Scroll to top

Monday, December 19, 2011

Kepentingan Media Sosial




Ahli Politik, Pegawai Kerajaan Digalak Guna Laman Sosial



KUALA LUMPUR: Ahli politik dan pegawai kerajaan perlu mengadaptasi kemudahan media sosial untuk merapatkan diri dengan rakyat berikutan wujudnya permintaan yang tinggi untuk maklumat di dalam negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan satu kajian, rakyat Malaysia menghabiskan masa secara purata sembilan jam sehari untuk berinteraksi secara 'online' melalui Twitter, Friendster, Facebook serta Myspace dan mereka juga tersenarai sebagai pengguna yang meluangkan masa paling lama menggunakan media sosial.

"Permintaan untuk maklumat begitu tinggi di kalangan masyarakat dan sebab itu komunikasi dengan rakyat perlu menggunakan pelbagai kaedah tambahan, tidak semestinya pakai media rasmi, tetapi perlu babitkan media sosial sebagai tools of engagement (alat komunikasi) terutama orang politik dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran," katanya semasa berucap melancarkan 1Malaysia TV di sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Perdana Menteri berkata kemudahan media sosial membolehkan penggunanya membuat penilaian di atas apa-apa isu dengan segera.

Najib sendiri, yang agak rajin berinteraksi menerusi 'Twitter', mengakui beliau sentiasa mendapat respons langsung daripada rakyat Malaysia yang mengikuti laman sosial beliau.

Mengakui hakikat kemudahan media sosial mempunyai kebaikan dan kelemahan, Perdana Menteri berkata kebaikannya ialah pengguna dapat berinteraksi secara langsung dengan rakyat yang sebelum ini tidak pernah berlaku seperti pada zaman ayahandanya, Perdana Menteri kedua Tun Abduk Razak Hussein dan zaman itu rakyat agak sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Mereka mendapat maklumat daripada beberapa sumber rasmi sahaja tetapi hari ini pelbagai sumber menyalurkan maklumat dapat diakses malah kalau kita tidak memberi sesuatu maklumat mereka akan dapat maklumat itu daripada sumber-sumber lain. Apabila wujudnya vakum seperti ini, mereka akan mendapatkan daripada sumber-sumber lain dan adakalanya sumber yang lain itu dicampur aduk dengan cerita dongeng atau rekaan termasuk berita palsu dan fitnah," katanya.

Najib berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali bertindak cepat untuk memberi maklumat kepada rakyat dan jika boleh, melakunya pada masa sebenar.

Inilah realiti keadaan masyarakat hari ini dan untuk menawan hati generasi muda, kerajaan perlu menggunakan bahasa yang mereka pakai dan bahasa mereka adalah teknologi, katanya.

"Satu-satunya bahasa yang mereka fahami ialah teknologi," katanya Beliau berkata perkembangan teknologi hari ini berkembang dengan pantas dan kelahiran media baru telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

Katanya majalah TIME pernah menggelarkan Malaysia sebagai negara pengguna telekomunikasi telefon selular yang paling banyak penggunanya iaitu pada kadar 124.7 untuk 100 penduduk atau pun setiap seorang mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit.

Najib mengimbas zaman ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang, yang menyaksikannya menggunakan telefon bimbit model Motorola yang agak besar saiznya tetapi hari ini perkembangan teknologi telefon bimbit amat mengkagumkan.

"Bila saya buat ibadat haji, rakaman ucapan Aidiladha yang saya buat di padang Arafah dirakam daripada Iphone saya sendiri dan dihantar ke stesyen TV dan malam itu dipancarkan tanpa mengguna khidmat jurukamera RTM atau TV3," katanya.

1Malaysia TV adalah siaran televisyen secara talian yang dimajukan oleh 1MediaIPTV Sdn Bhd yang boleh ditonton melalui telefon pintar, komputer tablet dan juga komputer riba.

Saluran yang mendapat pengiktirafan 'Malaysia Book of Records' sebagai media baru pertama berkonsepkan 1Malaysia itu menyediakan siaran daripada rangkaian RTM1, RTM2, TV3, TV Al Hijrah, My Youth TV, CCTV 1, E-Korea TV, Erama Music, Erama Documentary TV dan KLPOP Online Radio Streaming.

Orang ramai boleh menonton siaran televisyen itu di laman www.1Malaysiaiptv.com atau www.erama.tv/mobiletv.

Untuk pengguna telefon pintar seperti Iphone, Blackberry dan Android, mereka boleh memuat turun aplikasi televisyen tersebut melalui stor aplikasi telefon masing-masing.- BERNAMA

sumber : mStar Online

1 comment:

  1. NAME AWA NI IBU NUNUNG SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
    KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL,MALAYSIA 3D 4D 5D 6D 7D 9D-DAN KAMI CUMA BEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
    ANGKA NAIK YAITU,DI.290931
    SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,
    SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,AKI DARMO…
    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL MALAYSIA TGL,16-08-2015
    ….
    SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

    ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<

    DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
    Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D. 7D .9D-.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO…di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos
    angka ritual gaib kuda lari
    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO…..
    Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>


    ReplyDelete

Labels

Berita Pendidikan (129) Berita Pilihan MPKB 90/93 (46) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Artikel Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Ibadat (18) Artikel Pendidikan (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Luar Negara (12) Berita MH370 (12) Permohonan Akademik (12) Berita Ekonomi (11) Berita Semasa (10) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (9) Petikan Akhbar dari BH Online (8) Berita Agama (7) Catatan Peribadi (7) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Berita Politik (6) Petikan Akhbar dari Astro Awani (6) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari UTUSAN Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Permotoran (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Teknologi (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Artis (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Pemimpin Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (2) Petikan Akhbar dari mStar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Halalnya Produk (1) Berita Ibadah Haji (1) Berita Institusi Raja (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com