Scroll to top

Sunday, July 13, 2014

PBS mesra pelajar


PBS yang telah dikaji semula nampaknya berjalan dengan lancar sehingga kini namun untuk mendapat penjelasan lebih jelas kita ikuti temubual yang dibuat oleh UTUSAN  dengan Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad (gambar) berpendapat, sistem tersebut tidak sepatutnya dihukum sebelum dilaksanakan. Kepada Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, beliau berkongsi pandangan dari pelbagai sudut berhubung pelaksanaan sistem tersebut.

Mengenai pelaksanaan PBS yang dianggap terlalu awal atau terlewat telah diulas oleh PROF. ANUAR iaitu salah satu tujuan utama pendidikan ialah membangunkan negara dan masyarakat. Kita harus faham semua negara maju mempunyai dua ciri utama penilaian dalam sistem pendidikan mereka. Pertama, penilaian mereka bersifat holistik, berteraskan pembangunan insan dan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan. Kedua, guru sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian. Sistem penilaian berpusat sudah tidak sesuai jika kita ingin melihat progress pendidikan individu. Penilaian berpusat lebih sesuai untuk menilai kemampuan pencapaian pelajar pada peringkat akhir sahaja.

Teks penuh seperti berikut,

PBS serlahkan potensi sebenar pelajar



SEPERTI dasar-dasar pembangunan lainnya, sistem pendidikan negara juga berdepan proses pembaharuan dinamik. Malah, pembaharuan itu menjadi lebih kritikal bagi sistem pendidikan negara yang merupakan instrumen utama melahirkan generasi masa depan berkualiti. Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula dilaksanakan bulan April lalu misalnya menjadi bukti yang sistem pendidikan negara tidak bersifat statik. Namun lumrah dalam mana-mana pembaharuan yang mahu diperkenalkan, apatah lagi membabitkan dasar penting seperti sistem pendidikan, pastinya berdepan pelbagai isu, tidak terkecuali PBS.

Menjawab segala permasalahan itu, Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad (gambar) berpendapat, sistem tersebut tidak sepatutnya dihukum sebelum dilaksanakan. Kepada Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, beliau berkongsi pandangan dari pelbagai sudut berhubung pelaksanaan sistem tersebut.

UTUSAN: Adakah pelaksanaan PBS tepat dan kena pada masanya?

PROF. ANUAR: Salah satu tujuan utama pendidikan ialah membangunkan negara dan masyarakat. Kita harus faham semua negara maju mempunyai dua ciri utama penilaian dalam sistem pendidikan mereka. Pertama, penilaian mereka bersifat holistik, berteraskan pembangunan insan dan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan. Kedua, guru sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian. Sistem penilaian berpusat sudah tidak sesuai jika kita ingin melihat progress pendidikan individu. Penilaian berpusat lebih sesuai untuk menilai kemampuan pencapaian pelajar pada peringkat akhir sahaja.

Malaysia ingin segera mencapai tahap negara maju, maka sistem penilaian kita juga harus memenuhi keperluan-keperluan ini. Maka saya setuju adalah sangat penting untuk Malaysia melaksanakan PBS dan PT3. Kita harus keluar daripada kelaziman menilai keupayaan pelajar sebagaimana dahulu. Kita bukan hanya perlu menilai apa yang pelajar hafal dan faham, tetapi juga mesti menilai apa yang pelajar boleh rumuskan, aplikasi dan jana idea-idea baharu daripada pembelajaran mereka. Ini akan menggalakkan kreativiti dan inovasi. Inovasi menjadi kunci kepada pembelajaran negara maju. Kita pastinya tidak mahu ketinggalan.

Sejauh mana PBS mampu memberi impak positif kepada kumpulan sasar pelajar?

Kita harus faham ada beza antara konsep dan amalan dalam isu PBS. Secara konsep, PBS sesuai untuk kita laksanakan jika kita ingin menghargai potensi pelajar. Dulu kita bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan. Kelemahan peperiksaan ialah pendekatan itu tidak mampu memberikan justifikasi sebenar potensi pelajar.

Peperiksaan hanya memberikan data pengukuran berkaitan tahap akademik semata-mata. Kita tidak mampu mengukur kebolehan dan bakat pelajar. Dulu tiada juga konsep menilai pembelajaran secara hands on dan praktik. Kini PBS membuka peluang kepada pelajar mengenali kebolehan masing-masing dan berusaha untuk meningkatkannya. Melalui PBS juga, pelajar akan mula tahu potensi dan bakat mereka. Ini juga merupakan asas mengapa PBS diperkenalkan.

Jika begitu mengapa ada suara-suara seolah-olah tidak boleh menerima sistem ini?

Kita juga kena akui secara amalannya PBS berhadapan dengan beberapa isu teknikal. Paling utama ialah beban tugas guru yang bertambah, sistem online yang tidak mampu menampung kapasiti dokumen secara pantas dan kefahaman konsep PBS yang kabur dalam kalangan pelajar dan ibu bapa. Guru juga ada yang kabur tentang apa dan mengapa PBS ini diperkenalkan. Tetapi sesuatu yang pasti, PBS jika berjaya dilaksanakan akan jauh lebih baik berbanding peperiksaan yang dilakukan secara tradisional selama ini.

