Scroll to top

Thursday, June 12, 2014

Ke arah mencapai aspirasi negara


Mohd. Shafie Apdal (lima dari kanan) bergambar dengan penerima Anugerah Tokoh Pendidik MARA 2014, Datuk Dr. Jamaluddin Abdul Hamid (enam dari kanan) bekas Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang pertama pada tahun 1971. Turut sama barisan para pemenang pelbagai kategori dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (empat dari kanan).

BAGI membawa Sistem Pendidikan MARA ke tahap global dan mampu menghadapi cabaran baharu, Falsafah Pendidikan MARA digubal ke arah pendidikan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan bagi membangunkan insan holistik dan seimbang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, kerohanian, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Sehubungan itu, kata beliau setiap warga pendidik MARA dan warga kerjanya perlu membentuk program-program di bawah Sistem Pendidikan MARA yang dapat merealisasikan matlamat itu. Falsafah ini dijangka dapat mengawal corak pemikiran seseorang daripada sudut pengalaman, nilai dan kepercayaan.

Shafie berkata, pelbagai program kerjasama dengan universiti dan institusi di dalam negara turut dilakukan sebagai langkah mencapai matlamat tersebut.

"Jasa yang ditaburkan oleh golongan pendidik MARA amat dihargai kerana mereka adalah tulang belakang kepada kekuatan MARA dan kementerian di dalam membentuk generasi muda agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain. Segala sumbangan dan jasa para pendidik MARA amat bermakna dan bermanfaat kepada generasi muda di masa hadapan," katanya ketika berucap sempena meraikan Hari Pendidik MARA 2014 di Kuala Lumpur.

Shafie yang berucap di hadapan keluarga besar MARA bagi meraikan para pendidik, guru pengajar mahupun pensyarah MARA di bawah naungan Institut Pendidikan MARA atau IPMa berkata: "Saya amat berbesar hati dapat meraikan tunjang dan tulang belakang IPMa ini kerana mereka telah bertungkus lumus menabur bakti untuk meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa sehingga mereka memperoleh pengiktirafan tertinggi di dalam dan luar negara.

"Ketika ucapan ini disampaikan, anak-anak bangsa di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej MARA (KM), GiatMara, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Poly-Tech MARA, (KPTM), German-Malaysian Institute (GMI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan MARA Ketengah International College (MKIC) sedang dan telah dididik dengan baik dan sempurna oleh para pendidik di hadapan saya selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan golongan terpelajar yang bersahsiah tinggi dalam segala bidang merangkumi aspek jasmani dan rohani," tegas beliau.

"Hasrat MARA adalah untuk membangunkan anak-anak miskin Bumiputera di luar bandar dengan mengasah bakat mereka bagi menjana ekonomi masyarakat luar bandar setelah kembali ke kampung halaman mereka.," tambahnya.

Justeru itu ujar Shafie, anjakan paradigma perlu dilakukan bagi memastikan pertumbuhan modal insan adalah selari dengan hasrat kerajaan membangunkan luar bandar dan dapat mengurangkan jurang perbezaan malahan seiring dengan negara-negara maju. Disinilah pendidik memainkan peranan untuk melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing dan berfikiran kreatif dan inovatif menjelang tahun 2020.

Beliau turut menghargai peranan MARA mentransformasikan pendidikan dengan menyepadukan antara program pendidikan dan keusahawanan bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang graduan dalam sebuah keluarga yang seterusnya menjadi usahawan berjaya dalam masyarakat.

"Kita ingin mencetuskan minat untuk merubah landskap sosioekonomi dan pemikiran Bumiputera daripada hanya bercita-cita menjadi pekerja (job seekers) kepada pencipta peluang pekerjaan (job creators)," tegas beliau.

Ini termasuk mempergiatkan program-program baharu antaranya meningkatkan kualiti program teknikal dan vokasional bagi melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir. Ini adalah bagi memenuhi keperluan negara dan industri berimpak tinggi selaras dengan aspirasi menuju ke arah pembentukan masyarakat berpendapatan tinggi terutamanya dalam kalangan Bumiputera.

Beliau berkata, kini Sistem Pendidikan MARA menunjukkan prestasi positif dan memberi impak besar kepada pendidik dan pelajar MARA seluruhnya. Impak ini dilihat melalui strategi pembangunan IPMa seluruh negara seperti `WE4ASIA' iaitu satu pelan menyeluruh peningkatan kualiti UniKL ke arah menjadikan UniKL salah sebuah universiti terbaik di Asia menjelang tahun 2020.

"Peningkatan ini akan dibuat melalui pembangunan beberapa kampus cawangan baharu di negeri-negeri yang belum mempunyai kampus cawangan UniKL tetapi mempunyai industri sokongan dalam bidang pengkhususan UniKL seperti di Perlis, negeri-negeri Pantai Timur dan di Sabah. Bidang baharu ini termasuk Rail Technology, Oil and Gas, Agro Technology, Building Technology, Hospitality and Retail Services," tegas beliau.

Beliau memberitahu, MARA juga giat dalam usaha melahirkan usahawan teknikal melalui aliran pendidikan TVET sama ada di UniKL, GMI, KKTM/IKM mahupun yang disokong oleh pendedahan keusahawanan di peringkat pengajian dan bantuan modal perniagaan melalui program PUTRA.

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) juga kata Shafie, berjaya merealisasikan hasrat MARA untuk menjalin hubungan pendidikan antarabangsa melalui kolaborasinya dengan Dublin Business School, Ireland bagi penawaran Program Bachelor of Arts (Hons) in Accounting and Finance DBS yang akan dijalankan di KPTM Bangi dan bakal ditawarkan pada bulan September ini. Ini juga adalah langkah murni untuk menaikkan nama MARA di persada antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com