Sultan Ahmad Shah (barisan belakang) bertanya sesuatu kepada penyerang kebangsaan,
Safee Sali sehingga menarik perhatian rakan sepasukan dan pegawai-pegawai
FAM ketika sesi bergambar di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
Skuad Harimau Malaya menerima habuan RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam sebagai insentif kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan pasukan jiran, Indonesia, Disember lalu.
Ganjaran itu disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kepada para pemain skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di sini. Pada sidang akhbar, baginda bertitah, kejayaan skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki setelah 14 tahun menanti, merupakan satu era baru dalam arena bola sepak negara.
Titah baginda, kemenangan itu bukan sahaja cukup bermakna buat para pemain, tetapi ia juga menjadi kebanggaan seluruh warga Malaysia yang telah lama menantikan kejayaan besar seperti ini.
Sokongan kerajaan terhadap perkembangan sukan yang paling diminati oleh rakyat Malaysia ini harus dipuji. Skuad ini perlu diberi pendedahan yang sewajarnya di luar negara seperti Korea dan Jepun yang sekarang mendominasi sukan ini di peringkat Asia.
Ganjaran ini diharap sebagai satu dorongan dan penambah semangat para pemain skuad ini untuk terus meningkatkan kemahiran serta menanam semangat juang yang tinggi dalam usaha kita sekurang-kurangnya berjaya merangkul Juara Asia.
Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment