PUTRAJAYA: Dua insiden kematian bayi di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), di Presint 18, di sini, baru-baru ini, akhirnya membongkar kepada kewujudan 63 lagi pusat asuhan haram lain di daerah itu yang kononnya terpaksa beroperasi bagi memenuhi permintaan ibu bapa bekerja yang semakin meningkat.
Selain sikap pengusaha yang dikatakan ‘leka’ untuk membuat permohonan pendaftaran dengan jabatan berkaitan, ibu bapa juga sanggup menyerahkan `nyawa’ anak mereka di pusat asuhan haram itu tanpa mengambil kira risiko bakal dihadapi. Tanpa berselindung, Ketua Pengarah Jabatan Kabajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Abidin, turut mengakui hanya lima saja pusat asuhan yang berdaftar di daerah berkenaan.Menurutnya, walaupun kebanyakan pusat asuhan di daerah itu sudah mengemukakan permohonan, tetapi belum boleh diluluskan kerana pengusahanya masih belum mematuhi syarat yang ditetapkan membabitkan aspek keselamatan dan keperluan yang perlu ada di pusat berkenaan.
“Hari ini (semalam) kita menyita dua daripada 63 taska di Presint 9 dan Presint 18, selepas berlaku insiden kematian bayi akibat tersedak susu di premis berkenaan bulan lalu.
“Siasatan JKM mendapati kedua-dua taska itu tidak berdaftar dengan jabatan berkenaan dan sudah pasti tidak mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Seksyen 20a(1), Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Pindaan 2007),” katanya pada sidang media selepas menyita sendiri taska di Presint 18, di sini, semalam.
Difahamkan, pengusaha taska berusia 40-an itu sudah diberikan notis mengosongkan premis berkenaan pada Isnin lalu, sebelum mengeluarkan semua peralatan pada petang kelmarin.
sumber : myMetro
bagus pun kalau tidak kita sebagai pengguna malaysia tak tahu kan???
ReplyDelete