Scroll to top

Thursday, February 25, 2010

Jalaludin, Isteri, Anak-anak dan Biz

Ini lagi beberapa keping gambar usahawan hebat kita, Jalaluddin yang telah menetap di Bachok, Kelantan, bersama isterinya, Che Jun dan anak-anak mereka.

Sunday, February 21, 2010

Rohana Jusoh Bersama Rosli, Zuraida dan Hayati

Puan Rohana Jusoh kite ni sekarang begitu aktif mencari dan ziarah kawan-kawan kite masa maktab dulu bagi merealisasikan majlis re-union seperti yang diwar-warkan. Masa cuti raya Cina baru-baru ni beliau telah sempat menziarahi geng kite di Terengganu, Rosli dan isterinya Zuraida.

Ini pula gambar beliau bersama Hayati Hassan.

Gambar Solo Jalaluddin bin Yeop Majlis

Inilah gambar terbaru bekas NYDP PGP kita masa maktab dulu, dengor cerita sekarang pun tengah hebat mengembangkan sayap perniagaannya di Kelantan dan juga Malaysia. Sesiapa yang berminat nak berniaga boleh kontek beliau. Gambar ni admin download daripada laman Facebook beliau, Jalaluddin Ayai dengan keizinan beliau sendiri.

Friday, February 19, 2010

Pengerusi Majlis Re-Union dan Gambar-Gambar Majalah Pesisir 1992/93

Inilah gambar terbaru, Aminuddin bin Ahmad yang juga merangkap Pengerusi bagi majlis re-union yang bakal kita akan adakan sedikit masa nanti. Amin telah berusaha mencari majalah Pesisir terbitan 1992/1993 yang katanya nyaris tidak dibakar. Alhamdulillah majalah tersebut telah terselamat dan Amin telah berusaha scan gambar-gambar ahli kelas PM1, PM2 dan PM3 dan mengemailkannya kepada admin pada 18 Feb yang lalu. Di bawah ini dipaparkan gambar-gambar tersebut bagi menimbulkan nostalgia yang mendalam bagi sesiapa yang terlibat. Ribuan terima kasih diucapkan di atas usaha yang dilakukan oleh Amin itu.


Gambar Semasa Nasser Jumpa Khishamuddin

Nasser Majeed telah berusaha mencari member lama semasa di maktab dulu iaitu Khishamuddin di rumahnya di Kamunting, Taiping, Perak. Alhamdulillah dengan wujudnya blog kita itu sekurang-kurangnya pertemuan yang sebegini dapat dilakukan demi mengukuhkan ikatan silaturrahim yang telah sekian lama terputus.

Wednesday, February 17, 2010

Gambar Terbaru MPKB (IPGM Kampus Kota Bharu)

Pintu Masuk Utama yang sudah dinaik taraf.
Pandangan di dalam kampus sekarang yang lebih moden dan sofistikated

Tuesday, February 9, 2010

Aktiviti Luar Guru Pelatih PM3

Gambar ini diterbitkan dengan keizinan En. Nasser Majeed. Kalau ada sesiapa yang berkenaan yang terlibat boleh hubungi Nasser. Ini biasele, aktiviti rutin lepas kuliah bagi guru pelatih yang duduk di luar.
Ini pulak aktiviti rutin semasa duduk di asrama, sebelum nak mengadap assigment (bagi yang rajin le).
Bila hujung minggu boleh le round Kelantan bersama kawan-kawan.

Gambar Terbaru Suriani dan Familinya

Inilah beberapa keping gambar yang sempat Suriani emailkan kepada admin. Dua keping gambar yang di atas katanya diambil ketika beliau sekeluarga bercuti di Fraser Hill.

Monday, February 8, 2010

Kelas PM3 Dalam Kenangan

Apa macam ingat ke lagi geng? Gambar-gambar ini admin dapat daripada Nasser di Teluk Intan.

PBSM (Persatuan Berehat Sepanjang Masa ?) Dalam Kenangan

Tajuk di atas bukanlah gambaran yang sebenarnya, kerana PBSM tidaklah seperti unit uniform yang lain banyak buat aktiviti kawat dan outdoor tetapi PBSM lebih kepada kaedah kuliah dan indoor.

Kunjungan ke Rumah Nasser Mamak di Teluk Intan

Gambar-gambar ini diambil ketika kami mengujungi rumah Nasser dan isterinya di Hutan Melintang, Teluk Intan pada 7 hb. Feb. 2010. Banyak perkara yang dibincangkan dengan beliau serta perancangan untuk mengadakan majlis perjumpaan semula kita di Kota Bharu tidak lama lagi. Nasser telah mengeluarkan album-album kenangan semasa di MPKB dulu.

Tuesday, February 2, 2010

Azmi bin Sulaiman dan keluarganya.


Aku sekarang kat Jerteh, Terengganu. Anak baru 3...yang sulong 11 tahun, kedua 7 tahun dan ketiga 3 tahun.Harap maaf ,lambat hantar.Kalau kawan-kawan ke Kota Bharu jangan lupa hubungi aku dan bolehlah singgah kat pondok aku di Jerteh ni. (petikan email Azmi kepada mpkbpm@gmail.com)

Rohana Jusoh dan Familinya


Inilah gambar terbaru Rohana binti Jusoh kelas PM2, suami dan putera-puteranya yang tampan-tampan. Idea nak buat blog ni datangnya dari beliau juga semasa kami bertandang ke rumahnya di Presint 9, Putrajaya. Beliau mencadangkan agar perjumpaan kita diadakan di Putrajaya. Bagaimana?

Blog Archive