Kita perlukan masa untuk menguasai kaedah penilaian baharu melalui PBS. Rakyat khususnya ibu bapa perlu memberi peluang pihak kerajaan melakukan perubahan. Impak paling besar melalui PBS ialah setiap individu pelajar akan mula dikenal pasti keupayaan, potensi dan kebolehan mereka. Setiap pelajar unik dan istimewa. Sistem pendidikan yang baik berupaya mencungkil potensi pelajar. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Sebab jika kita lihat, orientasi akademik meminggirkan keupayaan lain.

Sehingga hari ini, Prof. Howard Gardner telah mengenal pasti lapan potensi manusia. Saya yakin lebih banyak yang belum kita ketahui. Sistem peperiksaan tradisional hanya mengutamakan satu daripada lapan iaitu keupayaan intelek. Jika kerajaan ingin bangunkan masyarakat Malaysia yang kuat berinovasi, cara lama penilaian pelajar tidak akan menjayakan usaha ini. Kita harus berubah.

Bagaimana pula dengan kesediaan guru-guru dalam menerima sistem ini?

Saya yakin apabila PBS ditambah baik mulai bulan April lalu, isu beban guru dapat kita atasi. Namun, pada hakikatnya, kerajaan perlu mengakui masih banyak yang perlu dilakukan dalam perkembangan sistem PBS ini. Tetapi, kita juga sudah nampak kemajuannya dalam dua bulan yang lepas. Sebelum bulan April lalu, memang saya akui dan ada bukti-bukti jelas guru terbeban dengan pelaksanaan PBS. Dokumen pembuktian dan pengisian secara online jelas gagal dilakukan secara berkesan kerana terlalu banyak item serta keupayaan bahagian teknikal PBS menguruskannya. Hari ini, saya sudah tidak lagi mendengar keluhan besar yang disuarakan. Bukan tiada masalah, masih ada tetapi sedang dipertingkatkan.

Kementerian Pendidikan harus proaktif dan bersikap terbuka untuk terus menerima pandangan dan keluhan para guru. Yang penting, pada akhirnya sistem penilaian yang digunakan untuk PBS akan berjaya.

Antara kebimbangan lain juga adalah pengenalan PT3 sebagai komponen PBS. Apa pandangan Prof.?

Sebenarnya, ini juga adalah kebimbangan besar saya. Sejauh mana PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) ini akan boleh diserap oleh pelajar? Apakah mereka faham prinsip pentaksiran yang holistik dan berterusan? Apakah mereka boleh menerima penilaian yang dilakukan oleh guru-guru mereka? Saya akui ini perkara kritikal dan memerlukan tumpuan daripada Kementerian Pendidikan dan guru-guru pula merupakan ejen yang utama.

Guru harus boleh menterjemahkan bagaimana PT3 ini akan dilaksanakan khususnya kepada kumpulan kohort pertama 2014 yang akan bermula esok.

Apakah sudah memadai kefahaman bagaimana proses ini akan dilaksanakan?

Saya fikir belum memadai. Usaha harus dipertingkatkan lagi. Dokumen standard pentaksiran yang dikeluarkan nampaknya ada kesan baiknya kepada kumpulan guru, tetapi ramai pelajar masih kabur. Sedangkan mereka adalah 'pelanggan' kepada PT3. Ibu bapa apatah lagi.

Apa sebenarnya kekaburan utama ibu bapa berhubung PBS dan PT3 ini?

Satu perkara yang harus difahami oleh masyarakat ialah PBS dan PT3 adalah satu mekanisme penilaian yang akan menumpukan kepada keupayaan bakat dan kebolehan pelajar.

Ibu bapa tentu gembira jika mereka tahu anak anak mereka mempunyai bakat tertentu sejak daripada usia muda. Pelajar juga akan lebih seronok belajar bila pembelajaran di sekolah disesuaikan dengan minat dan kecenderungan mereka.

Kerajaan juga akan menerima sumber manusia yang tahu apakah bakat dan kebolehan mereka. Ini akan menyokong negara yang mementing inovasi dalam perancangan pembangunan negara.

Prof. sendiri yakin sistem ini akan berjalan dengan jayanya?

Kerisauan saya ialah bila ada pihak yang menggunakan isu PBS dan PT3 sebagai bahan politik. Mereka ada yang menghasut masyarakat menolak PBS tanpa bukti yang jelas dan nyata. Ini bertujuan menimbulkan kebencian masyarakat kepada pihak kerajaan. Malangnya mereka tidak ada hujah yang kuat. Lebih kepada sekadar bermain emosi dan andaian semata-mata. Ini akan memburukkan keadaan dan akhirnya merugikan masa depan anak-anak kita yang mempunyai pelbagai potensi.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)
www.e-referrer.com