Scroll to top

Friday, October 9, 2026

MALAYSIA DALAM BAHAYA? RAKYAT DESAK KERAJAAN TUTUP UNHCR, PELARIAN UNHCR KELUAR DARI MALAYSIA

 Kumang Sumandak

MALAYSIA DALAM BAHAYA? RAKYAT DESAK KERAJAAN TUTUP UNHCR, PELARIAN UNHCR KELUAR DARI MALAYSIA

KUALA LUMPUR — Persoalan mengenai keberadaan pelarian di Malaysia semakin panas apabila rakyat mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap operasi UNHCR dan keberadaan pelarian yang berada dalam negara.

Pendedahan Isa Isarb bersama pasukannya di Cox’s Bazar, Bangladesh turut menjadi perhatian apabila mereka melihat sendiri keadaan di kawasan kem pelarian serta pelbagai masalah dan jenayah yang didakwa berlaku di kawasan tersebut. Lebih penting, kem pelarian di Cox’s Bazar mempunyai kawalan keselamatan yang jauh lebih ketat. Kawasan tersebut dipantau pihak berkuasa Bangladesh dan terdapat pemisahan antara kawasan kem dengan masyarakat umum. Tetapi Malaysia bagaimana?

Pelarian yang berada di Malaysia tidak ditempatkan di satu kawasan khas yang mempunyai benteng keselamatan seperti itu. Mereka berada dan bergerak dalam masyarakat umum, berinteraksi secara langsung dengan rakyat Malaysia serta berada dalam ruang sosial yang sama. Keadaan ini menimbulkan persoalan besar: SIAPA YANG MEMANTAU? SIAPA YANG MENGAWAL? DAN SAMPAI BILA MALAYSIA PERLU MENANGGUNG MASALAH INI?

Rakyat mahu kerajaan melihat isu ini bukan semata-mata dari sudut kemanusiaan, tetapi turut dari sudut keselamatan negara, ketenteraman awam, penguatkuasaan undang-undang dan kepentingan rakyat Malaysia. Jika sebuah kem pelarian di Bangladesh sendiri memerlukan kawalan keselamatan yang ketat, mengapa Malaysia pula membenarkan komuniti pelarian berada bercampur dengan masyarakat tanpa sistem kawalan fizikal yang sama?

Lebih membimbangkan rakyat ialah persepsi bahawa kewujudan status atau dokumen berkaitan UNHCR seolah-olah memberikan ruang untuk seseorang terus berada di Malaysia tanpa penyelesaian yang jelas terhadap tempoh keberadaan mereka. MALAYSIA BUKAN KEM PELARIAN. Kerajaan perlu menjelaskan dengan tegas apakah rancangan jangka panjang negara terhadap komuniti pelarian yang berada di Malaysia. Dalam masa sama, rakyat semakin lantang mendesak supaya:
-UNHCR di Malaysia ditutup atau operasinya ditamatkan; - status dan keberadaan setiap pelarian disemak secara menyeluruh; - individu yang melanggar undang-undang dikenakan tindakan; - kawalan imigresen diperkukuhkan; - dan pelarian yang tidak mempunyai asas untuk terus berada di Malaysia diarahkan meninggalkan negara mengikut proses undang-undang. Ini bukan soal membenci manusia. INI SOAL KEDAULATAN NEGARA.

-Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bertanya mengapa mereka sendiri perlu berdepan tekanan terhadap keselamatan, kos sara hidup, peluang pekerjaan dan ketenteraman awam sedangkan isu keberadaan pelarian masih belum mempunyai penyelesaian yang benar-benar jelas. Kerajaan tidak boleh terus membiarkan persoalan ini tergantung. MALAYSIA MILIK RAKYAT MALAYSIA. Jika kerajaan mahu meneruskan dasar kemanusiaan, kerajaan juga wajib memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia tidak diketepikan.

Kini rakyat mahu satu jawapan yang jelas: SAMPAI BILA PELARIAN AKAN TERUS BERADA DI MALAYSIA TANPA PENYELESAIAN MUKTAMAD?

#pelarian #coxsbazar #isaisarb

kredit:tenangstudio



No comments:

Post a Comment

Post Pilihan