Scroll to top

Tuesday, September 28, 2010

SKMM diarah siasat video klip paderi hina Islam serta merta - Rais

Mahaguru dan rakan-rakan buat laporan polis.


Rais berkata beliau sudah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara
yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh
paderi itu dalam klip video itu.

"Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa
 secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Isu dan
Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika" di sini hari ini.

Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA),
 Zainol Abideen mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa
menghina agama Islam dan Rasulullah.

Paderi itu dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja
 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Zainol dalam blognya http://mahaguru58.blogspot.com turut meminta pihak berkuasa
bertindak pantas sebelum umat Islam bertindak sendiri.

Rais berkata, isu itu adalah hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak 
kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia 
disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati Internet.

"Saya juga akan hubungi pihak penguatkuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM
yang dikemukakan dapat perhatian segera oleh mereka," katanya.-Bernama

No comments:

Post a Comment

Blog Archive