MOHD Farid Khan Kadir, 24 (kiri), dan rakannya berdiri atas batang pokok bakau dan kelapa yang tumbang akibat hakisan di Pantai Punggur yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Batu Pahat, Johor, kawasan rendah di pesisiran pantai Semenanjung yang terdedah kepada peningkatan paras air laut akibat pemanasan global.
Negara perlu persediaan awal tangani paras air laut meningkat
KUALA LUMPUR: Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.
Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, ada bukti kukuh paras air laut dunia meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini akibat dua punca utama, iaitu pengembangan air laut daripada faktor haba serta kecairan bungkah ais.KUALA LUMPUR: Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.
Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar, bertajuk ‘Vulnerability Assestment of Coastal Zones Using Geospatial Technologies’ yang diperoleh dari internet, turut memetik laporan IPCC 2001 yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter (sm) air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.
Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut
Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut
No comments:
Post a Comment