Scroll to top

Friday, June 25, 2010

Brazil Juara ?

Brazil juara ? Ini sekadar pendapat peribadi peminat pasukan Brazil, di mana Itali telah tersingkir. Ini menjadikan halangan bagi Brazil untuk mara semakin mudah.



Juara bertahan tersingkir


2010/06/25

VETERAN Itali, Fabio Cannavaro (kiri) bersama Fabio Quagliarella begitu kecewa selepas tewas kepada Slovakia sekali gus gagal ke pusingan kedua, malam tadi.
VETERAN Itali, Fabio Cannavaro (kiri) bersama Fabio Quagliarella begitu kecewa selepas tewas kepada Slovakia sekali gus gagal ke pusingan kedua, malam tadi.
JOHANNESBURG: Juara bertahan dipalit aib besar apabila tersingkir daripada saingan peringkat kumpulan selepas tewas mengejut kepada Slovakia 3-2, lewat malam tadi selepas menyajikan aksi hambar sepanjang tempoh permainan. 

Kemenangan Slovakia meletakkan mereka selaku naib juara Kumpulan F di belakang Paraguay yang seri 0-0 menentang New Zealand dalam satu lagi perlawanan lain.



Penyerang Slovakia, Robert Vittek menyumbat dua gol minit ke-25 dan 73 dengan Kamil Kopunek menambah gol ketiga minit ke-89 manakala dua gol Azzurri adalah sumbangan Antonio Di Natale dan Fabio Quagliarella pada lewat babak permainan.


Saya akan mengambil semua tanggungjawab kekalahan ini, semua tanggungjawab dengan apa yang sudah berlaku, kata pengurus Itali, Marcello Lippi. 

Vittek yang membantu kemaraan Slovakia berkata: Ia satu kejayaan besar. Kami tidak pernah mimpikan situasi ini. Kami bermain penuh semangat dan ia memutuskan pemenang hari ini (malam tadi). Reuters 



Sebelum tu, Peranchis telah pulang lebih awal. Malam ni, Sepanyol, juara Piala Eropah mungkin tersingkir di tangan Chile yg tak pernah kalah dlm kump H. Manakala Portugal yang akan menentang Brazil malam ni, dijangka akan kalah...







Bermain jaga maruah Brazil: Lucio





2010/06/25

DURBAN: Maruah menjadi ukuran apabila dua kuasa besar bola sepak, Portugal dan Brazil bertembung pada perlawanan penentuan untuk mengesahkan siapa bakal muncul juara Kumpulan G, hari ini. 

Walaupun pemenang mungkin bertemu Sepanyol pada pusingan kalah mati, spekulasi kononnya salah sebuah pasukan akan cuba melakukan sesuatu untuk mengelak juara Eropah itu, diketepikan sama sekali. seterusnya



Sekarang ni, yg nampaknya boleh mengganggu laluan Brazil untuk bergelar juara mungkin Argentina.


                       



No comments:

Post a Comment

Blog Archive