Ummah perlu berani, tolak kepentingan diri, ikhlas halang penindasan terhadap rakyat Palestin
KEKEJAMAN rejim Zionis tidak lagi berselindung. Terbaru, serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, penjara terbesar di dunia, iaitu Mavi Marmara, sebuah kapal Turki dan antara satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza diserang dan mengakibatkan 19 kematian. Aktivis dibawa ke penjara dan kemudian dibebaskan.
Acap kali kekejaman rejim Zionis dilakukan maka tampil kecaman dan demonstrasi membantah kekejaman itu di seluruh dunia termasuk diMalaysia . Namun Israel sudah lali dengan itu semua. Ia tidak sedikitpun menakutkan mereka yang berselindung di belakang kuasa besar dunia. Oleh kerana umat Islam berpecah belah dan terlalu mementingkan diri, kita tidak berupaya mempertahankan saudara seagama kita di Gaza . Bumi Palestin sentiasa dibasahi darah para syuhada demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama.
Sudah tiba masanya bertindak dan tidak hanya menyuarakan kecaman semata-mata. Kemungkaran besar yang dilakukan rejim Zionis ini perlu ditangani mengikut tatacara seperti yang diajarkan Rasulullah seperti sabda baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah mencegahnya dengan tangan (kekuasaan) jika sekiranya dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan lidah (suara) dan sekiranya masih tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan hati (menyatakan kekesalan), dan ia adalah selemah-lemah iman.”
Oleh demikian, piawaian yang digunakan Rasulullah dalam mencegah kemungkaran adalah berbeza mengikut kemaslahatan dan tahap keimanan kita. Jika kekejaman Zionis ini kita hanya merasakan tidak puas hati maka iman kita berada di dalam status paling lemah. Namun jika dengan bersuara membuat kecaman dan berdemonstrasi maka tahap keimanan sedikit meningkat dari tahap pertama tadi. Tetapi yang terbaiknya ialah seseorang Muslim itu mencegah kemungkaran menerusi kekuasaan yang ada.
Dalam konteks kekejaman rejim Zionis ini, tahap kedua sudah tidak lagi berkesan kerana mereka langsung tidak mengendahkannya. Apatah lagi kuasa besar yang melindungi mereka kelihatan kebal dan tidak dapat dipatahkan.
Umat Islam perlu bersatu membentuk pasukan yang kuat bagi menggunakan semua kelebihan yang ada untuk menolak kemungkaran. Umat Islam perlu berani, menolak kepentingan diri dan ikhlas walaupun menongkah arus tidak seiring dengan kuasa besar.
Tindakan rejim Zionis adalah jenayah terhadap keamanan dan kemanusiaan (crime against peace and humanity). Serangan yang dilakukan di perairan antarabangsa terhadap kapal yang mengibarkan bendera beberapa negara berdaulat yang mana Israel tidak berperang dengan negara itu seperti Turki, Greece dan Amerika Syarikat adalah peperangan terhadap negara berkenaan.
Perkara 6 ‘Charter Provisions of Nuremburg Trials’ mentafsirkan jenayah terhadap keamanan bermakna ‘merancang, menyediakan, memulakan atau melaksanakan suatu peperangan atau penindasan, atau peperangan yang melanggar perjanjian atau triti antarabangsa ataupun menyertai dalam rancangan bersama atau konspirasi untuk mencapai apa yang dimaksudkan tadi’. Jenayah terhadap kemanusiaan pula adalah ‘pembunuhan… deportasi dan sebarang perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam sebelum atau semasa peperangan..’
Peraturan Konvensyen Hague 1907 Bab II pula menyebut kapal yang melaksanakan misi keagamaan, sains dan pilantropi mestilah dikecualikan daripada tahanan.
Oleh itu, Israel tidak mempunyai kuasa yang sah untuk menyerang Mavi Marmara secara ketenteraan, tidak boleh menaiki kapal itu secara paksa dan menahannya apatah lagi menyerang penumpang yang tidak bersenjata, membunuh, mencederakan dan memenjarakan mereka. Barangan peribadi aktivis keamanan ini juga dirampas daripada pegangan mereka.
Untuk rekod bersama, enam kapal yang terbabit ialah Mavi Marmara (kapal penumpang Turki);Sofia (kapal kargo Greece ); Gaza 1 (kapal kargo Turki); Gaza II (kapal kargo Turki); Spendoni (kapal penumpang Greece ); dan Challenger I (kapal penumpang Amerika Syarikat).
Misi keamanan itu sebenarnya disertai masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Britain, Australia, Greece, Kanada, Malaysia, Algeria, Serbia, Belgium, Ireland, Norway, Sweden, Kuwait dan Amerika Syarikat. Malah tiga orang ahli Parlimen Jerman, seorang ahli Parlimen Malaysia, dua Ahli Parlimen Israel (Knesset) berketurunan Palestin dan penulis Sweden, Henning Menkell juga menyertai misi keamanan itu.
Berbalik kepada tindakan yang perlu kita lakukan, masyarakat Islam khususnya dan masyarakat antarabangsa tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit perlu mengheretIsrael ke muka pengadilan atas jenayah yang dilakukan rejim Zionis itu. Mahkamah antarabangsa perlu memutuskan perkara ini.
Keadilan perlu dilakukan, kekejaman zionis perlu dihapuskan. Barulah keamanan dunia akan dikecapi. Sudah sampai masanya kita tidak hanya mencegah kemungkaran dengan suara saja tetapi menggunakan kekuasaan dan akal fikiran kita bagi mendatangkan keamanan sejagat. Kezaliman dan kekejaman Zionis perlu diberhentikan. SekutuIsrael perlu menilai sokongan terhadap rejim Zionis itu kerana mereka sendiri tidak mengambil endah nyawa dan keselamatan rakyat sekutunya sendiri.
Tindakan tentera lautIsrael pada Subuh 31 Mei lalu ini adalah manifestasi yang jelas betapa Israel hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak mengambil kira hak orang lain. Matlamat Israel ialah membina sebuah negara Israel yang besar, selagi matlamat ini tidak tercapai, selagi itulah penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin akan terus berlaku.
KEKEJAMAN rejim Zionis tidak lagi berselindung. Terbaru, serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, penjara terbesar di dunia, iaitu Mavi Marmara, sebuah kapal Turki dan antara satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza diserang dan mengakibatkan 19 kematian. Aktivis dibawa ke penjara dan kemudian dibebaskan.
Acap kali kekejaman rejim Zionis dilakukan maka tampil kecaman dan demonstrasi membantah kekejaman itu di seluruh dunia termasuk di
Sudah tiba masanya bertindak dan tidak hanya menyuarakan kecaman semata-mata. Kemungkaran besar yang dilakukan rejim Zionis ini perlu ditangani mengikut tatacara seperti yang diajarkan Rasulullah seperti sabda baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah mencegahnya dengan tangan (kekuasaan) jika sekiranya dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan lidah (suara) dan sekiranya masih tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan hati (menyatakan kekesalan), dan ia adalah selemah-lemah iman.”
Oleh demikian, piawaian yang digunakan Rasulullah dalam mencegah kemungkaran adalah berbeza mengikut kemaslahatan dan tahap keimanan kita. Jika kekejaman Zionis ini kita hanya merasakan tidak puas hati maka iman kita berada di dalam status paling lemah. Namun jika dengan bersuara membuat kecaman dan berdemonstrasi maka tahap keimanan sedikit meningkat dari tahap pertama tadi. Tetapi yang terbaiknya ialah seseorang Muslim itu mencegah kemungkaran menerusi kekuasaan yang ada.
Dalam konteks kekejaman rejim Zionis ini, tahap kedua sudah tidak lagi berkesan kerana mereka langsung tidak mengendahkannya. Apatah lagi kuasa besar yang melindungi mereka kelihatan kebal dan tidak dapat dipatahkan.
Umat Islam perlu bersatu membentuk pasukan yang kuat bagi menggunakan semua kelebihan yang ada untuk menolak kemungkaran. Umat Islam perlu berani, menolak kepentingan diri dan ikhlas walaupun menongkah arus tidak seiring dengan kuasa besar.
Tindakan rejim Zionis adalah jenayah terhadap keamanan dan kemanusiaan (crime against peace and humanity). Serangan yang dilakukan di perairan antarabangsa terhadap kapal yang mengibarkan bendera beberapa negara berdaulat yang mana Israel tidak berperang dengan negara itu seperti Turki, Greece dan Amerika Syarikat adalah peperangan terhadap negara berkenaan.
Perkara 6 ‘Charter Provisions of Nuremburg Trials’ mentafsirkan jenayah terhadap keamanan bermakna ‘merancang, menyediakan, memulakan atau melaksanakan suatu peperangan atau penindasan, atau peperangan yang melanggar perjanjian atau triti antarabangsa ataupun menyertai dalam rancangan bersama atau konspirasi untuk mencapai apa yang dimaksudkan tadi’. Jenayah terhadap kemanusiaan pula adalah ‘pembunuhan… deportasi dan sebarang perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam sebelum atau semasa peperangan..’
Peraturan Konvensyen Hague 1907 Bab II pula menyebut kapal yang melaksanakan misi keagamaan, sains dan pilantropi mestilah dikecualikan daripada tahanan.
Oleh itu, Israel tidak mempunyai kuasa yang sah untuk menyerang Mavi Marmara secara ketenteraan, tidak boleh menaiki kapal itu secara paksa dan menahannya apatah lagi menyerang penumpang yang tidak bersenjata, membunuh, mencederakan dan memenjarakan mereka. Barangan peribadi aktivis keamanan ini juga dirampas daripada pegangan mereka.
Untuk rekod bersama, enam kapal yang terbabit ialah Mavi Marmara (kapal penumpang Turki);
Misi keamanan itu sebenarnya disertai masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Britain, Australia, Greece, Kanada, Malaysia, Algeria, Serbia, Belgium, Ireland, Norway, Sweden, Kuwait dan Amerika Syarikat. Malah tiga orang ahli Parlimen Jerman, seorang ahli Parlimen Malaysia, dua Ahli Parlimen Israel (Knesset) berketurunan Palestin dan penulis Sweden, Henning Menkell juga menyertai misi keamanan itu.
Berbalik kepada tindakan yang perlu kita lakukan, masyarakat Islam khususnya dan masyarakat antarabangsa tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit perlu mengheret
Keadilan perlu dilakukan, kekejaman zionis perlu dihapuskan. Barulah keamanan dunia akan dikecapi. Sudah sampai masanya kita tidak hanya mencegah kemungkaran dengan suara saja tetapi menggunakan kekuasaan dan akal fikiran kita bagi mendatangkan keamanan sejagat. Kezaliman dan kekejaman Zionis perlu diberhentikan. Sekutu
Tindakan tentera laut
sumber :
No comments:
Post a Comment