Scroll to top

Tuesday, September 21, 2010

Sikap pemandu penentu turun, naik jumlah kemalangan dalam Ops Sikap

Oleh Irfan Mohamad



JUMLAH kemalangan maut dalam Ops Sikap Ke-22 yang berakhir Jumaat lalu, menurun 9.5 peratus atau 23 kes berbanding Ops Sikap Ke-21 dan Ke-20. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata tahun ini 218 kemalangan maut dilaporkan berlaku berbanding tahun lalu iaitu 241 kes, manakala jumlah kemalangan turut mencatatkan penurunan tiga peratus membabitkan 16,817 kes tahun ini berbanding 17,332 tahun lalu. 

Selain itu, jumlah kematian sepanjang 14 hari Ops Sikap Ke-22 pada 3 September lalu turut mencatatkan penurunan 6.4 peratus atau 17 kes iaitu 248 kematian tahun ini berbanding 265 dua musim lalu. Bagi pengguna jalan raya yang sudah atau akan meredah jalan, baik jalan Persekutuan mahupun lebuh raya pastinya banyak menempuh pengalaman tabiat buruk pemandu yang akan ditayang setiap kali musim Ops Sikap dijalankan. Memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu sehingga mengganggu perjalanan pemandu lain, memecut di tempat seharusnya perlahan, melanggar lampu isyarat adalah antara paparan sikap mementingkan diri sendiri dan penzahiran hanya aku yang mahu cepat. Pihak berwajib sudah melaksanakan pelbagai pendekatan baik memberi ingatan keras mahupun nasihat yang lebih lembut akan budaya di perjalanan ini dapat diperelokkan. Setiap kali musim perayaan, pada masa itulah pelbagai pendekatan dan penekanan kepada pematuhan peraturan jalan raya bergema. Pernah satu ketika ada yang menyarankan hukuman mati kepada pesalah trafik sebagai reaksi statistik yang menakutkan. 

Dalam kesibukan pelbagai pihak melontarkan cadangan bernas dan ada juga yang tidak berapa masuk akal, suatu platform atau institusi sering kita lupakan ialah peranan pendidikan agama dan moral bermula dari peringkat kecil iaitu ketika anak masih bersekolah sehinggalah kepada usia dewasa. 

Peranan ahli agama sebenarnya lebih meluas daripada mengajar kitab dan ceramah mengenai hukum hakam. Mendidik seseorang melalui institusi agama antara cara bagi mendidik sikap yang tidak terdidik di tempat lain. Penekanan harus diberikan kepada kutukan agama terhadap mereka yang memandu dalam keadaan menyusahkan orang lain, mengakibatkan kemalangan apatah lagi kehilangan nyawa manusia yang tidak berdosa, hatta peranan sifat amanah ketika membawa keluarga dalam kenderaan adalah sesuatu yang harus ditekankan dengan serius. 

Pertandingan lalu lintas di sekolah adalah sesuatu yang harus dipergiatkan kerana ia menerapkan aspek peraturan dalam suasana begitu menarik. Cuma yang menjadi halangan disebabkan ruang penyertaannya terhad, mungkin hanya sebilangan kecil pelajar saja yang mampu menganggotai sesuatu pasukan sekolah itu. Biasanya hanya pelajar yang cukup siviknya diambil mewakili sekolah. Kegiatan ini harus diperluaskan agar lebih ramai golongan berisiko ini dapat dibabitkan dalam aktiviti ini. 
Filem di televisyen dan pawagam pula haruslah mengurangkan adegan yang menunjukkan membawa kenderaan laju dengan pelbagai aksi drift adalah sesuatu yang membanggakan. Ini kerana golongan muda banyak menjadi punca tercetusnya kemalangan amat mudah terpengaruh dengan paparan adegan memandu laju. Ia sering pula dikaitkan dengan kemewahan, kegagahan, kejantanan, dan apa jua perasaan yang membawa kepada seseorang anak muda itu ingin mencubanya. 

Sesungguhnya, kunci kepada segalanya ialah sikap. Sikap jugalah yang menafikan semua perancangan dan kaedah, baik yang baru mahupun yang sedia diterapkan akan diamalkan atau tidak. 

Pepatah ada menyebut perahu sudah di air, dan pendayung sudah di tangan mungkin sudah tiba masa untuk digantikan. Bagi pemandu, ingatlah apabila kereta sudah di jalan, stereng sudah di tangan, pedal minyak di kaki kanan, terpulanglah sekuat mana ia mahu ditekan, tepuklah dada tanyalah iman, mahu ke kampung halaman atau ke tanah perkuburan? 

Penulis ialah Pensyarah Perubatan ORL, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan 

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)
www.e-referrer.com