i-Inova 2011 terokai tradisi ilmu Islam
Beberapa petugas membuat persiapan akhir pada Ekspo Inovasi Islam (i-Inova 2011) di Stadium Tertutup Nilai, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, semalam.
SEREMBAN 15 Okt. - Beberapa program menarik mengisi hari kedua Ekspo Inovasi Islam (i-Inova 2011) di Stadium Tertutup Nilai, Bandar Baru Nilai dekat sini, hari ini.
Antaranya ialah sudut kreativiti dan inovasi, sudut rekreasi (Motor ATV, Sky Runner dan Hamster Ball), demontrasi khat dan demonstrasi roboccon oleh Universiti Putra Malaysia dan USIM.
Program Motivasi Pelajar Sekolah Agama di Negeri Sembilan akan menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM), Zailani Samberid yang membentangkan kertas bertajuk Pengalaman Malaysia Dalam Penerokaan Angkasa Lepas.
Sementara itu, pada sebelah petang, kertas kerja bertajuk Membentuk Budaya Kreativiti dan Inovasi di Kalangan Pelajar dibentangkan oleh Felo Akademi Sains Malaysia (ASM), Prof. Datuk Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman.
i-Inova 2011 dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai usaha merealisasikan matlamat keempat penubuhan USIM iaitu meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi terkini.
USIM memperkenalkan i-Inova pada tahun lalu sempena dengan inisiatif kerajaan yang telah mengisytiharkan 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi (Malaysia Inovatif 2010).
Pada pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
Acara i-Inova 2011 adalah pameran dan pertandingan bagi mengetengahkan produk berkonsepkan Islam yang inovatif dari institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut penyelidikan tempatan dan luar negara.
Selain produk berkonsepkan Islam, matlamat ekspo itu juga adalah untuk menyerlahkan perkhidmatan yang memberi sumbangan kepada masyarakat Islam.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin akan menyampaikan hadiah pada majlis penutup i-Inova 2011, esok.

sumber: Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment