Scroll to top

Saturday, March 28, 2015

Exora selepas diservis tiba-tiba terbakar di BKE

Exora yang terbakar. FOTO ihsan pembaca

Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri selepas Proton Exora dipandunya tiba-tiba terbakar di Lebuhraya Kulim Butterworth (BKE), 11.30 pagi tadi.

Thursday, March 19, 2015

Yapem setuju saranan MBM agar sektor awam melakukan 'peremajaan'

Omar Osman

Yayasan Pekerja Malaysia (Yapem) menyambut baik saranan Majlis Belia Malaysia (MBM) agar kerajaan melakukan ‘peremajaan’ dalam sektor perkhidmatan awam dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan kepercayaan kepada generasi muda melaksanakannya.

Wednesday, March 18, 2015

Dun Kelantan hari ini bentang hudud

NIZAM ZAIN
18 Mac 2015

Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada sidang Dun Kelantan. - Foto ihsan Pejabat Menteri Besar Kelantan

Sunday, March 15, 2015

CGPA tidak lagi dikira berdasarkan pencapaian akademik semata-mata di bawah PPPM-PT 2015-2025



Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam berita itu menjelaskan secara lanjut perkara ini seperti berikut ;

* kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA dalam PPPM-PT akan mengambil kira penglibatan pelajar dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan, kemahiran dan kepimpinan.

*  kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu akan dilaksanakan di bawah lonjakan pertama PPPM-PT bagi melahirkan graduan keusahawanan, holistik dan seimbang.

* sekarang pelajar cemerlang dalam akademik yang memperoleh semua A akan mendapat CPGA 4.0 tetapi melalui kaedah baharu ini, pelajar perlu cemerlang secara keseluruhan sebelum mendapat CGPA 4.0," katanya.

* pelaksanaan kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu mungkin mengambil masa yang lama kerana perbincangan mengenai perkara itu sedang dijalankan di peringkat universiti awam.

* di bawah PPPM-PT, Program Pendidikan, Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) akan diperkasakan dengan menjadikan bidang tersebut dipacu pihak industri serta menjadi pilihan 'premier' untuk pelajar.

* inisiatif  Program TVET dapat memberikan kepelbagaian dalam akses pendidikan yang dilaksanakan melalui kolej vokasional, politeknik dan kolej komuniti serta empat universiti teknikal.

* hasrat jadikan TVET sebagai pilihan telah bermula sejak pelancaran transformasi pendidikan vokasional pada 2012 dan akan terus diperkasakan apatah lagi bila masyarakat sudah mula menerima TVET.

* TVET dilihat dapat menghasilkan graduan baik dengan hanya kelulusan sijil dan diploma mereka boleh mendapat gaji yang tinggi," katanya.

* PPPM-PT merupakan kesinambungan daripada PPPM-Sektor Sekolah dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

* pelan baharu itu merangkumi 10 lonjakan iaitu graduan keusahawanan, holistik dan seimbang; kecemerlangan bakat pendidikan tinggi; masyarakat yang belajar sepanjang hayat; dan kualiti graduan TVET.

* enam lonjakan lain ialah kelestarian kewangan; pemerkasaan tadbir urus; pemerkasaan ekosistem inovasi; sistem tersohor peringkat global; pembelajaran dalam talian secara global; dan penyampaian pendidikan tinggi yang ditransformasikan.

* PPPM-PT ini dibentuk untuk dijajarkan dengan Program Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, PPPM (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013–2025 dan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).

* PPPM-PT akan diterjemahkan dalam bentuk 100 inisiatif menerusi tiga gelombang iaitu gelombang pertama untuk tempoh 2013-2015, kedua 2016-2020 dan gelombang ketiga 2021-2025. 

(KUALA LUMPUR - Ahad, 15 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

Wednesday, March 11, 2015

Jawatankuasa Khas Mengenai Kos Sara Hidup Rakyat bermesyuarat kaji masalah rakyat



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kos Sara Hidup Rakyat di Bilik Jawatankuasa 1, Parlimen di sini.

Blog Archive