangan peringkat sekolah rendah, sebelum memperluas modul sama di sekolah menengah mulai 2017.

sumber : BH Online

Tuesday, January 14, 2014

Seorang daripada 12 orang di dunia yang paling dihormati dalam industri kewangan Islam dianugerah Tokoh Perdana

Dr Mohd Daud Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014

Dr Mohd Daud menerima anugerah Tokoh Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M di Masjid Putra, Putrajaya pada Selasa. 
- Foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

PUTRAJAYA: Pengerusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Dr Mohd Daud Abu Bakar dinobatkan sebagai penerima Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 1435 Hijrah/2014.

Beliau menerima RM50,000, plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilal Al-Quran.

Mohd Daud, 50, anak kelahiran Alor Setar, Kedah merupakan pengasas Amani Advisors Sdn Bhd iaitu syarikat kewangan Islam dengan beliau turut disenaraikan dalam kelompok 12 orang di dunia yang paling dihormati dalam industri kewangan Islama masa kini.

Persepsi Sambutan Maulidur Rasul


Maulid Rasulullah: Berbezakah kita dengan Abu Lahab?
JAN 14, 2014
 USTAZ AZHAR YAHYA

Saban tahun 12 Rabiul Awwal disambut meriah. Namun, sambutan tersebut tidak mampu memberikan impak yang maksima dalam menegakkan Islam. Ini adalah kerana sambutan itu dilakukan tanpa penghayatan sebenarnya kepada perjuangan Rasulullah SAW.

Sunday, January 12, 2014

BR1M terus ke akaun penerima

BR1M: Maklumkan nombor akaun kepada LHDN
12 Januari 2014


Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.

IPOH - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta memaklumkan nombor akaun bank mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika belum berbuat demikian sebelum 31 Jan bagi proses pembayaran.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mulai tahun ini, kerajaan akan menyalur bantuan itu ke akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program pemberian BR1M seperti sebelum ini.

Friday, January 10, 2014

PU Yeop sekadar tempat ketiga

Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama
Oleh KEMALIA OTHMAN

Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

KAJANG: Peserta dari Selangor, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas berentap selama tujuh minggu pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini, malam Khamis.

Monday, January 6, 2014

Guru berlebihan di tiga negeri

Lebihan guru punca pertukaran dibeku
2014/01/06

Jertih: Tiga negeri di Semenanjung dikenal pasti mempunyai lebih guru yang menyebabkan permohonan pertukaran ramai pendidik dari luar ke negeri terbabit terpaksa dibekukan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Kelantan mencatat jumlah lebihan guru paling ramai, iaitu 30,000, diikuti Terengganu dan Kedah, masing-masing mempunyai lebihan 10,000 guru.

Blog Archive