Butik Anizah didik tutup aurat
Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my
CANTIK...antara pakaian yang dijual di Al Amin Kids di SACC Mall, Shah Alam.
JIKA diikutkan gaji dan kedudukan, selayaknya dia tidak perlu mencari pekerjaan lain. Bekerja dalam bidang yang sebahagiannya dimonopoli golongan lelaki sememangnya cabaran buat seorang insan bergelar wanita.
Pun begitu, benarlah bagai dikata, pekerjaan yang mendatangkan kepuasan lebih bernilai terhadap diri sendiri. Jika gaji ditawarkan lumayan sekalipun tapi hati masih tidak puas dengan apa dikecapi, ia tidak akan mendatangkan keseronokan.
RAPAT...hubungan bersama pekerja ibarat isi dan kuku.
SERONOK...bersama keluarga sewaktu bercuti ke Melbourne, Australia.
Bukan tidak bersyukur, ada kala sifat tidak cepat puas dengan apa dikecapi membuatkan seseorang akan lebih bekerja keras untuk mencapai apa diimpikan.
Begitu juga dengan pemilik butik Al Amin Kids, Ir Anizah Zainuddin.
Melihat pada gelaran awal namanya saja cukup membuktikan beliau bukan calang-calang orang. Umum mengetahui gelaran Ir hanya dimiliki jurutera bertauliah.
Demi mengejar cita-cita bergelar usahawan, beliau sanggup meninggalkan karier yang boleh dikatakan berjaya dan bersedia mengambil risiko. Bukan sedikit wang dilaburkan, bahkan mencecah RM100,000.
“Ramai bertanya tidakkah menyesal meninggalkan pekerjaan, sedangkan masih ramai graduan di luar yang menganggur dan susah mendapat pekerjaan dalam bidang diinginkan.
“Jujurnya, saya tidak pernah menyesal meninggalkan jawatan dengan gaji lumayan kerana lebih ‘enjoy’ apabila membuat sesuatu yang disukai serta mendapat kepuasan maksimum,” katanya yang pernah bekerja sebagai jurutera elektrik di Jabatan Kerja Raya (JKR).
Tujuh tahun mencurahkan bakti di JKR, Anizah seakan-akan masih tercari kepuasan sebenar dalam bidang kerjaya meskipun dia antara pekerja contoh hingga mendapat pengiktirafan anugerah khidmat cemerlang dua tahun berturut-turut dan mendapat anugerah Ir pada tahun keenam perkhidmatannya.
Mengakui lebih senang bekerja sendiri di samping boleh menguruskan masa dengan tersusun, Anizah berkata, keputusannya berhenti kerja adalah perkara paling sukar dilakukan.
Namun, selepas berbincang dan mencapai kata sepakat, Anizah akhirnya berhenti kerja sebelum menyertai suami mengusahakan perniagaan pengendalian takaful selepas melihat pendapatannya sangat memuaskan.
Bermula saat itu, semangat untuk bergelar usahawan semakin berkobar-kobar, apatah lagi mengingati semula saranan Rasulullah SAW bahawa sembilan daripada 10 punca pendapatan adalah daripada perniagaan.
“Atas sokongan dan galakan suami, terutama di segi pemasaran, saya bertekad membuka Al Amin Kids iaitu butik pakaian kanak-kanak Muslimah yang menjual pelbagai kelengkapan khusus untuk mereka yang menutup aurat.
“Saya mempunyai empat anak dan semuanya perempuan. Masalah yang sering dihadapi adalah kesusahan mencari pakaian kanak-kanak mengikut syariat, terutama menjelang perayaan atau majlis keraian.
“Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mahu bergaya. Tidak semestinya menutup aurat tidak boleh bergaya seperti kanak-kanak lain,” katanya yang membuka pusat jualan pertama Al Amin Kids di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.
Katanya, sebelum memberanikan diri membuka perniagaan ini, perasaan takut dan kurang yakin turut menyelubungi diri mengenai penerimaan masyarakat terhadap produk yang bakal dilancarkan, apatah lagi beliau tiada ilmu mengenai perniagaan.
Pun begitu, bersandarkan nawaitu utama iaitu mahu mendidik generasi kanak-kanak menutup aurat dan anggap ia sebagai ibadat, Anizah membulatkan tekad dan cekalkan hati bagi menempuh sebarang kemungkinan.
Nyata, masyarakat Islam negara ini sememangnya menanti kedai pakaian yang menjual pakaian mengikut hukum syariat ditetapkan. Penubuhan Al Amin Kids mendapat sambutan menggalakkan dan di luar jangkaan.
Bukan saja pakaian kasual, pakaian renang, tudung, skirt serta jubah turut dijual dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan.
Bersyukur dengan sambutan diterima, Anizah lebih komited dengan kerjaya barunya sebagai usahawan pakaian kanak-kanak Muslimah.
“Sebulan sekali saya akan ke China dan Indonesia bagi mencari produk baru untuk dipasarkan di sini. Saya turut menitikberatkan rekaan dan material dipilih bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan warna yang lembut menjadi keutamaan saya.
“Alhamdulillah, kini Al Amin Kids mempunyai pelbagai pilihan koleksi pakaian merangkumi pakaian untuk majlis hari lahir, perayaan, sukan, ibadat, kasual, santai dan majlis keraian serta aksesori daripada umur dua tahun hingga peringkat remaja, terutama kanak-kanak perempuan,” katanya yang kerap melancong ke luar negara sekali setahun sebagai ganjaran kepada anak.
Memasuki tahun kelima penubuhan Al Amin Kids, Anizah berkata, dia bersyukur jenama itu masih unggul dan mampu bertahan hingga kini dan segala usaha serta perit jerih membangunkan perniagaan ini sudah berbayar.
“Dulu waktu mahu membuka Al Amin Kids menggunakan nama Islam, ramai kurang setuju dan takut tidak boleh diterima di pasaran. Kini, semuanya terbukti apabila ia sebenarnya sangat ‘bernilai’ dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Jangan malu menggunakan nama Islam kerana ia mempunyai maksud baik dan sangat dituntut, bahkan mencerminkan personaliti dan imej sebagai negara Islam,” katanya.
Selain bergelar usahawan, Aniza turut menyambung pelajaran secara jarak jauh dalam bidang pengurusan perniagaan yang akan berakhir April depan.
Menurutnya, kehidupan sebagai isteri, ibu, ahli perniagaan dan pelajar sememangnya memenatkan.
“Pengurusan masa adalah aspek terpenting untuk saya mengharungi hidup dengan banyak ‘jawatan’. Ada kala anak merungut, tapi kini mereka faham dan saya selalu tekankan rezeki yang dicari adalah untuk mereka kelak.
“Sesibuk macam mana pun, saya tetap meluangkan masa bersama keluarga dan memasak untuk mereka kerana percaya air tangan isteri mampu menjadi pengikat kasih keluarga,” katanya mengakhiri perbualan.
PROFIL:
NAMA: Ir Anizah Zainuddin
ASAL: Kuala Selangor, Selangor
JAWATAN: Pengarah Urusan Al Amin Kids
PENDIDIKAN: Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara
SUAMI: Nasaruddin Abu Bakar
ANAK: Nur Amira (13), Nur Aisyah (11), Nur Huda (10) dan Nur Husna (8)

berita dan gambar : myMetro Online
Boleh tak anak saya buat projek tentang butik Puan? kalau bole tolong telefon saya di
ReplyDelete019-6339744 (rosnah mat ali)
Saya amat kagum dengan semangat puan yang sanggup meninggalkan kerjaya untuk menjadi usahawan. Semoga puan terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada para usahawan muslimah yang lain.
ReplyDelete