Scroll to top

Sunday, July 8, 2012

Iktibar kisah Nabi Ibrahim

 


Orang muda perlu ambil iktibar kisah Nabi Ibrahim
07:53:09 AM

Nabi Ibrahim adalah rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi iaitu rasul yang mempunyai keazaman dan kesabaran yang tinggi dalam menyampaikan dakwah dan menyempurnakan tanggungjawab kerasulan. Baginda menempuh pelbagai kesukaran dalam menyampaikan seruan Ilahi kepada kaumnya.

Baginda dilahirkan dalam keluarga yang kuat ‘beragama’. Kerjaya bapa Baginda sebagai pengukir berhala memberikan kedudukan yang amat dihormati dalam masyarakat ketika itu. Persoalan yang hendak ditimbulkan di sini ialah Nabi Ibrahim sendiri sangsi dengan kemampuan ‘tuhan’ yang diukir bapanya. Adakah ‘tuhan’ ini mampu mendatangkan mudarat atau manfaat kepada penyembahnya? Begitu juga dengan perlindungan yang diharapkan daripada ‘ tuhan-tuhan’ tersebut, adakah mereka mampu memberikannya?
Dari sini timbul rasa sangsi dalam diri Nabi Ibrahim. Baginda mula mencari jawapan kepada persoalan yang semakin menghantui dirinya.

Perkara yang menarik berlaku apabila Baginda mula memerhatikan alam. Melihat bintang yang bercahaya dengan indah, maka baginda memperakukan ‘ketuhanan’ bintang, tetapi tatkala bulan menelan cahaya bintang, Baginda menukar perakuan kerana bagi Baginda, tuhan tidak boleh ditelan oleh yang lain atau lenyap dibayangi oleh yang lain.

Begitulah perjalanan ketauhidan baginda sehinggalah Baginda menemui kebenaran menerusi hidayah yang diberikan Allah. Baginda kembali kepada kaumnya bagi menyampaikan dakwah dan menyelamatkan mereka daripada kesesatan.

Usaha Baginda mendapat penentangan yang hebat daripada kaumnya. Perdebatan siapakah tuhan semakin hangat. Cabaran yang diberikan ketika debat ‘ketuhanan’ oleh Nabi Ibrahim begitu bernas.
Mereka terkedu dan terdiam apabila Nabi Ibrahim meminta mereka bertanya kepada berhala yang terbesar mengenai siapa yang memecahkan berhala lain. Jika berhala tersebut gagal memberikan jawapan, maka sememangnya ia tidak layak untuk dipertuhankan.

Perdebatan itu tidak berhenti di situ. Tatkala hujah mereka yang sesat dapat dipatahkan, maka mereka mengusulkan agar Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.
Allah Maha Besar, Dialah yang menukar sifat api yang panas membakar kepada dingin lagi mendamaikan bagi menyelamatkan Rasul-Nya.

Nabi Ibrahim telah mendapat keyakinan yang kukuh lagi benar bagi berhadapan dengan kesesatan kaumnya. Baginda yang ketika ini masih muda beroleh kekuatan daripada hidayah yang diberikan Allah.

Fasa kehidupan

Jika direnung daripada kisah ini, usia muda adalah satu fasa kehidupan yang dipenuhi dengan kemelut diri. Bermula dari kemelut pemikiran, identiti, akidah dan keyakinan, potensi diri sehinggalah ke kemelut pengiktirafan dalam masyarakat.

Nabi Ibrahim bergelut dengan kemelut keyakinan terhadap kepercayaan tradisi yang mengangkat berhala sebagai tuhan. Baginda akhirnya memperoleh kaedah berfikir yang betul sebelum menerima bimbingan terus dari Allah berupa hidayah yang benar.

Generasi muda hari ini juga berhadapan dengan keadaan yang sama. Kita juga sedang bergelut dengan kemelut keyakinan dan kemelut pemikiran.

Resam orang muda seperti yang dipaparkan dalam kisah Nabi Ibrahim adalah berusaha mencari jawapan yang meyakinkan dan dapat memuaskan hati. Sikap menolak untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan generasi muda akan menyebabkan generasi muda hilang keyakinan dan pedoman. Ia akhirnya melahirkan krisis keyakinan dan kepercayaan.

Dalam kisah Nabi Ibrahim ini sikap ayah Baginda yang mula marah dan menyekat pertanyaan Baginda tidak mampu meleraikan kekusutan yang semakin menjadi-jadi dalam jiwa baginda.

Maka hentikanlah sikap memperkecil-kecilkan orang muda yang perlukan jawapan terhadap persoalan kehidupan yang ditimbulkan. Jangan memperlekeh pandangan orang muda dengan menafikan cara mereka berfikir. Jangan diungkapkan di hadapan mereka bahawa mereka dipergunakan atau diracuni oleh pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

- Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)
www.e-referrer.com