Scroll to top

Monday, June 13, 2011

Lipas mungkin punca asma di kalangan kanak-kanak



NEW YORK: Lipas dikenal pasti sebagai kemungkinan punca peningkatan kadar asma di kalangan kanak-kanak Bandaraya New York. 

Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus.
Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu.

Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protin lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu. 

Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. - Reuters

sumber: Berita Harian Online

Saturday, June 4, 2011

Watak 'hantu' dalam filem Melayu dianggap keterlaluan


Laporan Khas: Penonjolan watak 'hantu' dalam filem Melayu dianggap keterlaluan
Oleh Ridzuan Yop dan Azrul Affandi
rencanabh@bharian.com.my, bhnews@bharian.com.my
2011/06/04

TOYOL antara watak popular yang digambarkan dalam filem seram Melayu.
TOYOL antara watak popular yang digambarkan dalam filem seram Melayu.
Gambaran berlebihan makhluk halus beri impak negatif

Siri akhir
“MAKHLUK halus itu boleh melihat kamu dan kamu tidak boleh melihat mereka.” - Sepotong ayat al-Quran ini jelas mengatakan mengenai kewujudan makhluk halus tetapi ada batasan antaranya dengan manusia. Ia seakan-akan menceritakan betapa dunia ini dikongsi bersama pelbagai makhluk lain tetapi dalam bentuk berbeza dan tidak dizahirkan semuanya.


Ayat ini dilafazkan seorang pengamal perubatan terkenal yang juga pengasas Darussyifa’, Datuk Dr Haron Din, merujuk kepada petikan ayat al-Quran bagi memberi gambaran sebenar bahawa makhluk halus tidak boleh dilihat secara nyata tetapi boleh menampakkan dirinya menyerupai makhluk zahir lain seperti manusia dan haiwan.

Post Pilihan